Rasulullah Saw. telah memberitahuku bahawa umat akan belot selepasnya (sani‘ah). Tetapi penyaksianku terhadap apa yang mereka lakukan bukanlah membuatku lebih mengetahui dan lebih meyakinkanku daripada sebelumnya. Kerana aku lebih meyakini sabda Rasulullah daripada apa yang aku lihat dengan mata kepalaku. Aku berkata: Wahai Rasulullah! Apakah janji anda kepadaku apabila ia berlaku?
Beliau bersabda: “Jika anda mendapati pembantu-pembantu (a‘wanan), tentangilah mereka. Jika anda tidak mendapati pembantu-pembantu, maka tahankan tangan anda dan jagalah darah anda sehingga anda mendapati pembantu-pembantu bagi mendirikan agama, Kitab Allah dan Sunnahku”. Rasulullah (Saw.) memberitahuku bahawa sesungguhnya umat akan mengkhianatiku, memberi bai‘ah kepada selain daripadaku dan mengikuti selain daripadaku.[1]
Dan Rasulullah (Saw.) memberitahuku bahawa sesungguhnya umat selepasnya akan menjadi sama dengan kedudukan Harun dan pengikut-pengikutnya. Al-‘Ijl dan pengikut-pengikutnya. Manakala Musa berkata kepadanya: Wahai Harun! Apakah yang menghalang anda semasa anda melihat mereka sesat Kenapakah anda tidak mengikutiku? Adakah anda telah menderhakai perintahku? Ini bererti bahawa sesungguhnya Musa telah memerintahkan Harun ketika beliau melantiknya ke atas mereka, jika mereka sesat dan beliau pula mendapati pembantu-pembantu, maka hendaklah memerangi mereka. Dan jika tidak mendapati pembantu-pembantu, hendaklah beliau menahan tangannya, menjaga darahnya dan janganlah memecah belahkan di kalangan mereka.
Begitu juga aku takut saudaraku Rasulullah (Saw.) bersabda kepadaku: Kenapakah anda memecah belahkan di kalangan umat tanpa menjaga sabdaku? Sesungguhnya aku telah berjanji dengan anda, jika anda tidak mendapati pembantu-pembantu, hendaklah anda menahan tangan anda, menjaga darah anda, darah keluarga anda dan Syi‘ah anda. Apabila Rasulullah wafat, orang ramai cenderung kepada Abu Bakr. Lalu mereka memberi bai‘ah kepadanya. Sementara aku sibuk dengan Rasulullah, memandi dan mengafankannya. Kemudian aku sibuk dengan al-Q`ur’an.
Maka aku telah bersumpah tidak akan memakai jubah melainkan untuk solat sehingga aku mengumpulkannya di dalam satu kitab. Maka aku telah melakukannya. Kemudian aku membawa Fatimah di atas keldai dan memegang al-Hasan dan al-Husain dengan tanganku. Aku tidak meninggalkan seorangpun daripada ahli Badr dan orang terawal daripada Muhajirin dan Ansar melainkan aku menyeru mereka dengan nama Allah akan hakku dan aku telah menyeru mereka supaya membantuku.[2] Maka orang ramai tidak menyahut seruanku melainkan empat orang; al-Zubair, Salman, Abu Dhar dan al-Miqdad.
Tiada seorangpun bersamaku daripada keluargaku, dapat membantuku. Adapun Hamzah telah terbunuh (qutila) pada Hari Uhud. Manakala Ja’far telah terbunuh pada Hari Mu’tah. Maka tinggallah aku di antara dua orang yang tidak bertamadun; Huqair bin al-Abbas dan Uqail. Mereka berdua masih hampir dengan kekufuran. Sementara itu orang ramai pula membenciku, lantas memaksaku. Maka aku berkata sebagaimana Harun berkata kepada saudaranya dalam Surah al-A‘raf (7): 150: Hai anak ibuku! Sesungguhnya kaumku telah menindasku, mereka hampir membunuhku”. Maka Harun bagiku adalah ikutan yang baik dan bagiku janji Rasulullah kepadaku adalah hujah yang kuat.
Al-Asy‘ath berkata: Begitulah juga yang dilakukan oleh Uthman. Dia memohon bantuan orang ramai dan menyeru mereka supaya membantunya. Maka dia tidak mendapati pembantu-pembantu, lalu menahan tangannya sehingga dia dibunuh dalam keadaan dizalimi.
Ali a.s berkata: Celaka anda wahai Ibn Qais! Sesungguhnya orang ramai ketika memaksa dan menindasku, mereka hampir membunuhku. Sekiranya mereka berkata kepadaku: Kami tetap akan membunuh anda, nescaya aku akan menghalang mereka daripada membunuhku sekalipun tidak mendapati selain daripada diriku.
Tetapi mereka berkata: Sekiranya anda memberi bai‘ah, nescaya kami akan membebaskan anda.[3] Kami akan memuliakan anda. Kami akan mendekati anda. Kami akan menghormati anda. Sekiranya anda tidak melakukannya, nescaya kami membunuh anda. Manakala tidak mendapati seorangpun, lalu akupun memberi bai‘ah kepada mereka. Dan bai‘ahku kepada mereka, tidak membenarkan kebatilan mereka dan tidak pula mewajibkan kebenaran untuk mereka.
Sekiranya Uthman ketika orang ramai berkata kepadanya: Letaklah jawatan, kami akan membebaskan anda, nescaya mereka tidak membunuhnya. Tetapi dia berkata: Aku tidak akan meletak jawatan, lantas mereka berkata: Kami akan membunuh anda. Maka dia menahan dirinya daripada mereka sehingga mereka membunuhnya. Bagiku perletakan jawatannya adalah lebih baik baginya kerana dia mengambilnya tanpa hak. Dia tidak mempunyai habuan untuknya. Dia mendakwa bukan haknya. Malah dia mengambil hak orang lain.
Celaka anda wahai Ibn Qais! Sesungguhnya Uthman tidak dikira menjadi salah seorang daripada dua lelaki. Sama ada dia menyeru orang ramai supaya membantunya, tetapi mereka tidak membantunya atau kaum menyerunya supaya mereka membantunya. Maka dia telah melarang mereka daripada membantunya. Dia tidak boleh melarang Muslimin daripada membantu imam hadi muhtadi yang tidak pernah melakukan bai‘ah dan tidak pula pernah melindungi pelaku bid‘ah.
Sejahat-jahat apa yang dilakukannya ketika dia melarang mereka. Dan sejahat-jahat apa yang mereka lakukan ketika mereka mentaatinya. Sama ada mereka melihatnya sebagai seorang yang tidak layak dibantu kerana kezalimannya dan pemerintahannya yang menyalahi Kitab dan Sunnah. Bersama-sama Uthman (ketika itu) melebihi empat ribu lelaki yang terdiri daripada keluarganya, hamba-hambanya dan para sahabatnya. Jika dia mahu menghalang mereka, nescaya dia telah melakukannya. Justeru itu, kenapa dia melarang mereka daripada membantunya?
Sekiranya aku mendapati pada Hari Abu Bakr diberi bai‘ah empat puluh lelaki yang taat setia, nescaya aku memerangi mereka. Adapun tidak pada Hari Umar dan Uthman di beri bai‘ah, kerana aku telah memberi bai‘ah. Orang sepertiku tidak akan menarik balik bai‘ahnya. Celaka anda wahai Ibn Qais! Bagaimanakah anda fikir perlakuanku ketika Uthman dibunuh dan aku mendapati pembantu? Adakah anda fikir kegagalanku, kebaculanku atau kecuaianku dalam pertempuranku di Basrah?
Mereka yang di sekitar unta mereka dilaknati (mal‘un), begitu juga mereka yang bersamanya. Dilaknati mereka yang dibunuh di sekitarnya. Dilaknati mereka yang kembali selepasnya bukan dalam keadaan bertaubat dan bukan dalam keadaan beristighfar. Kerana mereka membunuh pembantu-pembatuku dan mengkhianati bai‘ahku.[4] Mereka juga mewakili gabenorku. Mereka menderhakaiku. Maka aku berjalan kepada mereka dengan dua belas ribu lelaki. (Di dalam riwayat yang lain kurang daripada sepuluh ribu). Mereka melebihi seratus dua puluh ribu. (Di dalam riwayat yang lain pula melebihi lima puluh ribu). Maka Allah telah menolongku ke atas mereka dan Dia membunuh mereka dengan tangan kami dan lapanglah dada kaum Mukminin.
Bagaimana anda melihat wahai Ibn Qais pertempuran kami di Siffin dan apa yang Allah telah membunuh mereka dengan tangan kami sebanyak lima puluh ribu pada satu tempat dan secara langsung ke Neraka. (Di dalam riwayat yang lain tujuh puluh ribu). Bagaimanakah anda melihat kami pada Hari Nahrawan semasa aku berjuang menentang al-Mariqin (khawarij) sedangkan mereka kelihatan berpegang teguh kepada agama. Firman-Nya dalam surah al-Kahfi (18): 104, ‘‘Sesungguhnya telah sesat usaha mereka di dalam kehidupan dunia. Mereka menyangka melakukan perkara yang baik” Maka Allah membunuh mereka pada satu tempat dan secara langsung ke Neraka. Tidak tinggal kumpulan mereka melainkan sepuluh orang. Dan tidak terbunuh Mukminin melainkan sepuluh orang.
Celakalah anda wahai Ibn Qais! Adakah anda melihat bendera dikembalikan kepadaku, anda menghinaku wahai Ibn Qais! Aku adalah sahabat Rasulullah pada semua tempat. Orang yang pertama menyahuti cabaran di hadapannya. Aku tidak pernah melarikan diri, tidak pernah mencari perlindungan dan aku tidak pernah memberi belakangku kepada musuh. Kerana tidak harus bagi nabi atau wasi nabi apabila menentang musuhnya, mereka kembali sehingga dibunuh atau Allah memberi kemenangan kepadanya.[5]
Wahai Ibn Qais! Adakah anda mendengarku lari wahai Ibn Qais? Demi Yang Memecahkan Bijian dan Menghidupkan Makhluk yang hidup. Sekiranya aku mendapati pada Hari Abu Bakr diberi bai‘ah di mana anda telah menghinaku kerena bai’ahku kepadanya, empat puluh orang lelaki yang setia seperti empat lelaki yang aku dapati, nescaya aku tidak menahan tanganku bagi menentang mereka. Tetapi aku tidak dapati lelaki yang kelima. Al-Asy‘ath berkata: Siapakah empat lelaki itu wahai Amir al-Mukminin? Beliau menjawab: Salman, Abu Dhar, al-Miqdad dan al-Zubair bin Safiyyah sebelum dia mengkhianati bai‘ahku. Sesungguhnya dia telah mengkhianatiku dua kali.
Adapun bai‘ahnya yang pertama dilakukan apabila Abu Bakr diberi bai‘ah, empat puluh orang lelaki Muhajirin dan Ansar memberi bai’ah kepadaku. Di kalangan mereka adalah al-Zubair. Aku memerintahkan mereka supaya datang ke rumahku pada waktu pagi dalam keadaan bercukur kepala dan lengkap dengan senjata. Maka tidak seorangpun daripada mereka melakukannya melainkan empat orang; Salman, Abu Dhar, al-Miqdad dan al-Zubair. Adapun bai‘ahnya yang kedua, ketika beliau datang bersama sahabatnya Talhah selepas pembunuhan Uthman.
Mereka berdua memberi bai‘ah kepadaku dalam keadaan taat tanpa paksaan. Kemudian mereka kembali daripada agama mereka dalam keadaan murtad, khianat, angkuh, ingkar dan hasad. Maka Allah membunuh mereka berdua ke Neraka. Adapun Salman, Abu Dhar dan al-Miqdad, mereka tetap di atas agama Muhammad Saw. dan millah Ibrahim sehingga mereka berjumpa dengan Allah. Semoga Allah memberi rahmat ke atas mereka.
Wahai Ibn Qais! Sekiranya empat puluh orang yang telah memberi bai‘ah kepadaku menunaikan janji mereka kepadaku dan mereka datang pada waktu pagi di rumahku dalam keadaan bercukur kepala sebelum Atiq (Abu Bakr) memaksa bai‘ahnya ke atas tengkukku, nescaya aku menentangnya dan aku serahkan penghakimannya kepada Allah SWT. Dan sekiranya aku mendapati sebelum bai‘ah Umar pembantu-pembantu, nescaya aku menentang mereka dan aku serahkan penghakimannya kepada Allah. Sesungguhnya Ibn Auf telah menjadikan khilafah untuk Uthman dan mensyaratkannya supaya menyerahkan kepadanya ketika kematiannya. Adapun selepas bai‘ahku kepada mereka, maka tidak ada jalan lagi bagiku untuk menentang mereka.
Al-Asy‘ath berkata: Adakah perkara ini sebagaimana yang anda katakan, sesungguhnya umat ini telah binasa selain daripada anda dan Syi‘ah anda? Beliau berkata: Demi Tuhan! Sesungguhnya kebenaran bersamaku wahai Ibn Qais! Sebagaimana aku katakan. Umat ini tidak binasa melainkan al-Nasibin (para penentang), al-Mukabirin (orang yang angkuh), al-Jahidin (orang yang ingkar) dan al-Mu‘anidin (orang yang keras kepala). Adapun orang yang berpegang kepada Tauhid, iqrar dengan Muhammad dan Islam, mereka tidak terkeluar daripada agama. Mereka tidak melahirkan kezaliman ke atas kami, tidak menentang kami. Mereka mengesyaki khilafah, tetapi tidak mengetahui siapakah yang berhak dan tidak mengetahui para walinya dan tidak pula menentang kami. Sesungguhnya mereka adalah Muslim yang tertindas dan diharapkan rahmat Allah ke atasnya dan mereka pula berasa takut akan dosanya.
Sulaim bin Qais berkata: Tidak tinggal seorangpun pada hari itu daripada Syi‘ah Ali a.s. melainkan berseri mukanya dan gembira dengan kata-katanya. Kerana Amir al-Mukminin telah menerangkan kepada mereka perkara yang sebenar, tanpa bertaqiyyah. Tidak tinggal seorangpun daripada al-Qurra’ (qari/guru agama) melainkan terbuka hati mereka dan hilang syak mereka. Sebagaimana terdapat juga di kalangan hadirin yang menunjukkan kegelisahan pada wajah mereka kerana membenci kata-katanya.
Sulaim bin Qais berkata: Aku tidak pernah melihat orang ramai begitu riang pada hari itu, manakala Amir al-Mukminin telah membuka al-ghita’ (penutup) daripada mereka. Beliau menerangkan kepada mereka hakikat sebenar tanpa taqiyyah. Syi‘ah makin bertambah ramai selepas majlis pada hari itu. Mereka terdiri daripada tenteranya yang paling sedikit. Semenjak itu orang ramai yang berperang bersamanya, mengetahui kedudukannya daripada Allah dan Rasul-Nya. Syi‘ah selepas majlis tersebut menjadi orang yang paling mulia dan dihormati. Pada masa itu beliau a.s. memerintahkan supaya membuat persiapan bagi menentang Mu‘awiyah. Selepas beberapa ketika beliau dibunuh oleh Ibn Muljam kerana menuntut bela dengan pedangnya yang beracun.
Sya‘ir al-Mukhtar bin Abi al-Sa‘aq memuji Umar al-Khattab
Abban daripada Sulaim berkata: Abu aI-Mukhtar telah menulis beberapa bait syair kepada Umar seperti berikut:
Aku menyampaikan Amir al-Mukminin sepucuk surat Anda adalah Amir Allah pada harta Dan urusan pemerintahan Anda adalah Amin Allah pada kami Dan siapa yang menjadi Amir bagi Tuhan manusia Dadaku akan menyerah kepadanya Janganlah anda tinggalkan penduduk bandar dan desa Mengkhianati harta Allah di segenap peringkat
Utuslah kepada al-Nu’man dan Ibn Mu’aqqal
Utuslah kepada Hazm dan Basyar
Utuslah kepada al-Hajjaj, maka ketahuilah akuannya
Itulah yang di pasar maula Bani Nadhir
Janganlah anda melupai dua pengikutnya
Ipar Bani Ghadhwan pada kaum mempunyai banyak harta
Tidak terlepas padanya
Sekalipun Ibn Ghulab daripada pemanah Bani Nasr
Dia mengaut harta tanpa Ibn Muhraz
Meskipun dia di bandar mempunyai kekayaan
Utuslah kepada mereka
nescaya mereka akan membenarkan anda
Dan memberitahu cerita-cerita tentang harta orang yang mempunyai fikiran
Keluargaku telah membahagi-bahagikan mereka
Maka tebusan anda bahawa mereka akan meridhai
Jika anda membahagikan mereka separuh
Janganlah anda memanggilku untuk penyaksian
sesungguhnya aku akan menghilangkan diri
Tetapi aku memerhatikan keajaiban masa
Aku melihat kuda seperti dinding
Dan keputihannya seperti patung
Terlalu kecil pada bilangan semut
Dan titisan air terikat di bekasnya
Ia dimaksudkan berganda-ganda
Apabila peniaga di rumah membawa tikus daripada misk
Telah pergi dalam perpisahan
Anda mewakili apabila mereka mewakili
Anda serang jika mereka menyerang
Mereka banyak harta, tetapi kita tidak memilikinya.
Ibn Ghilab al-Masri berkata:
Aku menyampaikan kepada al-Mukhtar
sesungguhnya aku mendatanginya
Aku tidak mempunya kerabat di sisinya, maupun ipar
Aku tidak mempunyai warisan yang dipusakai
Begitu juga sedekah yang diberi
Sama ada dari Saba’maupun Ghadar.
Tetapi tendangan mengenakan anda setiap serangan
Kesabaranku- apa lagi kematian- di sebalik kegelapan.
Umar mengenakan denda kepada semua gabenornya selain Qunfudh al-‘Adawi
Sulaim berkata: Umar bin al-Khattab mengenakan denda pada tahun itu kepada semua gabenornya dengan membahagi dua akan harta mereka kerana syair Abu al-Mukhtar, tetapi tidak mengenakan denda sedikitpun ke atas Qunfudh al-‘Adawi sekalipun dia adalah daripada gabenornya. Malah mengembalikan kepadanya apa yang diambil daripadanya sebanyak dua puluh ribu dirham. Dia tidak mengambil satu persepuluh (’usyar) atau separuh daripadanya.
Pemberitahuan Ali a.s. sebab ‘Umar tidak mengenakan denda kepada Qunfudh
Abban daripada Sulaim berkata: Maka aku telah berjumpa Ali salawatullahi ‘alaihi, maka aku bertanya kepadanya tentang apa yang dilakukan Umar? Beliau berkata: Adakah anda tahu kenapa dia menahan dirinya daripada Qunfudh dan tidak mengenakan denda sedikitpun ke atasnya? Aku menjawab: Tidak. Beliau berkata: Dialah yang memukul Fatimah dengan cemeti dan sesungguhnya kesan cemeti terdapat di bahunya seperti gelang tangan.
Pemberitahuan Ali a.s. kepada al-‘Abbas dan pengaduan terhadap pukulan Qunfudh ke atas Fatimah a.s.
Abban daripada Sulaim berkata: Aku sampai di dataran Masjid Rasulullah (Saw.) di mana semuanya dihadiri oleh Bani Hasyim selain daripada Salman, Abu Dhar, al-Miqdad, Muhammad bin Abu Bakr, Umar bin Abu Salmah dan Qais bin Sa‘d bin Abu ‘Ubadah. Al-‘Abbas berkata kepada Ali a.s.: Apakah pendapat anda tentang Umar yang menghalang daripada mengenakan denda ke atas Qunfudh sebagaimana dia mengenakan denda ke atas gabenornya? Lalu Ali a.s. melihat kepada mereka di sekitarnya, kemudian berlinangan kedua-dua matanya. Beliau berkata: Kami mengadu kepadanya mengenai pukulan yang dilakukan ke atas Fatimah dengan cemeti, lantaran itu beliau telah meninggal dunia dan kesannya di bahu sepertilah gelang tangan.
BAHAGIAN KETIGA
Bid‘ah-bid‘ah Khalifah Abu Bakr dan Umar, Fadak, percubaan membunuh Ali a.s., kelebihan Ahl al-Bait, Imam dua belas, perjumpaan seorang Nasrani dengan Ali a.s. dan pencungkilan fitnah
Kata-kata Ali a.s: “Aneh! Hati umat ini dimabukkan oleh cinta kepada Abu Bakr dan Umar”
Kemudian Ali a.s. berkata: Aneh! Hati umat ini dimabukkan oleh cinta kepada lelaki ini dan sahabat sebelumnya, dan menyerah kepadanya setiap sesuatu yang diciptakannya (ahdatha-hu). Jika gabenor-gabenornya menjadi pengkhianat, nescaya harta-harta yang ada di tangan mereka juga suatu pengkhianatan. Dan tidak halal baginya meninggalkannya. Dia hendaklah mengambil kesemuanya kerana itu adalah harta Muslimin. Dia tidak berhak mengambil separuh dan meninggalkan separuhnya. Dan jika mereka bukanlah pengkhianat, maka tidak halal baginya mengambil harta mereka sama ada sedikit ataupun banyak.[6]
Sesungguhnya dia mengambil separuh daripada harta mereka sekiranya mereka pengkhianat. Tetapi mereka tidak mengakuinya dan mereka pula tidak dibuktikan. Justeru itu, tidak halal baginya mengambil daripada mereka sama ada sedikit ataupun banyak. Dan yang lebih aneh lagi, dia mengembalikan kepada mereka kerja mereka. Sekiranya mereka (para gabenor) pengkhianat, maka tidak halal baginya melantik mereka kembali. Dan sekiranya mereka bukan pengkhianat, maka tidak halal harta mereka untuknya.[7]
Penjelasan Ali a.s. kepada orang ramai tentang bid‘ah-bid‘ah Abu Bakr dan Umar
Kemudian Ali a.s. berhadapan dengan mereka dan berkata: Aneh sekali! Mereka melihat Sunnah Nabi mereka bertukar-tukar dan berubah-ubah sedikit demi sedikit dan bab demi bab, kemudian mereka meridhai tanpa menentangnya. Malah mereka memarahi untuknya, mencela mereka yang mengaibkannya dan mengingkarinya! Kemudian datang kaum selepas kami, mereka akan mengikuti bid‘ah-bid‘ahnya, kezalimannya, dan perlakuan-perlakuannya (ahdatha-hu). Mereka telah mengambil perlakuannya sebagai sunnah dan agama untuk menghampirkan diri mereka kepada Allah[8].
Umpamanya, dia telah memindahkan Maqam Ibrahim a.s. dari tempat yang diletakkan oleh Rasulullah (Saw.) kepada tempatnya pada masa Jahiliyah di mana Rasulullah (Saw.) telah memindahkannya.[9] Dia telah mengubah gantang Rasulullah dan cupaknya. Sedangkan terdapat padanya fardhu dan sunat. Penambahannya mendatangkan keburukan kepada fakir miskin di dalam kaffarh al-Yamin dan al-Zihar. Dengan kedua-duanyalah mereka diberi tanaman yang wajib. Rasulullah Saw. bersabda: “Wahai Tuhan! Berkatilah kami pada cupak dan gantang kami. Dan mereka tidak akan mengubahnya kelak”. Tetapi mereka meridhai dan menerima apa yang dilakukannya.
Dialog Fatimah a.s. dengan Abu Bakr tentang Fadak
Dia dan sahabatnya telah merampas Fadak daripada Fatimah a.s. di mana beliau memakan hasilnya pada masa nabi (Saw.). Dia telah meminta Fatimah memberi keterangan di atas miliknya. Dia tidak membenarkannya dan menolak penyaksian Umm Aiman. Dia mengetahui dengan yakin sebagaimana kami mengetahui bahawa Fadak adalah milik Fatimah. Adalah tidak halal baginya meminta Fatimah supaya memberi keterangan atas apa yang menjadi miliknya dan menuduhnya pula. Kemudian dia telah meminta ihsan orang ramai mengenainya, lantas mereka memujinya[10]pula.
Mereka berkata: Kewarakan dan kelebihannya telah mendorongnya untuk melakukan sedemikian. Kemudian mereka memperelokkan keburukkan perbuatan mereka berdua, sekalipun mereka berdua menentang Fatimah. Mereka berdua berkata: Kami menyangka bahawa sesungguhnya Fatimah tidak berkata melainkan kebenaran dan sesungguhnya Ali tidak memberi penyaksian melainkan dengan kebenaran. Sekiranya bersama Umm Aiman perempuan lain, nescaya kami telah menyelesaikan untuknya.
Dengan demikian itu mereka mengambil peluang di sisi orang jahil. Apa kaitan mereka bagi menjadi hakim sehingga mereka diberi atau dihalang? Tetapi umat diuji dengan mereka berdua. Lantaran itu, dimasukkanlah diri mereka pada perkara di mana mereka tidak ada hak padanya. Lagipun mereka tidak mengetahui mengenainya. Sesungguhnya Fatimah (a.s.) berkata ketika dia merampasnya sedangkan ia adalah miliknya: Tidakkah ia di tanganku dan wakilku padanya. Sesungguhnya aku memakan hasilnya pada masa Rasulullah (Saw.) masih hidup?[11]
Mereka menjawab: Ya. Beliau berkata: Kenapa kalian berdua bertanya tentang saksi ke atas perkara yang menjadi milikku? Mereka menjawab: Kerana ia adalah fai’ Muslimin. Jika saksi tidak ada, kami tidak akan menyelesaikannya. Beliau a.s. berkata kepada mereka berdua dan orang ramai di keliling mendengarnya: Adakah kalian berdua mahu menolak apa yang telah dilakukan oleh Rasulullah Saw. dan menghukum kami secara khusus dan tidak menghukum semua Muslimin dengannya?[12]
Wahai manusia! Dengarilah apa yang mereka berdua telah lakukan (daripada dosa). Beliau berkata: Apakah pendapat kalian sekiranya aku mendakwa harta Muslimun yang ada pada tangan mereka. Adakah kalian akan meminta saksi daripadaku atau daripada mereka. Mereka berdua berkata: Tidak. Kami akan meminta saksi daripada anda. Sekiranya semua kaum Muslimin mendakwa apa yang ada di tanganku, kalian akan meminta saksi daripada mereka atau daripadaku? Maka Umar menjadi marah dan berkata: Ini adalah Fai’ Muslimin dan tanah mereka tetapi Fatimah memakan hasilnya.[13]
Dia membuktikan keterangan di atas dakwaannya bahawa Rasulullah (Saw.) telah menghebahkan kepadanya di kalangan Muslimin dan ia adalah fai’’[14] mereka dan hak mereka, nescaya kami mempertimbangkannya. Beliau a.s. berkata: Hasbi. Aku menyeru kalian dengan nama Allah wahai manusia! Tidakkah kalian mendengar Rasulullah bersabda: Sesungguhnya anak perempuanku adalah penghulu wanita Syurga? Mereka menjawab: Wahai Tuhanku! Ya. Sesungguhnya kami telah mendengarnya daripada Rasulullah Saw. Beliau berkata: Adakah penghulu wanita Syurga mendakwa kebatilan dan mengambil bukan haknya. Apakah pendapat kalian sekiranya empat orang lelaki memberi penyaksian ke atasku bahawa aku telah melakukan fahisyah (zina) atau dua orang lelaki memberi penyaksian ke atasku bahawa aku telah melakukan sariqah (pencurian), adakah kalian membenarkannya ke atasku? Adapun Abu Bakr hanya berdiam. Umar berkata: Ya. Kami akan menjalankan had ke atas anda.
Beliau berkata: Anda telah berbohong (kadhabta) dan dicela (lu‘imta) melainkan anda mengakui bahawa sesungguhnya anda bukan di atas agama Muhammad. Sesungguhnya orang yang mengharuskan penyaksian (syahadah) ke atas penghulu wanita Syurga atau menjalankan had ke atasnya adalah orang yang dilaknati dan kafir (la mal’un kafir) dengan apa yang telah diturunkan Allah ke atas Muhammad. Kerana sesungguhnya Allah telah menghilangkan daripada mereka kekotoran dosa dan membersihkan mereka sebersih-bersihnya, tidak harus dijalankan penyaksian ke atas mereka kerana mereka adalah maksum daripada segala kejahatan dan bersih daripada segala kekejian (fahisyah).
Beritahuku wahai Umar! Siapakah yang dimaksudkan dengan ayat ini (man ahlu hadhihi al-ayah)? Sekiranya satu kaum memberi penyaksian ke atas mereka atau ke atas seseorang daripada mereka dengan syirk, kufr atau perkara yang keji (fahisyah), Muslimun akan membersihkan diri daripada mereka dan akan mengenakan had ke atas mereka. Dia menjawab: Ya. Mereka dan orang lain adalah sama dalam perkara tersebut.
Beliau (a.s.) berkata: Anda telah berbohong (kadhabta) dan ingkar (kafarta). Mereka dan orang ramai tidaklah sama di dalam perkara tersebut. Kerana Allah telah menjaga mereka, menurunkan ‘ismah dan tathir kepada mereka. Dan Dia telah menghilangkan daripada mereka kekotoran dosa.[15] Justeru itu, sesiapa yang membenarkan ke atas mereka, maka sesungguhnya dia membohongi Allah dan Rasul-Nya. Abu Bakr berkata: Aku bersumpah ke atas anda wahai Umar supaya diam.
Abu Bakr memerintahkan supaya Ali a.s. dibunuh semasa solat dan penyesalannya
Apabila malam tiba, mereka berdua datang kepada Khalid bin al-Walid. Mereka berkata: Kami mahu merahsiakan kepada anda satu perkara. Kami mempertanggungjawabkan kepada anda kerana kami percayakan anda. Dia berkata: Kalian berdua berilah tanggungjawab kepadaku menurut kehendak anda kerana aku taat kepada kalian berdua. Mereka berkata kepadanya: Pemerintahan dan kekuasaan kami tidak akan memberi manfaat kepada kami selama Ali masih hidup.
Tidakkah anda mendengar apa yang dikatakannya kepada kami dan apa yang kami hadapi? Kami tidak menjaminnya. Kemungkinan dia menyeru orang ramai secara senyap-senyap, maka orang ramai akan menyahut seruannya. Justeru itu, mereka menentang kami kerana dia adalah Arab yang paling berani.[16]
Dan sesungguhnya kami telah melakukan sesuatu terhadapnya sebagaimana anda telah melihatnya. Kami mengalahkannya bagi memiliki kerajaan sepupunya (Rasulullah Saw.) dan tidak ada hak bagi kami terhadapnya. Kami telah merampas Fadak daripada perempuannya. Apabila anda mengerjakan solat subuh dengan orang ramai, maka berdirilah di sisinya. Pedang anda hendaklah bersama anda. Maka apabila anda mengerjakan solat dan memberi salam, maka penggallah kepalanya.
Ali a.s. berkata: Khalid mengerjakan solat di sisiku dalam keadaan bersiap-sedia dengan pedang di atas kepalanya (mutaqallidan). Maka Abu Bakr pun berdiri di dalam solat dan mulai membincangkannya dengan dirinya lalu menyesalinya. Dan melepaskan tangannya sehingga matahari hampir naik.[17] Kemudian dia berkata sebelum memberi salam: Jangan anda lakukan apa yang aku perintahkan kepada anda, kemudian memberi salam. Aku berkata kepada Khalid: Apakah itu? Dia menjawab: Abu Bakr memerintahkan apabila dia memberi salam, aku akan memenggal kepala anda. Aku berkata: Adakah anda akan melakukannya? Dia menjawab: Demi Tuhanku (ayyu rabbi) aku akan melakukannya.[18]
Penjelasan Ali a.s. kepada al-Abbas tentang bid‘ah-bid‘ah Abu Bakr dan Umar
Sulaim berkata: Kemudian Ali a.s. berhadapan dengan al-Abbas dan orang di sekitarnya, lalu berkata: Tidakkah kalian hairan bahawa dia dan sahabatnya menahan kami daripada saham kerabat[19] yang telah difardhukan oleh Allah kepada kami dalam al-Qur’an. Dan Allah mengetahui sesungguhnya mereka akan menzalimi kami mengenainya dan akan mencabutnya daripada kami. Dia berfirman dalam Surah al-Anfal (8): 41, ‘‘Sekiranya kalian beriman dengan Allah dan apa yang telah kami turunkan ke atas hamba kami pada Hari al-Furqan, pada hari bertemunya dua kumpulan”. Aneh! Dia telah memusnahkan rumah saudaraku Ja‘far dan menyambungkannya pada Masjid tanpa membayar sesuatupun kepada anak-anaknya. Kemudian orang ramai tidak mengaibkannya atau memalukannya. Seolah-olah dia telah mengambil rumah lelaki Dailam.
Aneh! Kerana kejahilannya dan kejahilan umat bahawa dia menulis surat kepada para gabenornya: Sesungguhnya orang yang berjunub[20] apabila tidak mendapati air, maka tidak wajib mengerjakan solat dan tidak wajib baginya bertayammum sekiranya tidak mendapatinya sehingga berjumpa Allah. (Di dalam riwayat yang lain. Sekiranya tidak mendapatinya setahun). Kemudian orang ramai menerimanya dan meridhainya.[21]
Sesungguhnya dia mengetahui dan orang ramai pun mengetahui bahawa Rasulullah (Saw.) telah memerintahkan Ammar dan Abu Dhar supaya bertayammum daripada janabah, mengerjakan solat dan mempersaksikan di sisinya.[22] Perkara yang sama dilakukan juga oleh orang lain di sisinya, tetapi dia (Umar) tidak menerimanya. Aneh! Dia telah mencampuradukkan hukum yang bermacam-macam dalam masalah had[23], tanpa ilmu kerana kediktatoran (ta’assufan) dan kejahilan (jahlan).
Dakwaan mereka berdua terhadap apa yang mereka tidak tahu semata-mata kerana berani (jur’atan) terhadap Allah. Mereka mendakwa bahawa Rasulullah (Saw.) mati tanpa memberi sebarang hukuman mengenai datuk lelaki (al-Jadd) dan tidak meninggalkan seorangpun yang mengetahui tentang bahagian pusaka datuk.[24] Kemudian mereka memberi bai‘ah kepada mereka berdua di atas perkara tersebut, lalu membenarkan mereka berdua.
Dia (Umar) telah memerdekakan Ummahat al-Aulad, maka orang ramai mengambil kata-katanya dan meninggalkan sabda Rasulullah (Saw.). Dan apa yang dia lakukan kepada Nasr bin al-Hajjaj, Ja‘dah bin Sulaim dan Ibn Wabrah. Apa yang lebih aneh daripada itu adalah mengenai Abu al-Kanafi al-‘Abdi yang datang berjumpanya dan berkata: Sesungguhnya aku telah menceraikan isteriku dan aku tidak ada (ghaib) pada masa itu. Maka talak telah sampai kepadanya.
Kemudian aku merujuknya di dalam ‘iddahnya, tetapi suratku tidak sampai kepadanya sehingga dia (isteri) berkahwin (Tazawwajat). Maka dia (Umar) menulis kepadanya: Sekiranya lelaki yang mengahwininya telah menyetubuhinya, maka dia adalah isterinya. Dan sekiranya dia belum menyetubuhinya, maka dia adalah isteri anda.[25] Dia menulis kepadanya mengenainya dan aku telah menyaksikannya.
Dia tidak bermesyuarat denganku dan tidak pula bertanyakanku. Dia fikir ilmunya sudah memadai tanpa memerlukan keilmuanku. Aku mahu menghalangnya. Kemudian aku berkata: Aku tidak peduli jika Allah mendedahkan keburukkannya. Namun orang ramai tidak mencelanya malah memuji dan mengambilnya sebagai sunnah (Sunnatan). Mereka menerima dan melihatnya sebagai betul (sawaban).[26] Demikianlah dia menghukumnya. Sekiranya seorang gila yang kurus kering menghukumnya, nescaya dia tidak menambahnya. Seterusnya dia meninggalkan ‘‘Hayya ‘ala Khairil ‘Amal” dalam azan.[27] Maka mereka mengambilnya sebagai sunnah dan mengikutnya pula.
Dan hukumannya terhadap al-Mafqud (lelaki yang hilang) bahawa ajal isterinya adalah empat tahun, kemudian dia boleh kahwin. Dan sekiranya suaminya kembali, dia diberi pilihan antara perempuannya dan al-Saddaq (mas kahwin). Maka orang ramai memujinya dan mengambilnya sebagai sunnah. Mereka menerima daripadanya kerana kejahilan, sedikit ilmu dengan Kitab Allah SWT dan Sunnah Nabi Saw.
Dia mengeluarkan setiap orang buta dari Madinah dan menghantar kepada gabenornya di Basrah dengan tali sepanjang lima jengkal (asybar). Dan kata-katanya: Sesiapa yang kalian mengambilnya daripada al-A‘jam[28] di mana ukurannya sepanjang tali ini maka penggallah kepalanya. Dia mengembalikan sibaya (hamba perempuan) yang bersembunyi sedangkan mereka sedang hamil. Dia menghantar seutas tali mengenai kanak-kanak yang mencuri di Basrah dan berkata: Sesiapa yang sampai sepanjang tali ini maka kalian potonglah (tangan)[29].
Apa yang paling aneh daripada itu adalah seorang pembohong lelaki (kadhdhaban) direjam dengan sebab seorang pembohong perempuan (kadhdhabah). Dia (Umar) menerimanya (kadhdhabah) dan orang jahil menerimanya pula. Mereka menyangka sesungguhnya para Malaikat bercakap di atas lidahnya (Umar) dan mengajarnya. Dia memerdekakan sibaya (hamba perempuan) ahli Yaman. Dia dan sahabatnya mengundurkan diri daripada tentera Usamah bin Zaid sedangkan mereka berdua telah menerima kepemimpinannya.[30]
Kemudian apa yang lebih aneh daripada itu adalah bahawa sesungguhnya Allah mengetahui dan orang ramai pun mengetahui bahawa dialah orang yang telah menghalang Rasulullah (Saw.) daripada kertas dan dakwat yang dimintanya.[31] Kemudian peristiwa tersebut tidak memudarat dan mengurangkannya (Umar) di sisi mereka. Dialah sahabat Safiyyah[32] ketika dia berkata kepadanya apa yang dia kata, maka Rasulullah (Saw.) memarahinya dan berkata apa yang beliau kata.
Dialah yang berkata kepadaku ketika aku melaluinya suatu hari: Umpama Muhammad pada Ahl Baitnya adalah seumpama pokok kurma (nakhlah) yang tumbuh di dalam sampah (kunasatin). Kata-kata itu sampai kepada Rasulullah (Saw.) lantas beliau menjadi marah, beliau keluar dan menaiki mimbar Masjid. Kaum Ansar terkejut dan datang dengan senjata manakala mereka melihat kemarahan Rasulullah (Saw.).
Penjelasan Rasulullah Saw. tentang keutamaan Ahl Baitnya a.s.
Beliau bersabda: Apakah gerangan mereka yang menghinaku dengan kerabatku. Dan sesungguhnya mereka mendengar daripadaku apa yang aku kata tentang kelebihan mereka; kelebihan yang Allah kurniakan kepada mereka, apa yang Allah mengkhususkan untuk mereka dengan hilangnya kekotoran dosa dan kesucian yang Allah kurniakan kepada mereka. Sesungguhnya aku memberitahu mereka tentang kelebihan Ahl Baitku[33] dan orang yang terbaik mereka daripada apa yang telah dikurniakan Allah kepadanya, memuliakannya, melebihkannya ke atas orang yang mendahuluinya dalam Islam, ujian-Nya padanya, kekerabatannya dengan. Sesungguhnya beliau adalah daripadaku seperti kedudukan Harun daripada Musa.[34] Kemudian kalian menyangka umpama aku pada Ahl Baitku seperti pokok kurma yang tumbuh di dalam sampah Sesungguhnya Allah menciptakan makhluk-Nya, maka Dia telah membahagikannya kepada dua kumpulan.
Maka Dia menjadikan aku orang yang terbaik di kalangan dua kumpulan itu. Kemudian Dia menjadikan satu kumpulan tersebut kepada tiga kumpulan yang terdiri daripada syu‘yuban (suku-suku), qaba’ila (kabilah-kabilah) dan buyutan (rumah-rumah).
Maka Dia menjadikan aku orang yang terbaik di kalangan suku, dan kabilah, kemudian Dia menjadikan mereka buyutan, lalu Dia menjadikan aku baitan (rumah) yang terbaik sebagaimana firman-Nya ‘‘Sesungguhnya Allah mahu menghilangkan daripada kamu Ahl al-Bait kekotoran dosa dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya”. Maka aku dapati pada Ahl Baitku dan ‘Itrahku, aku dan saudaraku Ali bin Abu Talib. Hanya Allah telah merenung pada penduduk Bumi satu kali renungan, maka Dia memilih aku daripada mereka.
Kemudian Dia telah merenung pada penduduk Bumi pada kali kedua, maka Dia memilih saudaraku Ali, wazirku, wasiku dan khalifahku pada umatku. Wali setiap Mukmin selepasku. Maka[35] Dia telah mengutusku sebagai Rasul, Nabi dan Dalil. Maka Dia mewahyukan kepadaku supaya mengambil Ali sebagai saudara, wali, wasi dan khalifah pada umatku selepasku. Sesungguhnya beliau adalah wali kepada setiap Mukmin selepasku. Sesiapa yang menjadikannya wali maka Allah memberkatinya. Sesiapa yang memusuhinya maka Allah memusuhinya. Sesiapa yang mencintainya maka Allah mencintainya. Sesiapa yang memarahinya maka Allah memarahinya.
Beliau tidak akan dicintai melainkan oleh Mukmin dan tidak akan dimarahi melainkan oleh orang kafir.[36] Beliau adalah rabb-al ardh (tuan bumi) selepasku dan penghuninya. (Di dalam naskhah yang lain beliau adalah zarr al-Ardh dan penghuninya). Beliau adalah Kalimah Allah al-Taqwa, ‘Urwat Allah al-Wuthqa (ikatan Allah yang kuat). Firman-Nya dalam Surah al-Taubah (9): 32, ‘‘Adakah kalian mahu memadamkan cahaya Allah dengan mulut-mulut kalian dan sesungguhnya Allah adalah penyempurna cahaya-Nya, sekalipun dibenci oleh Musyrikun” Dan musuh-musuh Allah mahu memadamkan cahaya saudaraku. Tetapi Allah menyempurnakan cahaya-Nya.
Wahai manusia! Hendaklah orang yang datang menyampaikan sabdaku ini kepada orang yang tidak datang (ghaiba-kum). Wahai Tuhanku persaksikanlah! Wahai manusia! Sesungguhnya Allah telah merenung kali ketiga, maka Dia memilih daripada mereka selepasku dua belas wasi daripada Ahl Baitku, mereka itu adalah sebaik-baik umatku. Daripada mereka sebelas imam selepas saudaraku (akhi) seorang demi seorang.[37]
Setiap kali seorang imam mati, seorang daripada mereka mengambil tempatnya. Mereka seumpama bintang-bintang di langit. Setiap kali satu bintang hilang, satu bintang yang lain timbul (tala‘a) kerana mereka adalah para imam yang mendapat hidayat. Tidak akan memudaratkan mereka oleh tipu daya orang yang menipu, penghinaan orang yang menghina mereka. Malah Allah akan memudaratkan orang yang menipu mereka dan menghina mereka. Maka mereka adalah hujah Allah di Bumi-Nya, saksi-saksi-Nya terhadap makhluk-Nya.[38]
Sesiapa yang mentaati mereka, mentaati Allah. Sesiapa yang menderhakai mereka, maka menderhakai Allah. Mereka bersama al-Qur’an dan al-Qur’an bersama mereka. Mereka tidak akan berpisah dengan al-Qur’an dan al-Qur’an tidak akan berpisah dengan mereka sehingga mereka dikembalikan kepadaku di Haudhku.[39]
Imam yang pertama adalah sebaik-baik mereka iaitu Ali a.s.. Kemudian anak lelakiku al-Hasan. Kemudian anak lelakiku al-Husain. Kemudian sembilan daripada anak lelaki al-Husain. Ibu mereka adalah anak perempuanku Fatimah salawatullahi ‘alaihim, selepas mereka adalah Ja‘far bin Abu Talib sepupuku dan saudara kepada saudaraku dan bapa saudaraku Hamzah bin Abd al-Muttalib. Aku adalah sebaik-baik Rasul dan para nabi. Fatimah ialah anak perempuanku adalah penghulu wanita Syurga. Ali di mana anak-anak lelakinya adalah para wasi, adalah sebaik-baik wasi. Ahl Baitku adalah sebaik-baik bait (rumah) para nabi. Dua anak lelakiku adalah penghulu pemuda Syurga.[40]
Wahai manusia! Sesungguhnya syafaatku menjadi harapan kalian. Tidak seorangpun anak yang dilahirkan oleh datukku Abd al-Muttalib berjumpa Allah dalam keadaan tauhid dan tidak mengsyirikkan-Nya dengan sesuatu pun melainkan Dia memasukkannya Syurga meskipun dosanya sebanyak batu-batu kecil (al-Hasa) dan buih air laut.
Wahai manusia! Kalian hormatilah (‘Azzimu) Ahl Baitku pada masa hidupku dan selepas matiku. Kalian muliakanlah mereka, kalian lebihkanlah mereka kerana tidak halal bagi seseorang itu berdiri dari majlisnya kerana seseorang melainkan kerana Ahl Baitku. Sesungguhnya jika aku berada di perkarangan pintu Syurga, maka Tuhanku melahirkan sifat tajalli kepadaku dan memberi izin kepadaku untuk bersyafaat nescaya aku tidak akan mengutamakan orang lain daripada Ahl Baitku. Wahai manusia! Kalian beritahuku tentang nasabku, siapakah aku? Lantas seorang lelaki daripada kaum Ansar berdiri dan berkata: Kami memohon perlindungan dengan Allah daripada kemaraham Allah dan kemarahan Rasul-Nya.
Beritahuku wahai Rasulullah! Siapakah yang telah menyakiti anda (adha-ka) pada Ahl Bait anda sehingga kami penggal kepalanya, atau hendaklah dia berbuat baik kepada ‘Itrahnya. Maka beliau berkata: Beritahu nasabku? Aku adalah Muhammad bin Abdullah bin Abd al-Muttalib bin Hasyim sehingga beliau mengaitkan nasabnya dengan Nizar. Kemudian berterusan nasabnya kepada Ismail bin Ibrahim Khalilullah, kemudian bersabda : Sesungguhnya aku dan Ahl Baitku adalah tinah (tanah) di bawah ‘Arasy kepada Adam, nikah tanpa zina. Pernikahan Jahiliyah tidak berlaku kepada kami. Justeru itu, kalian bertanyalah kepadaku[41].
Demi Tuhan! Tidak akan bertanyaku seorang lelaki tentang bapanya, ibunya dan nasabnya melainkan aku memberitahunya mengenainya. Seorang lelaki berdiri dan bertanya: Siapakah bapaku? Beliau bersabda: Bapa anda adalah fulan di mana anda mengaitkan diri anda dengannya. Lelaki itu lalu memuji Allah dan bersyukur kepada-Nya, dan berkata: Sekiranya anda mengaitkan aku dengan nasab (nasabta-ni) orang lain aku tetap meridhai dengan sepenuhnya.
Kemudian seorang lelaki lain berdiri dan berkata: Siapakah bapaku? Maka beliau bersabda: Bapa anda adalah fulan bukan bapa yang dikaitkan dengannya. Maka lelaki itupun keluar daripada Islam (irtadda). Kemudian lelaki lain berdiri dan berkata: Adakah aku daripada ahli Syurga atau daripada ahli Neraka? Maka beliau bersabda: Daripada ahli Syurga. Kemudian seorang lelaki berdiri dan berkata: Adakah aku daripada ahli Syurga atau daripada ahli Neraka? Beliau bersabda: Daripada ahli Neraka.
Kemudian Rasulullah Saw. bersabda dalam keadaan marah: Apakah yang menghalang orang yang menghina Ahl Baitku, saudaraku, wazirku, wasiku, khalifahku pada umatku dan wali kepada setiap Mukmin selepasku,[42] berdiri dan bertanyaku: Siapakah bapanya, di mana dia, di Syurga atau di Neraka? Maka Umar bin al-Khattab pun berdiri dan berkata: Aku memohon perlindungan dengan Allah daripada kemarahan Allah dan kemarahan Rasul-Nya. Maafkan kami wahai Rasulullah, nescaya Allah memaafi anda. Ampunilah kami, nescaya Allah mengampuni anda. Simpanlah rahsia kami (Ustur-na), nescaya Allah menyimpan rahsia anda. Maaflah kami, nescaya Allah bersalawat ke atas anda. Maka Rasulullah (Saw ) terasa malu (istaha) dan berhenti (kaffa).
Ali a.s. berkata: Dialah (Umar) sahib al-‘Abbas yang telah dihantar oleh Rasulullah (Saw.) dalam keadaan berjalan kaki dan berkata: Sesungguhnya al-Abbas telah menegah zakat hartanya, maka Rasulullah (Saw.) menjadi marah dan bersabda: Segala puji bagi Allah yang memaafkan kami Ahl al-Bait daripada kejahatan yang mencemarkan kami (yulattikhuna) dengannya. Sesungguhnya al-Abbas tidak menegah zakat hartanya tetapi anda menyegerakan ke atasnya. Dia menyegerakan zakat beberapa tahun. Kemudian dia datang kepadaku selepas itu dan meminta berjalan bersamanya kepada Rasulullah (Saw.) bagi tujuan mendapatkan keridhaannya, maka aku telah melakukannya.
Dialah sahib Abdullah bin Abi Salul manakala Rasulullah (Saw.) berjalan ke hadapan untuk mengerjakan solat ke atasnya, maka dia memegang kain Rasulullah (Saw.) dari belakang seraya berkata: Sesungguhnya Allah melarang anda daripada mengerjakan solat ke atasnya. Justeru itu, adalah tidak halal bagi anda mengerjakan solat ke atasnya. Rasulullah (Saw.) bersabda: Sesungguhnya aku mengerjakan solat ke atasnya kerana menghormati anak lelakinya.[43] Dan aku berharap agar tujuh puluh orang lelaki daripada suku bapanya dan keluarganya memeluk Islam kerananya. Apakah anda tahu apa yang aku kata! Sesungguhnya aku telah berdoa kepada Allah ke atasnya.
Dialah sahib Rasulullah (Saw.) pada Hari Hudaibiyah manakala Rasulullah Saw. menulis surat perjanjian, dia (Umar) berkata: Adakah kita memberi kehinaan kepada agama kita? Kemudian dia mulai mengelilingi tentera Rasulullah, mengapi-apikan mereka seraya berkata: Adakah kita memberi kehinaan kepada agama kita? Maka Rasulullah (Saw.) bersabda: Pergilah kalian daripadaku atau anda mahu aku mengkhianati dhimmahku?[44]
Di dalam riwayat yang lain: Kalian keluarkannya (Umar) daripadaku. Adakah anda mahu mengkhianati dhimmahku? Sesungguhnya aku akan menyempurnakan apa yang aku telah tuliskan untuk mereka. Wahai Suhail! Ambillah anak lelaki anda Jundalan. Maka dia mengikatnya dengan ikatan yang kuat pada besi. Kemudian Allah menjadikan tindakan Rasulullah (Saw.) kepada kebaikan, kewarasan, petunjuk, kemuliaan dan kelebihan.
Dialah sahib Hari Ghadir Khum, semasa dia dan sahabatnya berkata ketika Rasulullah (Saw.) melantikku (nasabani) sebagai wali : Apa gerangannya beliau mengangkat orang yang tidak ada guna (ma ya’lu an yarfa’a khassisata-hu)? Sementara sahabatnya pula berkata: Apa gerangannya beliau mengangkat ketiak sepupunya (ma ya’lu raf’an bi-dhab’i ibn ‘ammi-hi)? Dia berkata kepada sahabatnya: Ini adalah suatu kehormatan! Maka muka sahabatnya tiba-tiba berubah dan berkata: Tidak! Demi Tuhan, aku tidak akan mendengar dan tidak mentaati selama-lamanya (la asma‘u wa la uti‘u abadan). Kemudian dia pergi kepada keluarganya dengan sombong, lalu diikuti juga oleh sahabatnya.
Maka Allah menurunkan firman-Nya mengenainya di dalam Surah al-Qiyamah (75): 31-35, “Maka dia tidak membenarkan dan tidak pula mengerjakan solat, tetapi mendusta dan berpaling (daripada kebenaran), kemudian dia pergi kepada keluarganya dengan sombong. Lebih patut (siksa) bagimu, maka ia lebih patut. Kemudian lebih patut (siksa) bagimu, maka ia lebih patut”, sebagai janji ancaman (wa‘idan) dan peringatan yang keras daripada Allah untuknya.
Dialah yang datang kepadaku ketika itu aku bersama Rasulullah (Saw.), melawatku dengan sekumpulan para sahabatnya manakala sahabatnya mengelipkan mata kepadanya. Maka dia berkata: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya anda telah menjanjikan kepada kami tentang Ali satu janji, sesungguhnya aku melihat apa yang terjadi padanya sekarang. Sekiranya dia mati, kepada siapa? Maka Rasulullah (Saw.) bersabda: Persilakan duduk. Beliau mengulanginya sebanyak tiga kali.
Maka Rasulullah Saw. berhadapan dengan mereka berdua dan bersabda: Beliau tidak akan mati di dalam kesakitannya ini sehingga kalian berdua memenuhinya dengan kemarahan dan melakukan pengkhianatan dan kezaliman terhadapnya. Kemudian kalian berdua mendapatinya masih bersabar dan cekal. Beliau tidak akan mati sehingga berjumpa kalian berdua dalam keadaan yang mencemaskan. Beliau tidak akan mati melainkan mati syahid.
Lapan puluh sahabat menerima Ali a.s. sebagai pemimpin Mukminin
[1] Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi‘ al-Mawaddah, hlm. 135.
[2] Sibt Ibn al-Jauzi, Tadhkirah al-Khawwas, hlm. 30-31. al-Nasa’i, al-Khasa’is, hlm. 39-40.
[3] Al-Tabari, Tarikh, ix, hlm. 192. Ibn Hisyam, al--Sirah al-Nabawiyyah, iv, hlm. 309.
[4] Ibn al-Athir, Usd al-Ghabah, iv, hlm.33. al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-‘Ummal, vi, hlm. 88.
[5] Muhibb al-Din al-Tabari, al-Riyadh al-Nadhirah, ii, hlm. 190-2.
[6] Ibn Abi al-Hadid, Syarh Nahj al-Balaghah, iii, hlm. 163-4.
[7] Ibid.
[8] Al-Bukhari, Sahih, viii, hlm. 382 (Hadis no. 585) ‘‘Sesungguhnya kamu tidak mengetahui apa yang telah dilakukan oleh mereka (para sahabat). (inna-ka la tadri ma ahdathu ba‘d-ka) selepas anda meninggalkan mereka. Maka aku berkata: Terjauhlah, terjauhlah daripada rahmat Tuhan, mereka yang telah mengubah (Sunnahku) selepasku. Mereka telah menjadi kafir-murtad selepas anda”.
[9] Al-Suyuti, Tarikh al-Khulafa’, hlm. 137.
[10] Ibn al-Athir, Usd al-Ghabah, v, hlm. 522. al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-‘Ummal, vi, hlm. 219. Muhibb al-Din al-Tabari, Dhakha’ir al-‘Uqba, hlm. 39. al-Baihaqi, Sunan, ii, hlm. 300.
[11]Al-Haithami, Majma‘ al-Zawa’id,vii, hlm. 49. al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-‘Ummal, ii, hlm. 158. al-Dhahabi, Mizan al-I‘tidal, ii, hlm. 228.
[12]Al-Haithami, Majma‘ al-Zawa’id, vii, hlm. 49. al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-‘Ummal, ii, hlm. 158. al-Dhahabi, Mizan al-I‘tidal, ii, hlm. 228.
[13] Ibid.
[14] Harta yang diambil daripada Musyrikin tanpa peperangan.
[15] al-Tabari, Jami‘ al-Bayan, xxii, hlm. 5-6. al-Suyuti, al-Durr al-Manthur, v, hlm. 108. Ibn Hanbal, Musnad, iii, hlm. 259.
[16] A-Suyuti, al-Durr al-Manthur, v, hlm. 192. al-Syablanji, Nur al-Absar, hlm. 86.
[17] Al-Fadhl bin Syadhan, al-Idhah, hlm. 155-8. Bandingkan Ibn Abi al-Hadid, Syarh Nahj al-Balaghah, iv, hlm. 190-3.
[18] Al-Fadhl bin Syadhan, al-Idhah, hlm. 155-8. Bandingkan Ibn Abi al-Hadid, Syarh Nahj al-Balaghah, iv, hlm. 190-3.
[19] Ibn Hanbal, Musnad, i, hlm. 320. al-Suyuti, Tarikh al-Khulafa’, hlm. 137.
[20] Al-Nasa’i, al-Sunan, i, hlm.59. Ibn Majah, al-Sunan, i, hlm. 200.
[21] Al-Nasa’i, al-Sunan, i, hlm. 59. Ibn Majah, al-Sunan, i, hlm. 200.
[22] Al-Nasa’i, al-Sunan, i, hlm. 59. Ibn Majah, al-Sunan, i, hlm. 200.
[23] Khalifah Umar telah memerintahkan supaya direjam seorang wanita gila yang berzina. Ali a.s. memperingatkannya dan berkata: “Qalam diangkat daripada orang gila sehingga dia sembuh”. Kemudian Umar berkata: “Sekiranya Ali tidak ada nescaya binasalah Umar”. Ibn ‘Abd al-Birr, al-Isti‘ab, iii, hlm. 39.
[24] Al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-‘Ummal, vi, hlm. 15.
[25] Muhammad al-Khawarizmi, Jami‘ Masanid al-Imam al-A‘zam, ii, hlm. 158.
[26] Al-Bukhari, Sahih, viii, hlm. 382. Hadis no. 585. Muslim, Sahih, iv, hlm. 1793. Hadis no. 26 ‘‘Kamu tidak mengetahui apa yang telah dilakukan oleh mereka (ahdathu ba‘d-ka), maka aku berkata: Terjauhlah, terjauhlah (daripada rahmat Tuhan), mereka yang telah mengubah (Sunnahku) selepasku”.
[27] Al-Halabi, al-Sirah, ii, hlm. 110.
[28] Orang bukan Arab.
[29] Al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-‘Ummal, iii, hlm. 116.
[30] Al-Syahrastani, al-Milal wa al-Niihal, i, hlm. 21. Ibn Sa‘d, al-Tabaqat, ii, hlm. 249 dan lain-lain.
[31] Al-Bukhari, Sahih, i, hlm. 86. Hadis no. 114.
[32] Al-Haithami, Majma’ al-Zawa’id, viii, hlm 269.
[33] Surah al-Ahzab (33): 33.
[34] Al-Bukhari, Sahih, iii, hlm. 54. Muslim, Sahih, ii, hlm. 236-7.
[35] Al-Kanji al-Syafi‘i, Kifayah al-Talib, hlm. 479. al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-‘Ummal, vii, hlm. 188.
[36] Ibn Hanbal, Musnad, vi, hlm. 292.
[37] Al-Kanji al-Syafi‘i, Kifayah al-Talib, hlm. 479.
[38] Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi‘ al-Mawaddah, hlm. 445.
[39] Ibid.
[40] Al-Turmudhi, Sahih, v, hlm. 656.
[41] Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi‘ al-Mawaddah, hlm. 12-13.
[42] Al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-‘Ummal, vi, hlm. 117.
[43] Al-Turmudhi, Sahih, ii, hlm. 185.
[44] Al-Bukhari, Sahih, ii, hlm. 111. Muslim, Sahih, iv, hlm. 12-14.
[45] Al-Tabari, Tarikh, ii, hlm. 62. al-Khatib, Tarikh Baghdad, xii, hlm. 169.
(DIKUTIP DARI KITAB SULAIM B QAIS W90H)
No comments:
Post a Comment