BAHAGIAN KETIGA
Bid‘ah-bid‘ah Khalifah Abu Bakr dan Umar, Fadak, percubaan membunuh Ali a.s., kelebihan Ahl al-Bait, Imam Dua Belas dll.
Kata-kata Ali a.s: “Aneh! Hati umat ini dimabukkan oleh cinta kepada Abu Bakr dan Umar”
Kemudian Ali a.s. berkata: Aneh! Hati umat ini dimabukkan oleh cinta kepada lelaki ini dan sahabat sebelumnya, dan menyerah kepadanya setiap sesuatu yang diciptakannya (ahdatha-hu). Jika gabenor-gabenornya menjadi pengkhianat, nescaya harta-harta yang ada di tangan mereka juga suatu pengkhianatan. Dan tidak halal baginya meninggalkannya. Dia hendaklah mengambil kesemuanya kerana itu adalah harta Muslimin. Dia tidak berhak mengambil separuh dan meninggalkan separuhnya. Dan jika mereka bukanlah pengkhianat, maka tidak halal baginya mengambil harta mereka sama ada sedikit ataupun banyak.[1]
Sesungguhnya dia mengambil separuh daripada harta mereka sekiranya mereka pengkhianat. Tetapi mereka tidak mengakuinya dan mereka pula tidak dibuktikan. Justeru itu, tidak halal baginya mengambil daripada mereka sama ada sedikit ataupun banyak. Dan yang lebih aneh lagi, dia mengembalikan kepada mereka kerja mereka. Sekiranya mereka (para gabenor) pengkhianat, maka tidak halal baginya melantik mereka kembali. Dan sekiranya mereka bukan pengkhianat, maka tidak halal harta mereka untuknya.[2]
Penjelasan Ali a.s. kepada orang ramai tentang bid‘ah-bid‘ah Abu Bakr dan Umar
Kemudian Ali a.s. berhadapan dengan mereka dan berkata: Aneh sekali! Mereka melihat Sunnah Nabi mereka bertukar-tukar dan berubah-ubah sedikit demi sedikit dan bab demi bab, kemudian mereka meridhai tanpa menentangnya. Malah mereka memarahi untuknya, mencela mereka yang mengaibkannya dan mengingkarinya! Kemudian datang kaum selepas kami, mereka akan mengikuti bid‘ah-bid‘ahnya, kezalimannya, dan perlakuan-perlakuannya (ahdatha-hu). Mereka telah mengambil perlakuannya sebagai sunnah dan agama untuk menghampirkan diri mereka kepada Allah[3].
Umpamanya, dia telah memindahkan Maqam Ibrahim a.s. dari tempat yang diletakkan oleh Rasulullah (Saw.) kepada tempatnya pada masa Jahiliyah di mana Rasulullah (Saw.) telah memindahkannya.[4] Dia telah mengubah gantang Rasulullah dan cupaknya. Sedangkan terdapat padanya fardhu dan sunat. Penambahannya mendatangkan keburukan kepada fakir miskin di dalam kaffarh al-Yamin dan al-Zihar. Dengan kedua-duanyalah mereka diberi tanaman yang wajib. Rasulullah Saw. bersabda: “Wahai Tuhan! Berkatilah kami pada cupak dan gantang kami. Dan mereka tidak akan mengubahnya kelak”. Tetapi mereka meridhai dan menerima apa yang dilakukannya.
Dialog Fatimah a.s. dengan Abu Bakr tentang Fadak
Dia dan sahabatnya telah merampas Fadak daripada Fatimah a.s. di mana beliau memakan hasilnya pada masa nabi (Saw.). Dia telah meminta Fatimah memberi keterangan di atas miliknya. Dia tidak membenarkannya dan menolak penyaksian Umm Aiman. Dia mengetahui dengan yakin sebagaimana kami mengetahui bahawa Fadak adalah milik Fatimah. Adalah tidak halal baginya meminta Fatimah supaya memberi keterangan atas apa yang menjadi miliknya dan menuduhnya pula. Kemudian dia telah meminta ihsan orang ramai mengenainya, lantas mereka memujinya[5]pula.
Mereka berkata: Kewarakan dan kelebihannya telah mendorongnya untuk melakukan sedemikian. Kemudian mereka memperelokkan keburukkan perbuatan mereka berdua, sekalipun mereka berdua menentang Fatimah. Mereka berdua berkata: Kami menyangka bahawa sesungguhnya Fatimah tidak berkata melainkan kebenaran dan sesungguhnya Ali tidak memberi penyaksian melainkan dengan kebenaran. Sekiranya bersama Umm Aiman perempuan lain, nescaya kami telah menyelesaikan untuknya.
Dengan demikian itu mereka mengambil peluang di sisi orang jahil. Apa kaitan mereka bagi menjadi hakim sehingga mereka diberi atau dihalang? Tetapi umat diuji dengan mereka berdua. Lantaran itu, dimasukkanlah diri mereka pada perkara di mana mereka tidak ada hak padanya. Lagipun mereka tidak mengetahui mengenainya. Sesungguhnya Fatimah (a.s.) berkata ketika dia merampasnya sedangkan ia adalah miliknya: Tidakkah ia di tanganku dan wakilku padanya. Sesungguhnya aku memakan hasilnya pada masa Rasulullah (Saw.) masih hidup?[6]
Mereka menjawab: Ya. Beliau berkata: Kenapa kalian berdua bertanya tentang saksi ke atas perkara yang menjadi milikku? Mereka menjawab: Kerana ia adalah fai’ Muslimin. Jika saksi tidak ada, kami tidak akan menyelesaikannya. Beliau a.s. berkata kepada mereka berdua dan orang ramai di keliling mendengarnya: Adakah kalian berdua mahu menolak apa yang telah dilakukan oleh Rasulullah Saw. dan menghukum kami secara khusus dan tidak menghukum semua Muslimin dengannya?[7]
Wahai manusia! Dengarilah apa yang mereka berdua telah lakukan (daripada dosa). Beliau berkata: Apakah pendapat kalian sekiranya aku mendakwa harta Muslimun yang ada pada tangan mereka. Adakah kalian akan meminta saksi daripadaku atau daripada mereka. Mereka berdua berkata: Tidak. Kami akan meminta saksi daripada anda. Sekiranya semua kaum Muslimin mendakwa apa yang ada di tanganku, kalian akan meminta saksi daripada mereka atau daripadaku? Maka Umar menjadi marah dan berkata: Ini adalah Fai’ Muslimin dan tanah mereka tetapi Fatimah memakan hasilnya.[8]
Dia membuktikan keterangan di atas dakwaannya bahawa Rasulullah (Saw.) telah menghebahkan kepadanya di kalangan Muslimin dan ia adalah fai’’[9] mereka dan hak mereka, nescaya kami mempertimbangkannya. Beliau a.s. berkata: Hasbi. Aku menyeru kalian dengan nama Allah wahai manusia! Tidakkah kalian mendengar Rasulullah bersabda: Sesungguhnya anak perempuanku adalah penghulu wanita Syurga? Mereka menjawab: Wahai Tuhanku! Ya. Sesungguhnya kami telah mendengarnya daripada Rasulullah Saw. Beliau berkata: Adakah penghulu wanita Syurga mendakwa kebatilan dan mengambil bukan haknya. Apakah pendapat kalian sekiranya empat orang lelaki memberi penyaksian ke atasku bahawa aku telah melakukan fahisyah (zina) atau dua orang lelaki memberi penyaksian ke atasku bahawa aku telah melakukan sariqah (pencurian), adakah kalian membenarkannya ke atasku? Adapun Abu Bakr hanya berdiam. Umar berkata: Ya. Kami akan menjalankan had ke atas anda.
Beliau berkata: Anda telah berbohong (kadhabta) dan dicela (lu‘imta) melainkan anda mengakui bahawa sesungguhnya anda bukan di atas agama Muhammad. Sesungguhnya orang yang mengharuskan penyaksian (syahadah) ke atas penghulu wanita Syurga atau menjalankan had ke atasnya adalah orang yang dilaknati dan kafir (la mal’un kafir) dengan apa yang telah diturunkan Allah ke atas Muhammad. Kerana sesungguhnya Allah telah menghilangkan daripada mereka kekotoran dosa dan membersihkan mereka sebersih-bersihnya, tidak harus dijalankan penyaksian ke atas mereka kerana mereka adalah maksum daripada segala kejahatan dan bersih daripada segala kekejian (fahisyah).
Beritahuku wahai Umar! Siapakah yang dimaksudkan dengan ayat ini (man ahlu hadhihi al-ayah)? Sekiranya satu kaum memberi penyaksian ke atas mereka atau ke atas seseorang daripada mereka dengan syirk, kufr atau perkara yang keji (fahisyah), Muslimun akan membersihkan diri daripada mereka dan akan mengenakan had ke atas mereka. Dia menjawab: Ya. Mereka dan orang lain adalah sama dalam perkara tersebut.
Beliau (a.s.) berkata: Anda telah berbohong (kadhabta) dan ingkar (kafarta). Mereka dan orang ramai tidaklah sama di dalam perkara tersebut. Kerana Allah telah menjaga mereka, menurunkan ‘ismah dan tathir kepada mereka. Dan Dia telah menghilangkan daripada mereka kekotoran dosa.[10] Justeru itu, sesiapa yang membenarkan ke atas mereka, maka sesungguhnya dia membohongi Allah dan Rasul-Nya. Abu Bakr berkata: Aku bersumpah ke atas anda wahai Umar supaya diam.
Abu Bakr memerintahkan supaya Ali a.s. dibunuh semasa solat dan penyesalannya
Apabila malam tiba, mereka berdua datang kepada Khalid bin al-Walid. Mereka berkata: Kami mahu merahsiakan kepada anda satu perkara. Kami mempertanggungjawabkan kepada anda kerana kami percayakan anda. Dia berkata: Kalian berdua berilah tanggungjawab kepadaku menurut kehendak anda kerana aku taat kepada kalian berdua. Mereka berkata kepadanya: Pemerintahan dan kekuasaan kami tidak akan memberi manfaat kepada kami selama Ali masih hidup.
Tidakkah anda mendengar apa yang dikatakannya kepada kami dan apa yang kami hadapi? Kami tidak menjaminnya. Kemungkinan dia menyeru orang ramai secara senyap-senyap, maka orang ramai akan menyahut seruannya. Justeru itu, mereka menentang kami kerana dia adalah Arab yang paling berani.[11]
Dan sesungguhnya kami telah melakukan sesuatu terhadapnya sebagaimana anda telah melihatnya. Kami mengalahkannya bagi memiliki kerajaan sepupunya (Rasulullah Saw.) dan tidak ada hak bagi kami terhadapnya. Kami telah merampas Fadak daripada perempuannya. Apabila anda mengerjakan solat subuh dengan orang ramai, maka berdirilah di sisinya. Pedang anda hendaklah bersama anda. Maka apabila anda mengerjakan solat dan memberi salam, maka penggallah kepalanya.
Ali a.s. berkata: Khalid mengerjakan solat di sisiku dalam keadaan bersiap-sedia dengan pedang di atas kepalanya (mutaqallidan). Maka Abu Bakr pun berdiri di dalam solat dan mulai membincangkannya dengan dirinya lalu menyesalinya. Dan melepaskan tangannya sehingga matahari hampir naik.[12] Kemudian dia berkata sebelum memberi salam: Jangan anda lakukan apa yang aku perintahkan kepada anda, kemudian memberi salam. Aku berkata kepada Khalid: Apakah itu? Dia menjawab: Abu Bakr memerintahkan apabila dia memberi salam, aku akan memenggal kepala anda. Aku berkata: Adakah anda akan melakukannya? Dia menjawab: Demi Tuhanku (ayyu rabbi) aku akan melakukannya.[13]
Penjelasan Ali a.s. kepada al-Abbas tentang bid‘ah-bid‘ah Abu Bakr dan Umar
Sulaim berkata: Kemudian Ali a.s. berhadapan dengan al-Abbas dan orang di sekitarnya, lalu berkata: Tidakkah kalian hairan bahawa dia dan sahabatnya menahan kami daripada saham kerabat[14] yang telah difardhukan oleh Allah kepada kami dalam al-Qur’an. Dan Allah mengetahui sesungguhnya mereka akan menzalimi kami mengenainya dan akan mencabutnya daripada kami. Dia berfirman dalam Surah al-Anfal (8): 41, ‘‘Sekiranya kalian beriman dengan Allah dan apa yang telah kami turunkan ke atas hamba kami pada Hari al-Furqan, pada hari bertemunya dua kumpulan”. Aneh! Dia telah memusnahkan rumah saudaraku Ja‘far dan menyambungkannya pada Masjid tanpa membayar sesuatupun kepada anak-anaknya. Kemudian orang ramai tidak mengaibkannya atau memalukannya. Seolah-olah dia telah mengambil rumah lelaki Dailam.
Aneh! Kerana kejahilannya dan kejahilan umat bahawa dia menulis surat kepada para gabenornya: Sesungguhnya orang yang berjunub[15] apabila tidak mendapati air, maka tidak wajib mengerjakan solat dan tidak wajib baginya bertayammum sekiranya tidak mendapatinya sehingga berjumpa Allah. (Di dalam riwayat yang lain. Sekiranya tidak mendapatinya setahun). Kemudian orang ramai menerimanya dan meridhainya.[16]
Sesungguhnya dia mengetahui dan orang ramai pun mengetahui bahawa Rasulullah (Saw.) telah memerintahkan Ammar dan Abu Dhar supaya bertayammum daripada janabah, mengerjakan solat dan mempersaksikan di sisinya.[17] Perkara yang sama dilakukan juga oleh orang lain di sisinya, tetapi dia (Umar) tidak menerimanya. Aneh! Dia telah mencampuradukkan hukum yang bermacam-macam dalam masalah had[18], tanpa ilmu kerana kediktatoran (ta’assufan) dan kejahilan (jahlan).
Dakwaan mereka berdua terhadap apa yang mereka tidak tahu semata-mata kerana berani (jur’atan) terhadap Allah. Mereka mendakwa bahawa Rasulullah (Saw.) mati tanpa memberi sebarang hukuman mengenai datuk lelaki (al-Jadd) dan tidak meninggalkan seorangpun yang mengetahui tentang bahagian pusaka datuk.[19] Kemudian mereka memberi bai‘ah kepada mereka berdua di atas perkara tersebut, lalu membenarkan mereka berdua.
Dia (Umar) telah memerdekakan Ummahat al-Aulad, maka orang ramai mengambil kata-katanya dan meninggalkan sabda Rasulullah (Saw.). Dan apa yang dia lakukan kepada Nasr bin al-Hajjaj, Ja‘dah bin Sulaim dan Ibn Wabrah. Apa yang lebih aneh daripada itu adalah mengenai Abu al-Kanafi al-‘Abdi yang datang berjumpanya dan berkata: Sesungguhnya aku telah menceraikan isteriku dan aku tidak ada (ghaib) pada masa itu. Maka talak telah sampai kepadanya.
Kemudian aku merujuknya di dalam ‘iddahnya, tetapi suratku tidak sampai kepadanya sehingga dia (isteri) berkahwin (Tazawwajat). Maka dia (Umar) menulis kepadanya: Sekiranya lelaki yang mengahwininya telah menyetubuhinya, maka dia adalah isterinya. Dan sekiranya dia belum menyetubuhinya, maka dia adalah isteri anda.[20] Dia menulis kepadanya mengenainya dan aku telah menyaksikannya.
Dia tidak bermesyuarat denganku dan tidak pula bertanyakanku. Dia fikir ilmunya sudah memadai tanpa memerlukan keilmuanku. Aku mahu menghalangnya. Kemudian aku berkata: Aku tidak peduli jika Allah mendedahkan keburukkannya. Namun orang ramai tidak mencelanya malah memuji dan mengambilnya sebagai sunnah (Sunnatan). Mereka menerima dan melihatnya sebagai betul (sawaban).[21] Demikianlah dia menghukumnya. Sekiranya seorang gila yang kurus kering menghukumnya, nescaya dia tidak menambahnya. Seterusnya dia meninggalkan ‘‘Hayya ‘ala Khairil ‘Amal” dalam azan.[22] Maka mereka mengambilnya sebagai sunnah dan mengikutnya pula.
Dan hukumannya terhadap al-Mafqud (lelaki yang hilang) bahawa ajal isterinya adalah empat tahun, kemudian dia boleh kahwin. Dan sekiranya suaminya kembali, dia diberi pilihan antara perempuannya dan al-Saddaq (mas kahwin). Maka orang ramai memujinya dan mengambilnya sebagai sunnah. Mereka menerima daripadanya kerana kejahilan, sedikit ilmu dengan Kitab Allah SWT dan Sunnah Nabi Saw.
Dia mengeluarkan setiap orang buta dari Madinah dan menghantar kepada gabenornya di Basrah dengan tali sepanjang lima jengkal (asybar). Dan kata-katanya: Sesiapa yang kalian mengambilnya daripada al-A‘jam[23] di mana ukurannya sepanjang tali ini maka penggallah kepalanya. Dia mengembalikan sibaya (hamba perempuan) yang bersembunyi sedangkan mereka sedang hamil. Dia menghantar seutas tali mengenai kanak-kanak yang mencuri di Basrah dan berkata: Sesiapa yang sampai sepanjang tali ini maka kalian potonglah (tangan)[24].
Apa yang paling aneh daripada itu adalah seorang pembohong lelaki (kadhdhaban) direjam dengan sebab seorang pembohong perempuan (kadhdhabah). Dia (Umar) menerimanya (kadhdhabah) dan orang jahil menerimanya pula. Mereka menyangka sesungguhnya para Malaikat bercakap di atas lidahnya (Umar) dan mengajarnya. Dia memerdekakan sibaya (hamba perempuan) ahli Yaman. Dia dan sahabatnya mengundurkan diri daripada tentera Usamah bin Zaid sedangkan mereka berdua telah menerima kepemimpinannya.[25]
Kemudian apa yang lebih aneh daripada itu adalah bahawa sesungguhnya Allah mengetahui dan orang ramai pun mengetahui bahawa dialah orang yang telah menghalang Rasulullah (Saw.) daripada kertas dan dakwat yang dimintanya.[26] Kemudian peristiwa tersebut tidak memudarat dan mengurangkannya (Umar) di sisi mereka. Dialah sahabat Safiyyah[27] ketika dia berkata kepadanya apa yang dia kata, maka Rasulullah (Saw.) memarahinya dan berkata apa yang beliau kata.
Dialah yang berkata kepadaku ketika aku melaluinya suatu hari: Umpama Muhammad pada Ahl Baitnya adalah seumpama pokok kurma (nakhlah) yang tumbuh di dalam sampah (kunasatin). Kata-kata itu sampai kepada Rasulullah (Saw.) lantas beliau menjadi marah, beliau keluar dan menaiki mimbar Masjid. Kaum Ansar terkejut dan datang dengan senjata manakala mereka melihat kemarahan Rasulullah (Saw.).
Penjelasan Rasulullah Saw. tentang keutamaan Ahl Baitnya a.s.
Beliau bersabda: Apakah gerangan mereka yang menghinaku dengan kerabatku. Dan sesungguhnya mereka mendengar daripadaku apa yang aku kata tentang kelebihan mereka; kelebihan yang Allah kurniakan kepada mereka, apa yang Allah mengkhususkan untuk mereka dengan hilangnya kekotoran dosa dan kesucian yang Allah kurniakan kepada mereka. Sesungguhnya aku memberitahu mereka tentang kelebihan Ahl Baitku[28] dan orang yang terbaik mereka daripada apa yang telah dikurniakan Allah kepadanya, memuliakannya, melebihkannya ke atas orang yang mendahuluinya dalam Islam, ujian-Nya padanya, kekerabatannya dengan. Sesungguhnya beliau adalah daripadaku seperti kedudukan Harun daripada Musa.[29] Kemudian kalian menyangka umpama aku pada Ahl Baitku seperti pokok kurma yang tumbuh di dalam sampah Sesungguhnya Allah menciptakan makhluk-Nya, maka Dia telah membahagikannya kepada dua kumpulan.
Maka Dia menjadikan aku orang yang terbaik di kalangan dua kumpulan itu. Kemudian Dia menjadikan satu kumpulan tersebut kepada tiga kumpulan yang terdiri daripada syu‘yuban (suku-suku), qaba’ila (kabilah-kabilah) dan buyutan (rumah-rumah).
Maka Dia menjadikan aku orang yang terbaik di kalangan suku, dan kabilah, kemudian Dia menjadikan mereka buyutan, lalu Dia menjadikan aku baitan (rumah) yang terbaik sebagaimana firman-Nya ‘‘Sesungguhnya Allah mahu menghilangkan daripada kamu Ahl al-Bait kekotoran dosa dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya”. Maka aku dapati pada Ahl Baitku dan ‘Itrahku, aku dan saudaraku Ali bin Abu Talib. Hanya Allah telah merenung pada penduduk Bumi satu kali renungan, maka Dia memilih aku daripada mereka.
Kemudian Dia telah merenung pada penduduk Bumi pada kali kedua, maka Dia memilih saudaraku Ali, wazirku, wasiku dan khalifahku pada umatku. Wali setiap Mukmin selepasku. Maka[30] Dia telah mengutusku sebagai Rasul, Nabi dan Dalil. Maka Dia mewahyukan kepadaku supaya mengambil Ali sebagai saudara, wali, wasi dan khalifah pada umatku selepasku. Sesungguhnya beliau adalah wali kepada setiap Mukmin selepasku. Sesiapa yang menjadikannya wali maka Allah memberkatinya. Sesiapa yang memusuhinya maka Allah memusuhinya. Sesiapa yang mencintainya maka Allah mencintainya. Sesiapa yang memarahinya maka Allah memarahinya.
Beliau tidak akan dicintai melainkan oleh Mukmin dan tidak akan dimarahi melainkan oleh orang kafir.[31] Beliau adalah rabb-al ardh (tuan bumi) selepasku dan penghuninya. (Di dalam naskhah yang lain beliau adalah zarr al-Ardh dan penghuninya). Beliau adalah Kalimah Allah al-Taqwa, ‘Urwat Allah al-Wuthqa (ikatan Allah yang kuat). Firman-Nya dalam Surah al-Taubah (9): 32, ‘‘Adakah kalian mahu memadamkan cahaya Allah dengan mulut-mulut kalian dan sesungguhnya Allah adalah penyempurna cahaya-Nya, sekalipun dibenci oleh Musyrikun” Dan musuh-musuh Allah mahu memadamkan cahaya saudaraku. Tetapi Allah menyempurnakan cahaya-Nya.
Wahai manusia! Hendaklah orang yang datang menyampaikan sabdaku ini kepada orang yang tidak datang (ghaiba-kum). Wahai Tuhanku persaksikanlah! Wahai manusia! Sesungguhnya Allah telah merenung kali ketiga, maka Dia memilih daripada mereka selepasku dua belas wasi daripada Ahl Baitku, mereka itu adalah sebaik-baik umatku. Daripada mereka sebelas imam selepas saudaraku (akhi) seorang demi seorang.[32]
Setiap kali seorang imam mati, seorang daripada mereka mengambil tempatnya. Mereka seumpama bintang-bintang di langit. Setiap kali satu bintang hilang, satu bintang yang lain timbul (tala‘a) kerana mereka adalah para imam yang mendapat hidayat. Tidak akan memudaratkan mereka oleh tipu daya orang yang menipu, penghinaan orang yang menghina mereka. Malah Allah akan memudaratkan orang yang menipu mereka dan menghina mereka. Maka mereka adalah hujah Allah di Bumi-Nya, saksi-saksi-Nya terhadap makhluk-Nya.[33]
Sesiapa yang mentaati mereka, mentaati Allah. Sesiapa yang menderhakai mereka, maka menderhakai Allah. Mereka bersama al-Qur’an dan al-Qur’an bersama mereka. Mereka tidak akan berpisah dengan al-Qur’an dan al-Qur’an tidak akan berpisah dengan mereka sehingga mereka dikembalikan kepadaku di Haudhku.[34]
Imam yang pertama adalah sebaik-baik mereka iaitu Ali a.s.. Kemudian anak lelakiku al-Hasan. Kemudian anak lelakiku al-Husain. Kemudian sembilan daripada anak lelaki al-Husain. Ibu mereka adalah anak perempuanku Fatimah salawatullahi ‘alaihim, selepas mereka adalah Ja‘far bin Abu Talib sepupuku dan saudara kepada saudaraku dan bapa saudaraku Hamzah bin Abd al-Muttalib. Aku adalah sebaik-baik Rasul dan para nabi. Fatimah ialah anak perempuanku adalah penghulu wanita Syurga. Ali di mana anak-anak lelakinya adalah para wasi, adalah sebaik-baik wasi. Ahl Baitku adalah sebaik-baik bait (rumah) para nabi. Dua anak lelakiku adalah penghulu pemuda Syurga.[35]
Wahai manusia! Sesungguhnya syafaatku menjadi harapan kalian. Tidak seorangpun anak yang dilahirkan oleh datukku Abd al-Muttalib berjumpa Allah dalam keadaan tauhid dan tidak mengsyirikkan-Nya dengan sesuatu pun melainkan Dia memasukkannya Syurga meskipun dosanya sebanyak batu-batu kecil (al-Hasa) dan buih air laut.
Wahai manusia! Kalian hormatilah (‘Azzimu) Ahl Baitku pada masa hidupku dan selepas matiku. Kalian muliakanlah mereka, kalian lebihkanlah mereka kerana tidak halal bagi seseorang itu berdiri dari majlisnya kerana seseorang melainkan kerana Ahl Baitku. Sesungguhnya jika aku berada di perkarangan pintu Syurga, maka Tuhanku melahirkan sifat tajalli kepadaku dan memberi izin kepadaku untuk bersyafaat nescaya aku tidak akan mengutamakan orang lain daripada Ahl Baitku. Wahai manusia! Kalian beritahuku tentang nasabku, siapakah aku? Lantas seorang lelaki daripada kaum Ansar berdiri dan berkata: Kami memohon perlindungan dengan Allah daripada kemaraham Allah dan kemarahan Rasul-Nya.
Beritahuku wahai Rasulullah! Siapakah yang telah menyakiti anda (adha-ka) pada Ahl Bait anda sehingga kami penggal kepalanya, atau hendaklah dia berbuat baik kepada ‘Itrahnya. Maka beliau berkata: Beritahu nasabku? Aku adalah Muhammad bin Abdullah bin Abd al-Muttalib bin Hasyim sehingga beliau mengaitkan nasabnya dengan Nizar. Kemudian berterusan nasabnya kepada Ismail bin Ibrahim Khalilullah, kemudian bersabda : Sesungguhnya aku dan Ahl Baitku adalah tinah (tanah) di bawah ‘Arasy kepada Adam, nikah tanpa zina. Pernikahan Jahiliyah tidak berlaku kepada kami. Justeru itu, kalian bertanyalah kepadaku[36].
Demi Tuhan! Tidak akan bertanyaku seorang lelaki tentang bapanya, ibunya dan nasabnya melainkan aku memberitahunya mengenainya. Seorang lelaki berdiri dan bertanya: Siapakah bapaku? Beliau bersabda: Bapa anda adalah fulan di mana anda mengaitkan diri anda dengannya. Lelaki itu lalu memuji Allah dan bersyukur kepada-Nya, dan berkata: Sekiranya anda mengaitkan aku dengan nasab (nasabta-ni) orang lain aku tetap meridhai dengan sepenuhnya. Kemudian seorang lelaki lain berdiri dan berkata: Siapakah bapaku? Maka beliau bersabda: Bapa anda adalah fulan bukan bapa yang dikaitkan dengannya. Maka lelaki itupun keluar daripada Islam (irtadda). Kemudian lelaki lain berdiri dan berkata: Adakah aku daripada ahli Syurga atau daripada ahli Neraka? Maka beliau bersabda: Daripada ahli Syurga. Kemudian seorang lelaki berdiri dan berkata: Adakah aku daripada ahli Syurga atau daripada ahli Neraka? Beliau bersabda: Daripada ahli Neraka.
Kemudian Rasulullah Saw. bersabda dalam keadaan marah: Apakah yang menghalang orang yang menghina Ahl Baitku, saudaraku, wazirku, wasiku, khalifahku pada umatku dan wali kepada setiap Mukmin selepasku,[37] berdiri dan bertanyaku: Siapakah bapanya, di mana dia, di Syurga atau di Neraka? Maka Umar bin al-Khattab pun berdiri dan berkata: Aku memohon perlindungan dengan Allah daripada kemarahan Allah dan kemarahan Rasul-Nya. Maafkan kami wahai Rasulullah, nescaya Allah memaafi anda. Ampunilah kami, nescaya Allah mengampuni anda. Simpanlah rahsia kami (Ustur-na), nescaya Allah menyimpan rahsia anda. Maaflah kami, nescaya Allah bersalawat ke atas anda. Maka Rasulullah (Saw ) terasa malu (istaha) dan berhenti (kaffa).
Ali a.s. berkata: Dialah (Umar) sahib al-‘Abbas yang telah dihantar oleh Rasulullah (Saw.) dalam keadaan berjalan kaki dan berkata: Sesungguhnya al-Abbas telah menegah zakat hartanya, maka Rasulullah (Saw.) menjadi marah dan bersabda: Segala puji bagi Allah yang memaafkan kami Ahl al-Bait daripada kejahatan yang mencemarkan kami (yulattikhuna) dengannya. Sesungguhnya al-Abbas tidak menegah zakat hartanya tetapi anda menyegerakan ke atasnya. Dia menyegerakan zakat beberapa tahun. Kemudian dia datang kepadaku selepas itu dan meminta berjalan bersamanya kepada Rasulullah (Saw.) bagi tujuan mendapatkan keridhaannya, maka aku telah melakukannya.
Dialah sahib Abdullah bin Abi Salul manakala Rasulullah (Saw.) berjalan ke hadapan untuk mengerjakan solat ke atasnya, maka dia memegang kain Rasulullah (Saw.) dari belakang seraya berkata: Sesungguhnya Allah melarang anda daripada mengerjakan solat ke atasnya. Justeru itu, adalah tidak halal bagi anda mengerjakan solat ke atasnya. Rasulullah (Saw.) bersabda: Sesungguhnya aku mengerjakan solat ke atasnya kerana menghormati anak lelakinya.[38] Dan aku berharap agar tujuh puluh orang lelaki daripada suku bapanya dan keluarganya memeluk Islam kerananya. Apakah anda tahu apa yang aku kata! Sesungguhnya aku telah berdoa kepada Allah ke atasnya.
Dialah sahib Rasulullah (Saw.) pada Hari Hudaibiyah manakala Rasulullah Saw. menulis surat perjanjian, dia (Umar) berkata: Adakah kita memberi kehinaan kepada agama kita? Kemudian dia mulai mengelilingi tentera Rasulullah, mengapi-apikan mereka seraya berkata: Adakah kita memberi kehinaan kepada agama kita? Maka Rasulullah (Saw.) bersabda: Pergilah kalian daripadaku atau anda mahu aku mengkhianati dhimmahku?[39]
Di dalam riwayat yang lain: Kalian keluarkannya (Umar) daripadaku. Adakah anda mahu mengkhianati dhimmahku? Sesungguhnya aku akan menyempurnakan apa yang aku telah tuliskan untuk mereka. Wahai Suhail! Ambillah anak lelaki anda Jundalan. Maka dia mengikatnya dengan ikatan yang kuat pada besi. Kemudian Allah menjadikan tindakan Rasulullah (Saw.) kepada kebaikan, kewarasan, petunjuk, kemuliaan dan kelebihan.
Dialah sahib Hari Ghadir Khum, semasa dia dan sahabatnya berkata ketika Rasulullah (Saw.) melantikku (nasabani) sebagai wali : Apa gerangannya beliau mengangkat orang yang tidak ada guna (ma ya’lu an yarfa’a khassisata-hu)? Sementara sahabatnya pula berkata: Apa gerangannya beliau mengangkat ketiak sepupunya (ma ya’lu raf’an bi-dhab’i ibn ‘ammi-hi)? Dia berkata kepada sahabatnya: Ini adalah suatu kehormatan! Maka muka sahabatnya tiba-tiba berubah dan berkata: Tidak! Demi Tuhan, aku tidak akan mendengar dan tidak mentaati selama-lamanya (la asma‘u wa la uti‘u abadan). Kemudian dia pergi kepada keluarganya dengan sombong, lalu diikuti juga oleh sahabatnya.
Maka Allah menurunkan firman-Nya mengenainya di dalam Surah al-Qiyamah (75): 31-35, “Maka dia tidak membenarkan dan tidak pula mengerjakan solat, tetapi mendusta dan berpaling (daripada kebenaran), kemudian dia pergi kepada keluarganya dengan sombong. Lebih patut (siksa) bagimu, maka ia lebih patut. Kemudian lebih patut (siksa) bagimu, maka ia lebih patut”, sebagai janji ancaman (wa‘idan) dan peringatan yang keras daripada Allah untuknya.
Dialah yang datang kepadaku ketika itu aku bersama Rasulullah (Saw.), melawatku dengan sekumpulan para sahabatnya manakala sahabatnya mengelipkan mata kepadanya. Maka dia berkata: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya anda telah menjanjikan kepada kami tentang Ali satu janji, sesungguhnya aku melihat apa yang terjadi padanya sekarang. Sekiranya dia mati, kepada siapa? Maka Rasulullah (Saw.) bersabda: Persilakan duduk. Beliau mengulanginya sebanyak tiga kali.
Maka Rasulullah Saw. berhadapan dengan mereka berdua dan bersabda: Beliau tidak akan mati di dalam kesakitannya ini sehingga kalian berdua memenuhinya dengan kemarahan dan melakukan pengkhianatan dan kezaliman terhadapnya. Kemudian kalian berdua mendapatinya masih bersabar dan cekal. Beliau tidak akan mati sehingga berjumpa kalian berdua dalam keadaan yang mencemaskan. Beliau tidak akan mati melainkan mati syahid.
Lapan puluh sahabat menerima Ali a.s. sebagai pemimpin Mukminin
[1] Ibn Abi al-Hadid, Syarh Nahj al-Balaghah, iii, hlm. 163-4.
[2] Ibid.
[3] Al-Bukhari, Sahih, viii, hlm. 382 (Hadis no. 585) ‘‘Sesungguhnya kamu tidak mengetahui apa yang telah dilakukan oleh mereka (para sahabat). (inna-ka la tadri ma ahdathu ba‘d-ka) selepas anda meninggalkan mereka. Maka aku berkata: Terjauhlah, terjauhlah daripada rahmat Tuhan, mereka yang telah mengubah (Sunnahku) selepasku. Mereka telah menjadi kafir-murtad selepas anda”.
[4] Al-Suyuti, Tarikh al-Khulafa’, hlm. 137.
[5] Ibn al-Athir, Usd al-Ghabah, v, hlm. 522. al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-‘Ummal, vi, hlm. 219. Muhibb al-Din al-Tabari, Dhakha’ir al-‘Uqba, hlm. 39. al-Baihaqi, Sunan, ii, hlm. 300.
[6]Al-Haithami, Majma‘ al-Zawa’id,vii, hlm. 49. al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-‘Ummal, ii, hlm. 158. al-Dhahabi, Mizan al-I‘tidal, ii, hlm. 228.
[7]Al-Haithami, Majma‘ al-Zawa’id, vii, hlm. 49. al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-‘Ummal, ii, hlm. 158. al-Dhahabi, Mizan al-I‘tidal, ii, hlm. 228.
[8] Ibid.
[9] Harta yang diambil daripada Musyrikin tanpa peperangan.
[10] al-Tabari, Jami‘ al-Bayan, xxii, hlm. 5-6. al-Suyuti, al-Durr al-Manthur, v, hlm. 108. Ibn Hanbal, Musnad, iii, hlm. 259.
[11] A-Suyuti, al-Durr al-Manthur, v, hlm. 192. al-Syablanji, Nur al-Absar, hlm. 86.
[12] Al-Fadhl bin Syadhan, al-Idhah, hlm. 155-8. Bandingkan Ibn Abi al-Hadid, Syarh Nahj al-Balaghah, iv, hlm. 190-3.
[13] Al-Fadhl bin Syadhan, al-Idhah, hlm. 155-8. Bandingkan Ibn Abi al-Hadid, Syarh Nahj al-Balaghah, iv, hlm. 190-3.
[14] Ibn Hanbal, Musnad, i, hlm. 320. al-Suyuti, Tarikh al-Khulafa’, hlm. 137.
[15] Al-Nasa’i, al-Sunan, i, hlm.59. Ibn Majah, al-Sunan, i, hlm. 200.
[16] Al-Nasa’i, al-Sunan, i, hlm. 59. Ibn Majah, al-Sunan, i, hlm. 200.
[17] Al-Nasa’i, al-Sunan, i, hlm. 59. Ibn Majah, al-Sunan, i, hlm. 200.
[18] Khalifah Umar telah memerintahkan supaya direjam seorang wanita gila yang berzina. Ali a.s. memperingatkannya dan berkata: “Qalam diangkat daripada orang gila sehingga dia sembuh”. Kemudian Umar berkata: “Sekiranya Ali tidak ada nescaya binasalah Umar”. Ibn ‘Abd al-Birr, al-Isti‘ab, iii, hlm. 39.
[19] Al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-‘Ummal, vi, hlm. 15.
[20] Muhammad al-Khawarizmi, Jami‘ Masanid al-Imam al-A‘zam, ii, hlm. 158.
[21] Al-Bukhari, Sahih, viii, hlm. 382. Hadis no. 585. Muslim, Sahih, iv, hlm. 1793. Hadis no. 26 ‘‘Kamu tidak mengetahui apa yang telah dilakukan oleh mereka (ahdathu ba‘d-ka), maka aku berkata: Terjauhlah, terjauhlah (daripada rahmat Tuhan), mereka yang telah mengubah (Sunnahku) selepasku”.
[22] Al-Halabi, al-Sirah, ii, hlm. 110.
[23] Orang bukan Arab.
[24] Al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-‘Ummal, iii, hlm. 116.
[25] Al-Syahrastani, al-Milal wa al-Niihal, i, hlm. 21. Ibn Sa‘d, al-Tabaqat, ii, hlm. 249 dan lain-lain.
[26] Al-Bukhari, Sahih, i, hlm. 86. Hadis no. 114.
[27] Al-Haithami, Majma’ al-Zawa’id, viii, hlm 269.
[28] Surah al-Ahzab (33): 33.
[29] Al-Bukhari, Sahih, iii, hlm. 54. Muslim, Sahih, ii, hlm. 236-7.
[30] Al-Kanji al-Syafi‘i, Kifayah al-Talib, hlm. 479. al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-‘Ummal, vii, hlm. 188.
[31] Ibn Hanbal, Musnad, vi, hlm. 292.
[32] Al-Kanji al-Syafi‘i, Kifayah al-Talib, hlm. 479.
[33] Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi‘ al-Mawaddah, hlm. 445.
[34] Ibid.
[35] Al-Turmudhi, Sahih, v, hlm. 656.
[36] Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi‘ al-Mawaddah, hlm. 12-13.
[37] Al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-‘Ummal, vi, hlm. 117.
[38] Al-Turmudhi, Sahih, ii, hlm. 185.
[39] Al-Bukhari, Sahih, ii, hlm. 111. Muslim, Sahih, iv, hlm. 12-14.
No comments:
Post a Comment