Monday, July 18, 2011

Dialog: Mengaitkan Perkara Yang Tidak Layak ( Dalam Muktamar Baghdad)

Mengaitkan Perkara Yang Tidak Layak

       Al-‘Alawi berkata: Kemudian bahawa sesungguhnya Ahl al-Sunnah mengaitkan kepada Rasulullah s.a.w perkara yang tidak layak walaupun kepada manusia biasa!

       Al-‘Abbasi berkata: Seperti apa?

       Al-‘Alawi berkata: Seperti mereka berkata: Sesungguhnya Surah   ‘Abasa (80): 1-2 “Dia bermuka masam dan berpaling, kerana telah datang seorang buta kepadanya” telah diturunkan tentang Rasul [1]!

       Al-‘Abbasi berkata: Apakah yang menghalangnya?

       Al-‘Alawi berkata: Yang menghalangnya adalah firman Allah di dalam Surah al-Qalam (68): 4 “Dan sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung” dan firman-Nya di dalam Surah al-Anbiyaa’ (21): 107 “Dan tiadalah Kami mengutus kamu, melainklan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam” Adakah masuk akal bahawa Rasul yang disifatkan oleh Allah dengan akhlaknya yang agung dan menjadi rahmat kepada alam semesta melakukan perbuatan yang tidak berperi kemanusiaan terhadap orang buta mukmin? 
                                                                                      

Raja Mencelah

       Raja berkata: Adalah tidak masuk akal bahawa perbuatan ini keluar daripada Rasul kemanusiaan dan nabi rahmat. Jikalaulah begitu, wahai al-‘Alawi, kepada siapakah ayat ini diturunkan?

       Al-‘Alawi berkata: Hadis-hadis sahih dari keluarga Rasulullah di mana al-Qur’an telah turun di rumah mereka berkata: Sesungguhnya ayat tersebut telah turun tentang Uthman bin ‘Affan. Ia berlaku apabila Ibn Ummi Maktum berjumpa dengan Rasulullah, lantas Uthman menentangnya dan memalingkan belakangnya kepadanya.

       Di sini Sayyid Jamal al-Din; seorang ulama Syi‘ah yang hadir di dalam muktamar berkata: Telah berlaku kepadaku tentang kisah ini bersama Surah ini bahwa salah seorang ulama Nasara berkata kepadaku: Sesungguhnya Nabi kami adalah lebih  baik daripada nabi kamu Muhammad (s.a.w). Aku berkata: Kenapa?

       Dia berkata: Sesungguhnya nabi kamu mempunyai akhlak yang jahat bermasam muka kepada golongan yang buta dan memalingkan belakangnya  kepada mereka. Sementara nabi kami Isa mempunyai akhlak yang baik menyembuhkan golongan yang buta dan berpenyakit sopak.

       Aku berkata: Wahai Masihi, ketahuilah sesungguhnya kami adalah Syi‘ah, kami berpendapat bahawa Surah telah turun tentang Uthman bin ‘Affan dan bukan tentang Rasulullah s.a.w. Sesungguhnya nabi Kami Muhammad s.a.w mempunyai akhlak yang baik, sifat yang terpuji sebagaimana Allah berfirman di dalam Surah al-Qalam (68): 4 “Dan sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung” dan firman-Nya di dalam Surah al-Anbiyaa’ (21): 107 “Dan tiadalah Kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam”

       Orang Masihi itu berkata: Sesungguhnya aku telah mendengar kata-kata ini daripada seorang khatib di Baghdad!

       Al-‘Alawi berkata: Apa yang masyhur di sisi kami bahwa sebahagian perawi yang jahat telah mengaitkan kisah ini kepada Rasulullah bagi melepaskan Uthman bin ‘Affan. Justeru itu, mereka telah mengaitkan pembohongan kepada Allah dan Rasul sehingga mereka membersihkan khalifah-khalifah mereka!

Raja Meminta Pertukaran Tajuk

       Raja berkata: Tinggalkan tajuk ini dan bercakaplah tentang tajuk yang lain.



[1] Ahl al-Sunnah berpendapat ganti nama “Dia” di dalan ayat tersebut kembali kepada Rasulullah s.a.w dan bukan kepada Uthman bin ‘Affan.

No comments:

Post a Comment