Tuesday, July 5, 2011

Dialog Amir al-Mukminin Ali Bin Abi Talib Dengan Ahli Syura Dari buku al-Ihtijaj oleh al-Tabarsi

                                                                        BAHAGIAN  KETIGA

DIALOG AMIR AL-MUKMININ ALI BIN ABI TALIB DENGAN AHLI SYURA
                                                                                                                                                           

Pengenalan

       Tujuan rencana ini adalah untuk mendedahkan secara  langsung dialog atau munasyadah Amir al-Mukminin `Ali b. Abi Talib  dengan lima orang Ahli majlis Syura mengenai haknya menduduki jawatan  khilafah terutamanya selepas kewafatan khalifah yang kedua `Umar  b. al-Khattab. Justeru itu ia bersifat  akademik  semata-mata. Semoga  ia dapat meluaskan wawasan berfikir di kalangan  intelek muslim khususnya para mahasiswa dan mahasiswi jurusan Pemikiran Islam di Nusantara.
       Kebiasaannya,  orang ramai menerima keputusan  majlis  syura tersebut kerana ia, menurut mereka, merupakan majlis permesyuara­tan yang berasaskan keikhlasan dan  muafakat. Walaubagaimanapun kajian mendalam  mendapati ianya telah  dirancang  begitu  rapi supaya jawatan khalifah itu kelak dipegang oleh  `Uthman. Justeru itu ia merupakan saudara kembar Saqifah di mana Khalifah `Umar  menjadi perencana utama.
       Ahli  majlis  Syura  yang dilantik  mengandungi  `Uthman  b. `Affan, al-Zubair  b. `Awwam, Talhah b.  `Ubaidillah,  `Abd  al-Rahman  b. `Auf, Sa`d b. Abi Waqqas dan `Ali b. Abi Talib A.S  di mana pengerusinya ialah `Abd Allah b.  `Umar .  Mereka dikenali sebagai  Ahl al-Hill wa  al-‘Aqd.

Terjemahan Teks

       Di sini akan dikemukakan dialog atau munasyadah Amir  al-Mukmi­nin `Ali b. Abi Talib khususnya mengenai Imamah atau Khilafah terhadap lima orang Ahli Majlis Syura tersebut berdasarkan teks  al-`Alla­mah  al-Tabarsi dalam bukunya al-Ihtijaj[1], Riwayat ini telah diambil daripada Muhammad al-Baqir daripada bapanya, `Ali Zain al-`Abidin.  seorang ulama Mazhab Ja`fari  abad keenam hijrah.  Untuk mengukuhkan kesahihan  hadis-hadis  di  dalam munasyadah tersebut, penulis membuat  rujukan kepada  buku-buku  karangan para ulama Ahl  al-Sunnah  kita  yang muktabar untuk kajian bersama.Dengan ini perasaan iri hati  dan prejudis dapat dikurangkan, Insya' Allah.
       "Manakala  Amir  al-Mukminin `Ali  A.S  melihat  keghairahan "mereka"  untuk memberi bai`ah kepada `Uthman, beliau terus  ber­diri di  hadapan  mereka bagi memberi  hujah-hujah penentangan beliau terhadap  mereka.  Beliau  berkata: Dengarlah  ucapanku, jikalaulah apa yang aku ucapkan itu benar, maka kalian terimalah dan  jikalau ia adalah batil, maka kalian  ingkarilah.  Kemudian beliau berkata:
1. Aku menyeru kalian dengan nama Allah yang mengetahui kebenaran kalian  jika kalian orang yang benar.  Dan Dia mengetahui  pembo­hongan  kalian jika kalian berbohong. Adakah di kalangan  kalian seorang yang telah mengerjakan solat menghadapi dua Qiblat selain daripadaku?
Mereka (berlima) menjawab: Tidak.[2]
2. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang yang telah melakukan dua bai`ah;  Bai`ah al-Fath dan Bai`ah al-Ridwan selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[3]
3. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan  kalian  seorang di mana saudaranya dihiasi  dengan  dua sayap di syurga selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[4]
4.  Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah,  adakah di kalangan  kalian bapa saudaranya (di  sebelah  bapa)  menjadi penghulu para syahid selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[5]
5.  Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah,  adakah di kalangan kalian seorang di mana isterinya penghulu wanita alam sejagat selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[6]
6. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan  kalian seorang di mana kedua-dua anak lelakinya  adalah anak-anak  Rasulullah (s.`a.w.) dan kedua-duanya penghulu  pemuda syurga selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[7]
7. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang yang telah mengetahui nasikh dan  mansukh selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[8]
8. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan  kalian  seorang di mana Allah  menghilangkan  kekotoran dosa daripadanya dan mensucikannya dengan sebenar-benarnya selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[9]
9. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan  kalian  seorang yang telah melihat  Jibra'il  di  dalam bentuk seorang lelaki yang tempang selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[10]
10.  Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang yang menunaikan zakat di dalam keadaan rukuk selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[11]
11.  Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan  kalian seorang di mana Rasulullah  (s.`a.w.)  telah menyapu kedua-dua matanya dan memberikan bendera di hari peperan­gan Khaibar selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[12]
12.  Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang yang telah dilantik  oleh  Rasulullah (s.`a.w.)  di hari Ghadir Khum dengan perintah Allah  S.W.T. dan berkata:  "Siapa  yang aku maulanya, maka `Ali  adalah  maulanya. Wahai  Tuhanku, hormatilah orang yang mewalikannya dan  musuhilah orang yang memusuhinya" selain daripadaku?
Mereka  menjawab:  Tidak.[13]
13.  Beliau berkata: aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan  kalian seorang yang menjadi saudara  Rasulullah  di masa bermukim dan temannya semasa musafir selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak. [14]
14.  Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang yang telah bertarung dengan `Amru  bin `Abd Wuddin di peperangan Khandaq dan membunuhnya selain  daripa­daku?
Mereka menjawab: Tidak.[15]
15.  Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.)  bersabda kepadanya:  "Kedudukan anda di sisiku sepertilah kedudukan Harun di sisi Musa hanya tidak ada nabi selepasku" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[16]
16.  Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang yang telah dinamakan mukmin di  dalam sepuluh ayat al-Qur'an selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[17]
17.  Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan  kalian seorang di mana Rasulullah  (s.`a.w.)  telah memberi segenggam tanah kepadanya kemudian dia melemparkannya  ke atas muka orang-orang kafir, selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[18]
18.  Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana para malaikat berdiri  bersa­manya  di dalam peperangan Uhud sehingga orang lain meninggalkan tempat itu selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[19]
19.  Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang yang telah menjelaskan hutang Rasulul­lah (s.`a.w.) selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[20]
20.  Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan  kalian  seorang yang  telah  menyaksikan  kewafatan Rasulullah (s.`a.w.) selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[21]
21.  Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang yang telah memandikan jenazah Rasulul­lah (s.`a.w.), mengkafan dan meletakkannya di liang lahad selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[22]
22.  Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang yang telah mewarisi senjata Rasulullah (s.`a.w.), benderanya dan cincinnya selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[23]
23.  Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan  kalian seorang di mana Rasulullah  (s.`a.w.)  telah menjadikan talaq isteri-isterinya di tangannya selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[24]
24.  Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.)  menang­gungnya di atas belakangnya sehingga dia memecahkan  berhala di pintu Ka`bah selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[25]
25.  Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana namanya diseru di  langit  di hari peperangan Badr: "Tidak ada pedang melainkan  Dhu  al-Fiqar dan tidak ada pemuda melainkan `Ali" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[26]
26.  Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang yang telah makan  bersama  Rasulullah (s.`a.w.) seekor  burung  panggang  yang  dihadiahkan  kepadanya selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[27]
27.  Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang yang telah disabdakan oleh  Rasulullah (s.`a.w.):  "Andalah  pemilik  benderaku di  dunia  dan akhirat" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[28]
28.  Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan  kalian seorang yang telah  mengadakan perbincangan khusus dengan Rasulullah s.`a.w, kemudian  mengeluarkan sedekah (kepada orang-orang miskin) selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[29]
29.  Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang yang telah memperbaiki kasut  Rasulul­lah (s.`a.w.) selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[30]
30.  Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.)  bersabda kepadanya:  "Aku adalah saudara anda dan anda  adalah saudaraku" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[31]
31.  Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.)bersabda kepadanya: "Anda adalah sebaik-baik makhluk kepadaku  dan orang yang paling benar percakapannya" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[32]
32.  Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang yang mendapati  Rasulullah  (s.`a.w.) sedang lapar lalu dia meminta seratus baldi dengan seratus tamar, kemudian dia membawa tamar, lalu Rasulullah  (s.`a.w.)  memberi­kannya makan, selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[33]
33.  Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana malaikat Jibra'il, Mika'il dan Israfil memberi salam kepadanya dengan tiga ribu  para malaikat yang lain di peperangan Badr selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[34]
34.  Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan  kalian seorang yang telah menutup  mata  Rasulullah (s.`a.w.) selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[35]
35.  Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang yang telah mentauhidkan Allah sebelumku selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[36]
36.  Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang yang pertama memasuki bilik Rasulullah (s.`a.w.)dan  orang yang terakhir keluar  dari  sisinya selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[37]
37.  Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan  kalian seorang yang  telah  berjalan-jalan  bersama Rasullullah (s.`a.w.) kemudian dia melalui sebuah taman, maka dia pun berkata: Alangkah cantiknya taman ini.  Maka beliau bersabda: " Taman anda di syurga lebih cantik daripada taman ini". Sehingga dia  melalui tiga taman pada setiap taman  Rasulullah (s.`a.w.) bersabda: "Taman anda di syurga lebih cantik daripada taman  ini" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[38]
38.  Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.)bersabda kepadanya:  "Anda  adalah orang pertama  yang  beriman denganku, membenarkanku  dan orang pertama akan dikembalikan Haud  kepadaku di hari kiamat" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[39]
39.  Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.)  bersabda kepadanya:  "Orang pertama yang datang kepada kalian  dari pintu ini wahai Anas, maka dialah Amir al-Mukminin, penghulu  Muslimin dan orang  yang paling utama di kalangan  manusia".Lalu  Anas berkata: Wahai Tuhanku jadikan "nya" seorang lelaki dari kalangan Ansar.  Maka dia pun datang, lalu Rasulullah (s.`a.w.)  bersabda kepada Anas: "Anda bukanlah orang pertama yang mencintai kaumnya" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[40]
40.  Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan  kalian seorang yang  telah  diturunkan  mengenainya firman-Nya: "Sesungguhnya wali kamu adalah Allah dan RasulNya  dan orang-orang  yang beriman, yang mendirikan solat,  memberi  zakat dalam keadaan rukuk" (Surah al-Maidah 5: 55) selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[41]
41.  Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana Allah telah menurunkan padanya dan anak-anaknya, firman-Nya: "Sesungguhnya orang-orang yang  baik akan minum daripada gelas di mana campurannya mengandungi  kafur" (Surah al-Insan 76: 5) selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[42]
42.  Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana Allah telah  menurunkan  ayat mengenai  "Apakah (orang-orang) yang memberi minum kepada  orang-orang  yang mengerjakan haji dan mengurus Masjid  al-Haram,  kamu samakan dengan  orang-orang yang beriman kepada Allah  dan  hari kemudian  serta berjihad di jalan Allah? Mereka tidaklah sama  di sisi Allah" (Surah al-Taubah 9: 19) selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[43]

43.  Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan  kalian seorang yang telah  diajar  oleh  Rasulullah (s.`a.w.) seribu  kalimah  dan setiap  kalimah  berpecah  kepada seribu kalimah selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[44]
44.  Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang yang telah dimunajat oleh  Rasulullah (s.`a.w.)  
di hari Taif, lalu Abu Bakr dan `Umar  berkata: Wahai Rasulullah!   Anda telah melakukan munajat kepada `Ali dan  bukan kepada kami.  Nabi (s.`a.w.) bersabda: "Aku bukanlah ingin bermu­najat untuknya tetapi Allah telah memerintahkan aku supaya  mela­kukannya" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[45]
45.  Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang yang telah disuapkan oleh  Rasulullah (s.`a.w.) dengan tepung manis selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[46]
46.  Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.)  bersabda kepadanya:  "Anda  adalah makhluk yang paling akrab kepadaku  di hari kiamat  akan memasuki syurga dengan  syafa`at  anda,  lebih ramai dari bilangan Rabi`ah dan Mudar" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[47]
47.  Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda: "Wahai Ali! Sesungguhnya anda dikenakan pakaian ketika aku dike­nakan pakaian" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[48]
48.  Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda: "Anda dan Syi`ah anda akan mendapat kemenangan di hari kiamat?" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[49]
49.  Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda: " Berbohonglah  orang yang mengatakan bahawa dia mencintaiku  se­dangkan dia membenci `Ali" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[50]
50.  Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda: "Siapa yang mencintai bahagian-bahagianku (syatrati)  ini, maka sesungguhnya dia telah mencintaiku dan siapa  yang  mencintaiku, maka sesungguhnya dia mencintai Allah - Ditanya kepadanya: Apakah syatratu-ka?  Beliau (s.`a.w.) menjawab: `Ali, Hasan, Husain  dan Fatimah" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[51]
51.  Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah(s.`a.w.)bersabda kepadanya:  "Anda adalah sebaik-baik manusia selepas  para nabi" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[52]
52.  Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.)  bersabda kepadanya: "Andalah al-Faruq yang membezakan di antara kebenaran dan kebatilan" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[53]
53.  Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda kepadanya: "Amalan anda adalah sebaik-baik amalan makhluk selepas para nabi" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[54]
54.  Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.)  menutup dengan pakaiannya ke atasnya, isterinya dan dua  anak lelakinya kemudian beliau bersabda: "Wahai Tuhanku aku dan  Ahlu  l-Baitku kepada anda dan bukan kepada neraka" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[55]
55.  Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.)  bersabda kepadanya: "Andalah saudaraku, wazirku, sahabatku  daripada ke­luargaku" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[56]
56.  Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.)  bersabda kepadanya:  "Anda  adalah orang yang paling awal  memeluk  Islam, paling alim dan paling perihatin" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[57]
57.  Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan  kalian seorang di mana dia telah  membunuh  seorang panglima perang Yahudi secara berdepan selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[58]
58.  Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana Nabi (s.`a.w.)  membentangkan Islam kepadanya lalu beliau menjawab: Tunggulah sehingga aku berjumpa bapaku.   Lantas Nabi (s.`a.w.) bersabda  kepadanya:  "Ini adalah  satu amanah di sisi anda".  Maka dia menjawab:  Sekiranya ia adalah satu amanah di sisiku, maka aku menerima Islam sekarang juga selain” daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak. [59]
59.  Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan  kalian seorang di mana dia telah  mengangkat  pintu kota Khaibar di masa pembukaannya dan membawanya sejauh  seratus hasta  kemudian   empat puluh lelaki  cuba  mengangkatnya  tetapi mereka tidak mampu selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[60]
60.  Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana ayat ini diturunkan  kepadanya " Wahai  orang-orang yang beriman, apabila kamu mengadakan  perbi­caraan  khusus dengan Rasul hendaklah kamu  mengeluarkan  sedekah (kepada orang miskin)" (Surah al-Mujadalah 50: 12).  Maka  akulah yang mengeluarkan sedekah dan adakah di kalangan kalian  seorang yang melakukannya selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak. [61]
61.  Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.)  bersabda kepadanya: "Siapa yang mencaci `Ali, maka sesungguhnya dia menca­ciku dan  siapa  yang mencaciku maka  sesungguhnya  dia  mencaci Allah" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[62]
62.  Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.)  bersabda kepadanya:  "Rumahku  menghadapi  rumah anda  di  syurga" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[63]
63.  Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah(s.`a.w.)bersabda kepadanya:  "Allah memerangi orang yang memerangi anda dan  Allah memusuhi orang yang memusuhi anda" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[64]
64.  Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang yang telah tidur di atas tempat  tidur Rasulullah (s.`a.w.) ketika beliau ingin berjalan ke Madinah dan mempertahankannya dengan dirinya ketika mereka hendak membunuhnya selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[65]
65.  Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.)  bersabda kepadanya:  "Anda  adalah orang yang utama dalam  umatku" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[66]
66.  Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.)  bersabda kepadanya:  "Anda di hari kiamat di kanan `Arasy dan  Allah  akan memakaikan  anda  dua  helai kain; satu berwarna  biru  dan  satu berwarna merah" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[67]
67.  Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana dia telah  mengerjakan  solat sebelum orang ramai tujuh tahun dan beberapa bulan selain daripa­daku?
Mereka menjawab: Tidak.[68]
68.  Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.)  bersabda kepadanya:  "Aku di hari kiamat akan mengambil hajzah (kedudukan istimewa)  kurniaan Tuhanku daripada cahaya  sedangkan anda  akan mengambil  hajzahku  dan keluargaku akan mengambil  hajzah  anda" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[69]
69.  Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.)  bersabda kepadanya: "Anda sepertilah diriku, cinta anda adalah cintaku dan kemarahan anda adalah kemarahanku" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[70]
70.  Beliau berkata:  Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.)  bersabda kepadanya:  "Wilayah anda sepertilah wilayahku, satu  janji  yang telah dijanjikan  oleh Allah kepadaku dan Dia  memerintahkanku supaya menyampaikannya kepada anda" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[71]
71.  Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.)  bersabda kepadanya:  "Wahai Tuhanku jadikanlah beliau (`Ali) pembantu  dan penolongku" selain daripadaku?
Mereka  menjawab:  Tidak.[72]
72.  Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.)  bersabda kepadanya:  "Harta  adalah madu(tumpuan) orang-orang yang zalim  dan anda adalah madu (tumpuan) orang-orang mukmin" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[73]
73.  Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.)  bersabda kepadanya: "Aku akan mengutus kepada kalian seorang lelaki  di mana Allah telah menguji hatinya untuk keimanan" selain daripada­ku?
Mereka menjawab: Tidak.[74]
74.  Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.)  memberi kepadanya  sebiji  buah delima dan bersabda: "Ini  adalah buah delima daripada  syurga.   Hanya seorang nabi atau wasinya  sahaja  yang memakannya" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[75]
75. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang lelaki di mana  Rasulullah  (s.`a.w.) bersabda kepadanya:  "Aku  tidak memohon  sesuatu  dari Tuhanku melainkan Dia memberikannya kepadaku dan aku tidak memohon sesua­tu  daripada Tuhanku melainkan aku memohon  untuk  anda"  selain daripadaku?

Mereka menjawab: Tidak.[76]
76.  Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.)  bersabda kepadanya:  "Anda  adalah  orang yang paling  cekal  di kalangan mereka bagi menjalankan perintah Allah, paling setia di  kalangan mereka  bagi menunaikan  janji Allah, paling  arif  di  kalangan mereka  tentang  segala permasalahan, orang yang paling  adil  di dalam  pembahagian hak dan orang yang paling mulia di sisi  Allah S.W.T." selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[77]
77.  Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.)  bersabda kepadanya: "Kelebihan anda ke atas umat ini sepertilah kelebihan matahari  ke  atas bulan dan sepertilah kelebihan bulan  ke  atas bintang-bintang" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[78]
78.  Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.)  bersabda kepadanya:  "Allah akan memasukkan wali anda ke syurga dan musuh anda ke neraka" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[79]
79.  Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.)  bersabda kepadanya:  "Manusia  dari pokok yang  bermacam-macam (berlainan asal usulnya), tetapi aku dan anda adalah dari satu pokok" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[80]
80.  Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.)  bersabda kepadanya: "Aku adalah penghulu anak Adam dan anda adalah penghu­lu Arab dan bukan Arab tanpa kemegahan" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[81]
81.  Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan  kalian seorang di mana Allah  telah  meridainya  di dalam dua ayat al-Qur'an selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[82]
82.  Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.)  bersabda kepadanya:  "Janji anda adalah janjiku dan janji Syi`ah  anda di Haud; apabila  semua umat merasa takut  dan  neraca-neraca  mula menjalankan tugasnya" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[83]
83.  Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.)  bersabda kepadanya:  "Wahai  Tuhanku sesungguhnya  aku  mencintainya  maka cintailah beliau. Wahai Tuhanku sesungguhnya aku ucapkan  selamat tinggal kepada Engkau untuknya" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[84]
84.  Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.)  bersabda kepadanya:  "Andalah  yang  berhujah dengan  orang  ramai  supaya mereka  mengerjakan solat, mengeluarkan zakat,  menyuruh  perkara yang  baik dan melarang perkara yang mungkar, melaksanakan  hudud dan membahagikan hak yang sama" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[85]
85.  Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.)  memegang tangannya  di hari Badr, lalu mengangkatnya sehingga orang  ramai melihat keputihan kedua ketiaknya sambil bersabda:  "Sesungguhnya ini adalah sepupuku, wazirkuOleh itu jadikanlah beliau  wazir, mintalah nasihatnya dan percayailah beliau kerana beliau  adalah wali kalian" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[86]
86.  Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana ayat ini  turun  mengenainya: "Mereka mengutamakan orang lain atas diri mereka sendiri  sekali­pun mereka dalam kesusahan" (Surah al-Hasyr 59: 9) selain daripa­daku?
Mereka  menjawab:  Tidak.[87]
87.  Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana Jibrail seorang daripada  para tetamunya selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[88]
88.  Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan  kalian seorang di mana Rasulullah  (s.`a.w.)  telah memberi kepadanya kapur barus dari syurga kemudian dia membahagikannya tiga bahagian, " Satu bahagian untukku, satu bahagian untuk anak perempuanku dan satu bahagian untuk anda " selain dari­padaku?
Mereka menjawab: Tidak.[89]

89.  Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.)  bersabda kepadanya:  " Di  mana  apabila  dia  berdepan  dengan Rasulullah (s.`a.w.) dia menghormatinya, mendekatinya, mengalu-alukannya dan berseri-seri mukanya"selaindaripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[90]
90.  Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan  kalian seorang di mana Rasulullah  (s.`a.w.)  telah melepaskannya  dengan  Surah al-Bara'ah kepada  Musyrikin  Makkah selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[91]
91.  Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.)  bersabda kepadanya: "Aku bermegah dengan anda di hari kiamat apabila  para nabi bermegah dengan para wasi mereka" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak[92]
92.  Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.)  bersabda kepadanya: "Sesungguhnya aku akan memberi rahmat kepada anda dari hasad dengki orang ramai di dada-dada mereka, tetapi mereka tidak menzahirkannya  sehinggalah  ketiadaanku.   Dan  apabila   mereka kehilanganku, mereka akan melakukan khilaf" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[93]
93.  Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.)  bersabda kepadanya:  "Apabila Allah melaksanakan amanah anda,  Allah  akan menyempurnakan dhimmah anda" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[94]
94.  Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.)  bersabda kepadanya:  "Andalah pembahagi neraka, andalah yang  mengeluarkan daripadanya orang yang telah bersih dan meninggalkan di  dalamnya setiap kafir" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[95]
95.  Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan  kalian seorang di mana dia  telah  membuka  benteng Khaibar dan menawan anak perempuan Rahib kemudian dia membawanya kepada Rasulullah (s.`a.w.) selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[96]
96.  Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.)bersabda kepadanya: "Haud akan dibentangkan kepadaku di kala itu anda  dan Syi`ah  anda berseri muka-muka mereka.  Dan dibentang  ke  atasku musuh  anda  dalam keadaan dahaga dan terbelenggu  dalam  keadaan muka mereka kehitaman" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[97]
       Kemudian Amir al-Mukminin A.S berkata kepada mereka:  Adapun apabila kalian  telah memperakui kebenarannya, dan  telah  jelas sabda-sabda  Nabi kalian, maka hendaklah kalian bertakwa  kepada Allah sahaja, tidak ada sekutu bagi-Nya. Sekarang  aku  melarang kalian dari kemaraha-Nya dan janganlah kalian  mendurhakai-Nya. Kembalikanlah kebenaran itu kepada ahlinya, ikutilah Sunnah  Nabi kalian,  kerana sesungguhnya sekiranya kalian menyalahinya,  maka sesungguhnya kalian telah menyalahi Allah.  Oleh itu kembalikan­lah hak itu kepada ahlinya dan sememangnyalah ia adalah untuknya.
Beliau  berkata:  Mereka pun mengelipkan  mata  di  kalangan mereka dan bermesyuarat kemudian  berkata:  "Sesungguhnya  kami telah mengetahui kelebihannya, dan kami telah mengetahui  sesung­guhnya beliau adalah orang yang paling berhak dengannya,  tetapi beliau adalah seorang  yang tidak melebihkan  seorang  ke  atas seorang. Oleh  itu sekiranya kalian melantiknya untuk  jawatan Khalifah,  nescaya beliau akan menjadikan kalian dan orang  ramai dari segi  hak sama sahaja.  Tetapi  sekiranya  kalian melantik `Uthman beliau akan menurut apa yang kalian  hajati".   Lantaran itu mereka melantik Uthman sebagai Khalifah.

Ulasan

       Amir  al-Mukminin `Ali b. Abu Talib A.S  telah  mengemukakan hujah-hujahnya terhadap lima orang Ahli majlis Syura yang  dilan­tik oleh Khalifah `Umar. Beliau telah mengajukan beberapa soalan munasyadah yang berasaskan hadis-hadis  Rasulullah (s.`a.w.). Kesemua  soalan-soalan tersebut diperakui oleh  kelima-lima  Ahli Syura tersebut.   Beliau yakin  bahawa jawatan  Imamah atau Khilafah adalah untuk beliau dan sebelas anak cucunya daripada Fatimah bt. Muhammad A.S. Hadis-hadis tersebut telah dicatat oleh para ulama Ahl al-Sunnah di dalam buku-buku mereka.Tetapi sayangnya berla­kulah apa yang berlaku sehingga hari ini.

       Walau bagaimanapun, Majlis Syura yang dibentuk oleh Khalifah `Umar kelihatan aneh dan menakutkan kerana ia mesti  diselesaikan dalam  masa  tiga  hari dan dikawal oleh 50  orang tentera yang lengkap dengan  senjata.  Khalifah `Umar  melantik  enam  orang; `Uthman b. `Affan, `Ali b. Abi Talib, Sa`d b. Abi Waqqas, Talhah b. `Ubaidillah dan al-Zubair b. al-`Awwam.  Kemudian dia mencaci mereka dengan cacian yang tidak melayakkan mereka menjadi  Khali­fah. 
       `Umar berkata: Demi Allah, tidak ada halangan bagiku  untuk melantik  anda  menjadi khalifah wahai Sa`d,  hanya anda  adalah seorang yang kasar (ghalazah) kerana anda adalah ahli peperangan, `Abd al-Rahman hanya anda adalah Fir`aun umat ini (fir`aun hadhi-hi al-ummah), al-Zubair, hanya anda adalah seorang  mukmin  pada waktu redha dan kafir pada waktu marah (kafir  `and  al-ghadab), Talhah, hanya seorang yang angkuh dan Rasulullah  memarahi  anda kerana kata-kata anda ketika turun ayat hijab (Surah al-Ahzab 33: 53)  (kata-kata  Talhah: Muhammad tidak boleh  membuat  apa-apa sekalipun mengenakan  hijab ke  atas  isteri-isterinya.  Apabila beliau wafat, kami akan mengahwini isteri-isteri beliau).
       Justeru itu jika anda dilantik, anda akan menyarungkan cincin mohornya ke jari  isteri  anda. Begitu juga `Uthman,  andalah seorang yang asabiyah  kepada kaum keluarga anda. Justeru  itu sekumpulan serigala Arab akan menyembelihkan anda dan jika ia berlaku  ingatlah kata-kataku ini.  Dan anda wahai `Ali, sekiranya anda bukan orang yang sukakan kelakar, `Ali A.S  telah menafikan  dirinya  sebagai  seorang  kelakar.[98] nescaya aku melantik anda dan  anda akan membawa kaum muslimin kepada kebenaran yang jelas dan  hujah yang bersih.[99] Kemudian dia berkata kepada panglima tentera Abu Talhah al-Ansari: Jika seorang daripada mereka menentang dan lima  bersetuju, maka bunuhlah dia. Jika dua menentang dan  empat  bersetuju, maka bunuhlah  kedua-duanya. Dan jika tiga  menentang  dan  tiga bersetuju,
maka pilihlah pihak yang ada `Abd al-Rahman b. `Auf.[100]
    Oleh itu, tidak hairanlah jika sistem syura sedemikian rupa dilihat sebagai suatu perencanaan halus bagi menjauhkan `Ali  A.S daripada menjadi khalifah dan sekaligus menolak konsep keadilan semua sahabat seperti berikut:

1. Syura  ini  telah melahirkan permusuhan  terhadap  `Ali  A.S. Talhah al-Tamimi adalah dari keluarga Abu Bakr  yang  telah memindahkan        khalifah  dari `Ali A.S.  `Abd  al-Rahman  bin `Auf adalah  ipar  `Uthman dan dia adalah di antara  orang  yang menentang  `Ali  A.S.  Dan dia di antara orang  yang  cuba  untuk membakar  rumah  `Ali  A.S kerana keengganannya memberi  bai`ah kepada Abu Bakr .  Sa`d b. Abi Waqqas adalah di antara orang yang dendam terhadap `Ali A.S kerana ramai daripada  bapa-bapa saudaranya  telah  dibunuh  oleh `Ali  kerana penyebaran  Islam. Lantaran  itu  dia  lewat memberi bai`ah kepada  `Ali A.S.Dan`Uthman ketua Bani Umayyah yang dikenali dengan permusuhan dan  penentangan terhadap Bani Hasyim.  Justeru itu syura  telah diciptakan dengan begitu rupa adalah semata-mata untuk menjauhkan `Ali daripada jawatan khalifah.

2. Syura ini juga menjauhkan `Ali dari anasir-anasir yang memban­tunya di dalam pemilihan, kerana tidak seorang pun  orang  Ansar dipilih di dalam majlis syura tersebut.

3. Syura menjadikan `Abd al-Rahman b. `Auf sebagai penentu apabila tiga bersetuju dan tiga lagi menentang.  Apakah kelebihan `Abd al-Rahman  b.  `Auf sehingga dia menjadi penentu?   Tidakkah  dia  (`Umar) berkata kepadanya: "Anda adalah Fir`aun umat ini?"[101]
4. Syura melahirkan perebutan dan penentangan di kalangan  anggo­ta-anggotanya.   Sa`d  bin Abi Waqqas dan  `Abd  al-Rahman  patuh kepada `Uthman .  Dan berlakulah sebagaimana ianya berlaku.[102]
Amir  al-Mukminin `Ali b. Abi Talib nampaknya tidak  berpuas hati dengan ketiga-tiga khalifah yang terdahulu.   Beliau  telah melahirkan dukacitanya di dalam khutbah al-Syiqsyiqiyyah.  Seramai dua puluh lapan orang ulama  Ahl al-Sunnah  memperakui   kesahihan khutbah al-Syiqsyiqiyyah,[103] seperti berikut:
"Demi Allah, si anu (Abu Bakr Ibn Abi Quhafah) telah memakai baju (kekhalifahan)  itu,  padahal ia  mengetahui dengan  yakin bahawa kedudukanku sehubungan (kekhalifahan) itu samalah  seperti kedudukan sumbu dengan roda.  Air mengalir menjauhiku dan  burung tidak  dapat  terbang  kepadaku.  Aku  memasang  tirai  (terhadap kekhalifahan itu) dan melepaskan diri daripadanya.

Aku  pun mulai berfikir, apakah aku akan  menyerangnya  atau aku harus menanggung kesengsaraan kegelapan yang membutakan  itu sehingga  orang dewasa menjadi daif, orang muda menjadi tua,  dan mukmin yang salih hidup dalam kongkongan sampai ia menemui  Allah (di  saat kematiannya).  Aku berpendapat adalah  lebih  bijaksana untuk menanggungnya dengan tabah.  Lalu aku menempuh jalan  kesabaran, meskipun mata rasa tertusuk-tusuk dan  kerongkongan  rasa tercekik.  Aku menyaksikan perampasan terhadap warisanku  hingga yang pertama  (Abu Bakr) menemui ajalnya; namun  ia  memberikan kekhalifahan  itu  kepada Ibn Khattab. (Lalu  `Ali  A.S mengutip syair `A'sya):

       Hari-hariku kini berlalu di punggung unta, Dan berlalu sudah hariku bersama Jabir,  saudara Hayyan'. Aneh, semasa hidupnya ia ingin terbebas dari jabatan  khalifah,  tapi  ia mengukuhkannya kepada `Umar  setelah  kematiannya. Tidak  syak kedua orang ini hanya membahagi-bahagikan tetek  susu di  antara  keduanya sahaja.  Yang satu ini  (`Umar) mengongkong kekhalifahan  itu rapat-rapat,  dengan ucapannya  congkak  dan sentuhannya kasar. Kekeliruan sangat banyak dan kerana itu maka dalihnya pun sangat banyak.Orang yang berhubung dengan kekhalifahan  itu ibarat penunggang unta liar.  Apabila ia  menarik  ke­kangnya maka muncungnya akan koyak; dan apabila ia membiarkannya maka  ia  akan jatuh terlempar. Sebagai akibatnya, demi  Allah, rakyat terjerumus ke dalam kebingungan, penipuan dan  penyelewen­gan. Sekalipun demikian, aku tetap bersabar dalam waktu yang lama dengan cubaan yang keras, sampai ketika ia (`Umar) menemui ajal-nya  ia menyerah urusan (kekhalifahan) itu kepada  satu kelompok dan menganggap aku sebagai salah seorang daripadanya.

Tetapi,  ya  Allah! Apa urusanku dengan  mesyuarat  ini!  Di manakah keraguan tentang diriku dibandingkan dengan yang  pertama mereka (Abu  Bakr) sehingga sekarang aku  harus dipandang sama dengan orang-orang  ini? Namun aku  terus merendah  sementara mereka merendah,  dan membumbung tinggi  ketika  mereka terbang tinggi.  Seorang dari mereka berpaling menentangku kerana  hubun­gan kekeluargaannya, manakala yang lainnya cenderung memihak  ke jalan lain kerana hubungan iparnya, dan ini, dan itu, sampai yang ketiga  dari orang-orang ini berdiri dengan dada  membusung  di antara  kotoran dan makanannya.  Bersama dia anak-anak dari  Bani Umayyah bangkit menelan harta Allah, bagaikan unta melalap dedau­nan musim bunga sampai talinya putus, tindak tanduknya mengakhir­inya dan keserakahannya menyebabkan ia terguling.
       (Pada saat itu) orang ramai datang membanjiri ke arahku dari segala penjuru seperti serbuan kumpulan rubah sehingga  Hasanain (Hasan dan Husain) terhinjak dan kedua tepi bahagian bahu kemeja­ku koyak.Mereka berkumpul di  sekelilingku  seperti  kumpulan domba dan kambing. Tatkala aku  memegang  teraju  pemerintahan sebahagian memutuskan  bai`ahnya (nakatha) dan sebahagian  lagi mengingkari (maraqa)  dan yang lainnya bertindak  salah,  kerana mereka tidak mendengar firman Allah S.W.T. yang berbunyi:

       "(Kebahagiaan) di negeri akhirat Kami sediakan bagi  mereka yang tiada  suka menyombongkan diri dan melakukan kerosakan  di bumi. Dan kesudahannya (adalah baik) bagi mereka yang  takwa." (Surah al-Qasas 28: 83).

       Tidak,  demi  Allah,  mereka  mendengarnya  dan  memahaminya tetapi dunia  terlihat kemilau di mata mereka dan  hiasan  dunia menggoda mereka. Lihat, demi Dia yang mengembangkan  biji-bijian dan menciptakan  makhluk hidup, bila  orang-orang  tidak  datang kepadaku dan  pendukung-pendukung tidak menegakkan  hujah  dalam bentuk penolong,  dan tidak ada perjanjian  Allah  dengan  ulama bahawa mereka  tidak boleh menyerah terhadap  kerakusan  seorang yang zalim dan kelaparan orang yang dizalimi maka aku akan melem­parkan  tali kekang (kekhalifahan) itu dan akan aku  beri  minum kepada  yang terakhir dengan piala yang aku gunakan  untuk  orang yang  pertama.  Maka akan kamu lihat  bahawa  dalam  pandanganku duniamu tidak lebih dari bersinnya seekor kambing".[104] Beliau  telah memilih " bersabar " daripada menentang  kerana  ini adalah lebih baik dan sesuai dengan keadaan pada masa itu.

Kesimpulan

       Amir al-Mukminin `Ali A.S telah mengemukakan hujah-hujah beliau di majlis Syura mengenai haknya  menjadi  khalifah bukan sahaja selepas khalifah`Umar malah selepas Rasulullah  s.`a.w secara langsung berdasarkan kepada keistimewaannya yang  disokong oleh hadis-hadis Rasulullah s.`a.w di mana ia dicatat oleh kedua-dua sumber Ahl al-Sunnah dan Ahl al-Bait.Meskipun begitu, disebabkan kepentingan dan alasan tertentu, lima orang Ahli Majlis Syura  tidak dapat menerimanya sebagai khalifah,  tetapi beliau tetap  bersabar demi perpaduan umat Islam.

[1] Abu `Ali al-Fadil b. al-Hasan,  al-Ihtijaj,  Beirut 1403 H, I,  hlm. 132-145.

[2] Lihat umpamanya al-Suyuti,  Jalal al-Din `Abd al-Rahman b. Abu Bakr, al-Durr al-Manthur  fi al-Tafsir bi al-Ma'thur, Beirut,1960 M., II, hlm. 304.

[3] Lihat umpamanya al-Ya`qubi,  Ahmad b. `Ali Ya`qub b. Ja`far b. Wahb b. al-Wadih, Tarikh al-Ya`qubi,  Beirut 1362 H., II, hlm. 204.

[4] Al-Qunduzi al-Hanafi, Sulayman b. Ibrahim, Yanabi` al-Mawaddah fi Syama`il  al-Nabi  wa Fada`il  Amir al-Mu'minin `Ali,  Iran, 1385 H., hlm. 519.

[5] Al-Tabari, Abu Ja`far Muhammad b. Jarir, Tarikh al-Umam wa al-Muluk, Cairo 1956 M., II, hlm. 84.

[6] Ibn Hajr al-Makki, Syihab al-Din Ahmad b. Muhammad b. Muhammad b. `Ali b. Muhammad,  Kitab al-Sawa`iq al-Muhriqah  fi al-Radd `Ala Ahl  al-Bida`  wa  al-Zindiqah,  Cairo 1971 M.,  hlm. 85; Muhibb al-Din al-Syafi`i al-Tabari,  Dhakha'ir al-`Uqba, Baghdad 1348 H., hlm. 29.

[7] Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 164-165.

[8] Al-Hakim al-Nisaburi, Muhammad b. `Abdullah, al-Mustadrak `ala al-Sahihain fi al-Hadis,  Cairo 1969 M.,  III, hlm. 166;  al-Khatib al-Baghdadi,  Tarikh Baghdad, Baghdad 1950 M., IV, hlm. 348;  Ibn al-Athir,  `Izz al-Din Abi Hasan `Ali b. Muhammad b. `Abd al-Qasim al-Jazari, Usd al-Ghabah fi Ma`rifah al-Sahabah,  Baghdad 1349 H., IV, hlm. 22;  al-Muttaqi al-Hindi,  Kanz al-`Ummal, Baghdad 1958 M., VI, hlm. 152.

[9] Al-Suyuti, al-Durr al-Manthur,  V, hlm. 198;  Ahmad b. Hanbal, al-Musnad, Cairo 1352 H., III, hlm. 259;  al-Wahidi, Asbab al-Nuzul, Cairo 1957 M., hlm. 251.

[10] Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 91-92.

[11] Al-Suyuti, al-Durr al-Manthur,  II, hlm. 293;  al-Zamakhsyari, Abu al-Qasim Mahmud b. `Umar, al-Kasysyaf `an Haqa`iq Ghawamid al-Tanzil wa `Uyun al-Aqawil  fi Wujuh al-Ta`wil,  Cairo t.t., I, hlm. 422;  al-Syablanji,  Mu`min  b. Hasan Mu`min,  Nur al-Absar fi Manaqib  al-Bayt al-Nabi al-Mukhtar (s.`a.w.),  Cairo, 1960 M.,  hlm. 105;  al-Wahidi,  Asbab al-Nuzul,  I, hlm. 422; al-Kanji al-Syafi`i,  Kifayah al-Talib,  Tehran 1404 H.,  hlm.106.

[12] Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 132; `Abd al-Rauf al-Munawi, Kunuz al-Haqa'iq,  Baghdad 1368 H,hlm. 98; al-Khawarizmi, al-Manaqib, Cairo 1340 H., hlm. 65.

[13] Ahmad b. Hanbal, al-Musnad, Iv, hlm. 370; al-Wahidi, Asbab al-Nuzul,  hlm. 150;  al-Qunduzi al-Hanafi,  Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 120; al-Suyuti, al-Durr al-Manthur, II, hlm. 298; al-Alusi, Syihab al-Din Mahmud b. `Abdullah, Ruh al-Ma`ani fi Tafsir al-Qur'an al-`Azim  wa al-Sab` al-Masani,  Cairo 1958 M.,  VI, hlm. 172.

[14] Al-Dhahabi,  Abu `Abdullah Muhammad b. Ahmad b. `Uthman, Mizan al-I`tidal fi Naqd al-Rijal,  Cairo 1348 H., I, hlm. 257;  Ibn `Abd al-Barr,  Abu `Umar Yusuf b. `Abdullah b. Muhammad, Kitab al-Isti`ab  fi Ma'rifah  al-Sahabah,  Cairo 1365 H., II,  hlm. 460.

[15] Lihat umpamanya, Muhibb al-Din al-Tabari, Dhakha'ir al-`Uqba, hlm. 74; al-Kanji al-Syafi`i, Kifayah al-Talib, hlm. 277.
[16] Ahmad b. Hanbal, al-Musnad, I, hlm. 175; al-Nasa'i, al-Khasa'is `Ali A.S,  Baghdad 1956 M., hlm. 78;  al-Turmudhi, Abu `Isa Muhammad b. `Isa b. Sawrah,  al-Jami` al-Sahih, Tunis 1958 M., II, hlm. 301;  Ibn Majah, al-Sunan,  Baghdad 1367 H., I,  hlm.30.

[17] Al-Kanji al-Syafi`i, Kifayah al-Talib, hlm. 238-258.

[18] Al-Khawarizmi, al-Manaqib, hlm. 158.

[19] Ibid., hlm. 169.

[20] Al-Dhahabi, Mizan al-I`tidal, I, hlm. 306.

[21] Al-Khawarizmi, al-Manaqib, hlm. 43.

[22] Ibid

[23] Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 81.

[24] Lihat umpamanya, al-Khawarizmi, al-Manaqib, hlm. 78.

[25] Al-Hakim, al-Mustadrak, III, hlm. 5.

[26] Al-Muhibb al-Tabari, Dhakha'ir al-`Uqba, hlm. 78;  al-Baihaqi, Abu Bakr Ahmad b. al-Husayn, al-Sunan al-Kubra,  Baghdad 1959 M., III, hlm. 276;  al-Hakim, al-Mustadrak, II, hlm. 385;  al-Kanji al-Syafi`i, Kifayah al-Talib, hlm. 277.

[27] Al-Hakim, al-Mustadrak, III, hlm. 130; al-Turmudhi, Sahih, II, hlm. 299;  Abu Nu`aim al-Asfahani, Hilyah al-Auliya' wa Tabaqat al-Asfiya', Cairo 1956 M., VI, hlm. 339; Ibn al-Athir, Usd al-Ghabah, IV, hlm. 30.

[28] Al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-`Ummal, VI, hlm. 398.

[29] Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 100.

[30] Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 59.

No comments:

Post a Comment