Tuesday, July 5, 2011

Sabda Rasul kpd Abu bakr dan Umar ttg berhala, kecintaan umat kepada mereka bedua dan lain2 dari Kitab Sulaim b. Qais w 90 H



Sulaim b. Qais telah berkata: Umar berkata kepada para sahabatnya yang empat, Ashab al-Kitab wa al-Ra‘yi: Demi Tuhan! Kami akan menolak Muhammad kepada mereka sekaligus (an nadfa‘a Muhammadan ilaihim bi rammati-hi), lantas kami terselamat daripada hal demikian itu, ketika datang musuh dari atas dan dari bawah kami sebagaimana Allah berfirman dalam Surah al-Ahzab (33): 10,11,12, “Kamu menyangka terhadap Allah dengan bermacam-macam prasangka”, ‘‘Mereka gementar dengan gementaran yang kuat”, “Ketika berkata orang Munafiq dan orang ada di dalam hati mereka penyakit: Apa yang telah dijanjikan oleh Allah dan Rasul-Nya adalah satu tipu daya semata-mata”.
       Maka sahabatnya berkata: Tidak. Kami akan mengambil berhala yang besar, kami akan menyembahnya (nattakhidh sanaman ‘aziman na‘budu-hu), kerana kami tidak akan selamat jika Ibn Abi Kabsyah[1] menang. Justeru itu, kami akan binasa tetapi berhala ini akan menjadi simpanan kepada kami. Jika Quraisy menang, kami akan menzahirkan penyembahan kepada berhala ini dan akan memberitahu mereka bahawa sesungguhnya kami tidak pernah meninggalkan agama kami (lan nufariqa di-nana). Jika kerajaan Ibn Abi Kabsyah kembali, kami meneruskan penyembahan kami kepada berhala ini secara rahsia (kunna muqimin ‘ala ‘ibadati hadha al-sanam sirran).             Maka Jibra’il a.s. telah turun dan memberitahu Nabi Saw. perkara tersebut. Kemudian Rasulullah memberitahuku selepas aku membunuh Ibn Abd Wuddin, lalu beliau memanggil mereka berdua. Beliau bertanya: Berapakah berhala yang kalian berdua sembah pada masa Jahiliyah? Mereka berdua menjawab: Janganlah anda menghina kami dengan apa yang telah berlalu pada masa Jahiliyah.
       Maka beliau bertanya: Berapakah berhala yang kalian berdua sembah pada hari ini? Mereka berdua berkata: Demi Yang Mengutuskan anda dengan kebenaran sebagai seorang Nabi, kami tidak menyembah melainkan Allah semenjak kami menerima agama anda. Maka beliau bersabda: Wahai Ali! Ambillah pedang ini dan pergilah ke tempat…, maka keluarkan berhala yang disembah oleh mereka berdua dan musnahkanlah (fahsyim-hu). Jika ada yang menghalangnya, penggallah kepalanya. Mereka berdua telah menunduk di hadapan Rasulullah (Saw.) dan berkata: Sembunyikan rahsia kami, Allah akan sembunyikan rahsia anda (usturna satara-ka llahu).
       Maka aku berkata kepada mereka: Kami menjamin untuk Allah dan Rasul-Nya bahawa janganlah kalian berdua menyembah selain daripada Allah dan janganlah kalian berdua mengsyirikkan Allah dengan sesuatupun. Maka mereka telah membuat perjanjian dengan Rasulullah (Saw.) di atas perkara tersebut. Dan akhirnya, aku mengeluarkan berhala dari tempatnya lalu memecahkan muka dan dua tangannya. serta memotong dua kakinya.[2] Kemudian aku kembali kepada Rasulullah Saw. Demi Tuhan! Aku telah mengetahui perkara itu di muka mereka berdua sehingga mereka berdua mati (‘Araftu dhalika fi wajhi-hima hatta mata).
       Kemudian dia dan para sahabatnya telah meninggalkan jenazah Rasulullah Saw. ketika Rasulullah wafat, lalu mereka bertengkar dengan kaum Ansar tentang hakku. Sekiranya mereka benar dan berhujah dengan benar, mereka lebih aula daripada Kaum Ansar kerana mereka daripada Quraisy dan Rasulullah (Saw.) adalah daripada Quraisy.[3] Maka siapakah yang lebih aula dengan Rasulullah (Saw.), beliau adalah lebih aula dengan urusan khilafah. Sesungguhnya mereka telah menzalimiku akan hakku. Sekiranya mereka berhujah dengan batil, maka mereka menzalimi kaum Ansar akan hak mereka. Allah akan menghukum antara kami dan mereka yang telah menzalimi kami dan membuat orang ramai menindas kami.
       Aneh sekali! Hati umat ini telah dimabukkan oleh cinta kepada mereka dan mencintai orang yang menghalang mereka dari jalan Tuhan dan menentang mereka daripada agama mereka. Demi Tuhan! Sekiranya umat ini berdiri di atas kakinya di tanah dan meletakkan abu (al-ramad) di atas kepalanya, berdoa kepada Allah, menyeru sehingga Hari Kiamat ke atas mereka yang telah menyesatkan mereka, menghalang mereka daripada jalan Allah, menyeru mereka ke Neraka, membentangkan mereka kepada kemurkaan Tuhan mereka, dan mewajibkan ke atas mereka akan azab-Nya dengan jenayah yang mereka lakukan terhadap mereka, nescaya mereka termasuk orang yang mengabaikannya (muqassirin).
       Kerana orang yang benar dan alim dengan Allah dan Rasul-Nya, berasa takut untuk mengubah sesuatu daripada bid‘ah-bid‘ah mereka, sunnah-sunnah mereka dan ciptaan-ciptaan mereka dan orang ramai pula akan memusuhinya (yatakhawwafu ‘in ghayyara sya’an min bad‘i-him wa sunani-him wa ahdathi-him wa ‘adat-hu al-‘Ammah). Dan apabila dia (orang yang benar) melakukannya, mereka menyusahkannya, menentangnya, membersihkan diri daripadanya, menghinanya dan memisahkannya daripada haknya. Sekiranya dia mengambil bid‘ah-bid‘ah mereka, mengakuinya, memperelokkannya dan beragama dengannya, maka umat akan mencintainya, memuliakannya dan melebih-lebihkannya (ahabbat-hu wa syarrafat-hu wa fadhdhalat-hu).
       Demi Tuhan! Sekiranya aku menyeru tentera-tenteraku ini dengan kebenaran yang diturunkan Allah ke atas Nabi-Nya, lalu aku menzahirkannya, aku menyeru kepadanya, aku menerangkannya dan menafsirkannya menurut apa yang aku dengar daripada Nabi Allah a.s. nescaya mereka akan berkeliaran lari dan berpisah daripadaku, hanya tinggal sedikit sahaja yang masih bersamaku daripada tentera-tenteraku yang telah memahami imamahku dalam Kitab Allah dan Sunnah Nabi-Nya. Sekiranya tidak ada janji daripada Rasulullah (Saw.) kepadaku, dan aku mendengar daripadanya serta mengemukakannya kepadaku, nescaya aku akan melakukannya. Tetapi Rasulullah (Saw.) telah bersabda kepadaku: Wahai saudaraku! Setiap kali seorang hamba terpaksa melakukannya, maka Allah menghalalkan kepadanya dan mengharuskan kepadanya (kullama idhtarra ilai-hi al-‘abdu faqad ahallahu-lahu wa abaha-hu iyya-hu).
       Aku mendengarnya bersabda: Sesunggunya taqiyyah adalah daripada agama[4] Allah. Dan tidak ada agama bagi mereka yang tidak ada taqiyyah (inna al-taqiyyata min dini-llahi wa la dina li-man la taqiyyata la-hu). Kemudian Ali a.s. tampil ke hadapan dan berkata: Aku akan membayar kepada mereka gandum sebagai bayaran daripadaku satu pertiga dan satu pertiga lagi daripada satu kabilah. Jika Tuhanku menggantikannya kepadaku, maka berilah keuzuran kepadaku. Beliau telah berkata kepada dua orang hakim ketika menghantar kedua-duanya: Kalian berdua hukumlah dengan Kitab Allah dan Sunnah Nabi-Nya. Jika kedua-duanya mencalarkan kerongkongku, maka sesungguhnya mereka adalah orang yang membawanya kepada mereka itu, kerana niat mereka telah dikotori. Seorang lelaki daripada kaum Ansar, (Di dalam riwayat yang lain sahabatnya daripada kaum Ansar) berkata: Apakah berita yang sampai kepadaku tentang anda bahawa tidak ada pada umat ini orang yang lebih cekap (adbatu) dalam pengurusan selain daripada anda. Apakah perselisihan dan berita ini?
       Maka Ali a.s. berkata: Aku adalah sahabat yang anda kenali, tetapi aku telah diuji dengan seburuk-buruk makhluk Allah. Aku mahu supaya mereka menjalankan tugas, tetapi mereka menolaknya. Sekiranya aku menurut apa yang mereka mahu, nescaya mereka telah berpisah daripadaku.


[1] Rasulullah Saw.

[2] Al-Hakim, al-Mustadrak, iii, hlm. 5. Ali a.s. telah memecahkan berhala Quraisy yang paling besar.Para sahabat Umar yg empat: Abu Bakr, Salim, Abu Ubaidah,Mu'adh.

[3] Ibn Qutaibah, al-Imamah wa al-Siyasah, i, hlm. 10-11.

[4] Al-Qur’an, Surah al-Nahl (16):106, “Barang siapa yang kafir (ingkar) akan Allah sesudah beriman, kecuali orang yang dipaksa sedang hatinya masih tetap beriman”. For taqiyyah must be practiced in a situation where a man faces a danger which he cannot fight”, Al-‘Allamah al-Tabataba’i, The Shi‘ite Islam, hlm. 26.

No comments:

Post a Comment