Wednesday, July 6, 2011

Hampirnya Syi‘ah Dengan ‘Arasy


260. Beberapa orang sahabat kami, daripada Sahl bin Ziyad, daripada Muhammad bin al-Hasan Ibn Syamun, daripada Abdullah bin Abd al-Rahman, daripada Abdullah bin al-Qasim, daripada ‘Umru bin Abi al-Miqdam, daripada Abu Abdullah a.s seumpamannya dan beliau a.s menambah: Sesungguhnya setiap sesuatu ada jauharnya, maka jauhar anak Adam adalah Muhammad s.a.w, kami dan Syi‘ah kami adalah selepas kami. Alangkah beruntungnya Syi‘ah kami, alangkah hampirnya Syi‘ah kami dari ‘Arasy Allah dan Syi‘ah kami adalah makhluk Allah yang paling baik pada hari Kiamat. Demi Allah, sekiranya orang ramai tidak membesar-besarkan mengenai mereka atau kemegahan memasuki mereka, nescaya para malaikat memberi salam kepada mereka secara lansung. Demi Allah, tiada seorang di kalangan Syi‘ah kami membaca al-Qur’an di dalam solatnya dalam keadaan berdiri melainkan baginya setiap huruf seratus kebaikan, tiada seorang di kalangan Syi‘ah kami membaca al-Qur’an di dalam solatnya dalam keadaan duduk melainkan baginya setiap huruf lima puluh kebaikan dan tiada seorang di kalangan Syi‘ah kami membaca al-Qur’an di luar solatnya melainkan baginya setiap huruf sepuluh kebaikan.
 
Sesungguhnya orang yang diam (al-Saamit) di kalangan Syi‘ah kami
mendapat pahala orang yang membaca al-Qur’an daripada orang yang menyalahinya (man khaalafa-hu). Demi Allah, di atas hamparan kamu tidur, bagi kamu pahala para mujahidin. Kamu, demi Allah, di dalam solat kamu, bagi kamu pahala golongan yang berbaris (al-Saafiin) pada jalan-Nya. Kamu, demi Allah, orang yang difirmankan oleh Allah di dalam Surah al-Hijr (15): 47 “Dan kami lenyapkan segala rasa dendam yang berada dalam hati mereka, sedang mereka merasa bersaudara duduk berhadap-hadapan di atas dipan-dipan”. Sesungguhnya Syi‘ah kami adalah sahabat yang mempunyai empat mata: Dua mata di kepala dan dua mata di hati. Orang ramai seperti mereka juga, tetapi Allah telah membuka mata hati kamu dan membutakan mata hati mereka.

No comments:

Post a Comment