Monday, July 18, 2011

DIALOG MENGENAI PEMBUKAAN UMAR DAN ALI DALAM MUKTAMAR BAGHDAD

Pembukaan Umar

       Al-‘Abbasi berkata: Sesungguhnya Syi‘ah menyangka bahawa tiada kelebihan bagi Umar meskipun dia telah telah membuka beberapa negeri.

       Al-‘Alawi berkata: Di sisi kami beberapa jawapan:

       Pertama: Para pemerintah dan raja-raja membuka negeri-negeri adalah kerana perluasan tanah jajahan mereka, adakah ini kelebihan?

       Kedua: Jikalaulah kita menerima pembukaannya satu kelebihan, tetapi adakah pembukaannya itu dapat membenarkannya merampas khilafah Rasul? Pada hal Rasul tidak menjadikan khilafah untuknya. Sesungguhnya beliau s.a.w telah menjadikannya untuk Ali bin Abu Talib (a.s)… Apabila anda, wahai raja, melantik seorang khalifah untuk menduduki tempat anda, kemudian seorang datang dan merampas khilafah daripada khalifah anda dan menduduki tempatnya, kemudian dia membuka beberapa negeri dan melakukan amalan yang baik, adakah anda meredai pembukaannya atau anda memarahinya, kerana dia telah menggulingkan orang yang anda telah melantiknya dan menduduki tempat anda tanpa kebenaran anda?

Raja Memarahi Pembukaan Umar Dan seumpamanya
      
       Raja berkata: Malah aku memarahinya dan pembukaannya tidak akan menghapuskan jenayahnya!

       Al-‘Alawi berkata: Begitulah pembukaan Umar adalah satu kesalahan dan mempunyai hasil yang negatif dan terbalik, kerana Rasul tidak menyerang sesiapapun, malah peperangannya merupakan peperangan pertahanan. Justeru itu, orang ramai mahu kepada Islam dan memasuki agama Allah berpuak-puak, kerana mereka mengetahui bahawa Islam adalah agama keamanan dan keselamatan. Adapun Umar, maka dia menyerang negeri-negeri dan memasukkan mereka ke dalam Islam dengan pedang dan kekuatan, bukan dengan agama logik dan peradaban. Justeru itu, ia menjadi sebab bertambahnya musuh-musuh Islam. Justeru itu, Pembukaan Umar telah mencemarkan imej Islam dan memberi hasil yang negatif dan terbalik.

       Jikalaulah Abu Bakr, Umar dan Uthman tidak merampas khilafah daripada tuannya yang sah: Ali bin Abu Talib a.s dan Imam Ali menerima khilafah selepas Rasul secara langsung, nescaya beliau a.s akan mengikut sirah Rasul, melaksanakan manhajnya yang betul. Dan ini akan menyebabkan orang ramai memasuki Islam berpuak-puak dan Islam meluas sehingga di seluruh pelusuk bumi!

       Tetapi: La haula wa la quwwata illa bi llahi al-‘Aliyyi al-‘Azim.

       Di sini Sayyid al-‘Alawi bernafas panjang dan mendalam, meluahkan perasaan hatinya, lalu memukul tangannya sendiri kerana dukacita di atas apa yang telah berlaku kepada Islam selepas kematian Rasulullah (s.a.w) disebabkan perampasan khilafah daripada tuannya yang sah: Imam Ali bin Abu Talib a.s.
  
Raja Meminta Al-‘Abbasi Menjawab

       Raja berkata kepada al-‘Abbasi: Apakah jawapan anda kepada al-‘Alawi?

       Al-‘Abbasi berkata: Sesungguhnya aku tidak pernah mendengar percakapan seperti ini sebelumnya!

Ikutilah Khalifah Rasulullah Yang Sah
     
       Al-‘Alawi berkata: Sekarang anda telah mendengar percakapan ini dan terserlah kebenarannya. Oleh itu, tinggallah khalifah-khalifah anda dan ikutilah khalifah Rasulullah yang sah: Ali bin Abu Talib a.s. Kemudian al-‘Alawi berkata: Hairan sekali urusan kamu, wahai golongan Ahl al-Sunnah, kamu melupai dan meninggalkan asal dan mengambil cabang.

       Al-‘Abbasi berkata: Bagaimana begitu?




Pembukaan Ali Bin Abu Talib
      
       Al-‘Alawi berkata: Kerana kamu menyebut pembukaan Umar, tetapi melupai pembukaan Ali bin Abu Talib!

       Al-‘Abbasi berkata: Apakah pembukaan Ali bin Abu Talib?

       Al-‘Alawi berkata: Kebanyakan pembukaan Rasul telah dicapai melalui tangan Imam Ali bin Abu Talib seperti Badr, Khaibar, Hunain [1], Uhud, al-Khandaq dan lain-lain. Jikalaulah pembukaan-pembukaan ini tidak ada; ia merupakan asas Islam, nescaya Umar tidak ada, nescaya tidak ada di sana Islam dan Iman. Buktinya sesungguhnya Nabi s.a.w bersabda ketika Ali a.s bertarung dengan  ‘Umru bin ‘Abd Wuddin pada hari al-Ahzab (al-Khandaq): Pertarungan iman secara keseluruhannya kepada syirik secara keseluruhannya, wahai Tuhanku, jika Engkau mahu bahawa Engkau tidak disembah, maka Engkau tidak disembah”. Iaitu sekiranya Ali dibunuh, maka golongan musyrikin berani membunuhku dan membunuh semua kaum muslimin. Lantaran itu, tidak akan tinggal selepasnya Islam dan Iman. Beliau s.a.w bersabda: Pukulan Ali pada hari al-Khandaq adalah lebih baik daripada ibadat jin dan manusia” (Dharbatu ‘Ali yauma al-Kahndaq afdhal min ‘Ibadati al-Thaqalaini)[2]. Justeru itu, bolehlah kami mengatakan bahawa Islam adalah bersifat Muhammadiyyun dari segi kewujudannya dan bersifat ‘Alawiyyun dari segi kekekalannya. Sesungguhnya segala kelebihan kerana Allah dan Ali hanya dari segi kekekalannya!

       Al-‘Abbasi berkata: Jika kita katakan sahaja sebagaimana kata-kata kamu bahawa Umar adalah bersalah dan perampas; dia telah menukar, dan mengubah, itu betul, tetapi kenapa kamu membenci Abu Bakr?

Sebab-Sebab Kebencian Kepada Abu Bakr
     
       Al-‘Alawi berkata: Kami membencinya disebabkan oleh beberapa perkara: Pertama: Apa yang dia telah lakukan kepada Fatimah al-Zahraa’ binti Rasulullah, penghulu wanita alam semesta.

       Kedua: Dia telah membuang hukuman had ke atas penjenayah dan penzina : Khalid bin al-Walid.




Raja Meminta Penjelasan

       Raja berkata di dalam kehairanan: Adakah Khalid bin al-Walid seorang penjenayah?
       Al-‘Alawi berkata: Ya,
       Raja berkata: Apakah jenayahnya?

Jenayah Khalid Bin Al-Walid Dan Zinanya
      
       Al-‘Alawi berkata: Jenayahnya bahawa dia dihantar kepada sahabat yang mulia; Malik bin Nuwairah di mana Rasulullah telah memberi berita gembira kepadanya bahawa dia daripada ahli syurga. Abu  Bakr telah memerintahkan Khalid supaya membunuh Malik bin Nuwairah dan kaumnya. Malik di luar Madinah apabila dia melihat Khalid mendatanginya dengan beberapa orang tentera, lalu dia memerintahkan kaumnya supaya membawa senjata. Maka mereka pun membawa senjata.

       Apabila Khalid sampai kepada mereka, dia berbohong kepada mereka dan bersumpah kepada mereka dengan nama Allah bahawa dia tidak bermaksud jahat kepada mereka seraya berkata: Sesungguhnya kami datang bukan untuk memerangi kamu, malah kami adalah tetamu kamu pada malam ini, maka Malik merasa yakin dengan kata-katanya manakala Khalid bersumpah dengan nama Allah. Kemudian Malik dan kaumnya meletakkan senjata dan pada masa itu telah masuk waktu untuk sembahyang, lalu Malik dan kaumnya berdiri untuk mengerjakan sembahyang. Tiba-tiba Khalid dan kumpulannya menyerang mereka, lalu mereka mengikat Malik dan kaumnya, kemudian penjenayah Khalid membunuh mereka[3]. Kemudian Khalid tamak pada isteri Malik (manakala dia melihatnya cantik) dan berzina dengannya pada malam  di mana suaminya dibunuh. Kemudian Khalid meletakkan kepala Malik dan kaumnya di tuku dapur masak. Dia memasak  “makanan zina”, lalu dia dan para sahabatnya memakan makanan tersebut!

Umar Mahu Membunuh Khalid, Abu Bakr Menegahnya

       Apabila Khalid kembali ke Madinah, maka Umar mahu membunuh balas (kisas) Khalid kerana membunuh kaum muslimin dan ingin melakukan hukum hudud kerana perzinaannya dengan isteri Malik, tetapi Abu  Bakr (mukmin!) menegah dengan kuat agar hukum hudud tidak dijalankan ke atas Khalid[4]. Perbuatan Abu Bakr ini mensia-siakan darah kaum muslimin dan menghapuskan hukum hudud Allah!


Raja Meminta Penjelasan

       Raja berkata kepada wazir: Adakah benar apa yang disebutkan oleh al-‘Alawi tentang hak Khalid dan Abu Bakr?
       Wazir berkata: Ya, begitulah disebut oleh ahli sejarah[5].
       Raja berkata: Kenapakah sebahagian kaum muslimin menamakan Khalid dengan Saifullah al-Maslul (pedang Allah yang terhunus)?

       Al-‘Alawi berkata: Dia adalah pedang syaitan yang lumpuh, tetapi disebabkan dia adalah musuh Ali bin Abu Talib dan bersama Umar di dalam pembakaran rumah Fatimah al-Zahraa’ a.s, maka sebahagian Ahl al-Sunnah menamakannya dengan nama Saifullah (pedang Allah)!


[1] Abu Bakr dan Umar telah lari  di dalam peperangan Uhud, Hunain dan Khaibar, al-Bukhari,  Sahih, iii, hlm.46, al-Hakim, al-Mustadrak, iii, hlm. 37, al-Dhahabi, al-Talkhis, iii, hlm. 37.
[2] Al-Fakhr al-Razi, Nihayat al- ‘Uquul, hlm. 104, al-Hakim, al-Mustadrak, iii, hlm. 32, Khatib Baghdad, Tarikh Baghdad, iii, hlm. 19.
[3] Ibn Hajr, al-Isaabh, iii, hlm. 335.
[4] Ibn Hajr, al-Isaabah, iii, hlm. 336.
[5] Al-Tabari, Tarikh, iii, hlm.241, Abu al-Fidaa’, Tarikh, I, hlm. 158,  Ibn Kathir, Tarikh, vi, hlm. 321 dan lain-lain.

No comments:

Post a Comment