Nota: cuba lihat khat di atas, anda juga boleh print satu sahaja dan terbalikannya, maka anda akan membaca 'ali dan muhammad.
Ali adalah dari saya dan saya adalah dari Ali
Ali adalah dari saya dan saya adalah dari Ali
1. Imam Ahmad di dalam Musnad, Ibn Maghazili, ahli agama Shafii, di dalam Manaqib dan Muwafiq, Ibn Ahmad Khawarizmi di dalam Manaqib, menyebutkan bahawa nabi berkata:
‘Ali adalah dari saya dan saya adalah dari Ali; sesiapa yang mencintainya, mencintai saya; dan sesiapa yang mencintai saya, mencintai Allah.’
Juga Ibn Maja di dalam Sunan, bahagian I, ms 92; Tirmidhi di dalam Sahih; Ibn Hajar di dalam Hadith V dari 40 hadith mengenai kemuliaan Amirul Mukminin disampaikan di dalam Sawa’iq dari Imam Ahmad Bin Hanbal, Tirmidhi, Imam Abu Abdu’r-Rahman Nisa’i, dan Ibn Maja; Imam Ahmad Bin Hanbal di dalam Musnad, v.4, ms 164; Muhammad Ibn Yusuf Ganji Shafi’i di dalam Bab 67 di Kifayatu’t-Talib dari Musnad oleh Ibn Samak, v. 4, dan Mu’jim Kabir oleh Tibrani; dan Imam Abu Abdu’r-Rahman Nisa’i di dalam Khasa’is, dan Sulayman Balkhi Hanafi di dalam Yanbiu’l-Mawaddat dari Mishkat – semua telah menyampaikan dari Jash bin Junada as-Saluni bahawa pada haji selamat tinggal, nabi berkata di Arafa:
‘Ali adalah dari saya dan saya dari Ali. Tiada siapa mengganti saya [iaitu tiada siapa menjalankan tugas misi saya] melainkan saya dan Ali.’
Sulayman Balkhi Hanafi idi dalam Yanabiu’l-Mawaddat, Bab vii, menyebut dari Zawa’id-e-Musnad dari Abdullah Bin Ahmad Bin Hanbal pada pengesahan Ibn Abbas bahawa nabi berkata kepada Ummul-Mukminin Salma
‘Ali adalah dari saya dan saya adalah dari Ali. Daging dan darahnya adalah dari daging dan darah saya. Dia kepada saya seperti Harun kepada Musa. Wahai Umm Salma! Dengarlah, dan jadilah saksi bahawa Ali ini adalah ketua dan tuan bagi semua Muslim.’
Hamidi di dalam Jam’ Bainu’s-Sahihain dan Ibn Abi’l-Hadid di dalam Sharhe-Nahju’l-Balagha menyampaikan bahawa nabi berkata:
‘Ali adalah dari saya dan saya adalah dari Ali. Ali adalah kepada saya umpama kepala kepada badan; sesiapa yang patuh kepadanya, patuh kepada saya; dan sesiapa yang patuh kepada saya patuh kepada Allah.’
No comments:
Post a Comment