Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada bapanya, dan Muhammad bin Khalid al-Barqi, dan al-‘Abbas bin Ma‘ruf, daripada al-Qasim bin ‘Urwah, daripada Barid bin Mu‘awiyah al-‘Ajali berkata: Aku telah bertanya Abu Ja‘far a.s tentang rasul, nabi dan muhddath, maka beliau berkata: Rasul adalah yang didatangi oleh malaikat, dan berdepan dengan mereka, serta menyampaikannya daripada Allah (al-ladhi ta’ti-hi m al-Malaikatu wa yu‘ayinu-hum wa tablughu-hu ‘ani l-Lahi). Nabi adalah yang melihat di dalam tidurnya (al-Ladhi yara fi manami-hi). Maka apa yang beliau telah melihat di dalam tidurnya adalah sebagaimana beliau melihat ketika jaga, dan al-Muhaddath adalah yang mendengar percakapan malaikat (al-Ladhi yasma‘u kalama al-Malaikati)sama ada ia membisikkannya di telinganya (yanquru fi udhunai-hi) atau menerangkannya di hatinya (yankutu fi qalbi-hi )[1].
Daripadanya, daripada Ahmad bin Muhammad bin Abu Nasr, daripada Tha‘labah bin Maimun, daripada Zararah berkata: Aku telah bertanya Abu Ja‘far a.s tentang firman Allah a.w di dalam Surah Maryam (19): 54 “dia adalah seorang rasul, dan nabi”. Kami telah mengetahui seorang rasul dan siapakah nabi? Maka beliau berkata: Nabi adalah orang yang melihat malaikat di dalam tidurnya, mendengar suara malaikat, tetapi tidak berdepan dengannya. Adapun rasul, maka ia berdepan dengan malaikat, dan bercakap kepadanya, aku berkata: Apakah kedudukan imam? Beliau berkata: Imam mendengar suara malaikat, tetapi tidak melihatnya dan tidak berdepan dengannya. Kemudian beliau telah membaca ayat ini “Aku tidak mengutus sebelum kamu seorang rasul, dan tidak seorang nabi (dan tidak seorang muhaddath )[2].
Al-Haitham bin Abu Masruq al-Nahdi, dan Ibrahim bin Hasyim, daripada Ismail bin Mihran berkata: Al-Hasan bin al-‘Abbas al-Ma‘rufi telah menulis kepada Abu al-Hasan al-Ridha a.s: Aku telah menjadikan diri aku tebusan anda, beritahu aku apakah perbezaan di antara rasul, nabi, dan imam? Maka beliau telah menulis kepadanya: Perbezaan di antara rasul, nabi dan imam. Rasul adalah yang diturunkan Jibrail ke atasnya, maka beliau dapat melihatnya, bercakap kepadanya, dan mendengar percakapannya dan diturunkan ke atasnya wahyu. Kemungkinan wahyu diberikan di dalam tidurnya seperti Ibrahim. Adapun nabi, kemungkinan beliau telah mendengar percakapan malaikat, kemungkinan beliau dapat melihatnya dan tidak mendengar percakapannya. Adapun imam mendengar percakapan malaikat, tetapi tidak melihatnya.
Ibrahim bin Muhammad al-Thaqafi berkata: Ismail bin Yasar telah memberitahu aku, daripada Ali bin Ja‘far al-Hadhrami, daripada Zararah bin A‘yan berkata: Aku telah bertanya Abu Abdullah a.s tentang firman-Nya “kami tidak mengutus sebelum kamu seorang rasul, dan tidak seorang nabi, (dan tidak seorang muhaddath) maka beliau berkata: Rasul adalah yang didatangi Jibrail secara berdepan, maka ia bercakap kepadanya, dan beliau pula melihatnya sebagaimana seorang lelaki melihat sahabatnya. Nabi adalah yang didatangi wahyu di dalam tidurnya seperti mimpi Ibrahim dan Muhammad s.a.w. Di kalangan mereka ada yang terkumpul kerasulan dan kenabian, maka Muhammad s.a.w adalah di antara mereka yang terkumpul kerasulan dan kenabian. Muhaddath mendengar percakapan malaikat, tetapi tidak melihatnya dan ia tidak mendatanginya di dalam tidurnya[3].
Semua Para Imam Muhaddathun
Daripadanya, Ismail bin Yasar telah memberitahuku, berkata: Ali bin Ja‘far al-Hadhrami telah memberitahu aku, daripada Sulaim bin Qais sesungguhnya beliau telah mendengar Ali a.s berkata: Sesungguhnya aku, dan para wasi aku daripada anak-anak lelaki aku adalah para imam yang mendapat hidayat semua kami adalah muhaddathun, aku berkata: Wahai Amir al-Mukminin, siapakah mereka? Beliau berkata: al-Hasan dan al-Husain, kemudian anak lelaki aku Ali bin al-Husain-beliau berkata: Ali pada masa itu masih menyusu-kemudian lapan orang selepasnya seorang selepas seorang, merekalah Allah telah bersumpah di dalam Surah al-Balad (90): 3 “dan demi bapa, dan anak-anaknya” (wa walidin wa ma walada). Adapun walid (bapa) adalah Rasulullah s.a.w dan wa ma walada (anak-anaknya) iaitu para wasi.
Maka aku berkata: Wahai Amir al-Mukminin, adakah dua imam berkumpul? Maka beliau berkata: Tidak, melainkan salah satu daripadanya diam tidak bercakap sehingga berlalunya yang pertama. Sulaim berkata: Aku telah bertanya Muhammad bin Abu Bakr, maka aku berkata: Adakah Ali a.s Muhaddath? Beliau berkata: Ya, aku berkata: Malaikat bercakap kepada para imam (yuhaddithu al-Malaikatu al-Aimmata)? Maka beliau berkata: Tidakkah anda membaca “dan kami tidak mengutus sebelum kamu seorang rasul, dan tidak seorang nabi, dan (tidak seorang muhaddath). Aku berkata: Adakah Amir al-Mukminin muhaddath? Maka beliau berkata: Ya, dan Fatimah adalah muhaddathah walaupun beliau bukan seorang nabi perempuan (wa lam takun nabiyyatan).
[1] Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, vii , 293
[2] Al-Kulaini, al-Kafi, 176
No comments:
Post a Comment