Kemudian Ali a.s. berhadapan dengan mereka dan berkata: Aneh sekali! Mereka melihat Sunnah Nabi mereka bertukar-tukar dan berubah-ubah sedikit demi sedikit dan bab demi bab, kemudian mereka meridhai tanpa menentangnya. Malah mereka memarahi untuknya, mencela mereka yang mengaibkannya dan mengingkarinya! Kemudian datang kaum selepas kami, mereka akan mengikuti bid‘ah-bid‘ahnya, kezalimannya, dan perlakuan-perlakuannya (ahdatha-hu). Mereka telah mengambil perlakuannya sebagai sunnah dan agama untuk menghampirkan diri mereka kepada Allah[1].
Umpamanya, dia telah memindahkan Maqam Ibrahim a.s. dari tempat yang diletakkan oleh Rasulullah (Saw.) kepada tempatnya pada masa Jahiliyah di mana Rasulullah (Saw.) telah memindahkannya.[2] Dia telah mengubah gantang Rasulullah dan cupaknya. Sedangkan terdapat padanya fardhu dan sunat. Penambahannya mendatangkan keburukan kepada fakir miskin di dalam kaffarh al-Yamin dan al-Zihar. Dengan kedua-duanyalah mereka diberi tanaman yang wajib. Rasulullah Saw. bersabda: “Wahai Tuhan! Berkatilah kami pada cupak dan gantang kami. Dan mereka tidak akan mengubahnya kelak”. Tetapi mereka meridhai dan menerima apa yang dilakukannya.
[1] Al-Bukhari, Sahih, viii, hlm. 382 (Hadis no. 585) ‘‘Sesungguhnya kamu tidak mengetahui apa yang telah dilakukan oleh mereka (para sahabat). (inna-ka la tadri ma ahdathu ba‘d-ka) selepas anda meninggalkan mereka. Maka aku berkata: Terjauhlah, terjauhlah daripada rahmat Tuhan, mereka yang telah mengubah (Sunnahku) selepasku. Mereka telah menjadi kafir-murtad selepas anda”.
(DIPETIK DARI KITAB SULAIM B. QAIS, MS 68)
[1] Al-Bukhari, Sahih, viii, hlm. 382 (Hadis no. 585) ‘‘Sesungguhnya kamu tidak mengetahui apa yang telah dilakukan oleh mereka (para sahabat). (inna-ka la tadri ma ahdathu ba‘d-ka) selepas anda meninggalkan mereka. Maka aku berkata: Terjauhlah, terjauhlah daripada rahmat Tuhan, mereka yang telah mengubah (Sunnahku) selepasku. Mereka telah menjadi kafir-murtad selepas anda”.
No comments:
Post a Comment