Showing posts with label KITAB AL HUJJAH. Show all posts
Showing posts with label KITAB AL HUJJAH. Show all posts

Tuesday, July 5, 2011

Kitab al-Hujjah (penghujahan Imamah)-hadis2 yg luar biasa ttg kelebihan Imam (Bab15) oleh al-Kulaini w.328/329 H

                                                                             Bab 15

☼Hadis-Hadis Yang Luar Bisa Tentang Kelebihan Imam Dan Sifat-SifatNya (nadir jami‘ fi fadhl al-Imam wa sifaati-hi)☼

       (93)-1. Abu Muhammad al-Qasim bin al-‘Alaa’-rahimahu llah- secara marfu‘, daripada Abd al-‘Aziz bin Muslim berkata: Kami telah berada bersama al-Ridha a.s di Marw. Kami telah berkumpul di masjid pada hari Jumaat apabila kami baru sahaja tiba. Mereka telah berbincang mengenai imamah dan mereka menyebutkan perselisihan manusia mengenainya. Lantas aku berjumpa dengan sayyidi a.s, maka aku telah memberitahunya tentang pendapat orang ramai mengenainya.
       Lalu beliau a.s tersenyum sambil berkata: Wahai Abd al-‘Aziz, orang ramai telah jahil dan mereka tertipu dengan pendapat-pendapat mereka. Sesungguhnya Allah tidak mengambil nyawa nabi-Nya s.a.w sehingga Dia menyempurnakan baginya agama-Nya, menurunkan ke atasnya al-Qur’an yang menerangkan setiap perkara, menerangkan padanya halal dan haram, batasan dan hukum serta semua yang dihajati oleh manusia secara umumnya. Allah a.w telah berfirman: “Tidaklah Kami alpakan sesuatupun di dalam al-Kitab”[1] Dia telah menurunkannya pada haji Perpisahan (al-Widaa’) iaitu pada akhir umurnya s.a.w firman-Nya “Pada hari ini Aku telah sempurnakan untuk kamu agamamu dan telah Kucukupkan kepadamu nikmat-Ku dan telah Ku redai Islam itu jadi agama bagimu”[2]
       Urusan imamah adalah daripada kesempurnaan agama (amr al-Imamah min tamam al-Din). Rasulullah s.a.w tidak mati sehingga beliau s.a.w menerangkan kepada umatnya prisip-prinsip agama mereka, menjelaskan kepada mereka jalan mereka, meninggalkan mereka ke jalan yang benar. Beliau s.a.w telah menjadikan Ali untuk mereka sebagai mercu tanda dan Imam. Beliau s.a.w tidak meninggalkan sesuatu yang diperlukan oleh umat melainkan beliau s.a.w telah menerangkannya kepada mereka. Sesiapa yang menyangka bahawa Allah a.w tidak menyempurnakan agama-Nya, maka sesungguhnya beliau telah menolak Kitab Allah. Dan sesiapa yang menolak Kitab Allah, maka beliau adalah seorang kafir dengannya.
       Apakah mereka mengetahui nilai imamah dan kedudukannya pada umat sehingga pemilihan diharuskan untuk mereka? Sesungguhnya imamah adalah lebih bernilai, lebih besar kedudukannya, dan lebih tinggi tempatnya (Inna al-Imamah ajallu qadaran wa a‘zam sya’nan wa a‘la makaanan), tidak boleh dimasuki di setiap penjuru (amna‘ jaaniban), lebih sukar bagi  orang ramai untuk mencapainya menerusi akal mereka atau mendapatinya melalui pandangan mereka atau mereka melantik seorang imam dengan pilihan mereka sendiri. Sesungguhnya imamah telah dikhususkan oleh Allah kepada Ibrahim al-Khalil a.s selepas kenabian (al-Nubuwwah) dan teman (al-Khullah)  adalah pada martabat yang ketiga. Satu kelebihan yang mana Dia memuliakannya dan memperkuatkan sebutan-Nya, lalu Dia telah berfirman “Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia”. Kemudian Ibrahim al-Khalil a.s telah berkata dengan gembira: Dari keturunanku?
       Allah telah berfirman: “Janjiku tidak mengenai orang yang zalim” Lantaran itu, ayat ini telah membatalkan imamah setiap orang yang zalim sehingga hari Kiamat. Oleh itu, ia adalah untuk orang yang terpilih sahaja. Kemudian Allah telah memuliakannya (Ibrahim a.s) dengan menjadikan imamah pada zuriatnya yang terpilih dan disucikan olehNya, maka Dia telah berfirman: “Dan Kami telah memberikan kepadanya (Ibrahim) Ishaq dan Ya‘qub sebagai satu anugerah. Dan masing-masingnya Kami jadikan mereka yang saleh. Kami telah menjadikan mereka itu sebagai pemimpin-pemimpin yang memberi petunjuk dengan perintah Kami dan telah Kami wahyukan kepada mereka mengerjakan kebaikan, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat dan hanya kepada Kamilah mereka menyembah"[3]
       Imamah sentiasa pada zuriatnya diwarisinya oleh sebahagian daripada sebahagian yang lain sepanjang abad sehingga Allah telah mewariskannya kepada nabi s.a.w, maka Allah telah berfirman: “Sesungguhnya orang yang paling dekat kepada Ibrahim adalah mereka yang mengikutinya dan Nabi ini (Muhammad) dan mereka yang beriman (kepada Muhammad) dan Allah adalah Pelindung semua orang yang beriman”[4]Justeru, imamah adalah untuknya s.a.w secara khusus, kemudian beliau s.a.w telah melantik Ali a.s dengan perintah Allah menurut apa yang telah difardukan oleh Allah.
       Lalu ia berada pada zuriatnya mereka yang terpilih yang mana Allah kurniakan mereka ilmu dan keimanan dengan firman-Nya: “Dan berkata mereka yang diberi ilmu dan keimanan: Sesungguhnya kamu telah berdiam menurut ketetapan Allah sampai hari berbangkit” Lantaran itu, imamah adalah pada zuriat Ali a.s secara khusus sehingga hari Kiamat kerana tiada nabi selepas Nabi Muhammad s.a.w. Justeru, dari manakah mereka yang jahil itu akan memilih?
       Sesungguhnya Imamah adalah kedudukan para nabi (inna al-A’immah hiya manzilah al-Anbiyaa’) dan warisan para wasi (wa irth al-Ausiyaa’). Sesungguhnya imamah adalah khilafat Allah dan khilafah Rasulullah s.a.w, maqam Amir al-Mukminin a.s, warisan al-Hasan dan al-Husain a.s. Sesungguhnya imamah adalah pengawal agama (inna al-A’immah zimaam al-Din), sistem pemerintahan muslimin (nizam al-Muslimin), kebaikan dunia dan kekuatan mukminin (salah al-Dunya wa ‘izz al-Mu’minin).
       Sesungguhnya imamah adalah asas Islam yang membangun (inna al-Imamah uss al-Islam al-Nami), cabangnya yang tinggi (far’u-hu al-Sami). Dengan imamlah  sempurnanya sembahyang, zakat, puasa, haji, jihad, al-Fa’i, sedekah, pelaksanaan hudud dan hukum, pos-pos kawalan sempadan dan perbatasan (bi al-Imam tamam al-Salat wa al-Zakat wa al-Siyam wa al-Hajj wa al-Jihad, wa taufir al-Fa’I wa al-Sadaqaat, wa imdha’, al-Hudud wa al-Ahkam wa ma ‘ al-Thughur wa al-Atraf). Imam menghalalkan halal Allah, mengharamkan haram Allah, melaksanakan hudud Allah, mempertahankan agama Allah. Beliau menyeru kepada jalan Tuhannya dengan hikmah dan nasihat yang baik serta hujah yang sampai [kepada mereka]. Imam adalah seperti matahari yang terang dengan cahayanya kepada alam, ia berada di ufuk yang mana tangan dan mata tidak dapat mencapainya.
       Imam adalah seperti bulan yang bercahaya, lampu yang bersinar, cahaya yang terserlah, bintang petunjuk pada kegelapan malam di seluruh negara, padang pasir dan lautan. Imam adalah air yang manis bagi orang yang dahaga (al-Imam al-Maa’ al-‘Adhb ‘ala al-Zamaa’), penunjuk ke atas pertunjuk, penyelamat daripada kemusnahan. Imam adalah api di puncak, memanaskan orang yang mencari kepanasan, petanda kepada kemusnahan. Sesiapa yang menjauhinya akan binasa. Imam adalah awan yang menurunkan hujan dan hujan yang meliputi segenap penjuru, matahari yang bercahaya, langit yang ada bayang, bumi yang terbentang, kawasan dataran rumput yang luas, kolam dan taman. Imam adalah teman yang rapat (al-Anis al-Rafiq).
       Bapa yang penuh kasih sayang, saudara kandung, ibu yang penyayang kepada anak kecil, tempat perlindungan kepada manusia daripada bencana yang merbahaya. Imam adalah penjaga ke atas makhluk-Nya dan Hujjah-Nya ke atas hamba-hamba-Nya, khalifah-Nya  di bumi-Nya, penyeru kepada Allah dan penjaga kehormatan Allah. Imam adalah suci daripada segala dosa, bebas daripada segala keaiban, dikhususkan dengan ilmu dan kesabaran. Kemuliaan agama, kekuatan muslimin, kemarahan munafiqin dan kehancuran mereka yang kafir.
       Imam tiada taranya pada zamannya, tiada seorang yang dapat mencapai kedudukannya, tiada seorang yang alim dapat menandinginya, tiada seorang yang akan dapat mengambil tempatnya[5], tiada seorang yang seumpamanya atau serupa dengannya. Imam dikhususkan dengan segala kelebihan tanpa tuntutan daripadanya dan tanpa usaha, malah ia adalah daripada keistimewaan yang dikurniakan oleh Yang Maha Pemberi. Justeru siapakah di sana yang sampai ke tahap ilmu seorang imam atau yang mempunyai kelebihan untuk memilihnya?
       Alangkah jauhnya daripada kebenaran! Akal dan khayalan tersesat, hati di dalam kebingungan, mata tidak dapat melihatnya, perkara yang besar menjadi kecil, bijak-pandai di dalam kebingungan, ahli fakir tidak dapat mencapainya, pemidato-pemidato tidak dapat menerangkannya, mereka yang cerdik menjadi jahil, pujangga-pujangga tidak dapat menjelaskannya, penyair-penyair dan sasterawan-sasterawan tidak terdaya dan orang yang fasih lidah menjadi kaku untuk menceritakan satu daripada aspek-aspeknya atau satu daripada kelebihan-kelebihannya.
       Semua mereka telah mengakui kelemahan dan kekurangan mereka. Justeru bagaimana Imam diceritakan secara keseluruhannya, bagaimana dalamannya boleh ditentukan secara terperinci? Atau bagaimana urusannya difahami? Siapakah yang akan mengambil tempatnya dan memberi apa yang beliau (imam) memberikannya? Tidak! Bagaimana dan di mana? Imam kedudukannya sepertilah bintang kepada tangan yang mahu menyentuhinya, seperti cerita yang diceritakan oleh mereka yang menceritakannya. Lantaran itu, apakah peranan pemilihan (al-Ikhtiyar) di dalam perkara ini? Apakah peranan akal di dalam perkara ini? Di manakah orang seperti ini boleh didapati?
       Apakah kamu menyangka bahawa ini boleh didapati selain daripada keluarga Muhammad s.a.w. Demi Allah, mereka telah membohongi diri mereka sendiri, mereka telah menjanjikan kepada mereka sendiri perkara yang mustahil. Mereka telah menaiki tempat yang susah dan bahaya, kaki mereka akan tergelincir ke bawah. Mereka mahu melantik seorang imam dengan akal yang tercengang dan kekurangan serta pendapat-pendapat yang menyesatkan. Malah mereka bertambah jauh, [bagaimana mereka sampai berpaling!][6] Mereka telah mencari kesusahan, mereka telah berbohong (ifkan), mereka telah tersasar jauh, mereka berada di dalam kebingungan kerana mereka telah meninggalkan imam a.s di dalam keadaan mengetahuinya “Dan syaitan menjadikan mereka memandang baik perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan Allah sedangkan mereka berpandangan tajam”[7]
       Mereka telah mengetepikan pilihan Allah dan pilihan Rasulullah s.a.w dan keluarganya kepada pilihan mereka sendiri sedangkan al-Qur’an menyeru mereka “Dan Tuhanmu menciptakan apa yang Dia kehendaki dan memilihnya. Sekali-kali tidak ada pilihan bagi mereka. Maha Suci Allah dan Maha Tinggi dari apa yang mereka persekutukan”[8] Dan firman Allah “Dan tidaklah patut bagi mukmin dan mukminah, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan sesuatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka”[9] dan firman-Nya “Mengapa kamu (berbuat sedemikian): Bagaimana kamu mengambil keputusan? 
       Atau adakah kamu mempunyai sebuah kitab (yang diturunkan) yang kamu membacanya? Bahawa di dalamnya kamu benar-benar boleh memilih apa yang kamu sukai untukmu. Atau apakah kamu memperoleh janji-janji yang diperkuat dengan sumpah dari Kami, yang tetap berlaku sampai hari Kiamat; sesugguhnya kamu benar-benar dapat mengambil keputusan (sekehendakmu)? Tanyalah kepada mereka: “Siapakah di antara mereka yang bertanggung-jawab terhadap keputusan yang diambil itu?” Atau apakah mereka mempunyai sekutu-sekutu? Maka hendaklah mereka mendatangkan sekutu-sekutunya jika mereka  benar”[10] Dan Allah telah berfirman “Maka apakah mereka tidak memerhatikan al-Qur’an ataukah hati mereka terkunci?”[11].
       Ataukah “hati mereka telah dikunci mati, maka mereka tidak mengetahui?”[12] Atau “Mereka telah berkata: Kami telah mendengar sedangkan mereka tidak mendengarkan (nya). Sesungguhnya binatang yang seburuk-buruknya pada sisi Allah ialah mereka yang pekak dan tuli, yang tidak mengerti apa-apapun. Jikalau Allah mengetahui kebaikan ada pada mereka, nescaya Allah menjadikan mereka dapat mendengar. Dan Jikalau Allah menjadikan mereka dapat mendengar, nescaya mereka pasti berpaling juga sedang mereka memalingkan diri”[13] ataukah “Mereka telah berkata: Kami telah mendengar dan kami menderhakainya”[14] Malah ia adalah “Kurnia Allah, Dia kurniakannya kepada siapa yang Dia kehendaki dan Allah mempunyai kurnia yang besar”[15]
       Bagaimana mereka berhak memilih seorang imam? Sedangkan imam adalah seorang alim yang tidak jahil, seorang pengembala yang tidak cuai, galian yang suci dan bersih, warak dan zuhud, keilmuan dan ibadah, secara khusus disebut di dalam doa Rasulullah s.a.w, keturunan yang disucikan, tiada kecurigaan pada keturunannya, tiada seorangpun yang dapat menandinginya pada kemuliaannya, beliau adalah daripada Quraisy dan kemuncak Bani Hasyim, daripada keturunan Rasulullah s.a.w, diredai oleh Allah a.w. beliau adalah di kemuncak yang mulia, cabang daripada ‘Abd al-Manaf, ilmu yang bertambah, kesabaran yang sempurna, yang mengetahui dengan Imamah, alim dengan politik, mentaatinya adalah wajib, melaksanakan urusan Allah (Qaim bi-amri llahi), penasihat kepada hamba-hamba Allah, penjaga kepada agama Allah.
       Sesungguhnya para nabi dan para imam a.s diberi taufik oleh Allah dari simpanan ilmu-Nya dan hikmah-Nya yang mana Dia tidak memberikannya selain daripada mereka. Justeru, ilmu mereka mengatasi keilmuan ahli zaman mereka sebagaimana firman Allah “Maka apakah mereka yang menunjuki kepada kebenaran itu lebih berhak diikuti ataukah orang yang tidak dapat memberi petunjuk kecuali (bila) diberi petunjuk? Mengapa kamu (berbuat sedemikian)? Bagaimana kamu mengambil keputusan?”[16] Dan firman-Nya “Dan siapa yang diberikan hikmah, maka dia telah diberikan kebaikan yang banyak”[17]. Dan firman-Nya kepada Talut “Sesungguhnya Allah telah memilihnya menjadi rajamu dan menganugerahinya ilmu yang luas dan tubuh yang perkasa. Allah memberikan pemerintahan kepada siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas pemberian-Nya lagi Maha Mengetahui”[18]
       Dan Dia telah berfirman kepada nabi-Nya “Dan Allah telah menurunkan Kitab dan hikmah kepadamu dan telah mengajarkan kepadamu apa yang belum kamu ketahui. Dan adalah kurnia Allah sangat besar atasmu”[19] Dan Dia telah berfirman tentang para imam Ahlu l-Bait nabi-Nya dan zuriatnya a.s “Ataukah mereka dengki kepada manusia, lantaran kurnia yang Allah telah berikan kepada manusia itu? Sungguhnya Kami telah memberikan Kitab dan Hikmah kepada keluarga Ibrahim dan Kami telah memberikannya kerajaan yang besar. Maka di antara mereka ada yang beriman kepadanya dan di antara mereka ada yang menghalangi (manusia) dari beriaman kepadanya. Dan cukuplah bagi mereka neraka Jahanam yang menyala-nyala apinya”[20]
       Sesungguhnya apabila Allah memilih seorang hamba untuk pengurusan hamba-hamba-Nya, Dia melampangkan dadanya untuknya; Dia menyimpan di hatinya pancaran hikmah dan memberi ilham kepadanya dengan ilmu. Selepas itu beliau tidak menggagap dengan jawapan dan beliau tidak akan menyeleweng daripada kebenaran. Lantaran itu, beliau adalah maksum, disokong, diberi taufik dan petunjuk (fa-huwa ma‘sum muayyad, muwaffaq musaddad). Beliau akan terselamat dari kesalahan, kegelinciran dan kesilapan (qad amina min al-Khataya wa al-Zulal wa al-‘Ithar). Allah mengkhususkan untuknya dengan sifat-sifat sedemikian supaya beliau menjadi Hujjah-Nya ke atas hamba-hamba-Nya, saksi-Nya ke atas makhluk-Nya “Itu adalah kurnia Allah, Dia memberikannya kepada siapa yang Dia kehendaki dan Allah mempunyai kurnia  yang besar”[21]
       Adakah mereka mempunyai kuasa untuk melakukan seperti ini, lantaran itu, mereka boleh memilihnya? Atau bolehkah seorang yang mereka pilih itu mempunyai sifat-sifat ini sehingga mereka mengutamakannya? Dengan nama Baitullah, mereka telah melampaui kebenaran dan meninggalkan Kitab Allah di belakang mereka seolah-olah mereka tidak mengetahuinya dan di dalam Kitab Allah terdapat petunjuk dan penawar, tetapi mereka telah menolaknya dan mengikuti hawa nafsu mereka.
       Justeru, Allah telah mencela mereka, memarahi mereka dan menghina mereka, maka Dia telah berfirman “Dan siapakah yang lebih sesat daripada orang yang mengikuti hawa nafsunya tanpa petunjuk daripada Allah, sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada mereka yang zalim”[22] Dan Dia telah berfirman “Maka kecelakaanlah bagi mereka dan Allah menyesatkan amal-amal mereka”[23] Dan Dia telah berfirman “Amat besar kemurkaan (bagi mereka) di sisi Allah dan di sisi mereka yang beriman. Demikianlah Allah mengunci mati hati orang yang sombong dan sewenang-wenang”[24]

       (94)-2. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada al-Hasan bin Mahbub, daripada Ishaq bin Ghalib, daripada Abu Abdillah a.s di dalam khutbahnya menyebut tentang keadaan para imam a.s dan sifat-sifat mereka: Sesungguhnya Allah a.w telah menerangkan agama-Nya melalui para imam yang mendapat petunjuk daripada keluarga nabi kami, Dia telah menjelaskan melalui mereka jalan-Nya, membuka batin pancaran ilmu-Nya melalui mereka. Lantaran itu, sesiapa yang mengetahui di kalangan umat Muhammad tentang hak para imam a.s yang wajib ke atasnya, nescaya beliau merasai kemanisan imannya dan mengetahui kebaikan Islamnya. Ini kerana Allah telah melantik seorang imam sebagai tanda ke atas makhluk-Nya dan menjadikannya sebagai Hujjah ke atas pencinta-pencinta-Nya.
       Allah telah memakaikannya dengan mahkota ketenangan dan menutupinya dengan cahaya Yang Maha Perkasa, Dia telah menjadikannya sebagai tali yang memanjang ke syurga dengan kasih-sayang-Nya tidak pernah terputus daripadanya. Tidak ada satu perkara pun yang dapat dicapai di sisi Allah kecuali melalui tali-talinya[25] (la yunalu ma ‘inda llahi illa bi-jihati asbabi-hi) dan Allah tidak  menerima amalan baik hamba-hamba-Nya melainkan dengan mengetahuinya (bi-ma‘rifati-hi)[26]. Lantaran itu, beliau mengetahui kesamaran kegelapan yang mendatanginya, jalan-jalan yang kabur dan kesamaran-kesamaran fitnah.
       Allah sentiasa memilih mereka untuk makhluk-Nya daripada anak-anak lelaki al-Husain a.s selepas setiap imam. Dia telah mengutamakan mereka untuk itu, memilih mereka dan meredai mereka untuk makhluk-Nya. Apabila seorang imam daripada mereka mati, maka Dia melantik seorang imam untuk makhluk-Nya selepasnya sebagai satu tanda yang terang, petunjuk yang bersinar, imam yang bertanggungjawab, Hujjah yang alim, para imam daripada Allah sebagaimana firman-Nya “Mereka memberi petunjuk dengan hak dan dengan hak itulah mereka menjalankan keadilan”[27]
       Merekalah Hujjah-Hujjah Allah, pendakwah-pendakwah-Nya dan pengembala-pengembala kepada makhluk-Nya yang mana hamba-hamba-Nya mengambil petunjuk daripada mereka, semua tempat disinari cahaya mereka, keberkatan bertambah menerusi keberkatan mereka. Allah telah menjadikan mereka penghidupan kepada umat manusia, lampu kepada kegelapan, kunci kepada percakapan, tiang kepada Islam. Ketetapan Allah kepada mereka telah berlaku dengan kepastian. Justeru, imam a.s adalah dilantik dan diredai, petunjuk yang dipercayai (olehNya), pengganti yang diharap-harapkan (al-Qaim al-Murtaja). Allah telah mengutamakannya untuk itu, Dia telah membentuknya di dalam “penglihatan-Nya” di alam atom (dhar) ketika ia bertaburan dan di alam daratan ketika ia membebaskannya, di alam bayangan (al-Zillah) sebelum penciptaan makhluk[28], berada di kanan Arasy-Nya, dikurniakan hikmah yang tersembunyi bersamanya. Dia telah memilihnya menerusi ilmu-Nya dan memilihnya kerana kesuciannya.
       Imam adalah peninggalan Adam a.s dan sebaik-baik zuriat Nuh a.s, terpilih daripada keluarga Ibrahim a.s, keturunan daripada Ismail a.s dan pilihan daripada keluarga Muhammad s.a.w yang sentiasa dijaga dengan “mata Allah”, menjaganya dengan penutupan-Nya, jauh daripada jaringan Iblis dan tentera-tenteranya, [jauh daripada] hembusan malam dan hembusan penjahat. Beliau adalah bebas daripada kecacatan badan, terlindung daripada mala-petaka, terpelihara daripada kesalahan (ma‘suman min al-Zillaat), terkawal daripada segala kejahatan, dikenali dengan kesabaran dan kebaikannya terserlah. Dikenali dengan keluhuran akhlak, ilmu dan kelebihan pada akhir kehidupan bapanya. Urusan bapanya diberikan kepadanya. Beliau berdiam diri dari bercakap [29]ketika ayahnya masih hidup. Apabila tempoh bapanya berakhir dan ketetapan Allah mengenainya berakhir kepada kehendak-Nya dan iradat datang daripada Allah untuk mencintainya dan apabila tempoh bapanya berakhir dan beliau mati, maka urusan Allah bertukar kepadanya selepasnya. Kemudian Dia memberi amanah-Nya kepadanya dan menjadikannya pemimpin di bumi-Nya.
       Dan Dia menguatkannya dengan roh-Nya, mengurniakan kepadanya ilmu-Nya dan menjelaskannya dengan terperinci, menyimpan rahsia-Nya, melantiknya untuk urusan-Nya yang besar, memberitahunya tentang kelebihan ilmu-Nya dan melantik-nya sebagai tanda kepada makhluk-Nya dan menjadikannya Hujjah ke atas semua makhluk-Nya, sebagai cahaya untuk agama-Nya dan pengembala ke atas hamba-hamba-Nya. Allah meredainya sebagai imam untuk mereka.
        Dia telah menyimpan di sisinya ilmu-Nya dan memintanya supaya menjaganya, memperkuatkan hikmat-Nya untuknya, membuatnya penjaga kepada agama-Nya, melantiknya untuk urusan-Nya yang besar, menghidupkan jalan-Nya, fardu-Nya dan batasan-Nya. Lantaran itu, beliau melaksanakan keadilan, ketika mereka yang jahil dan pendebat-pendebat agama di dalam kebingungan, dengan cahaya yang terang dan penawar yang mujarab; kebenaran yang jelas, keterangan yang nyata di setiap perkara menurut jalan yang dilalui oleh bapa-bapanya yang benar.
       Tiada seorang yang tidak mengetahui hak alim ini[30] kecuali seorang yang celaka (fa-laisa yajhalu haqqa hadha al-‘Alim illa syaqiyyun), tiada seorang yang mengingkarinya kecuali orang yang sesat (wa-la yajhadu-hu illa ghawiyyun) dan tiada seorang yang  menentangnya kecuali orang yang berani menentang Allah Yang Maha Mulia dan Maha Tinggi (wa-la yasuddu ‘an-hu illa jariyyun ‘ala llahi jalla wa ‘alaa).
                            
                               
[1] Surah al-An‘aam (6): 38

[2] Surah al-Ma’idah (5): 3

[3] Surah al-Anbiyaa’ (21): 72-73

[4] Surah Ali Imraan (3): 68

[5] Melainkan beliau seorang Imam

[6] Surah al-Taubah (9): 30

[7] Surah al-‘Ankabuut (29): 38

[8] Surah al-Qasas (28): 68

[9] Surah al-Ahzab (33): 36

[10] Surah al-Qalam (68): 36-41

[11] Surah Muhammad (47): 24

[12] Surah al-Taubah (9):87

[13] Surah al-Anfaal (8):21-23

[14] Surah al-Baqarah (2): 93

[15] Surah al-Hadiid (57: 21, Surah al-Jumu‘ah (62): 4

[16] Surah Yunus (10): 35

[17] Surah al-Baqarah (2): 269

[18] Surah al-Baqarah (2): 247

[19] Surah al-Nisaa’ (4):113

[20] Surah al-Nisaa’ (4): 54-55

[21] Surah al-Hadiid (57): 21 dan Surah al-Qasas (28): 50

[22] Surah al-Qasas (28): 50

[23] Surah Muhammad (47): 8

[24] Surah al-Mu’min (40): 35

[25] Para imam a.s

[26] Imam a.s

[27] Surah al-A‘raaf (7): 159

[28] Penciptaan para imam a.s adalah lebih awal daripada penciptaan makhluk-Nya yang lain.

[29] Tentang imamah.

[30] Imam a.s

Keperluan Kepada Al-Hujjah (al-Idhtirar ila al-Hujjah)


Bab 1


                                 ☼Keperluan Kepada Al-Hujjah (al-Idhtirar ila al-Hujjah)☼

       [Abu Ja‘far Muhammad bin Ya‘qub al-Kulaini pengarang kitab ini-rahimahu llahu- telah berkata:

       (1)-1. Ali bin Ibrahim telah meriwayatkan kepada kami, daripada bapanya, daripada al-‘Abbas bin Umar al-Fuqimiy daripada al-Hisyam bin al-Hakam, daripada Abu Abdillah a.s bahawa sesungguhnya beliau a.s telah berkata kepada seorang zindiq yang telah bertanya kepadanya: Bagaimanakah anda buktikan para nabi dan para rasul? Beliau a.s telah berkata: Sesungguhnya manakala kami membuktikan bahawa bagi kami Pencipta Yang Maha Bijaksana yang mana makhluk-Nya tidak dapat menyaksikanNya dan menyentuhiNya, justeru Dia menghubungi mereka atau mereka menghubungiNya, lalu Dia berhujah dengan mereka  dan mereka pula berhujah dengan-Nya, maka terbuktilah bahawa bagiNya duta-duta (sufara’) pada makhluk-Nya bagi menerangkan tujuan-Nya kepada makhluk-Nya dan hamba-hamba-Nya.
       Menunjukkan kebaikan dan manfaat kepada mereka serta menjaga kewujudan mereka kerana jika al-Hujjah ditinggalkan, maka ia akan membinasakan mereka. Justeru, mereka yang menyuruh (al-Amirun) dan melarang (al-Nahun) adalah daripada Yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui tentang makhluk-Nya. Dan mereka yang bercakap tentangNya adalah para nabi a.s dan mereka yang terpilih di kalangan makhluk-Nya. Mereka adalah bijak diutus untuk mendidik umat dengan hikmah tanpa bersyarikat dengan mereka dari segi penciptaan dan bentuk-meskipun mereka pada zahirnya adalah sama. Mereka disokong oleh Yang Maha Bijaksana lagi Mengetahui dengan hikmah. Kemudian dalil-dalil dan bukti-bukti yang dibawa oleh para nabi dan para rasul a.s di setiap era dan zaman membuktikan bahawa bumi Allah tidak sunyi daripada (seorang) Hujjah yang mana bersamanya petanda yang menunjukkan kepada kebenaran kata-katanya dan ketepatan keadilannya.

       (2)-2. Muhammad bin Ismail, daripada al-Fadhl bin Syazan, daripada Safwan bin Yahya, daripada Mansur Ibn Hazim berkata: Aku telah berkata kepada Abu Abdillah a.s bahawa sesungguhynya Allah adalah lebih dihormati dan lebih mulia dari memperkenalkan diri-Nya kepada makhluk-Nya, malah makhluk-Nya mengenaliNya, beliau a.s telah berkata: Apa yang anda telah katakan itu adalah benar. Maka aku telah berkata: Sesiapa yang telah mengetahui bahawa baginya Tuhan, maka sayugia baginya mengetahui bahawa Allah mempunyai keredaan dan kemurkaan. Sesungguhnya beliau tidak mengetahui keredaan-Nya dan kemurkaan-Nya melainkan dengan wahyu atau rasul.
       Justeru, sesiapa yang tidak didatangi wahyu, maka beliau harus mendapatkan para rasul dan apabila beliau bertemu dengan mereka, maka beliau mengetahui bahawa mereka adalah al-Hujjah dan mereka pula wajib ditaati. Aku telah berkata kepada orang ramai: Adakah kamu mengetahui bahawa Rasullah s.a.w adalah seorang Hujjah daripada Allah ke atas makhluk-Nya? Mereka telah berkata: Ya, aku telah berkata: Apabila Rasulullah s.a.w mati, maka siapakah Hujjah ke atas makhluk-Nya? Mereka telah berkata: Al-Qur’an, lalu aku telah melihat kepada al-Qur’an, maka aku dapati Murjiah, Qadariyah dan Zindiq menggunakan hujah  daripada al-Qur’an meskipun mereka tidak mempercayainya. Lantaran itu, aku dapati al-Qur’an tidak menjadi Hujjah kecuali dengan wujud penjaganya. Justeru, apa yang dikatakannya itu adalah benar.

       Aku telah berkata kepada mereka: Siapakah penjaga al-Qur’an? Mereka telah berkata: Ibn Mas‘ud telah mengetahuinya, ‘Umar telah mengetahuinya dan Huzaifah telah mengetahuinya, aku telah berkata: Semuanya? Mereka telah berkata: Tidak, maka aku tidak mendapati seorangpun yang berkata bahawa beliau mengetahui semuanya kecuali Ali a.s. Apabila persoalan mengenai al-Qur’an timbul di kalangan orang ramai, Ibn Mas‘ud telah berkata: Aku tidak mengetahuinya. Sementara seorang lain (‘Umar) telah berkata: Aku tidak mengetahuinya dan seorang lagi (Huzaifah) telah berkata: Aku tidak mengetahuinya. Dan lelaki ini (Ali a.s) telah berkata: Aku mengetahuinya. Lantaran itu, aku naik saksi bahawa Ali a.s adalah penjaga al-Qur’an. Dan Ketaatan kepadanya adalah difardukan (kanat ta‘atu-hu muftaradhatan) justeru beliau adalah Hujjah ke atas manusia selepas Rasulullah s.a.w. Dan apa yang dikatakan olehnya tentang al-Qur’an adalah benar. Imam Ja‘far a.s telah berkata: Semoga Allah merahmati anda.

       (3)-3. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada al-Hasan bin Ibrahim, daripada Yunus bin Ya‘qub berkata: Di sisi Abu Abdillah a.s sekumpulan para sahabatnya antaranya Humraan bin A‘yan, Muhammad bin Nu‘man, Hisyam bin Abu Salim, al-Tayyar dan satu kumpulan  yang terdiri daripada Hisyam bin al-Hakam; seorang remaja pada masa itu, maka Abu Abdillah a.s telah berkata: Wahai Hisyam, apakah yang anda telah buat kepada ‘Umru bin ‘Ubaid dan bagimana anda telah bertanya kepadanya? Hisyam telah berkata: Wahai anak Rasulullah, sesungguhnya aku memuliakan anda dan menjadi malu kepada anda, lidahku tidak berfungsi di hadapan anda, maka Abu Abdillah a.s telah berkata: Apabila aku memerintahkan kamu melakukan sesuatu, maka lakukanlah. Hisyam telah berkata: Aku telah diberitahu bahawa ‘Umru bin ‘Ubaid telah berada di masjid Basrah (mengajar), maka ia mencemaskan aku. Kemudian aku telah pergi ke Basrah pada hari Jumaat. Aku telah memasuki masjid Basrah, maka aku telah mendapati orang ramai mengelilingi ‘Umru bin ‘Ubaid yang memakai kain bulu berwarna hitam yang membaluti pinggangnya dan satu kain di atas bahunya.

       Orang ramai telah bertanya kepadanya, aku telah meminta orang ramai di sekelilingnya memberi laluan kepadaku, lantas mereka melakukanya untukku. Lalu akupun duduk di atas lututku  di belakang mereka. Aku telah berkata: Wahai orang alim, aku adalah orang asing di sini, adakah anda izin kepadaku untuk bertanya? Beliau telah berkata kepadaku: Ya, aku telah berkata kepadanya: Adakah anda mempunyai mata? Maka beliau telah berkata: Wahai anak lelakiku, apakah soalan semacam ini? Bagaimana anda telah bertanya soalan yang anda dapat melihatnya dengan jelas? Aku telah berkata: Tetapi ini adalah soalanku.

       Beliau telah berkata: Wahai anak lelakiku, tanyalah sekalipun soalan anda itu bodoh. Aku telah berkata: Jawablah soalanku, beliau telah berkata: Tanyalah. Aku telah berkata: Adakah anda mempunyai mata? Beliau telah berkata: Ya, aku telah berkata: Apakah anda buat dengannya? Beliau telah berkata: Aku menlihat dengannya, aku telah berkata: Adakah anda mempunyai mulut? Beliau telah berkata: Ya, aku telah berkata: Apakah anda buat dengannya?

       Beliau telah berkata: Aku merasai makanan dengannya. Aku telah berkata: Adakah anda mepunyai telinga? Beliau telah berkata: Ya, aku telah berkata: Apakah anda buat dengannya? Beliau telah berkata: Aku mendengar suara dengannya. Aku telah berkata: Adakah anda mempunyai hati (al-Qalb)? Beliau telah berkata: Ya, aku telah berkata: Apakah anda buat dengannya? Beliau telah berkata: Aku membezakan dengannya apa yang datang daripada anggota-anggota dan perasaan, aku telah berkata: Adakah anggota-anggota ini tidak memerlukan hati? Beliau telah berkata: Tidak, aku telah berkata: Bagaimana itu boleh terjadi sekiranya ia sihat dan sejahtera?

       Beliau telah berkata: Wahai anak lelakiku, anggota-anggota badan apabila ia syak tentang sesuatu, maka ia mengidunya, melihatnya atau merasainya dan mendengarnya, kemudian ia mengembalikanya kepada hati, lalu ia mengembalikan keyakinan dan menghilangkan syak. Hisyam telah berkata: Aku telah berkata kepadanya: Tidakkah Allah menjadikan hati untuk menghilangkan syak anggota-anggota? Beliau telah berkata: Ya, maka aku telah berkata kepadanya: Wahai Abu Marwan, sesungguhnya Allah tidak meninggalkan anggota-anggota badan anda sehingga Dia menjadikan untuknya imam (imaman) bagi mengesahkan kebenaran dan menyakinkan apa yang disyakinya. Dia tidak meninggalkan semua makhluk di dalam kebingungan, syak dan perselisihan tanpa melantik imam untuk mereka yang membolehkan mereka menjelaskan kebingungan dan syak mereka kepadanya sebagaimana Dia telah menjadikan untuk anda [seorang] imam bagi anggota-anggota anda. Segala kebingunan dan syak anda dirujukkan kepadanya?! Beliau telah berkata: ‘Umru bin ‘Ubaid telah terdiam tanpa berkata apa-apa kepadaku.

       Kemudian beliau telah berpaling kepadaku sambil berkata kepadaku: Anda Hisyam bin al-Hakam? Aku telah berkata: Tidak, beliau telah berkata: Adakah anda di kalangan sahabatnya? Aku telah menjawab: Tidak, beliau telah berkata: Dari manakah anda datang? Aku telah berkata:  Aku daripada ahli Kufah. Beliau telah berkata: Jika begitu, maka anda adalah beliau, kemudian beliau telah memelukku dan menjemput aku duduk bersamanya. Dan beliau terus berdiam diri sehingga aku pergi dari majlis itu. Perawi telah berkata: Abu Abdillah a.s telah tersenyum sambil berkata: Wahai Hisyam, siapakah yang telah mengajar anda semua ini? Aku telah berkata: Suatu yang aku telah mengambilnya daripada anda dan aku menyusunnya sendiri, maka beliau a.s telah berkata: Ini adalah tertulis di dalam mashaf Ibrahim dan Musa.

       (4)-4. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada orang yang beliau telah menyebutnya, daripada Yunus bin Ya‘qub berkata: Aku telah berada di sisi Abu Abdillah a.s apabila seorang lelaki dari Syam datang kepadanmya sambil berkata: Aku adalah seorang pakar di dalam bidang ilmu Kalam, Fekah dan Faraid. Aku telah datang untuk berdialog tentang para sahabat anda, lantas Abu Abdillah a.s telah berkata: Percakapan anda daripada percakapan Rasulullah s.a.w atau dari sisi anda?

       Beliau telah berkata: Dari percakapan Rasulullah s.a.w dan percakapan aku, maka Abu Abdillah a.s telah berkata: Jika begitu, anda adalah bersekutu (syarik) Rasulullah s.a.w? Beliau telah berkata: Tidak, Abu Abdillah a.s telah berkata: Anda mendengar wahyu daripada Allah menceritakan kepada anda? Beliau telah berkata: Tidak, beliau a.s telah berkata: Anda wajib ditaati sebagaimana wajib ditaati Rasulullah s.a.w? Beliau telah berkata: Tidak, maka Abu Abdillah a.s telah berpaling kepadaku sambil berkata: Wahai Yunus bin Ya‘qub, orang ini telah menentang dirinya sendiri sebelum beliau berdialog, kemudian beliau a.s telah berkata: Wahai Yunus, jika anda seorang pendebat yang baik, nescaya anda boleh berdebat dengannya. Yunus telah berkata: Alangkah tidak beruntungnya aku! Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, sesungguhnya aku telah mendengar anda mencegah perbahasan di dalam ilmu Kalam dan berkata: Celakalah kepada mereka yang berdebat di dalam ilmu Kalam. Mereka telah berkata: Ini boleh diterima dan ini tidak boleh diterima, ini boleh dibuat kesimpulan dan ini tidak boleh dibuat kesimpulan. Ini boleh difahami dan itu tidak boleh difahami.
       Maka Abu Abdillah a.s telah berkata: Sesungguhnya aku telah berkata: Celakalah kepada mereka sekiranya mereka meninggalkan apa yang aku telah katakan kepada mereka dan berpendapat apa yang mereka mahu. Kemudian beliau telah berkata kepadaku: Keluar ke pintu dan lihat kepada Mutakallimun serta jemput mereka masuk? Yunus telah berkata: Aku telah memasukkan Humraan bin A‘yan seorang pendebat yang baik, aku telah memasukkan al-Ahwal, seorang pendebat yang baik, aku telah memasukkan Hisyam bin Salim, seorang pendebat yang baik, aku telah memasukkan Qais bin al-Masir, seorang pendebat yang paling baik di sisiku. Beliau telah mempelajari ilmu Kalam daripada Ali bin al-Husain a.s.

       Manakala majlis diadakan- Abu Abdillah a.s sebelum mengerjakan haji, beliau a.s telah tinggal beberapa hari di dalam khemah di atas bukit yang berdekatan dengan al-Haram. Perawi telah berkata: Abu Abdillah a.s telah mengeluarkan  kepalanya dari khemahnya, tiba-tiba beliau a.s telah melihat unta betina melompat kepadanya. Beliau a.s telah berkata: Hisyam, demi Tuhan Ka‘bah, Yunus telah berkata: Kami telah menyangka bahawa Hisyam adalah daripada keturunan ‘Aqil, kerana beliau a.s telah mengasihinya dengan kuat. Yunus telah  berkata: Hisyam bin al-Hakam telah sampai, seorang remaja yang baru tumbuh janggutnya. Di kalangan kami tiada seorangpun yang lebih muda daripadanya.

       Yunus telah berkata: Abu Abdillah a.s telah menyediakan bilik untuknya sambil berkata: Beliau adalah pembantu kami dengan hatinya, lidahnya dan tangannya. Kemudian beliau a.s telah berkata: Wahai Humraan, berdebatlah dengannya (lelaki dari Syam), lalu Humraan telah berdebat dengannya dan mengatasinya. Abu Abdillah a.s telah berkata: Wahai Taqi, berdebatlah dengannya, lalu beliau telah berdebat dengannya dan dapat mengatasinya. Al-Ahwal juga berdebat dengannya dan mengatasinya.

       Kemudian Abu Abdillah a.s telah berkata: Wahai Hisyam bin Salim, berdebatlah dengannya, maka mereka adalah sama di dalam debat. Kemudian beliau a.s telah berkata kepada Qais al-Masir: Berdebatlah dengannya, lalu beliau telah berdebat dengannya. Abu Abdillah a.s telah tersenyum kerana perdebatan mereka berdua telah dapat mengatasi lelaki dari Syam itu. Beliau a.s telah berkata: kepada lelaki Syam itu: Berdebatlah dengan remaja ini-iaitu Hisyam bin al-Hakam-maka beliau berkata: Ya, sambil berkata kepada Hisyam, wahai remaja, bertanyalah aku tentang imamah lelaki ini (Abu Abdillah a.s), lantas Hisyam telah menjadi marah sehingga gementar, kemudian berkata kepada lelaki dari Syam itu: Wahai lelaki, adakah Tuhan anda lebih memahami makhlukNya atau makhluk-Nya lebih memahami tentang diri mereka? Lelaki dari Syam telah berkata: Tuhanku lebih memahami tentang makhluk-Nya. Hisyam telah berkata: Apakah Dia telah melakukan kepada mereka sebagai hasil kefahaman-Nya? Beliau telah berkata: Beliau telah mendirikan hujjah dan dalil untuk mereka supaya mereka tidak berpecah dan berselisih faham. Beliau telah menjinakkan mereka, menyokong mereka dengan kasih sayang, menceritakan kepada mereka apa yang difardukan oleh Tuhan mereka. Hisyam telah berkata: Siapakah dia?

       Lelaki daripada Syam telah berkata: Rasulullah s.a.w, Hisyam telah berkata: Siapakah selepas Rasulullah s.a.w? Beliau telah berkata: Al-Qur’an dan Sunnah. Hisyam telah berkata: Apakah al-Qur’an dan Sunnah memanfaatkan kita di dalam menghapuskan perselisihan di kalangan kita? Lelaki daripada Syam telah berkata: Ya. Beliau telah berkata: Kenapakah kita berselisih faham, aku dan anda. Anda telah datang dari Syam untuk menentang kami? 
       Yunus telah berkata: Lelaki dari Syam itu terdiam. Abu Abdillah a.s telah berkata kepada lelaki dari Syam itu: Kenapa anda tidak bercakap? Lelaki dari Syam telah berkata: Jika aku telah berkata: Aku tidak berselisih faham, nescaya aku berbohong dan jika aku telah berkata: Sesungguhnya al-Qur’an dan Sunnah dapat menghapuskan perselisihan di antara kita, maka aku berbohong juga kerana kedua-duanya memberi berbagai-bagai tafsiran. Dan jika aku telah berkata: Kita telah berberselisih faham (berbeza), maka setiap seorang daripada kita mendakwa bahawa beliaulah di atas kebenaran.

       Justeru, al-Qur’an dan Sunnah tidak memanfaatkan kita. Tetapi aku boleh mengemukakan perkara yang sama untuk menentangnya (Hisyam). Abu Abdillah a.s telah berkata: Tanyalah beliau, nescaya anda mendapatinya  bersedia untuk menjawabnya. Lelaki dari Syam telah berkata: Wahai remaja, siapakah yang lebih memahami tentang makhluk, Tuhan mereka atau mereka sendiri? Hisyam telah berkata: Tuhan mereka lebih memahami tentang diri mereka daripada mereka sendiri. Lelaki dari Syam telah berkata: Adakah Dia telah melantik untuk mereka seorang yang akan menyatukan mereka di dalam percakapan mereka, menyokong mereka, memberitahu kepada mereka kebenaran dan kebatilan?

       Hisyam telah berkata: Pada masa Rasulullah s.a.w atau pada masa sekarang? Lelaki dari Syam telah berkata: Pada masa Rasulullah adalah Rasulullah s.a.w dan pada masa sekarang siapa? Hisyam telah berkata: Lelaki ini yang sedang duduk yang mana orang ramai datang kepadanya, beliau menceritakan kepada kita khabar-khabar dari langit mewarisi daripada bapa daripada datuknya. Lelaki dari Syam telah berkata: Bagaimana aku akan mengetahui perkara itu?

Kitab al-Hujjah (ttg imamah) Oleh al-Kulaini Wafat 328/329 Hijrah (Bab 8-14)



                                                                                Bab 8
Fardu Mentaati Para Imam A.S (Fardh ta‘at al-A’immah)

       (49)-1. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Hammad bin Isa, dariapda Huraiz, daripada Zurarah, daripada Abu Ja‘far a.s telah berkata: Puncak segala perkara, ketinggiannya, kuncinya, pintunya dan keredaan Yang Maha Pemurah adalah ketaatan kepada Imam selepas mengetahuinya (Dhirwat al-Amr wa sinamu-hu wa miftahu-hu wa bab al-Asyya’ wa Ridha al-Rahman tabaraka wa ta‘ala al-Ta‘at li-l-Imam ba‘da ma‘rifati-hi). Kemudian beliau a.s telah berkata: Sesungguhnya Allah telah berfirman: “Sesiapa yang mentaati Rasul itu, sesungguhnya ia telah mentaati Allah. Dan sesiapa yang berpaling (dari ketaatan itu), maka Kami tidak mengutusmu untuk menjadi pemelihara bagi mereka”[1]

       (50)-2. Al-Husain bin Muhammad al-Asy‘ari, daripada Mu‘alla bin Muhammad, daripada al-Hasan bin Ali al-Wasya’, daripada Abban bin Uthman, daripada Abu al-Sabaah berkata: Aku naik saksi bahawa aku telah mendengar Abu Abdillah a.s berkata: Aku naik saksi bahawa Ali adalah seorang imam yang mana ketaatan kepadanya difardukan oleh Allah (Imam farada llahu ta‘ata-hu). Sesungguhnya al-Hasan adalah seorang imam yang mana ketaatan kepadanya difardukan oleh Allah. Sesungguhnya al-Husain adalah seorang imam yang mana ketaatan kepadanya difardukan oleh Allah. Sesungguhnya Ali bin al-Husain adalah seorang imam yang mana ketaatan kepadanya difardukan oleh Allah dan sesungguhnya al-Husain bin Ali adalah seorang imam yang mana ketaatan kepadanya difardukan oleh Allah”.

       (51)-3. Daripada sanad-sanad yang sama, daripada Mu‘alla bin Muhammad, daripada al-Hasan bin Ali berkata: Hammad Ibn Uthman telah memberitahu kami, daripada Basyir bin al-‘Atar berkata: Aku telah mendengar Abu Abdillah a.s telah berkata: Kami adalah golongan yang mana Allah memfardukan ketaatan kami [kepada makhluk] sedangkan kamu mengikuti seorang yang mana orang ramai tidak dimaafkan tanpa mengetahuinya” (nahnu qaum farada llahu ta‘ata-na wa antum ta’tammun bi-man la ya‘dhur al-Nas bi-jahalati-hi).

       (52)-4. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muahammad, Daripada al-Husain bin Sa‘id, daripada Hammad bin Isa, daripada al-Husain bin al-Mukhtar, daripada sebahagian daripada sahabat kami, daripada Abu Ja‘far a.s tentang firman Allah “Dan kami telah memberikan kepadanya kerajaan yang besar”[2] Beliau a.s telah berkata: Ketaatan yang difardukan (al-Ta‘at al-Mafrudah).

       (53)-5. Daripada beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Muhammad bin Sinan, daripada Abu Khalid al-Qammat, daripada Abu al-Hasan al-‘Atar berkata: Aku telah mendengar Abu Abdillah a.s telah berkata: Para wasi dan para rasul bersyarikat di dalam ketaatan”[3]

       (54)-6. Ahmad bin Muhammad, daripada Muhammad bin Abu ‘Umair, daripada Saif bin ‘Umairah, daripada Abu al-Sabah al-Kinani, berkata: Abu Abdillah a.s telah berkata: Kamilah golongan yang mana Allah a.w memfardukan ketaatan kami. Al-Anfaal adalah untuk kami,  harta yang bersih adalah untuk kami. Kamilah yang teguh dengan ilmu dan kamilah yang didengki sebagaimana firman-Nya “Ataukah mereka dengki kepada manusia (Muhammad) lantaran kelebihan yang Allah berikan kepada manusia itu”[4]

       (55)-7. Ahmad bin Muhammad, daripada Ali bin al-Hakam, daripada al-Husain bin Abu al-‘Ala’ berkata: Aku telah menyebut kepada Abu Abdillah a.s pendapat kami tentang para wasi bahawa ketaatan mereka adalah difardukan, maka beliau a.s telah berkata:Ya, merekalah yang difirmankan oleh Allah “Wahai mereka yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya) dan Uli Amri di kalangan kamu”[5] Dan merekalah yang difirmankan oleh Allah “Sesungguhnya wali kamu adalah Allah dan Rasul dan mereka yang beriman”[6]

       (56)-8. Daripada sanad-sanad yang sama, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Mu‘ammar bin Khallad, berkata: Seorang Farsi telah bertanya Abu al-Hasan a.s, maka beliau telah berkata: Ketaatan kepada anda difardukan? Beliau a.s telah berkata: Ya, beliau telah berkata lagi: Seperti ketaatan kepada Ali bin Abu Talib a.s? Maka beliau a.s telah berkata: Ya.

       (57)-9. Daripada sanad-sanad yang sama, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ali bin al-Hakam, daripada Ali bin Abu Hamzah, daripada Abu Basir, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Aku telah bertanya kepadanya tentang para imam adakah kedudukan mereka  sama di dalam melaksanakan perintah dan ketaatan? Beliau a.s telah berkata: Ya.

       (58)-10. Daripada sanad-sanad yang sama, daripada Marwak bin ‘Ubaid, daripada Muhammad bin Zaid al-Tabari, berkata: Aku telah berkhidmat dengan al-Ridha a.s di Khurasan dan di sisinya beberapa orang daripada Bani Hasyim. Antaranya Ishaq bin Musa bin Isa al-‘Abbasi, maka beliau a.s telah berkata: Wahai Ishaq, berita telah sampai kepadaku bahawa kami mendakwa bahawa semua orang adalah hamba kami, tidak,  dengan kekerabatanku dengan Rasulullah s.a.w, aku tidak pernah berkata sedemikian dan aku tidak pernah mendengarnya daripada bapa-bapaku telah berkata sedemikian, tetapi aku telah berkata: Orang ramai adalah hamba-hamba kami dari segi ketaatan (al-Naas ‘abidun la-na fi al-Ta‘ah) dan mewalikan kami dari segi keagamaan. Lantaran itu, orang yang hadir hendaklah memberitahu kepada orang yang tidak hadir.

       (59)-11. Ali bin Ibrahim, daripada al-Salih al-Sanadiy, daripada Ja‘far al-Basyir, daripada Abu Salmah, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Aku telah mendengarnya berkata: Kamilah yang mana Allah telah memfardukan ketaatan kami [ke atas orang lain]. Orang ramai wajib mengetahui kami. Orang ramai tidak dapat mengilak dari tidak mengetahui kami. Sesiapa yang mengetahu kami, maka beliau adalah seorang muslim (man ‘arafa-na kana mu’minan). Sesiapa yang mengingkari kami, maka beliau adalah seorang kafir (man Ankara-na kana kafiran). Sesiapa yang tidak mengingkari kami, maka beliau adalah seorang yang sesat (kana dallan) sehingga beliau kembali kepada pertunjuk yang mana Allah mewajibkan ke atasnya mentaati kami. Sekiranya beliau mati di atas kesesatannya, maka Allah akan melakukan [kepadanya] apa yang Dia mahu”

       (60)-12. Ali, daripada Muhammad bin Isa, daripada Yunus, daripada Muhammad bin al-Fudhail berkata: Aku telah bertanya beliau a.s tentang perkara yang paling baik yang mana hamba-hamba-Nya dapat menghampiri diri mereka kepada Allah a.w? Beliau a.s telah berkata: Perkara yang paling baik yang mana hamba-hamba-Nya dapat menghampiri diri mereka kepada Allah adalah mentaati Allah, mentaati Rasul-Nya dan mentaati Uli Amri-Nya. Abu Ja‘far a.s telah berkata: Kecintaan kepada kami adalah keimanan dan kebencian kepada kami adalah kekufuran (hubbub-na iman wa baghdu-na kufr).

       (61)-13. Muhammad bin al-Hasan, daripada Sahal bin Ziyad, daripada Muhammad bin Isa, daripada Fadhalah bin Ayyub, daripada Abban, daripada Abdullah bin Sinan, daripada Ismail bin Jabir berkata: Aku telah berkata kepada Abu Ja‘far a.s: Bolehkah aku membentangkan kepada anda agamaku yang mana aku mempecayai Allah dengannya? Maka beliau a.s telah berkata: Beritahulah kepadaku, maka aku telah berkata: Aku naik saksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah sahaja, tiada bagi-Nya sekutu dan sesungguhnya Muhammad adalah hamba-Nya dan Rasul-Nya. Mengakui apa yang dibawa oleh Muhammad s.a.w dari sisi-Nya. Sesungguhnya Ali adalah seorang imam yang difardukan Allah ketaatan kepadanya. Kemudian al-Hasan adalah seorang imam yang difardukan Allah ketaatannya. Kemudian al-Husain sebagai seorang imam yang difardukan Allah ketaatannya. Kemudian selepasnya Ali bin al-Husain seorang imam yang difardukan Allah  ketaatannya sehingga urusan berakhir kepadanya. Kemudian aku telah berkata: Anda mudah-mudahan dihormati Allah? Beliau a.s telah berkata: Inilah agama Allah dan agama para malaikat-Nya”

       (62)-14. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Ibn Mahbub, daripada Hisyam bin Salim, daripada Abu Hamzah, daripada Abu Ishaq, daripada beberapa sahabat Amir al-Mukminin a.s telah berkata: Amir al-Muminin a.s telah berkata: Ketahuilah bahawa bersahabat dengan orang alim[7] dan pengikut-pengikutnya merupakan agama Allah yang dipercayai, ketaatan kepadanya menambahkan kebaikan, menghilangkan kejahatan, [beliau adalah] simpanan mukminin, dapat meninggikan kedudukan dan kebaikan mereka selepas kematian”.

       (63)-15. Muhammad bin Ismail, daripada al-Fadhl bin Syadhan, daripada Safwan bin Yahya, daripada Mansur Ibn Hazim berkata: Aku telah berkata kepada Abu Abdillah a.s: Sesungguhynya Allah adalah lebih dihormati dan lebih mulia dari memperkenalkan diri-Nya kepada makhluk-Nya, malah makhluk-Nya mengenaliNya, beliau a.s telah berkata: Apa yang anda telah katakan itu adalah benar. Maka aku telah berkata: Sesiapa yang telah mengetahui bahawa baginya Tuhan, maka sayugia baginya mengetahui bahawa Allah mempunyai keredaan dan kemurkaan dan sesungguhnya beliau tidak mengetahui keredaan-Nya dan kemurkaan-Nya melainkan dengan wahyu atau rasul.
       Justeru, sesiapa yang tidak didatangi wahyu, maka beliau harus mendapatkan para rasul dan apabila beliau bertemu dengan mereka, maka beliau mengetahui bahawa mereka adalah al-Hujjah dan mereka pula wajib ditaati. Aku telah berkata kepada orang ramai: Adakah kamu mengetahui bahawa Rasullah s.a.w adalah seorang Hujjah daripada Allah ke atas makhluk-Nya? Mereka telah berkata: Ya, aku telah berkata: Apabila Rasulullah s.a.w mati, maka siapakah al-Hujjah ke atas makhluk-Nya? Mereka telah berkata: Al-Qur’an, lalu aku telah melihat kepada al-Qur’an, maka aku telah dapati Murjiah, Qadariyah dan Zindiq menggunakan hujah  daripada al-Qur’an meskipun mereka tidak mempercayainya. Lantaran itu, aku dapati al-Qur’an tidak menjadi Hujjah kecuali dengan wujud penjaganya. Justeru apa yang dikatakannya itu adalah benar.
       Aku telah berkata kepada mereka: Siapakah penjaga al-Qur’an? Mereka telah berkata: Ibn Mas‘ud telah mengetahuinya, ‘Umar telah mengetahuinya dan Huzaifah telah mengetahuinya, aku telah berkata: Semuanya? Mereka telah berkata: Tidak, maka aku tidak mendapati seorangpun yang berkata bahawa beliau mengetahui semuanya kecuali Ali a.s. Apabila persoalan mengenai al-Qur’an timbul di kalangan orang ramai, Ibn Mas‘ud telah berkata: Aku tidak mengetahuinya. Sementara seorang lain (‘Umar) telah berkata: Aku tidak mengetahuinya dan seorang lagi (Huzaifah) telah berkata: Aku tidak mengetahuinya. Dan Ini (Ali a.s) telah berkata: Aku mengetahuinya. Lantaran itu, aku naik saksi bahawa Ali a.s adalah penjaga al-Qur’an. Dan Ketaatan kepadanya adalah difardukan (kanat ta‘atu-hu muftaradah). Justeru beliau  adalah al-Hujjah ke atas manusia selepas Rasulullah s.a.w.

       Dan apa yang dikatakan olehnya tentang al-Qur’an adalah benar. Imam Ja‘afar a.s telah berkata: Semoga Allah merahmati anda. Lalu aku telah berkata: Sesungguhnya Ali a.s tidak tidak mati melainkan beliau a.s telah meninggalkan seorang Hujjah selepasnya sebagaimana dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. Sesungguhnya al-Hujjah selepas Ali adalah al-Hasan bin Ali. Aku naik saksi bahawa di atas al-Hasan bahawa beliau tidak pergi melainkan beliau a.s telah meninggalkan seorang Hujjah selepasnya sebagaimana telah dilakukan oleh bapanya dan datuknya. Sesungguhnya al-Hujjah selepas al-Hasan adalah al-Husain dan ketaatan kepadanya adalah difardukan. Lalu beliau a.s telah berkata: Mudah-mudahan Allah merahmati anda.
       Kemudian aku telah mengucup kepalanya sambil berkata: Aku naik saksi ke atas al-Husain a.s bahawa beliau a.s tidak pergi sehingga beliau meninggalkan seorang Hujjah selepasnya Ali bin al-Husain dan ketaatan kepadanya adalah fardu, maka beliau a.s telah berkata: Mudah-mudahan Allah merahmati anda. Maka aku mengucup kepalanya sambil berkata: Aku naik saksi ke atas Ali bin al-Husain bahawa beliau tidak pergi melainkan beliau a.s telah meninggalkan seorang Hujjah selepasnya Muhammad bin Ali Abu Ja‘far a.s dan ketaatan kepadanya adalah difardukan.
       Lalu beliau a.s telah berkata: Mudah-mudahan Allah merahmati anda, aku telah berkata: Berilah kepala anda sehingga aku mengucupnya, lalu beliau a.s tersenyum. Aku telah berkata: Aslahaka-llah, sesungguhnya aku telah mengetahui bahawa bapa anda tidak pergi sehingga beliau meninggalkan seorang Hujjah selepasnya sebagaimana dilakukan oleh bapanya. Aku naik saksi bahawa anda adalah Hujjah dan ketaatan kepada anda adalah difardukan, lalu beliau a.s telah berkata: Cukuplah, Mudah-mudahan Allah merahmati anda, aku telah berkata: Berilah kepala anda supaya aku mengucupnya, maka aku pun mengucup kepalanya, maka beliau a.s telah tersenyum sambil berkata: Tanyalah kepadaku apa yang anda mahu, aku tidak akan menentang anda selepas hari ini untuk selama-lamanya”

       (64)-16. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada Muhammad bin Khalid al-Barqiy, daripada al-Qasim bin Muhammad al-Jauhariy, dariapada al-Husain bin Abu al-‘Ala’ berkata: Aku telah berkata kepada Abu Abdillah a.s: Adakah ketaatan kepada para wasi difardukan? Beliau a.s telah berkata: Ya, merekalah yang difirmankan oleh Allah “Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasul dan Uli al-Amri daripada kamu”[8]. Dan merekalah yang difirmankan oleh Allah “Sesungguhnya wali kamu adalah Allah dan Rasul-Nya dan mereka yang beriman yang mendirikan sembahyang dan mengeluarkan zakat di dalam keadaan rukuk”[9]

       (65)-17. Ali bin Ibrahim, daripada Muhammad bin Isa, daripada Yunus bin Abd al-Rahman, daripada Hammad, daripada Abd al-A‘la berkata: Aku telah mendengar Abu Abdillah a.s telah berkata: Mendengar dan mentaati adalah pintu-pintu kebaikan, orang yang mendengar lagi mentaati tidak ada hujah bagi menentangnya. Tiada hujah ke atas orang yang mendengar dan menderhakai. Dan hujah Imam muslimin akan sempurna pada hari beliau berjumpa dengan Allah “Pada hari itu, kami akan menyeru orang ramai dengan imam mereka”[10]

                                   
                                                                          Bab 9

Sesungguhnya Para Imam Adalah Saksi-Saksi Allah Ke Atas Makhluk-Nya. (fi anna al-A’immah Syuhadaa’ Allah a.w ‘ala khalqi-hi)

       (66)-1. Ali bin Muhammad, daripada Sahal bin Ziyad, daripada Ya‘qub bin Yazid, daripada Ziyad al-Qandiy daripada Sama‘ah berkata: Abu Abdillah a.s telah berkata tentang firman Allah a.w “Maka bagaimanakah apabila Kami mendatangkan seorang saksi bagi setiap umat dan Kami mendatangkan kamu sebagai saksi di atas mereka?”[11] Beliau a.s telah berkata: Ayat ini telah diturunkan kepada umat Muhammad s.a.w secara khusus, pada setiap kurun seorang imam daripada kami akan menjadi saksi ke atas mereka dan Muhammad s.a.w adalah menjadi saksi ke atas kami pula”
       (67)-2. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu‘alla bin Muhammad, daripada al-Hasan bin Ali al-Wasyaa’, daripada Muhammad bin ‘A’idh, daripada ‘Umar bin Udhinah, daripada Buraid al-‘Ajaliy berkata: Aku telah bertanya Abu Abdillah a.s tentang firman Allah a.w “Dan demikian (pula) Kami telah menjadikan kamu umat yang adil agar kamu menjadi saksi atas manusia”[12] Beliau a.s telah berkata: Kamilah umat yang adil (ummatan wasatan) dan kamilah saksi-saksi Allah ke atas makhluk-Nya dan Hujjah-Hujjah-Nya di bumi-Nya (nahnu al-Ummat al-Wusta wa nahnu syuhadaa’ llahi wa hujaji-hi fi ardi-hi). Aku telah bertanya tentang firman Allah a.w “Agama bapa kamu Ibrahim

       Beliau a.s telah berkata: Kamilah yang dimaksudkan dengan ayat ini secara khusus “Dialah yang telah menamakan kamu Muslimin sebelumnya” di dalam kitab-kitab yang terdahulu (dan pada ini) al-Qur’an (Supaya Rasul menjadi saksi ke atas kamu)[13]Justeru Rasul adalah saksi ke atas kami di atas apa yang telah kami sampaikan daripada Allah a.w dan kamilah saksi-saksi di atas manusia. Lantaran itu, sesiapa yang membenarkan kami, maka kami akan membenarkan mereka pada hari Kiamat. Dan sesiapa yang membohongi kami, maka kami akan membohongi mereka pada hari Kiamat”

       (68)-3. Daripada sanad-sanad yang sama, daripada Mu‘alla bin Muhammad, daripada al-Hasan bin Ali, daripada Ahmad bin ‘Umar al-Halal berkata: Aku telah bertanya Abu al-Hasan a.s tentang firman Allah a.w “Apakah orang yang mempunyai bukti yang nyata daripada Tuhannya dan diikuti pula oleh seorang saksi daripada-Nya”[14] Maka  beliau a.s telah berkata: Amir al-Mukminin a.s adalah saksi ke atas Rasulullah s.a.w dan Rasulullah s.a.w adalah bukti daripada Tuhan-Nya”

       (69)-4. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Muhammad bin Abu ‘Umair, daripada Ibn Udhinah, daripada Buraid al-‘Ajaliy berkata: Aku telah bertanya kepada Abu Ja‘far a.s mengenai firman Allah a.w “Dan demikian (pula) Kami telah menjadikan kamu umat yang adil agar kamu menjadi saksi atas manusia”[15] Beliau a.s telah berkata: Kamilah umat yang adil (wasatan), kamilah saksi-saksi Allah ke atas makhluk-Nya dan Hujjah-Hujjah-Nya di bumi-Nya. Aku bertanya mengenai firman-Nya “Wahai mereka yang beriman, rukuklah kamu, sujudlah kamu, sembahlah Tuhanmu dan perbuatlah kebajikan, supaya kamu mendapat kemenangan. Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. Dia telah memilih kamu”[16]

       Beliau a.s telah berkata: Ianya dimaksudkan kepada kami dan kamilah yang terpilih. “Dan Dia tidak menjadikan untuk kami di dalam agama suatu kesempitan” Kesempitan itu adalah lebih teruk daripada kesesakan. “Agama bapa kami Ibrahim” Ianya dimaksudkan kepada kami secara khusus.

“(Dia) telah menamakan kamu Muslimin” Allah telah menamakan kami Muslimin “sebelumnya” di dalam kitab-kitab yang terdahulu (dan pada ini) al-Qur’an (Supaya Rasul menjadi saksi ke atas kamu)[17]Justeru Rasul adalah saksi ke atas kami di atas apa yang telah kami sampaikan daripada Allah a.w dan kamilah saksi-saksi atas manusia. Lantaran itu, sesiapa yang membenarkan kami, maka kami akan membenarkan mereka pada hari Kiamat. Dan sesiapa yang membohongi kami, maka kami akan membohongi mereka pada hari Kiamat”
      
       (70)-5. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Hammad bin Isa, daripada Ibrahim bin ‘Umar al-Yamaniy, daripada Sulaim bin Qais al-Hilali, daripada Amir al-Mukminin a.s telah berkata: Sesungguhnya Allah telah membersihkan kami, menjaga kami dan telah menjadikan kami saksi-saksi ke atas makhluk-Nya. Kamilah Hujjah-Hujjah-Nya di bumi-Nya. Dia telah menjadikan kami bersama al-Qur’an dan al-Qur’an bersama kami, kami tidak berpisah dengannya dan ia tidak berpisah dengan kami”

Bab 10

Sesungguhnya Para Imam A.S Adalah Penunjuk (anna al-A’immah A.S Hum al-Hudaat)

       (71-1. Daripada beberapa orang sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Husain bin Sa‘id, daripada al-Nadhar Ibn Suwaid dan Fadhalah bin Ayyub, daripada Musa bin Bakr, daripada al-Fudhail berkata: Aku telah bertanya Abu Abdillah a.s mengenai firman Allah a.w “Dan setiap kaum itu ada orang yang memberi petunjuk”[18] Beliau a.s telah berkata: Setiap Imam adalah petunjuk kepada kaum pada kurun yang mana beliau berada padanya”

       (72)-2. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Muhammad bin Abu ‘Umair, daripada Ibn Udhinah, daripada Buraid al-‘Ajaliy, daripada Abu Ja‘far a.s tentang firman Allah a.w “Sesungguhnya kamu hanya seorang yang memberi peringatan dan setiap kaum ada orang yang memberi petunjuk”[19] Beliau a.s telah berkata: Rasulullah s.a.w adalah orang yang memberi peringatan dan setiap zaman ada seorang petunjuk daripada kami yang menunjukkan mereka kepada apa yang dibawa oleh nabi Allah s.a.w. Kemudian penunjuk-penunjuk selepasnya adalah Ali, kemudian para wasi seorang selepas seorang”

       (73)-3. Al-Husain bin Muhammad al-Asy‘ari, daripada Mu‘alla bin Muhammad, daripada Muhammad bin Jumhur, daripada Muhammad bin Ismail, daripada Sa‘daan daripada Abu Basir berkata: Aku telah berkata kepada Abu Abdillah a.s “Sesungguhnya kamu hanya seorang yang memberi peringatan dan setiap kaum ada orang yang memberi petunjuk”[20] Beliau a.s telah berkata: Rasulullah s.a.w adalah orang yang memberi peringatan (al-Mundhir) dan Ali adalah orang yang memberi petunjuk (al-Haadi). Wahai Abu Muhammad, adakah orang yang memberi petunjuk pada hari ini? Aku telah berkata: Ya, aku telah menjadikan diriku tebusan anda, sentiasa ada orang yang memberi petunjuk selepasnya sehingga ia diberikan kepada anda, maka beliau a.s telah berkata: Allah memberi rahmat kepada anda, wahai Abu Muhammad, sekiranya satu ayat itu diturunkan atas seorang lelaki, kemudian lelaki itu mati, maka matilah ayat itu dan matilah al-Kitab, tetapi ia (hidayah) masih hidup dan berlaku kepada orang yang masih hidup sebagaimana ia telah berlaku kepada orang yang terdahulu”

       (74)-4. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Husain bin Sa‘id, daripada Safwan, daripada Mansur, daripada ‘Abd al-Rahim al-Qasir, daripada Abu Ja‘far a.s mengenai firman Allah “Sesungguhnya kamu hanya seorang yang memberi peringatan dan setiap kaum ada orang yang memberi petunjuk”[21] Beliau a.s telah berkata: Rasulullah adalah orang yang memberi peringatan (al-Mundhir) dan Ali adalah orang yang memberi petunjuk. Demi Allah, ia (hidayah) tidak pergi daripada kami dan ia sentiasa pada kami”

                                                                         Bab 11
 
Sesungguhnya Para Imam A.S Adalah Uli Amri LLahi Dan Penyimpan Ilmu-Nya (anna al-A’immah a.s wulaat amri llahi wa khazanat ‘ilmi-hi
      
       (75)-1. Muhamad bin Yahya al-‘Attar, daripada Ahmad bin Abu Zahir, daripada al-Hasan bin Musa, daripada Ali bin Hassan, daripada Abd al-Rahman bin Kathir berkata: Aku telah mendengar Abu Abdillah a.s telah berkata: Kamilah wulaat amri llah, penyimpan ilmu Allah dan bekas wahyu Allah”

       (76)-2. Daripada beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Husain bin Sa‘id, daripada Ali bin Asbaat, daripada bapanya Asbat, daripada Surat bin Kulaib berkata: Abu Ja‘far a.s telah berkata kepadaku: Demi Allah, sesungguhnya kami adalah penyimpan khazanah Allah di langit-Nya dan di bumi-Nya, bukan di atas emas dan perak, tetapi di atas ilmu-Nya”

       (77)-3. Ali bin Musa, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Husain bin Sa‘id dan Muhammad bin Khalid al-Barqiy, daripada al-Nadhar bin Suwaid secara marfu’, daripada Abu Ja‘far a.s telah berkata: Aku telah berkata kepadanya: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, apakah kedudukan kamu semua?[22] Beliau a.s telah berkata: Kamilah penyimpan ilmu Allah (nahnu Khazzan ‘ilmi llahi), kamilah terjemahan wahyu Allah [23](nahnu taraajumati wahyi llahi) dan kamilah Hujjah Allah yang menyampaikan (hujah) kepada orang yang berada di langit dan di bumi”

       (78)-4. Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin al-Husain, daripada al-Nadhar bin Syu‘aib, daripada Muhammad bin Fudhail daripada Abu Hamzah berkata: Aku telah mendengar Abu Ja‘far a.s telah berkata: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Allah telah berfirman[24]: Kesempurnaan hujahku adalah di atas mereka yang celaka daripada umatmu yang telah menjauhkan wilayah Ali dan [wilayah] para wasi selepasmu kerana pada merekalah sunnahmu dan sunnah para nabi sebelum daripadamu. Mereka adalah penyimpan ilmu-Ku selepas kamu” Kemudian Rasulullah s.a.w telah bersabda: Sesungguhnya Jibrail a.s telah menceritakan kepadaku nama-nama mereka dan nama-nama bapa mereka”

       (79)-5. Ahmad bin Idris, daripada Muhammad bin Abd al-Jabbar, daripada Muhammad bin Khalid, daripada Fadhalah bin Ayyub, daripada Abdullah bin Abu Ya‘fur berkata: Abu Abdillah a.s telah berkata: Wahai Ibn Abu Ya‘fur, sesungguhnya Allah adalah Satu di dalam kesatuan, Tunggal di dalam perintah-Nya, maka Dia telah menciptakan makhluk, lalu Dia menetapkan perintah untuk mereka. Maka kamilah mereka itu, wahai Ibn Abi Ya‘fur, Kamilah Hujjah-Hujjah Allah pada hamba-hamba-Nya, [kamilah] penyimpan ilmu-Nya dan kamilah yang menjalankan perintah-Nya”

       (80)-6. Ali bin Muhammad, daripada Sahal bin Ziyad, daripada Musa bin al-Qasim bin Mu‘awiyah dan Muhammad bin Yahya, daripada  ‘Umar Kiyy bin Ali, daripada Ali bin Ja‘far, daripada Abu al-Hasan Musa a.s telah berkata: Abu Abdillah a.s telah berkata: Sesungguhnya Allah telah menciptakan kami, lalu Dia menciptakan kami dengan baik. Dia telah membentukkan kami (sawwara-na), lalu Dia telah membentuk kami dengan baik. Kemudian Dia telah menjadikan kami bendahari-bendahari-Nya di langit-Nya dan di bumi-Nya. Pokok-pokok bercakap untuk kami dan melalui cara ibadah kami, Allah a.w disembah (bi ‘ibadati-na ‘ubida llahu). Sekiranya kami tidak ada, nescaya Allah tidak disembah (laula-na ma ‘ubida llahu)”[25]
                                     

  Bab 12

Sesungguhnya Para Imam A.S Adalah Khalifah Allah A.W Di Bumi-Nya Dan Pintu-Pintu-Nya Yang Di Datangi (anna al-A’immah a.s khulafa’ Allah fi ardhi-hi wa abwabu-hu al-Lati min-ha yu’ta

       (81)-1. Al-Husain bin Muhammad al-Asy‘ari, daripada Mu‘alla bin Muhammad, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Abu Mas‘ud, daripada al-Ja‘fari berkata: Aku telah mendengar Abu al-Hasan al-Ridha a.s telah berkata: Para imam a.s adalah khalifah Allah a.w di bumi-Nya”.

       (82)-2. Daripadanya, daripada Mu‘alla, daripada Muhammad bin Jumhur, daripada Sulaiman bin Samaa‘ah, daripada Abdullah bin al-Qasim, daripada Abu Basir berkata: Abu Abdillah a.s telah berkata: Para wasi adalah pintu-pintu Allah a.w yang di datangi. Jika mereka tidak ada, nescaya Allah tidak diketahui dan dengan merekalah Allah telah berhujah ke atas makhluk-Nya”

       (83)-3. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu‘alla bin Muhammad, daripada al-Wasyaa’, daripada Abdullah bin Sinan berkata: Aku telah bertanya Abu Abdillah a.s mengenai firman Allah Jalla Jalalah “Allah telah berjanji kepada mereka yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang saleh bahawa Dia akan menjadikan mereka berkuasa di bumi sebagaimana Dia telah menjadikan mereka sebelum mereka berkuasa”[26] Beliau a.s telah berkata: Mereka itu adalah para imam a.s.”
                                     

                                                                               Bab 13

Sesungguhnya Para Imam A.S Adalah Cahaya Allah A.W (anna al-A’immah a.s nuru llah a.w)

       (84)-1. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu‘alla bin Muhammad, daripada Ali bin Mirdas berkata: Safwan bin Yahya dan al-Hasan bin Mahbub telah meriwayatkan kami daripada Abu Ayyub, daripada Abu Khalid al-Kaabili berkata: Aku telah bertanya Abu Abdillah a.s tentang firman Allah a.w “Maka berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya dan kepada cahaya yang telah kami turunkan”[27]Maka beliau a.s telah berkata: Wahai Abu Khalid, cahaya, demi Allah, adalah cahaya para imam daripada keluarga Muhammad  s.a.w sehingga hari Kiamat. Mereka, demi Allah, adalah cahaya Allah yang Dia telah menurunkannya dan mereka, demi Allah, adalah cahaya Allah di langit dan di bumi.
       Demi Allah, wahai Abu Khalid, cahaya Imam pada hati mukminin adalah lebih bercahaya daripada matahari yang bersinar di siang hari (la-nur al-Imam fi qulub al-Mu’minin anwar min al-Syams al-Mudhi’ah bi al-Nahar). Mereka, demi Allah, menyinari hati mukminin. Allah menghalang cahaya mereka daripada sesiapa yang Dia kehendaki, lalu hati mereka menjadi gelap. Demi Allah, wahai Abu Khalid, seorang hamba tidak mencintai kami dan mewalikan kami (wa llahi, ya Aba Khalid, la yuhibbu-na ‘abdun wa yatawallaa-na) sehingga Allah membersihkan hatinya (hatta yutahhira llahu qalba-hu) dan Allah tidak membersihkan hati seorang hamba sehingga beliau menyerahkan dirinya kepada kami (wa la yutahirru llahu qalba ‘abdin hatta yusallima la-na) serta berdamai dengan kami [28](wa yakun silman la-na). Apabila beliau berdamai dengan kami, maka Allah melindunginya dari ketakutan Hisab dan menyelamatkannya dari ketakutan yang lebih besar pada hari Kiamat”

       (85)-2. Ali bin Ibrahim dengan sanad-sanadnya, daripada Abu Abdillah a.s tentang firman Allah “Mereka yang mengikut Rasul, Nabi yang ummi yang mereka mendapatinya tertulis di dalam Turat dan Injil yang ada di sisi mereka, yang menyuruh mereka mengerjakan yang makruf dan melarang mereka dari mengerjakan yang mungkar dan menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka segala yang buruk dan membuang dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada mereka. Maka mereka yang beriman kepada-nya, memuliakannya, menolongnya dan mengikuti cahaya yang diturunkan kepadanya, maka itulah mereka yang beruntung”[29] Beliau a.s telah berkata: Cahaya pada ayat ini adalah [Ali] Amir al-Mukminin a.s dan para imam a.s.

       (86)-3. Ahmad bin Idris, daripada Muhammad bin Abd al-Jabbar, daripada Ibn Fadhdhal, daripada Tha‘labah bin Maimun, daripada Abu Jarud berkata: Aku telah berkata kepada Abu Ja‘far a.s: Allah telah kurniakan kepada Ahlu l-Kitab kebaikan yang banyak. Beliau a.s telah berkata: Apakah itu? Aku telah berkata: Firman Allah “Golongan yang telah Kami datangkan kepada mereka al-Kitab sebelumnya al-Qur’an, mereka beriman dengan al-Qur’an itu. Apabila dibacakan kepada mereka, mereka telah berkata: Kami beriman kepadanya; sesungguhnya al-Qur’an itu suatu kebenaran dari Tuhan kami sesungguhnya kami sebelumnya adalah mereka yang membenarkan(nya). Mereka itu diberi pahala dua kali disebabkan kesabaran mereka”[30]

       Beliau a.s telah berkata: Sesungguhnya Allah telah kurniakan kepada kamu sebagaimana Dia telah kurniakan kepada mereka. Kemudian beliau a.s telah membaca firman-Nya: “Wahai mereka yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan berimanlah kepada Rasul-Nya, nescaya Allah memberikan rahmat-Nya kepadamu dua bahagian dan menjadikan untukmu cahaya dan dengan cahaya itu kamu dapat berjalan dengannya”[31] Iaitu Imam yang kamu ikutinya”

       (87)-4. Ahmad bin Mihran, daripada Abd al-‘Azim bin Abdullah al-Hasani, daripada Ali bin Asbaat dan al-Hasan bin Mahbub, daripada Ayyub, daripada Abu Khalid al-Kabiliy berkata: Aku telah bertanya Abu Abdillah mengenai firman Allah “Maka berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya dan kepada cahaya yang telah kami turunkan”[32]Maka beliau a.s telah berkata: Wahai Abu Khalid, cahaya, demi Allah, adalah cahaya para imam daripada keluarga Muhammad  s.a.w sehingga hari Kiamat. Mereka, demi Allah, adalah cahaya Allah yang mana Dia telah menurunkannya dan mereka, demi Allah, adalah cahaya Allah di langit dan di bumi. Demi Allah, wahai Abu Khalid, cahaya Imam pada hati mukminin adalah lebih bercahaya daripada matahari yang bersinar di siang hari (la-nur al-Imam fi qulub al-Mu’minin anwar min al-Syams al-Mudhi’ah bi al-Nahar). Mereka, demi Allah, menyinari hati mukminin. Allah menghalang cahaya mereka daripada sesiapa yang Dia kehendaki, lalu hati mereka menjadi gelap dan Dia menutup mereka dengannya”

       (88)-5. Ali bin Muhammad, dan Muhammad bin al-Hasan, daripada Sahal bin Ziyad, daripada Muhammad bin al-Hasan bin Syammun, daripada Abdullah bin Abd al-Rahman al-Assam, daripada Abdullah bin al-Qasim, daripada Salih bin Sahal al-Hamdani berkata: Abu Abdillah a.s telah berkata mengenai firman Allah “Allah adalah cahaya langit dan bumi perumpamaan cahaya-Nya adalah sebuah lubang yang tak tembus (Fatimah a.s) yang di dalamnya ada pelita besar (al-Hasan). Dan pelita itu di dalam kaca (al-Husain), kaca itu seakan-akan bintang yang bercahaya seperti mutiara (Fatimah a.s adalah bintang yang bercahaya di antara wanita dunia) yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang banyak berkatnya (Ibrahim a.s), pohon zaiton yang tumbuh tidak di sebelah timur dan tidak pula di sebelah barat (bukan yahudi dan bukan pula kristian) minyaknya hampir-hampir menerangi (hampir-hampir ilmunya terpancar) walaupun tidak disentuh api, cahaya di atas cahaya (Imam daripadanya selepas Imam). Allah membimbing kepada cahaya-Nya siapa yang Dia kehendaki (Allah membimbing kepada para imam a.s mereka yang Dia kehendaki) Dan Allah memperbuat perumpamaan-perumpamaan kepada manusia”[33]
       Aku telah bertanya kepadanya mengenai firman Allah “Atau seperti gelap gulita di lautan yang dalam yang diliputi oleh ombak” Beliau a.s telah berkata: Orang yang pertama (al-Awwal)[34] dan sahabatnya (wa sahibu-hu)[35] “gelap gulita yang ditutupi oleh ombak” Orang yang ketiga (al-Thalith)[36] di atasnya awan yang gelap gulita (orang yang kedua)[37] yang bertindih-tindih (Mu‘awiyah la‘ana-hu llahu dan fitnah Bani Umayyah) apabila dia mengeluarkan tangannya (mukmin di dalam kegelapan fitnah mereka) dia tidak dapat melihatnya dan sesiapa yang  Allah tidak menjadikan cahaya untuknya (Imam daripada anak lelaki Fatimah a.s) tidak ada baginya cahaya[38] (Imam pada hari Kiamat).
       Dan beliau a.s telah berkata mengenai firman Allah “Pada hari ketika kamu melihat orang mukmin lelaki dan perempuan sedang cahaya mereka bersinar di hadapan dan di sebelah kanan mereka”[39]: Pada hari Kiamat para imam mukminin berjalan di hadapan mukminin dan di kanan mereka sehingga mereka ditempatkan bersama penghuni syurga”
       Ali bin Muhammad dan Muhammad bin al-Hasan, daripada Sahal bin Ziyad, daripada Musa bin al-Qasim al-Bajaliy dan Muhammad bin Yahya, daripada Umar Kiyy bin Ali, daripada Ali bin Ja‘far a.s, daripada saudara lelakinya Musa a.s seumpamanya.

       (89)-6. Ahmad bin Idris, daripada al-Husain bin Abdullah, daripada Muhammad bin al-Hasan dan Musa bin Umar, daripada al-Hasan bin Mahbub, daripada Muhammad bin Fudhail, daripada Abu al-Hasan a.s telah berkata: Aku telah bertanya beliau a.s mengenai firman Allah t.w “Mereka ingin memadamkan cahaya Allah dengan mulut-mulut mereka”[40] Beliau a.s telah berkata: Mereka ingin memadamkan wilayah Amir al-Mukminin a.s dengan mulut-mulut mereka”. Aku telah berkata: Firman-Nya “Dan Allah tetap menyempurnakan cahaya-Nya”[41] Beliau a.s telah berkata: Allah akan menyempurnakan imamah dan imamah adalah cahaya sebagaimana firman-Nya “Maka berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya dan kepada cahaya yang telah kami turunkan”[42] Beliau a.s telah berkata: Cahaya itu adalah Imam (al-Nur huwa al-Imam)”


                                                                                   Bab 14

Sesungguhnya Para Imam A.S Adalah Tiang-Tiang Bumi (anna al-A’immah hum arkaan al-Ardh)☼
      
       (90)-1. Ahmad bin Mihran, daripada Muhammad bin Ali dan Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Muhammad bin Sinan, daripada al-Mufadhdhal bin Umar, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Apa yang dibawa oleh Ali, maka aku menerimanya dan apa yang beliau a.s menegahnya, maka aku meninggalkannya. Kelebihan yang dikurniakan kepadanya adalah seperti kelebihan Muhammad s.a.w, tetapi kelebihan Muhammad s.a.w adalah di atas semua makhluk Allah a.w. Sesiapa yang mengambil pengecualian daripada hukum-hukumnya, maka beliau sepertilah mengambil pengecualian daripada Allah dan Rasul-Nya. Sesiapa yang menolak mana-mana hukumnya sama ada kecil atau besar, maka beliau berada di atas batasan syirik kepada Allah (wa al-Raadd ‘alai-hi fi saghirah au kabirah ‘ala hadd al-Syirk bi-llah).
       Amir al-Mukminin a.s adalah pintu Allah yang tidak dimasuki kecuali menerusinya (baab Allah al-Ladhi la yu’ta illa min-hu), jalan-Nya yang mana orang yang berjalan selain daripada jalannya akan binasa (sabilu-hu al-ladhi man salaka bi-ghairi-hi halaka). Demikianlah ia berlaku kepada para imam petunjuk seorang selepas seorang (waahid ba‘d waahid), Allah telah menjadikan mereka tiang-tiang bumi yang kukuh bersama penghuninya dan Hujjah-Nya yang sampai kepada mereka yang berada di bumi dan di bawah bumi. Amir al-Mukminin a.s pernah berkata beberapa kali: Akulah pembahagi [yang dilantik oleh] Allah di antara syurga dan neraka (ana qasiim Allah bain al-Jannah wa al-Nar).
       Akulah al-Faaruq yang paling besar (ana al-Faruq al-Akbar)[43], akulah sahabat tongkat dan tanda[44] (ana sahib al-‘Asa wa Misam) yang mana semua para malaikat, Roh dan para rasul telah mengakuiku sebagaimana mereka telah mengakui Muhammad s.a.w[45] (wa laqad aqarrat li jami‘ al-malaikat wa al-Ruh wa al-Rusul bi-mithli ma aqarru bi-hi Muhammad s.a.w). Sesungguhnya aku telah dibebankan sebagaimana baginda s.a.w dibebankan oleh Tuhan. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w dipanggil dan dipakaikan kepadanya, maka begitu juga aku akan dipanggil dan akan dipakaikan untukku.    
       Baginda s.a.w akan disoal, maka aku juga akan disoal dan aku akan menjawab sebagaimana jawapannya. Aku telah dikurniakan beberapa sifat keistimewaan yang mana tiada seorangpun yang telah mendahuluiku kepadanya sebelumku. Aku telah diajar ilmu kematian (al-Manaaya), ilmu bala (al-Balaaya), dan ilmu keturunan (al-Ansaab) serta kefasihan bercakap (fasl al-Khitab). Tidak ada perkara yang telah berlaku, hilang dari ilmuku dan tidak ada perkara yang jauh dariku akan terlepas dariku. Aku memberi khabar gembira dengan izin Allah, aku melaksanakan [apa] yang datang daripadaNya. Semua ini adalah daripada Allah dan Dia telah kurniakan kuasa kepadaku mengenainya menurut ilmu-Nya”
       Al-Hasan bin Muhammad al-Asy‘ari, daripada Mu‘alla bin Muhammad, daripada Muhammad bin Jumhur al-‘Amiy, daripada Muhammad bin Sinan berkata: Al-Mufadhdhal telah meriwayatkannya kepada kami, berkata: Aku telah mendengar Abu Abdillah a.s telah berkata, kemudian beliau a.s telah menyebut hadis yang pertama.

       (91)-2. Ali bin Muhammad, dan Muhammad bin al-Hasan, daripada Sahal bin Ziyad, daripada Muhammad bin al-Walid Syabab al-Sairafi berkata: Sa‘id al-A‘raj telah memberitahu kepada kami, lalu berkata: Aku dan Sulaiman bin Khalid telah berjumpa dengan Abu Abdillah a.s, lalu beliau a.s telah mula bercakap dengan kami: Wahai Sulaiman, apa yang datang daripada Amir al-Mukminin a.s, mestilah diterima dan apa yang ditegah olehnya, mestilah dihentikan.

       Kelebihan yang dikurniakan kepadanya adalah seperti kelebihan Muhammad s.a.w, tetapi kelebihan Muhammad s.a.w adalah di atas semua makhluk Allah a.w. Sesiapa yang mengambil pengecualian daripada hukum-hukumnya, maka beliau sepertilah mengambil pengecualian daripada [hukum-hukum] Allah dan Rasul-Nya. Sesiapa yang menolak mana-mana hukumnya sama ada kecil atau besar, maka beliau berada di atas batasan syirik kepada Allah (wa al-Raadd ‘alai-hi fi saghirah au kabirah ‘ala hadd al-Syirk bi-llah).
       Amir al-Mukminin a.s adalah pintu Allah yang tidak dimasuki kecuali menerusinya (baab Allah al-Ladhi la yu’ta illa min-hu), jalan-Nya yang mana orang yang berjalan selain daripada jalannya akan binasa (sabilu-hu al-ladhi man salaka bi-ghairi-hi halaka). Demikianlah ia berlaku kepada para imam petunjuk seorang selepas seorang (waahid ba‘d waahid), Allah telah menjadikan mereka tiang-tiang bumi yang kukuh bersama penghuninya dan Hujjah-Nya yang sampai kepada mereka yang berada di bumi dan di bawah bumi.
       Amir al-Mukminin a.s pernah berkata beberapa kali: Akulah pembahagi [yang dilantik oleh] Allah di antara syurga dan neraka (ana qasiim Allah bain al-Jannah wa al-Nar). Akulah al-Faaruq yang paling besar (ana al-Faruq al-Akbar), akulah sahabat tongkat dan tanda (ana sahib al-‘Asa wa Misam) yang mana semua para malaikat, Roh dan para rasul telah mengakuiku sebagaimana mereka telah mengakui  Muhammad s.a.w (wa laqad aqarrat li jami‘ al-malaikat wa al-Ruh wa al-Rusul bi-mithli ma aqarru bi-hi Muhammad s.a.w). Sesungguhnya aku telah dibebankan sebagaimana beliau s.a.w dibebankan oleh Tuhan. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w dipanggil dan dipakaikan kepadanya, maka begitu juga aku akan dipanggil dan akan dipakaikan untukku. Beliau s.a.w akan disoal, maka aku juga akan disoal dan aku akan menjawab sebagaimana jawapannya.

       Aku telah dikurniakan beberapa sifat keistimewaan yang mana tiada seorangpun yang telah mendahuluiku kepadanya sebelumku. Aku telah diajar ilmu kematian (al-Manaaya), ilmu bala (al-Balaaya), dan ilmu keturunan (al-Ansaab) serta kefasihan bercakap (fasl al-Khitab). Tidak ada perkara yang telah berlaku, hilang dari ilmuku dan tidak ada perkara yang jauh dariku akan terlepas dariku. Aku memberi khabar gembira dengan izin Allah, aku melaksanakan [apa] yang datang daripadaNya. Semua ini adalah daripada Allah dan Dia telah kurniakan kuasa kepadaku mengenainya menurut ilmu-Nya”

       (92)-3. Muhammad bin Yahya dan Ahmad bin Muhammad, daripada Muhammad bin al-Hasan, daripada Ali bin al-Hassan berkata: Abu Abdillah al-Riyaahi telah meriwayatkan kepadaku, daripada Abu al-Samit al-Hilwaani, daripada Abu Ja‘far a.s telah berkata: Kelebihan Amir al-Mukminin a.s adalah: Aku menerima apa yang dibawa olehnya dan aku menghentikan apa yang dilarang olehnya. Kewajiban mentaatinya adalah selepas Rasulullah s.a.w seperti ketaatan kepada Rasulullah s.a.w, tetapi kelebihan adalah kepada Muhammad s.a.w.
       Orang yang mendahuluinya adalah seperti orang yang mendahului Allah dan Rasul-Nya (al-Mutaqaddim baina yadai-hi ka al-Mutaqaddim ‘ala Allah wa Rasuli-hi). Orang yang memikirkan sesuatu melebihi Ali a.s adalah seperti orang yang memikir sesuatu melebihi Rasulullah s.a.w. (al-Mutafadhdhil ‘alai-hi ka al-Mutafadhdhil ‘ala Rasulillah s.a.w) Orang yang menentangnya sama ada kecil atau besar adalah di atas batas syirik dengan Allah. Kerana Rasulullah s.a.w adalah pintu Allah yang tidak boleh dimasuki melainkan menerusinya dan jalan-Nya yang mana sesiapa yang berjalan akan sampai kepada Allah a.w. Demikianlah keadaan Amir al-Mukminin a.s dan para imam a.s selepasnya, seorang selepas seorang. Allah telah menjadikan mereka tiang-tiang bumi yang kukuh bersama penghuninya, penolong Islam dan ikatannya menurut jalan petunjuk.

       Seorang tidak mendapat hidayah kecuali dengan hidayah mereka dan tidak tersesat orang yang keluar daripada petunjuk kecuali dengan mengabaikan hak mereka. Mereka adalah penjaga ilmu Allah, kemaafan dan peringantan-Nya yang diturunkan. Hujah yang sampai kepada penghuni bumi. Ia akan berlaku kepada yang akhir mereka sebagaimana telah berlaku kepada yang pertama mereka.
       Tidak ada seorangpun akan sampai ke peringkat itu melainkan dengan pertolongan Allah. Amir al-Mukminin a.s telah berkata: Akulah pembahagi di antara syurga dan neraka (ana qasiin baina al-Jannah wa  al-Nar), akulah al-Faruq yang paling besar, akulah Imam bagi mereka selepasku (al-Imam li-man ba‘di) dan pelaksana bagi mereka sebelumku. Tidak seorangpun yang akan mendahuluiku kecuali Ahmad s.a.w[46]. Sesungguhnya aku dan beliau s.a.w di atas jalan yang satu selain beliau s.a.w dipanggil dengan namanya dan aku dikurniakan dengan enam perkara[47]: Ilmu tentang kematian, ilmu tentang bala, ilmu wasiat, ilmu kefasihan bercakap. Sesungguhnya aku adalah sahabat al-Karraat [48]dan pusingan. Akulah sahabat tongkat dan tanda serta al-Daabah[49] yang bertutur dengan manusia”

                                                                                                                                                                      [1] Surah al-Nisaa’ (4): 80

[2] Surah al-Nisaa’ (4):54

[3] Mereka wajib ditaati.

[4] Surah al-Nisaa’ (4): 54

[5] Surah al-Nisaa’ (4):56

[6] Surah al-Maidah (5): 55

[7] Imam Ahlu l-Bait a.s

[8] Surah al-Nisaa’ (4): 59

[9] Surah al-Ma’idah (5): 55

[10] Surah al-Israa’ (17): 71

[11] Surah al-Nisaa’ (4):41

[12] Surah al-Baqarah (2): 143

[13] Surah al-Hajj( 22): 78

[14] Surah Hud (11): 17

[15] Surah al-Baqarah (2): 143

[16] Surah al-Hajj (22): 77-76

[17] Surah al-Hajj (22): 78

[18] Surah al-Ra‘d (13): 7

[19] Ibid

[20] Surah al-Ra‘d (13):7

[21] Surah al-Ra‘d (13):7

[22] Kedudukan kamu para imam a.s

[23] Kamilah penterjemah kepada wahyu-Nya.

[24] Di dalam hadis kudsi.

[25] Wajib mengikuti cara ibadat para imam a.s bagi mendapatkan keredaan Allah.

[26] Surah al-Nuur (24): 55

[27] Surah al-Taghaabun (64: 8

[28] Rasulullah s.a.w telah bersabda: Aku berperang dengan orang yang memerangi mereka (Ahlu l-Bait a.s) dan aku berdamai dengan orang yang berdamai dengan mereka”

[29] Surah al-A ‘raaf (7): 157

[30] Surah al-Qasas (28):52-54

[31] Surah al-Hadiid (57):28

[32] Surah al-Taghaabun (64: 8

[33] Surah al-Nuur (24):40

[34] Abu Bakr

[35] Umar

[36] Uthman

[37] Umar

[38] Surah al-Nuur (24: 40

[39] Surah al-Hadiid (57):12

[40] Surah al-Saf (61): 8

[41] Ibid

[42] Surah al-Taghaabun (64: 8

[43] Orang dapat membezakan di antara kebenaran dan kebatilan yang paling besar.

[44] Dapat membezakan kafir dan muslim dengan tanda di muka mereka.

[45] Mereka berdua adalah satu cahaya yang dibahagikan kepada dua. Lantaran itu, Rasulullah s.a.w telah bersabda: Aku daripada Ali dan Ali daripadaku”

[46] Muhammad s.a.w

[47] Kelebihan Imam Ali a.s tidak terkira banyaknya, tetapi kelebihan Rasulullah s.a.w mengatasi kelebihan Ali a.s.

[48] Peredaran masa. Di dalam ertikata yang lain, Imam Ali a.s adalah sahabat raj‘ah yang kembali lagi ke dunia apabila Allah kehendaki.

[49] Asal pengertiannya adalah binatang berkaki empat. Manusia adalah separuh binatang di dalam ilmu mantik.

[50] Surah al-An‘aam (6): 38

[51] Surah al-Ma’idah (5): 3

[52] Surah al-Anbiyaa’ (21): 72-73

[53] Surah Ali Imraan (3): 68

[54] Melainkan beliau seorang Imam

[55] Surah al-Taubah (9): 30

[56] Surah al-‘Ankabuut (29): 38

[57] Surah al-Qasas (28): 68

[58] Surah al-Ahzab (33): 36

[59] Surah al-Qalam (68): 36-41

[60] Surah Muhammad (47): 24

[61] Surah al-Taubah (9):87

[62] Surah al-Anfaal (8):21-23

[63] Surah al-Baqarah (2): 93

[64] Surah al-Hadiid (57: 21, Surah al-Jumu‘ah (62): 4

[65] Surah Yunus (10): 35

[66] Surah al-Baqarah (2): 269

[67] Surah al-Baqarah (2): 247

[68] Surah al-Nisaa’ (4):113

[69] Surah al-Nisaa’ (4): 54-55

[70] Surah al-Hadiid (57): 21 dan Surah al-Qasas (28): 50

[71] Surah al-Qasas (28): 50

[72] Surah Muhammad (47): 8

[73] Surah al-Mu’min (40): 35

[74] Para imam a.s

[75] Imam a.s

[76] Surah al-A‘raaf (7): 159

[77] Penciptaan para imam a.s adalah lebih awal daripada penciptaan makhluk-Nya yang lain.

[78] Tentang imamah.

[79] Imam a.s