Tuesday, July 5, 2011

Wahai umat yang telah ditipu (khudi‘at)


Ali as:
“Wahai umat yang telah ditipu (khudi‘at), lalu tertipu (fa-inkhda‘at), dan mengetahui penipuan orang yang menipunya (‘arafat khadi‘ata man khada‘a-ha), lantas berkeras di atas apa yang diketahuinya dan mengikut hawa nafsunya dengan angkuh. Kebenaran terserlah kepadanya, tetapi ia menentangnya. Jalan yang terang diselewengkannya. Demi Yang memecahkan bijian dan menghidupkan jiwa,  sekiranya kamu mengambil ilmu daripada galiannya, meminum air daripada kemanisannya, menyimpan kebaikan pada tempatnya, mengambil jalan yang terang dan benar, nescaya kamu berjaya dan mendapat cahaya Islam.”

(Raudhat al kafi)

No comments:

Post a Comment