Monday, July 18, 2011

BENARKAH SYIAH BERASAL DARI ABDULLAH BIN SABA’ IAITU SEORANG YAHUDI?


 (dikutip dari Peshawar  Nights)
Hafiz: Saya sungguh tertarik dengan keterangan yang amat jelas tentang keturunan saudara dan saya akui saudara adalah dari keturunan Rasulullah SAWAW tetapi yang menghairankan saya ialah kenapakah orang yang berwibawa seperti saudara ini diburu dan diperhina oleh pihak musuh. Ini sebenarnya adalah kerana mereka meninggalkan cara kehidupan yang benar dari keturunan saudara, yang mana saudara sebenarnya telah mengambil cara politik Iran yang bukan Islam. Apa yang saya maksudkan dengan kebodohan aturan yang bukan Islam itu ialah tentang prinsip-prinsip keyakinan dan bid'ah, yang telah diserap ke dalam agama suci Islam melalui orang-orang Yahudi.

Shirazi: Tolong jelaskan lebih lanjut lagi supaya saya tahu apakah bid'ah yang saya ikuti.

Salah Faham Tentang Asal-Usul Agama Syi'ah
Hafiz: Orang-orang Yahudi yang sejarah kehidupan mereka telah dicemari dengan pendustaan dan penyelewengan tafsiran, seperti dilakukan oleh Abdullah bin Saba', San'aey, Ka'abul Ahbar, Wahab bin Munnabih dan ramai lagi yang lain, menyelusup masuk ke dalam Islam dan membina dasar-dasar agama dan menyuntik ke dalam fikiran kita kepercayaan yang menyalahi hadith-hadith Rasulullah SAWAW dan justeru itu menimbulkan kekeliruan di antara Muslim.

Khalifah yang ketiga, iaitu Usman bin Affan telah menghalau mereka keluar dari Mesir, di mana mereka kemudiannya menubuhkan satu parti bernama Syi'ah, dan menyebarkan propaganda mereka agar mereka menentang khalifah Usman. Mereka memalsukan banyak hadith dengan mendakwa bahawa Rasulullah SAWAW telah melantik Ali AS sebagai Pemimpin dan Imam.

Pembunuhan Khalifah Usman
Seterusnya penubuhan parti tersebut telah mengakibatkan pertumpahan darah yang banyak sehingga membawa kepada pembunuhan khalifah Usman dan perlantikan Ali AS sebagai Khalifah. Satu kumpulan yang bermusuhan dengan Uthman berdiri tegak di belakang Ali AS. Daripada situlah parti Syi'ah mula berakar umbi, tetapi di waktu pemerintahan khalifah Umaiyyah, apabila kesemua ahli keluarga Ali AS dan pengikut setia mereka terbunuh, parti ini menjadi satu gerakan bawah tanah. Masih terdapat orang seperti Salman al-Farsi, Abu Dzar al-Ghiffari dan Ammar bin Yasir, yang sibuk menyebarkan dakyah untuk Ali AS. Ini berlangsung sehingga ke masa pemerintahan al-Makmun al-Rasyid, yang mengalahkan abangnya dengan pertolongan orang-orang Iran dan mereka mula menyebarkan pandangan bahawa Ali AS adalah lebih utama sebagai Khalifah daripada khalifah-khalifah yang lain. Orang-orang Iran yang memusuhi orang-orang Arab, kerana daerah-daerah dan kebebasan mereka dirampas, kemudiannya agama. Apa yang berlaku seterusnya akibat daripada perbuatan yang tidak berperikemanusiaan ini ialah Syi'ah telah bangkit membuat kekacauan dan huru-hara di sana-sini, sehinggalah mereka menjadi agak kuat di masa pemerintahan dinasti Dalamit. Dan di masa pemeritahan Raja Safavid, mereka ini mendapat pengiktirafan dan dikenali sebagai golongan Syi'ah dan orang-orang Iran penganut agama Zorastrian masih menggelarkan diri mereka sebagai Syi'ah.

Sesuatu Yang Tidak Masuk Akal Mengaitkan Abdullah bin Saba' Dengan Syiah
Dipendekkan cerita, agama Syi'ah adalah agama politik yang dipelopori oleh seorang Yahudi yang bernama Abdullah bin Saba'. Jika tidak, sudah tentu tiada perkataan "Syi'ah" wujud di dalam Islam dan nenek moyang saudara, yakni Rasulullah SAWAW tidak mengetahui langsung perkataan "Syi'ah", kerana ia adalah perbuatan yang bertentangan dengan kehendaknya, sebagai tindakan menyeleweng yang telah dibuat-buat, dan sebetulnya Syi'ah adalah sebahagian daripada agama dan keyakinan Israel. 

Kerana alasan inilah saya hairan kenapa saudara meninggalkan cara kehidupan sebenar yang diredhai seperti yang dicontohkan oleh orang-orang yang menitiskan zuriat keturunan saudara, lalu mengikut jejak-jejak Yahudi dan juga segala bid'ah mereka. Walhal saudara adalah orang yang paling berhak sekali untuk menuruti al-Qur'an dan menjadi contoh dari datuk saudara Rasulullah SAWAW.

Shirazi: Saya tidak menyangka seorang yang terpelajar seperti saudara sanggup mengemukakan alasan yang hanya berdasarkan kepada hujjah yang palsu dan rapuh, yang hanya kaum Munafiqin, Khawarij (musuh Ali AS) dan musuh seperti Bani Umaiyyah sahaja yang melakukannya. Tidak masuk akal sama sekali apabila saudara mengaitkan Abdullah bin Saba' dengan Syi'ah. Abdullah bin Saba' (la'natullah) adalah seorang Yahudi dan menurut dari sumber Syi'ah, dia adalah seorang Munafiq dan patut dikutuk dengan sekeras-kerasnya. 1Jika dia kelihatan untuk seketika sahaja bersama Ali AS sebagai kawan, apakah kaitan dia dengan Syi'ah? Jika seekor serigala diletakkan di dalam sekumpulan kambing; atau seorang pencuri di tempatkan di kalangan orang warak atau alim dan berdiri di atas mimbar atau di atas tangga masjid, dan menyakitkan Islam dan Muslim, patutkah kita memandang kepada orang yang warak dan alim yang lain dengan menggelar mereka sebagai pencuri dan pembohong? Hairan sekali saudara telah merendahkan agama Syi'ah yang adil dan menggelar mereka sebagai parti politik yang menurut keterangan saudara telah ditubuhkan pada masa khalifah Usman dan pelopornya adalah Abdullah bin Saba' (la'natullah).


No comments:

Post a Comment