Daripada Imran bin Yasar al-Yasykariy, daripada Abu Hafs al-Madlaji daripada Syarif bin Rabi‘ah, daripada Qanbar maula Amir al-Mukminin a.s berkata: Aku telah berada bersama-sama Amir al-Mukminin a.s, tiba-tiba seorang lelaki masuk dan berkata: Wahai Amir al-Mukminin, Aku suka buah tembikai. Qanbar berkata: Amir al-Mukminin a.s. memerintahkan aku supaya membeli sebiji buah tembikai. Maka aku membayar satu dirham, lalu mereka membawa kepada kami tiga biji buah tembikai. Aku memotong sebiji tembikai, maka aku mendapatinya pahit. Aku berkata: Pahit, wahai Amir al-Mukminin a.s. Beliau a.s berkata: Campakkannya kerana ia dari neraka kepada neraka.
Qanbar berkata: Aku memotong buah tembikai yang kedua, maka ia adalah masam. Aku berkata: Masam, wahai Amir al-Mukminin a.s, beliau berkata: Campakkannya kerana ia dari neraka kepada neraka. beliau berkata: Aku telah memotong buah tembikai yang ketiga. Maka aku mendapatinya berulat. Aku berkata: Berulat, wahai Amir al-Mukminin, beliau a.s. berkata: Campakkannya kerana ia dari neraka ke neraka. Kemudian aku membayarnya dengan satu dirham yang lain, lalu mereka datang kepada kami dengan tiga biji tembikai diletaknya di kaki aku. Lalu aku berkata: Maafkan aku, wahai Amir al-Mukminin a.s untuk memotongnya.
Amir al-Mukminin a.s berkata kepadaku: Silakan duduk wahai Qanbar, ini adalah perintah. Aku pun duduk dan memotong satu biji tembikai. Aku telah mendapatinya manis, aku berkata: Manis, wahai Amir al-Mukminin a.s. Beliau a.s berkata: Makanlah dan berilah makan kepada kami. Lalu aku telah makan sebahagian dan aku memberi makan kepadanya sebahagian. Kemudian aku memberi makan satu bahagian kepada lelaki yang duduk di sisi aku. Aku telah berpaling kepada Amir al-Mukminin a.s. Maka beliau a.s. berkata: Sesungguhnya Allah telah membentangkan wilayah kami ke atas penghuni langit dan penghuni bumi daripada Jin, manusia, buah-buahan dan lain-lain. Sesiapa yang telah menerima wilayah kami, maka ia adalah baik, bersih dan manis. Sesiapa yang tidak menerimanya, maka ia adalah jahat, buruk dan busuk[1].
Daripada Abban bin Taghlab al-Kindi berkata: Abu Abdullah a.s berkata: Sesungguhnya roh iman adalah satu, keluar di sisi Yang Satu, kemudian berpisah pada tubuh yang berlainan, maka di atas-Nya ia bertaut dan berkasih sayang, ia akan keluar dari bermacam-macam, dan kembali di dalam keadaan yang satu di sisi Yang Satu.
No comments:
Post a Comment