Wednesday, July 13, 2011

Penciptaan Syi‘ah Dua Ribu Tahun Sebelum Adam

 


Ahmad bin Muhammad bin Khalid al-Barqi, daripada Khalaf bin Hammad, daripada Sa‘d bin Tarif al-Iskaf, daripada al-Asbagh bin Nabatah bahawa Amir al-Mukminin a.s telah menaiki mimbar, lalu beliau  memuji Allah dan bersyukur kepada-Nya, kemudian berkata: Sesungguhnya syi‘ah kita adalah dari tanah yang tersimpan(tinah makhdhunah) sebelum Allah mencipta Adam dua ribu tahun (qabla an yakhluqa Adam bi-alfai ‘am), ia tidak dipisahkan oleh perkara yang ganjil (la yasyudhdh min-ha syadhdhun), dan tidak dimasuki padanya oleh sesuatu (wala yadkhulu fi-ha dakhilun), sesungguhnya aku mengenali mereka ketika aku melihat mereka (wa inni la-a‘rifu-hum hina anzuru ilai-him), kerana Rasulullah s.a.w telah meludahkan pada mataku ketika aku menghidapi penyakit mata (lamma tafila fi ‘aini wa kuntu armadu),  dan beliau bersabda: Wahai Tuhanku, hilangkanlah daripadanya kepanasan dan kesejukan, perlihatkanlah kepadanya sahabatnya daripada musuhnya”. Justeru aku tidak lagi menghidapi penyakit mata, kepanasan, dan kesejukan. Aku mengetahui sahabat aku daripada musuh aku (a’rifu sadiqi min ‘aduwwi).







       Lantas seorang lelaki berdiri di kalangan orang ramai, kemudian berkata: Demi Allah, wahai Amir al-Mukminin, sesungguhnya aku berpegang kepada agama Allah dengan wilayah anda (bi-wilayati-ka), dan sesungguhnya aku mencintai anda secara rahsia sebagaimana aku menampakkan kepada anda secara terang-terangan, maka Ali a.s berkata kepadanya: Anda telah berbohong (kadhab-ta). Demi Allah, aku tidak mengetahui nama anda di kalangan nama-nama syi‘ah (fa-wallah ma a‘rifu isma-ka fi al-Asma’) dan muka anda di  kalangan muka-muka syi‘ah (wa la wajha-ka fi al-Wujuh), tanah anda bukan dari tanah syi‘ah (wa inna tinata-ka la-min ghairi tilka al-Tinati).


       Kemudian lelaki itu terus duduk, sesungguhnya Allah telah mendedahkan keburukannya dan menampakkannya kepada orang ramai, kemudian seorang lelaki yang lain berkata: Wahai Amir al-Mukminin, sesungguhnya aku berpegang kepada agama Allah dengan wilayah anda dan sesungguhnya aku mencintai anda secara rahsia sebagaimana aku menampakkan kepada anda secara terang-terangan, maka Ali a.s berkata kepadanya: Anda memang benar (sadaq-ta), tanah anda adalah dari tanah tersebut, dan di atas wilayah kami diambil perjanjian anda (wa ‘ala wilayati-na ukhidha mithaqu-ka). Sesungguhnya roh anda adalah dari Roh-roh mukminin, maka ambillah pakaian untuk kefakiran (fa-itakhidh li-al-Faqri jilbaban). Demi  Yang diri aku di tangan-Nya sesungguhnya aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Kefakiran itu adalah lebih cepat kepada pencinta-pencinta kami daripada banjir dari puncak lembah ke bawahnya (al-Faqru asra‘u ila muhibbi-na min al-Saili  min a‘la al-Wadi ila asfali-hi)[1].


       Daripadanya, daripada al-Husain bin Sa‘id, daripada al-Husain bin ‘Alwan al-Kalbi, daripada Sa‘d bin Tarif, daripada al-Asbagh bin Nabatah berkata: Aku telah berada bersama-sama Amir al-Mukminin a.s, maka seorang lelaki telah datang kepadanya, dan terus memberi salam kepadanya, kemudian berkata: Wahai Amir al-Mukminin, sesungguhnya aku, demi Allah, benar-benar mencintai anda kerana Allah, aku mencintai anda secara rahsia sebagaimana aku mencintai anda secara terang-terangan, dan aku berpegang kepada agama Allah dengan wilayah anda secara rahsia sebagaimana aku berpegang kepada wilayah anda secara terang-terangan.


       Di tangan Amir al-Mukminin sebatang kayu (‘ud). Beliau telah menundukkan kepalanya (ta’taa ra’sa-hu), kemudian beliau menggariskan di tanah dengan kayu tersebut beberapa ketika, kemudian beliau mengangkat kepalanya kepadanya sambil berkata: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah memberitahu aku seribu hadis, dan setiap hadis seribu bab, dan sesungguhnya roh-roh mukminin bertemu di udara (taltaqi fi al-Hawa’), lalu roh-roh tadi membaui (fa-tasyammu) dan mengenali di antara satu sama lain, dan apa yang ia kenali, akan bertaut, dan apa yang ia mengingkarinya, maka ia  akan bertentangan (fa-ma ta‘arafa min-ha i’talafa wa ma tanakara min-ha ikhtalafa).


       Demi Allah, anda telah berbohong (kadhab-ta), aku tidak mengenali muka anda di kalangan muka-muka syi‘ah, dan nama anda di kalangan nama-nama syi‘ah, kemudian seorang lelaki lain telah datang kepadanya, dan berkata: Wahai Amir al-Mukminin, sesungguhnya aku mencintai anda secara rahsia  sebagaimana aku mencintai anda secara terang-terangan. Beliau berkata: Beliau telah menggaris pada tanah  kali kedua dengan sebatang kayu, kemudian beliau mengangkat kepalanya (rafa‘a ra’sa-hu) dan berkata kepadanya: Anda memang benar (sadaq-ta), sesungguhnya tanah kita tanah yang tersimpan (inna tinata-na tinatun makhdhunatun) di mana Allah telah mengambil perjanjiannya (mithaqa-ha ) dari salbi Adam yang tidak dipisahkan oleh sesuatu yang ganjil, dan tidak dimasuki oleh sesuatu selain daripadanya, pergilah, dan ambillah pakaian untuk kefakiran. Sesungguhnya aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Wahai Ali bin Abu Talib, demi Allah, kefakiran adalah lebih cepat kepada pencinta-pencinta kami daripada banjir kepada perut lembah (butnu al-Wadi)[2].   

         
       ‘Ubad bin Sulaiman, daripada Muhammad bin Sulaiman, daripada bapanya Sulaiman al-Dailami, daripada Harun bin al-Jaham, daripada Sa‘d bin Tarif al-Khaffaf, daripada Abu Ja‘far a.s berkata: Manakala Amir al-Mukminin a.s pada suatu hari duduk di Masjid, dan para sahabatnya  di sekelilingnya, seorang lelaki di kalangan syi‘ahnya telah datang kepadanya, dan berkata kepadanya: Wahai Amir al-Mukminin, sesungguhnya Allah mengetahui bahawa aku berpegang kepada agama-Nya dengan mencintai anda secara rahsia sebagaimana aku berpegang kepada agama-Nya dengan mencintai  anda secara terang-terangan, aku mewalikan anda secara rahsia sebagaimana aku mewalikan anda secara terang-terangan. Amir al-Mukminin a.s berkata kepadanya: Anda memang benar (sadaq-ta), maka ambillah pakaian untuk kefakiran, kerana kefakiran adalah lebih cepat kepada syi‘ah kami daripada banjir kepada perut wadi.


       Beliau berkata: Lelaki itu pulang di dalam keadaan menangis gembira kerana kata-kata Amir al-Mukminin a.s: Anda memang benar, beliau berkata: Di  sana seorang lelaki di kalangan khawarij, dan seorang sahabatnya yang dekat dengan Amir al-Mukminin a.s, maka salah seorang daripada mereka berdua berkata: Demi Allah, aku tidak melihat seperti hari ini bahawa seorang lelaki telah datang kepadanya, dan berkata kepadanya: Sesungguhnya aku mencintai anda, maka beliau berkata: Anda memang benar (sadaq-ta).

 
       Sahabatnya pula berkata kepadanya: Aku tidak mengingkarinya, tetapi adakah di sana peluang apabila dikatakan kepadanya: Aku mencintai anda bahawa beliau akan berkata: Anda memang benar? Adakah anda mengetahui bahawa aku mencintainya? Beliau berkata: Tidak, beliau berkata: Aku akan berdiri, dan berkata kepadanya sebagaimana telah dikatakan oleh lelaki itu, maka beliau akan menjawab kepada aku sebagaimana beliau telah menjawab kepadanya. Beliau berkata: Ya, maka lelaki itu berdiri, maka beliau telah berkata kepadanya sebagaimana dikatakan oleh lelaki yang pertama. Beliau telah melihat kepadanya dengan penuh perhatian, kemudian beliau berkata kepadanya: Anda telah berbohong (kadhab-ta), tidak, demi Allah,  anda tidak mencintai aku, dan aku pula tidak mencintai anda (la wallahi, ma tuhibbuni  wala uhibbu-ka) .


       Beliau berkata: Lelaki khawarij itu telah menangis, kemudian berkata: Wahai Amir al-Mukminin, anda telah memalukan aku dengan perkara ini sedangkan Allah telah mengetahui sebaliknya. Lantaran itu, hulurkan tangan anda, nescaya aku memberi baiah kepada anda. Ali berkata: Di atas apa?  Beliau berkata: Di atas apa yang telah dilakukan oleh Zuraiq[3], dan Habtar [4]. Maka beliau berkata kepadanya: Aku tampar anda, Allah telah melaknati mereka berdua (la‘ana l-Lahu al-Ithnaini), demi Allah, seolah-olah aku melihat anda telah dibunuh di atas kesesatan, dan anda dipijak oleh binatang-binatang Iraq, dan kaum anda tidak akan mengenali anda, beliau berkata: Tidak lama selepas itu, ahli Nahrawan keluar bagi menentangnya, dan lelaki itu telah keluar bersama-sama mereka dan dibunuh[5].



[1] Al-Majlisi,  Bihar al-Anwar,  vii,  304
[2] Al-Majlisi,  Bihar al-Anwar,  xiv,  426
[3] Abu Bakr
[4] ‘Umar
[5] Al-Majlisi,  Bihar al-Anwar,  ix,  580

No comments:

Post a Comment