Wednesday, August 3, 2011

Sumpah Laknat ini apa sebenarnya ? Mubahalah?




" Faman Haajjaka Fihi Minba'di Maajaa Aka Minal Ilmi Faqul Taalau Nad'u Abnaa ana wa abnaa akum Wa nisaa ana wa nisaa akum Wa An fusanaa Wa Anfusakum Tsumma Nabtahil Fanaj'al Laknatallahi Alal Kaazibin "
( Ali Imran : 61 )

" Barang siapa membantahmu tentang kebenaran itu, sesudah datang kepadamu ilmu pengetahuan , maka katakanlah ( kepadanya) : Marilah kamu , kami panggil anak-anak kami dan anak-anak kamu dan perempuan-perempuan kami dan perempuan-perempuan kamu dan diri-diri kami dan diri-diri kamu kemudian kita bermubahalah lalu kita jadikan laknat Allah ke atas orang-orang yang berdusta "

Mubahalah berasal dari perkataan " Bahlun " bererti membebaskan. Apabila haiwan dibebaskan agar anak haiwan tersebut bebas menghisap susu ibunya dipanggil Bahil manakala Ibtihal di dalam doa bererti merayu-rayu serta menyerahkan urusan kepada Tuhan. Sekiranya Mubahalah diertikan sebagai kemusnahan, laknat dan kejauhan dari Tuhan ianya adalah kerana sekiranya hamba itu dilepaskan oleh Tuhan kepada dirinya sendiri akan mengakibatkan perkara-perkara tersebut.

Ayat di atas lanjutan dari ayat sebelumnya (" Sesungguhnya perumpamaan Isa di sisi Allah adalah seperti Adam yang Allah ciptakannya dari tanah lalu Allah berfirman kepadanya " jadi ! maka jadilah ia " ) yang menafikan dakwaan Uluhiyyah dan keTuhanan Isa yang didakwa oleh kaum Nasrani Najran.

Ayat ini menyatakan setelah datangnya ilmu pengetahuan kepadamu jika ada yang masih berdegil dan mahu berbalah lagi ajaklah mereka bermubahalah.

Di dalam ayat ini tidak dijelaskan kesan yang akan timbul dari Mubahalah tetapi oleh kerana amalan Mubahalah ini adalah " Senjata Terakhir ". Setelah tidak berkesannya senjata " dalil " dan " mantiq " maka yang dimaksudkan dengan amalan " Mubahalah " ini ialah Azab yang instantdan segera ke atas pendustadari doa dan laknat yang dilakukan oleh dua pihak yang bertelagah sebagai membuktikan kebenaran pihak yang benar.


Ayat Mubahalah ini telah turun berkenaan Ahlul Bait a.s yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w untuk bermubahalah dengan delegasi Nasrani Najran ( Ali a.s , Fatimah Zahra a.s , Hasan a.s dan Hussein a.s telah dibawa baginda dalam peristiwa tersebut sebagai mewakili Abnaa ana ( Anak-anak kami ) , Nisaa ana ( Perempuan-perempuan kami ) dan Anfusana ( Diri-diri kami ) di dalam ayat tersebut. ) Walaupun akhirnya Pihak Nasrani telah membatalkan persetujuan mereka untuk bermubahalah dengan pihak Rasulullah s.a.w kerana takutkan azab menimpa mereka sehingga bakal memusnahkan Najran keseluruhannya menjadi padang jarak padang tekukur.

( Pss : Mubahalah dengan bentuk sedemikian ini belum pernah berlaku di kalangan orang-orang Arab dan ianya adalah satu jalan yang seratus peratus menunjukkan keimanan dan kebenaran dakwah Nabi Muhammad s.a.w )

Ayat Mubahalah tadi tidaklah memberi hukum yang menyeluruh kepada Muslimin untuk bermubahalah kerana ayat itu kitabnya adalah Rasulullah s.a.w tetapi tidak menjadi halangan bagi orang beriman , bertaqwa dan mempunyai Tauhid yang sempurna apabila dalil-dalil mereka tidak berkesan ke atas para penentang yang menunjukkan kedegilan mereka , untuk mengajak mereka bermubahalah.

Imam Jaafar As Sadiq a.s berkata " Jika para penentang tidak menerima kata-kata yang benar dari kamu , ajaklah mereka bermubahalah. Perawi bertanya. "Bagaimanakah aku bermubahalah ? " Imam Sadiq a.s menjawab " Perbaikilah akhlakmu selama tiga hari " ( Aku merasakan Imam menyuruh berpuasa dan mandilah ) dan pergilah ke padang pasir dengan orang yang anda mahu bermubahalah kemudian letakkan jari-jari tangan kananmu ke atas jari-jari tangan kanannya dan mulakan darimu katakan Ya Allah Engkaulah Tuhan tujuh lapis langit dan Tuhan tujuh lapis bumi dan Maha Mengetahui akan rahsia-rahsia tersembunyi. Engkaulah Rahman , engkau Rahim ,jika penentangku mengingkari satu kebenaran dan mendakwa kebatilan turunkanlah bala dari langit ke atasnya dan azablah ia dengan azab yang pedih. Ulangilah sekali lagi doa ini dan katakan jika orang ini mengingkari kebenaran dan mendakwa kebatilan , turunkanlah bala dari langit keatasnya dan azablah ia dengan suatu azab. Kemudian Imam Sadiq a.s berkata tidak lama natijah doa ini akan kelihatan dan demi Allah aku tidak jumpa seorangpun yang berani bermubahalah denganku sebegini.

Petua Ayatullah Kashmiri :
Ketika diserang kesusahan -kesusahan bacalah Surah atau zikir dan diniatkan sebagai hadiah kepada Imam Al Jawwad a.s sangat berkesan.

" Doa untuk mazlumin di Bahrain , Gaza dan seluruh pelusuk dunia "
" Allahummaj Alni Fi Dir ikal Hasimah Allati Taj'alu Fiha Man Turid "
Solawat...

No comments:

Post a Comment