Monday, July 18, 2011

MENGAPA SYIAH SUJUD ATAS TANAH?


SHIA TIDAK MENGANGGAP SUJUD PADA TANAH KARBALA SEBAGAI WAJIB.
Jika kamu boleh menunjukkan kepada kami satu ulasan hadith atau kenyataan yang menunjukkan sujud pada tanah Karbala adalah wajib, kami kan terima semua kenyataan kamu sebagai betul. Yang sebenarnya, di dalam semua buku amalan agama kami, terdapat petunjuk yang jelas, menurut pada arahan al-Quran, sujud hendaklah dilakukan pada bumi yang bersih. Ini termasuk tanah, batu, pasir, rumput, pastikan ianya bukan mineral. Lebih lagi sujud boleh dilakukan pada benda yang tumbuh dari bumi, melainkan ianya tidak digunakan sebagai makanan atau pakaian.

Sheikh: Jadi mengapa kamu setiasa menyimpan seketul tanah dari Karbala bersama kamu dan melakukan sujud diatasnya pada waktu solat?

SHIA MENYIMPAN SEKEPING TANAH UNTUK SUJUD DIWAKTU SOLAT.
Shirazi: Sujud pada bumi yang bersih adalah wajib. Solat wajib biasanya dilakukan di dalam rumah yang telah dihiasi dengan perabot dan karpet. Walaupun jika karpet dialihkan, simen dibawahnya mengandung bahan galian yang mana sujud diatasnya tidak dibolehkan.

Sheikh: Apa yang kami nampak adalah semua shia mempunyai sekeping tanah dari karbala dan menganggap sujud diatasnya sebagai wajib.

MENGAPA KAMI SUJUD DIATAS TANAH KARBALA.
Shirazi: Adalah benar kami sujud diatas tanah karbala, tetapi kami tidak menganggapnya sebagai wajib. Menurut dari arahan yang terdapat di dalam buku kami, kami menganggap sujud perlu pada bumi yang bersih. Bagaimana pun menurut dari ahli bayt, sujud pada tanah karbala yang suci adalah digalakkan.
 
Adalah amat sedih sebahagian menusia secara keji mengatakan shia menyembah Husain. Mereka menyokong pandangan mereka dengan mununjukkan bahawa shia sujud pada tanah karbala. Yang sebenarnya kami tidak pernah menyembah Husain, Ali atau Muhammad. Kami menyembah Allah, dan dengan mengikut perintah Allah kami sujud pada bumi yang bersih. Sujud kami bukan untuk Husain. Tetapi mengikut dari arahan Imam yang ma’sum dari keturunan nabi, sujud pada tanah suci karbala mendapat ganjaran yang lebih, tetapi ianya bukanlah wajib.

Sheikh: Bagaimana kamu boleh mengatakan tanah karbala mempunyai kualiti berbeza yang mana ia dapat keutamaan dari tanah yang lain.

CIRI-CIRI TANAH KARBALA.
Shirazi: Pertama, fakta sebenar bahawa lain kawasan mempunyai ciri-ciri tanah yang berlainan. Setiap bahagian bumi mempunyai kualitinya tersendiri yang hanya diketahui oleh pakar tanah. Bukan ahli tidak tahu perkara ini.
 
Kedua, ciri utama tanah karbala telah diketahui sebelum masa para Imam. Ianya adalah satu objek yang menarik perhatian pada masa hayat nabi, sebagaimana telah dirakamkan di dalam buku sahih ulama kamu.
 
Di dalam Khasa’isu’l-Kubra, oleh Jalalu’d-din Suyuti, beberapa hadith dari Ummu’l-Mu’minin Ummi Salma, Ummu’l-Mu’minin A’yesha, Ummu’l-Fazl, Ibn Abbas, dan Anas Bin Malik dsb mengenai tanah karbala telah disampaikan oleh ulama danj uga penyampai kamu yang terkenal dan dipercayai, seperti Abu Nu’aim Ispahani, Baihaqi, dan Hakim.
 
Satu laporan mengatakan: Saya melihat Husain dipangkuan nabi, datuknya, yang mempunyai sekeping tanah merah ditangannya. Nabi sedang mencium tanah itu dan menangis. Saya tanyakan apakah tanah itu. Nabi berkata: Jibril telah memberitahu saya bahawa anak saya, Husain ini akan dibunuh di Iraq. Dia telah bawakan tanah ini padaku dari tempatnya. Saya sedang tangisi penderitaan yang akan ditanggong oleh Husain.
 
Kemudian nabi menyerahkan tanah itu kepada Umme Salma dan berkata kepadanya, ‘Apabila kamu lihat tanah ini bertukar menjadi darah, kamu tahu bahawa Husain saya ini telah dibunuh.’
 
Umme Salma menyimpan tanah itu di dalam botol dan selalu melihat padanya, sehingga pada hari Ashura, 61 Hijrah, ianya telah bertukar menjadi darah. Maka tahulah dia bahawa Husain bin Ali telah syahid.
 
Telah dirakamkan oleh ulama kamu dan juga shia bahawa nabi dan para Imam memberikan pandangan yang khusus pada tanah karbala. Setelah syahidnya Imam Husain, Imam Seyyedu’s-Sajidin Zainu’l-Abidin Ali Bin Husain menggambil sebahagiannya, dan mengistiharkan ianya adalah tanah yang suci, dan menyimpannya di dalam bag. Imam yang suci melakukan sujud padanya dam membuat tasbih darinya dan menyebut nama Allah dengannya.
 
Selepas beliau, semua Imam yang berikutnya menganggap tanah karbala sebagai suci dan membuat tasbih darinya dan sekeping kecil untuk sujud diatasnya. Mereka mempelawa shia untuk sujud padanya, dengan kefahaman bahawa ianya bukanlah wajib, tetapi dengan pandangan untuk mendapat ganjaran yang lebih. Imam yang suci menekankan bahawa sujud kepada Allah hanyalah diatas tanah yang suci, dan lebih digalakkan jika ianya tanah karbala.
 
Seorang ulama, Abu Ja’far Muhammad Bin Hasan Tusi, mengatakan di dalam Misbahu’l-Mutahajjid bahawa Imam Ja’far as-Sadiq menyimpan sekeping tanah dari pusara Imam Husain di dalam kain kuning yang dibukanya pada wahtu solat dan melakukan sujud diatasnya.
 
Shia telah sekian lama menyimpan tanah ini bersama mereka. Kemudian ditakuti ianya akan bertaburan telah menjadikannya di dalam kepingan, yang dipanggil kini Mohr. Kami menganggap ianya adalah tanah yang suci, maka waktu solat kami sujud diatasnya tetapi bukanlah sebagai amalan yang wajib. Jika tidak mempunyai tanah yang suci bersama kami, kami sujud diatas tanah yang bersih, atau batu yang bersih. Dengan cara ini amalan yang wajib telah dilaksanakan.
 
Kami amat terperanjat pada tabiat ulama kamu, yang tidak mencari kesalahan pada keputusan yang dibuat dari empat mazhab perundangan. Iaitu, jika Imam Azam berkata, jika tidak ada air wudu hendaklah dilakukan dengan nabiz, Shafii, Maliki dan Hanbali tidak membantah. Jika Imam Ahmad bin Hanbal percaya Allah dapat dilihat dan dibolehkan untuk menyapu air pada serban diwaktu wudu, ulama dari mazhab yang lain tidak mengkritik dia. Begitu juga mereka tidak mengutuk keputusan perundangan unik yang lain, seperti menyatakan perkahwin kanak-kanak lelaki yang di dalam perjalanan, sujud diatas najis [tahi] yang kering atau benda najis yang lain atau bersetubuh dengan ibu dengan menggunakan sarongan kain.
 
Tetapi apabila kami katakan bahawa keturunan nabi telah mengatakan sujud pada tanah karbala adalah lebih baik, kamu menjerit mengatakan shia adalah kafir.

3 comments:

  1. syiah memang kafir.... meh hujah dengan saya pulak..

    kalau benar sujud di karbala itu wajib maka pasti tidak ada percanggahan antar sunni dan syiah...
    tetapi ia menjadi percanggahan buat masa yang lama.. tambahan pula nabi tidak menyembah tanah tersebut... anda sendiri mengatakan dengan jujurnya ..

    saya tidak mengkafirkan syiah sebaliknya syiah yang mengkafirkan sahabat2 nabi serta ahlul bait...

    ReplyDelete
  2. emang kalau kafir kenapa? masuk neraka ya? anda masuk surgakah? atau anda pegang kunci neraka??syiah tidak akan masuk neraka hanya karena anda katakan kafir, begitu pula anda tidak akan masuk neraka karena saya katakan anda kafir, neraka atau surga itu Allah yang punya mutlak, anda sendiri belum tentu masuk surga, alangkah beraninya anda mengklaim punya otoritas mengkafirkan orang !

    ReplyDelete
  3. jangan gaduh2 sih..Islam suruh kita aman damai..teguran perlu berhikmah..kembalilah pada Al-Quran, dan berguru dgn guru yang sahih dan benar..jangan tafsir Quran sesuka hati... :)

    ReplyDelete