Hadis Burung Panggang
Kebanyakan dari ulama kamu yang terkenal seperti Bukhari; Muslim; Tirmidhi; Nisai; dan Sijistani di dalam siha mereka, Imam Ahmad bin Hanbal di dalam Musnad; Ibn Abil-Hadid di dalam ulasannya pada Nahjul-Balagha; Ibn Sabbagh Maliki di dalam Fusulul-Muhimma; dan Sulayman Balkhi Hanafi di dalam Yanabiul-Mawadda; Bab 8, dan dari buku penulis yang dipercayai, telah merakamkan Hadirh-e-Tair di dalam kerja-kerja mereka. Mereka mengesahkan bahawa hadith ini telah disampaikan oleh 24 penyampai hadith dari Anas bin Malik. Ibn Sabbagh Maliki di dalam Fusulul-Muhimma menulis mengenainya dalam perkataan yang berikut: Di dalam buku hadith yang sahih dan penyampaian yang boleh dipercayai, hadith-e-tair dari Anas bin Malik adalah benar dengan tidak dipertikaikan. Sibt Ibn Jauzi; pada ms 23 dari Tadhkira; dan Sunan dari Tirmidhi dan Masudi pada ms 49 Jilid II dari Murujudh-Dhahab, telah menumpukan terutamanya pada bahagian akhir hadith ini, yang mengadungi doa Nabi dan penerimaannya oleh Allah. Imam Abu Abdur-Rahman Nisai, dalam hadith yang ke sembilan dari Khasaisul-Alawi, dan Hafiz bin Iqda dan Muhammad bin Jarir Tabari semuanya telah merujuk kepada rataian penyampai yang tidak putus dan kepada punca kesahihan hadith ini, dengan mengatakan bahawa ianya telah disampaikan oleh 35 para sahabat Nabi dari Anas bin Malik.
Secara ringkas semua ulama kamu telah mengesahkan kesahihan hadith ini dan telah dimuatkan kedalam buku mereka. Allama Seyyed Hamid Husain telah memperuntukan satu jilid khas di dalam bukunya Abaqatul-Anwar kepada hadith ini. Dia telah mengumpulkan segala punca yang dipercayai dari ulama terkenal dan dengan jelas membuktikan kesahihan hadith ini.
Menurut hadith ini, satu hari seorang wanita membawa hadiah seekor burung panggang kepada Nabi. Sebelum memakannya, Nabi mengangkat tangan berdoa kepada Allah:

‘Wahai Allah! Dari kesemua kejadian Kamu, hantarkanlah seorang yang kamu dan aku sayangi, supaya dia dapat menikmati burung panggang ini bersama aku.’
Ali kemudian masuk dan menikmati burung panggang itu bersama Nabi.
Sebahagian buku kamu, seperti Fusulul-Muhimma oleh Maliki; Tarikh oleh Hafiz Nishapuri; Kifayatut-Talib oleh Ghanji shafii, dan Musnad oleh Ahmad bin Hanbal dst; yang mana hadith ini yang disampaikan dari Anas bin Malik, telah merakamkan bahawa Anas berkata:
‘Belum selesai Nabi berdoa, Ali telah sampai kerumah, tetapi aku rahsiakan perkara itu. Apabila Ali menghentakkan kakinya pada kali ketiga, Nabi mengarahkan aku untuk mengizinkan dia masuk. Apabila Ali masuk Nabi berkata: ‘Rahmat Allah keatas kamu; apa yang membuat kamu datang kepada ku? Maka Ali memberitahu bahawa dia telah datang tiga kali, tetapi hanya dibenarkan masuk pada kali ini. Nabi bertanya kepada ku, apakah yang membuat aku bertindak sedemikian, dan aku menjawab: ‘Yang sebenarnya, apabila mendengarkan doa kamu, saya berharap supaya penghargaan yang sedemikian akan jatuh kepada sesaorang dari kaum ku.’
No comments:
Post a Comment