Raja Mencelah
Raja berkata: Aku percaya semua perundangan Islam, tetapi aku tidak faham, sebab dihalalkan mut‘ah, adakah seorang daripada kamu mahu memberi anak perempuannya atau saudara perempuannya kepada seorang lelaki supaya dia melakukan nikah mut‘ah dengannya selama satu jam atau beberapa ketika, tidakkah ini satu keburukan?
Al-‘Alawi berkata: Apakah pendapat anda, wahai raja: Adakah manusia mahu mengahwinkan anak perempuannya atau saudara perempuannya dengan akad daim (nikah biasa) kepada seorang lelaki sedangkan dia mengetahui bahawa lelaki itu akan menceraikannya selepas satu jam atau beberapa ketika iaitu selepas berseronok dengannya?
Raja berkata: Aku tidak mahu.
Al-‘Alawi berkata: Ahl al-Sunnah mengakui akad daim adalah benar, talak selepasnya juga adalah benar, maka tiada perbezaan di antara akad mut‘ah (munqati‘) dan akad daim selain daripada mut‘ah akan berakhir dengan masanya dan akad daim akan berakhir dengan talak atau di dalam erti kata yang lain: Akad mut‘ah adalah seperti akad sewa-beli (al-Ijaarah) dan akad daim sepertilah akad milik di mana sewa akan berakhir dengan berakhirnya masa dan milik akan berakhir dengan jualan umpamanya!
Justeru itu, perundangan mut‘ah adalah sejahtera dan benar, kerana ia bagi menunaikan hajat dari hajat-hajat badan sebagaimana juga perundangan nikah daim adalah sejahtera dan benar, kerana ia bagi menunaikan hajat daripada hajat-hajat badan.
Kemudian aku ingin bertanya anda, wahai raja, apakah pendapat anda tentang janda-janda atau ibu-ibu tunggal yang mempunyai anak-anak-ketiadaan suami-suami mereka- dan tiada seorangpun yang datang melamar mereka? Tidakkah akad nikah mut‘ah merupakan satu cara untuk menjaga mereka daripada kejahatan?
Tidakkah dengan mut‘ah, mereka mendapat harta untuk perbelanjaan mereka dan anak-anak yatim mereka.
Apakah pendapat anda tentang pemuda-pemuda dan lelaki di mana keadaan tidak memaafkan mereka untuk berkahwin secara daim, tidakkah mut‘ah merupakan satu penyelesaian untuk mereka bagi melepaskan daripada kekuatan seks yang ganas?! Bagi menjaga daripada kefasikan?
Tidakkah mut‘ah itu lebih baik daripada zina, liwat dan onani?
Sesungguhnya aku percaya, wahai raja, sesungguhnya jenayah zina, liwat atau onani berlaku di kalangan kaum muslimin, kembali sebabnya kepada Umar. Umar bersyarikat di dalam dosanya, kerana dialah yang menghalangnya dan mencegah kaum muslimin daripadanya! Banyak berita yang menunjukkan bahawa zina telah meningkat di kalangan orang ramai semenjak Umar melarangnya!
Adapun kata-kata anda, wahai raja, sesungguhnya aku tidak mahu (La arghabu)…, sesungguhnya Islam tidak memaksa sesiapapun untuk melakukannya sebagaimana Islam tidak memaksa anda untuk mengahwinkan anak perempuan anda kepada lelaki yang mana anda mengetahui bahawa dia akan menceraikan anak perempuan anda selepas satu jam atau beberapa ketika daripada akad nikah. Tidak mahunya anda dan orang ramai di atas sesuatu perkara bukanlah dalil di atas pengharamannya, kerana hukum Allah adalah tetap, tidak berubah dengan hawa nafsu dan pendapat-pendapat!
Raja Tertarik Tentang Mut‘ah
Raja berkata kepada wazir: Hujah al-‘Alawi tentang harusnya mut‘ah adalah kuat.
Wazir berkata: Tetapi para ulama telah mengikut pendapat Umar.
Al-‘Alawi berkata: Pertama: Sesungguhnya mereka yang mengikut Umar adalah para ulama Ahl al-Sunnah sahaja bukan semua ulama.
Kedua: Hukum Allah dan Rasul-Nya lebih berhak diikuti atau pendapat Umar?
Ketiga: Sesungguhnya para ulama kamu bercanggah sesama sendiri tentang pendapat Umar dan perundangannya.
Wazir berkata: Bagaimana?
Al-‘Alawi berkata: Kerana Umar berkata: Dua mut‘ah adalah halal pada masa Rasulullah, tetapi aku mengharamkannya: Mut‘ah haji dan mut‘ah perempuan”. Jikalaulah pendapat Umar itu betul, kenapakah para ulama kamu tidak mengikut pendapatnya tentang mut‘ah haji? Sesungguhnya para ulama kamu telah menyalahi Umar dan berkata: Mut‘ah haji adalah benar sekalipun Umar melarangnya!
Jikalaulah pendapat Umar itu batil, kenapakah para ulama kamu mengikut pendapatnya tentang pengharaman mut‘ah dan mempersetujuinya pula?
Wazir diam dan tidak berkata apa-apa.
Raja Meminta Para Hadirin Turut Berdialog
Raja berkata kepada para hadirin: Kenapakah kamu tidak menjawab al-‘Alawi?
Salah seorang ulama Syi‘ah bernama syeikh Hasan al-Qasimi berkata: Kemusykilan adalah ke atas Umar dan “pengikut-pengikutnya”, justeru itu, mereka tidak berhak menjawab Sayyid al-‘Alawi, wahai raja.
Raja Meminta Pertukaran Tajuk
Raja berkata: Jikalau begitu, tinggalkan tajuk ini dan bercakaplah tentang tajuk yang lain.
No comments:
Post a Comment