Thursday, June 30, 2011

Simpanlah Hadis Kami Di Benteng-Benteng yang kukuh


            
       Muhammad bin al-Hasan daripada Muhammad bin al-Hasan al-Saffar daripada Salmah bin al-Khattab daripada Ahmad bin Musa daripada Abu Sa‘id al-Zanjani daripada Muhammad bin Isa daripada Abu Sa‘id al-Mada’ini berkata: Abu Abdullah a.s berkata: Sampaikan salam aku  kepada mawali kita dan beritahu kepada mereka supaya mereka menyimpan hadis kami di dalam benteng-benteng yang kukuh (husun hasinah ), di dada-dada fakih (sudur faqihah) dan di dalam mimpi-mimpi yang tenang, demi Yang telah membelah biji-bijian dan Yang telah menghidupkan jiwa, bahawa bukanlah pencaci kami (al-Syatimu la-na ‘ardhan) yang menjadi halangan dan bukanlah penentang kami (al-Nasibu la-na harban) yang mengisytiharkan peperangan terhadap kami yang lebih membahayakan kami daripada penyebar (al-mudhi‘) hadis kami kepada orang yang tidak boleh menerimanya (man la yahtimilu-hu)[1].


[1] Al-Majlisi,  Bihar al-Anwar, I, 89

No comments:

Post a Comment