Tuesday, July 5, 2011

Dialog Abu Hanifah Dengan Abu Abdullah



       Muhammad bin ‘Ubaid daripada Hammad daripada Muhammad bin muslim berkata: Abu Hanifah datang berjumpa dengan Abu Abdullah a.s dan berkata: Aku telah melihat anak lelaki anda Musa sedang mengerjakan solat dan orang ramai melalui di hadapannya, tetapi beliau tidak melarang mereka dan itulah apa yang telah berlaku, Abu Abdullah a.s berkata: Panggilkan Musa untukku, manakala beliau datang kepadanya, beliau berkata kepadanya: Wahai anak lelaki aku, sesungguhnya Abu Hanifah menyebut bahawa anda sedang mengerjakan solat, dan orang ramai melalui di hadapan anda, tetapi anda tidak melarang mereka, beliau berkata: Ya, wahai bapaku, sesungguhnya yang aku mengerjakan solat kepada-Nya adalah lebih hampir kepadaku daripada mereka, Allah berfirman di dalam Surah al-Qaf (50):16 “Kami lebih hampir kepadanya daripada urat lehernya”. Lantas Abu Abdullah mendakapnya dan berkata: Dengan nama bapa aku, anda dan ibu aku, wahai Yang menyimpan segala rahsia![1]

       Abu Abdullah berkata: Wahai Abu Hanifah, adakah pembunuhan di sisi kamu lebih berat daripada zina? Beliau berkata: Pembunuhan lebih berat daripada zina, beliau berkata: Bagaimana Allah telah memerintahkan di dalam pembunuhan dua saksi sementara di dalam zina empat saksi? Bagaimana ini boleh didapati dengan kias? Wahai Abu Hanifah, adakah meninggalkan solat lebih berat atau meninggalkan puasa? Beliau berkata: Meninggalkan puasa lebih berat, beliau berkata: Bagaimana seorang perempuan menggantikan puasanya, dan tidak menggantikan solatnya; bagaimana ini boleh didapati dengan kias? 

       Aduhai anda wahai Abu Hanifah, adakah perempuan lebih lemah di dalam pendapatnya atau lelaki? Beliau berkata: Malah perempuan, beliau berkata: Bagaimana Allah telah menjadikan satu saham untuk perempuan dan dua saham untuk lelaki? Bagaimana perkara ini dapat dilakukan kias? Wahai Abu Hanifah, berak lebih kotor atau air mani? Beliau berkata: Malah berak lebih kotor, bagaimana boleh dilakukan istinja’ daripada berak dan dimandikan junub daripada air mani? Bagaimanakah perkara ini dapat dilakukan dengan kias? Aduhai anda wahai Abu Hanifah, anda berkata aku berkata: Aku akan turun sebagaimana Allah turun? Beliau berkata: Aku minta pertolongan Tuhan dari mengatakannya, beliau a.s berkata: Ya, anda dan para sahabat anda berkata sedemikian tanpa mengetahuinya.      
    
       Abu Hanifah berkata: Aku jadikan diri aku tebusan anda, beritahu aku sebuah hadis yang kami akan memberitahu kepada orang ramai tentang anda? Beliau a.s berkata: Abu Muhammad bin Ali telah memberitahu aku daripada bapanya Ali bin al-Husain a.s daripada bapanya al-Husain bin Ali a.s daripada bapanya Ali in Abu Talib a.s berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya Allah telah mengambil perjanjian (al-Mithaq) Ahlu l-Bait daripada setinggi-tinggi  tanah ‘illiyyin dan Dia telah mengambil tanah syi‘ah kita daripada kami. Jika seluruh penduduk langit dan penduduk bumi bekerja keras untuk mengubah sesuatu daripadanya, nescaya mereka tidak mampu melakukannya. Beliau berkata: Abu Hanifah telah menangis, begitu juga para sahabatnya. Kemudian Abu Hanifah keluar, kemudian diikuti oleh para sahabatnya[2].         


[1] Al-Kulaini, al-Kafi, iii,  297
[2] Al-Majlisi,  Bihar al-Anwar,  xi,  176

No comments:

Post a Comment