Dialog Tentang Sahabat
Pembesar ulama Ahl al-Sunnah bernama Syeikh al-‘Abbasi berkata: Sesungguhnya aku tidak boleh berbincang dengan mazhab yang mencaci semua sahabat.
Pembesar ulama Syi‘ah bernama al-Husain bin Ali dikenali dengan al-‘Alawi berkata: Siapakah yang mengkafirkan semua sahabat?
Al-‘Abbasi berkata: Kamu Syi‘ahlah yang mengkafirkan semua sahabat (yukaffiruuna kulla al-Sahabat).
Al-‘Alawi berkata: Kata-kata anda ini menyalahi kenyataan. Tidakkah di kalangan para sahabat itu adalah Ali a.s, al-‘Abbas, Salman Ibn ‘Abbas, al-Miqdad, Abu Dhar dan lain-lain, adakah kami Syi‘ah mengkafirkan mereka?
Al-‘Abbasi berkata: Aku maksudkan dengan semua sahabat itu adalah Abu Bakr, Umar, Uthman dan pengikut-pengikut mereka.
Al-‘Alawi berkata: Anda telah bercanggah dengan diri anda sendiri, tidakkah ahli ilmu Mantiq menetapkan bahawa (mujibat juz’iyyah bertentangan dengan (saalibat Kulliyyah), anda berkata pada satu ketika bahawa Syi‘ah mengkafirkan semua sahabat dan anda berkata pula bahawa Syi‘ah mengkafirkan sebahagian sahabat.
Wazir Mahu Campur Tangan
Di sini Nizam al-Mulk mahu bercakap, tetapi seorang alim Syi‘ah tidak membiarkannya, lalu berkata: Wahai wazir yang mulia, tiada seorang yang berhak bercakap melainkan apabila kami lemah dari menjawabnya. Jika tidak, ia akan bercampur-aduk dengan perbincangan dan mengeluarkan percakapan dari tempatnya, tanpa keputusan.
Kemudian seorang alim Syi‘ah berkata: Ternyata, wahai al-‘Abbasi, bahawa kata-kata anda bahawa Syi‘ah mengkafirkan semua sahabat adalah pembohongan yang jelas.
Al-‘Abbasi tidak dapat menjawabnya, maka mukanya kemerahan kerana malu, kemudian berkata: Tinggalkan kami daripada perkara ini, tetapi adakah kamu Syi‘ah mencaci Abu Bakr, Umar dan Uthman?
Al-‘Alawi berkata: Sesungguhnya di kalangan Syi‘ah ada golongan yang mecaci mereka dan ada golongan yang tidak mencaci mereka.
Al-‘Abbasi berkata: Dan anda, wahai al-‘Alawi, daripada golongan mana?
Al-‘Alawi berkata: Di kalangan mereka yang tidak mencaci sahabat, tetapi aku berpendapat bahawa sesungguhnya golongan yang mencaci sahabat mempunyai logik mereka. Dan cacian mereka kepada mereka bertiga tidak membawa kepada apa-apa; tidak kafir, tidak fasiq dan tidak pula berdosa kecil [1].
Al-‘Abbasi berkata: Adakah anda telah mendengar, wahai raja, apa yang sedang dikatakan oleh lelaki ini?
Al-‘Abbasi Cuba Mendapat Sokongan Raja
Al-‘Alawi berkata: Wahai al-‘Abbasi, sesungguhnya percakapan yang anda tujukan kepada raja itu adalah satu kesalahan, kerana raja mengumpulkan kita untuk berbincang dengan hujah dan dalil, bukan dengan hukuman senjata dan kekuatan.
Raja berkata: Apa yang dikatakan oleh al-‘Alawi itu adalah betul, apakah jawapan anda, wahai al-‘Abbasi?
Al-‘Abbasi berkata: Jelas sekali bahawa barangsiapa yang mencaci sahabat adalah kafir.
Al-‘Alawi berkata: Ia jelas di sisi anda dan bukan di sisiku, apakah dalil kekafiran orang yang mencaci sahabat berdasarkan ijtihad dan dalil, adakah anda mengakui bahawa orang yang dicaci oleh Rasul berhak dicaci?
Al-‘Abbasi berkata: Aku mengakuinya.
Rasul Mencaci Abu Bakr Dan Umar
Al-‘Alawi berkata: Maka Rasul telah mencaci Abu Bakr dan Umar.
Al-‘Abbasi berkata: Di manakah beliau s.a.w telah mencaci mereka? Ini adalah pembohongan terhadap Rasulullah.
Al-‘Alawi berkata: Ahli sejarah di kalangan Ahl al-Sunnah telah menyebut bahawa Rasul telah menyediakan tentera di bawah pimpinan Usamah dan beliau s.a.w telah menjadikan Abu Bakr dan Umar di dalamnya dan bersabda: Allah melaknati orang yang mengundurkan diri daripada tentera Usamah” (La‘ana llahu man takhallafa ‘an jaisyi Usamah) Kemudian Abu Bakr dan Umar telah mengundurkan diri[2] daripada tentera Usamah. Justeru itu, laknat Rasul meliputi mereka. Barangsiapa yang dilaknati Rasul, maka berhak bagi orang muslim melaknatinya pula.
Di sini al-‘Abbasi menggelingkan kepalanya tanpa berkata apa-apa.
Raja Meminta Penjelasan
Raja berkata kepada wazir: Adakah apa yang dikatakan oleh al-‘Alawi itu benar?
Wazir berkata: Ahli Tawaarikh telah menyebutnya[3].
Al-‘Alawi berkata: Jika mencaci sahabat adalah haram, kenapakah kamu tidak mengkafirkan Mu‘awiyah bin Abu Sufyan, kamu tidak menghukum kefasikannya dan kejahatannya, kerana dia telah mencaci Imam Ali bin Abu Talib a.s selama empat puluh tahun. Kemudian cacian kepadanya berterusan kepada tujuh puluh tahun? [4]
Raja Meminta Pertukaran Tajuk
Raja berkata: Potong percakapan ini dan bercakaplah tentang tajuk yang lain.
[1] Al-Bukhari, Sahih, viii, hlm. 378-385 (Bab fi al-Haud) hadis no.578, 584, 585, 586, 587, 590 meriwayatkan bahawa para sahabat Nabi s.a.w telah murtad selepas kematiannya. Nabi s.a.w bersabda: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya mereka adalah para sahabatku (ashaabi). Dijawab: Sesungguhnya anda tidak mengetahui bid‘ah-bid‘ah (ahdathuu) yang dilakukan oleh mereka selepas anda. Sesungguhnya mereka telah menjadi murtad ke belakang”. Hanya hadis no. 587 meriwayatkan bahawa “Hanya sedikit daripada mereka terselamat seperti unta yang terpisah daripada pengembalanya” Ini disebabakan mereka telah mengubah sunnah Rasulullah s.a.w. Lihat juga, Muslim, Sahih, iv, hlm.1793-6 (Kitab al-Fadhaa’il) hadis no.26, 28, 29, 31 dan 32.Hadis no. 26 meriwayatkan “kerana kamu tidak mengetahui apa yang telah dilakukan oleh mereka (sahabat) selepas anda meninggalkan mereka. Maka aku bersabda: Terjauh, terjauh daripada (rahmat) mereka yang telah mengubah (baddala) sunnahku selepasku”.
[2] Melarikan diri.
[3] Ibn Sa‘d, Tabaqaat, bhg.2, ii, hlm.41, Ibn ‘Asaakir, Tarikh, ii,hlm.391, Ibn al-Athir, al-Kaamil, ii,hlm.129, al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-‘Umaal,v, hlm.312.
[4] Ibn al-Athir, al-Kamil, ix, hlm. 102, Ibn al-Jauzi, al-Muntazam, vii, hlm. 283.
No comments:
Post a Comment