Thursday, June 30, 2011

Cinta Dan Kebencian Tidak Bersatu

                                                                        

1. Allah swt berfirman “ Allah sekali-kali tidak menjadikan bagi  seseorang  dua buah hati dalam rongganya” (al-Ahzab33:4)

         Amir al-Mukminin Ali bin Abi Talib as berkata: Tidak akan berhimpun cinta kami (hubbu-na) dan cinta musuh kami(hubbu ‘aduwwi-na) di dalam rongga seseorang. Sesungguhnya Allah  sekali-kali  tidak menjadikan bagi  seseorang  dua buah hati dalam rongganya”

             Justeru itu  cinta dan kebencian tidak akan bertemu. Adapun pencinta kami (muhibbu-na), maka cintanya bersih  sepertilah emas yang dibersihkan dengan api, tanpa sebarang kekotoran padanya. Lantaran itu sesiapa yang ingin mengetahui cinta kami, maka hendaklah dia memeriksa hatinya. Jika cintanya kepada kami dikongsi bersama oleh cintanya kepada musuh kami, maka dia bukanlah dari kami, dan kami bukanlah daripadanya. Allah adalah musuh mereka, Jibrail , Mika’il dan Allah adalah musuh bagi mereka yang ingkar”
( Bihar al-Anwar, 27, hlm. 51, hadis no.1)

Definisi Nasibi

2. Daripada Abi Abdillah as (Imam Ja'far al-Sadiq) berkata: Nasibi bukanlah orang yang menentang kami Ahlu l- Bait, kerana anda tidak dapati seorang lelaki yang berkata:Aku membenci Muhammad dan keluarga Muhammad (ali Muhammad), tetapi nasibi  adalah orang yang menentang kalian di dalam keadaan dia mengetahui sesungguhnya kalian mewalikan  kami (tatawallu-na) dan sesungguhnya kalian adalah daripada Syi‘ah kami”
(Bihar al-Anwar 27, hlm.232-233, hadis no.42)
                        
  Melaknati Nasibi  mendapat pahala

 3. Imam Ja‘far al-Sadiq as di dalam satu riwayat seorang lelaki berkata kepadanya: Wahai anak lelaki Rasulullah! Sesungguhnya badanku lemah untuk membantu  kalian. Aku tidak memiliki sesuatu selain dari membersihkan diriku dari musuh-musuh kalian dan melaknati mereka, maka bagaimana keadaanku?

Imam Ja‘far al-Sadiq as berkata: Bapaku telah meriwayatkan kepadaku (haddathani) daripada bapanya daripada datuknya daripada Rasulullah saw bahawa beliau bersabda: Siapa yang tidak mampu membantu kami Ahlu l-Bait, tetapi dia melaknati musuh-musuh kami, maka Allah menyampaikan suaranya  kepada seluruh para Malaikat dari bintang  ke ‘Arasy.

             Setiap kali lelaki ini melaknati musuh-musuh kami dengan satu laknat,  mereka akan menolongnya, dan melaknati orang yang dilaknati lelaki itu serta memujinya pula. Mereka berkata: Wahai Tuhanku! Berkatilah ke atas hamba Enkau ini yang telah melakukan sesuatu kadar kemampuannya. Sekiranya dia mampu, nescaya dia akan melakukan lebih daripada itu. Sesungguhnya suara daripada pihak Allah Swt menjawab: Sesungguhnya aku telah menyahuti doa kalian dan aku telah mendengar seruan kalian. Aku telah memberkati rohnya di kalangan arwah. Dan aku menjadikannya di sisiku di kalangan mereka yang terpilih.”
(Bihar al-Anwar,27, hlm.222-223, hadis no.11)

     Ibadah Nasibi

4. Imam Ja‘far al-Sadiq as berkata: Barangsiapa yang menentang kalian, sekalipun dia kuat beribadat, maka dia tidak dapat terlepas daripada ayat “ Muka-muka pada hari itu tunduk terhina, bekerja keras lagi kepayahan (‘aamilatun nasibah), memasuki api neraka yang amat panas” (al-Ghasyiah (88 ): 2-4)
(Bihar al-Anwar,  8, hlm. 356)

No comments:

Post a Comment