(DIKUTIP DARI MUKTAMAR BAGHDAD)
Al-‘Abbasi Mengakui Abu Bakr Telah Bersalah
Al-‘Abbasi berkata: Wahai al-‘Alawi, sesungguhnya Abu Bakr telah bersalah (akhta’a), tetapi Umar telah dapat memahaminya!
Al-‘Alawi berkata: Jika Umar memahami perkara tersebut, maka hendaklah dia mengenakan hukum had ke atas Khalid kerana berzina dan membunuhnya pula kerana dia telah membunuh mukminin yang tidak berdosa, tetapi Umar tidak melakukannya, maka Umar telah bersalah sebagaimana Abu Bakr telah bersalah sebelumnya.
Raja Mencelah
Raja berkata: Sesungguhnya anda, wahai al-‘Alawi berkata pada awal percakapan bahawa Abu Bakr telah membuat jahat kepada Fatimah al-Zahraa’ Binti Rasulullah (s.a.w), maka apakah jenis kejahatannya kepada Fatimah?
Al-‘Alawi berkata: Sesungguhnya Abu Bakr selepas dia mengambil baiah untuk dirinya daripada orang ramai dengan keganasan, pedang, ugutan dan kekuatan (al-Irhaab wa al-Saif wa al-Tahdiid wa al-Quwwati), dia mengutus Umar, Qunfudh, Khalid bin al-Walid, Abu ‘Ubaidah dan kumpulan lain-Daripada munafikin- ke rumah Ali dan Fatimah (a.s). Umar telah mengumpulkan kayu api di pintu rumah Fatimah (pintu itu di mana Rasulullah pernah berdiri dan bersabda: Al-Salamu ‘alaikum ya Ahla Bait al-Nubuwwah dan beliau s.a.w tidak memasukinya melainkan selepas meminta izin), lalu Umar membakar pintu dengan api[1].
Manakala Fatimah datang di balik pintu bagi menentang Umar dan kumpulannya, Umar telah menolak Fatimah di antara dinding dan pintu dengan keras sehingga janinnya gugur dan paku pintu mengenai dadanya, lalu Fatimah meraung: Wahai bapaku, wahai Rasulullah, lihatlah apa yang kami hadapi selepas anda [pergi] daripada Ibn al-Khattab dan Ibn Qahafah! Lalu Umar berpaling kepada mereka di sekelilingnya dan berkata: Pukullah Fatimah, lalu tongkat terkena kekasih Rasulullah dan anggotanya sehingga berdarah tubuhnya!
Kesan tolakan yang keras ini dan pertembungan yang keras meresapi tubuh Fatimah, lalu terjatuh sakit sehingga meninggal dunia selepas bapanya beberapa hari-Fatimah adalah syahid di rumah kenabian, Fatimah terbunuh dengan sebab Umar bin al-Khattab![2]
Raja Meminta Penjelasan
Raja berkata kepada wazir: Adakah apa yang disebutkan oleh al- ‘Alawi itu benar?
Wazir berkata: Ya, sesungguhnya aku telah melihatnya di dalam kitab-kitab Tawaarikh apa yang disebutkan oleh al-‘Alawi.
Al-‘Alawi berkata: Inilah di antara sebab kebencian Syi‘ah kepada Abu Bakr dan Umar!
Fatimah A.S Memarahi Abu Bakr Dan Umar
Al-‘Alawi berkata lagi: Sebagai bukti kepada berlakunya jenayah daripada Abu Bakr dan Umar bahawa sesungguhnya ahli sejarah telah menyebut bahawa Fatimah telah mati di dalam keadaan memarahi Abu Bakr dan Umar. Sesungguhnya ahli sejarah telah menyebut beberapa hadis tentang Fatimah: Sesungguhnya Allah reda dengan reda Fatimah dan memerahi kerana kemarahannya”. Dan anda, wahai raja, mengetahui, apakah akibat orang yang dimarahi Allah!?
Raja Meminta Penjelasan
Raja berkata kepada wazir: Adakah hadis ini benar? Adakah benar bahawa Fatimah telah mati di dalam keadaan memarahi Abu Bakr dan Umar?
Wazir berkata: Ya, ahli hadis dan ahli sejarah telah menyebutnya[3].
Al-‘Alawi berkata: Sebagai bukti kebenaran kata-kataku: Sesungguhnya Fatimah telah berwasiat kepada Ali bin Abu Talib a.s supaya beliau a.s tidak memperlihatkan jenazahnya kepada Abu Bakr, Umar dan mereka yang telah menzaliminya. Justeru itu, mereka tidak mengerjakan sembahyang ke atasnya, mereka tidak hadir di upacara jenazahnya. Dan Ali pula menyembunyikan kuburnya sehingga mereka tidak datang di atas kuburnya. Kemudian Ali (a.s) telah melaksanakan wasiat-wasiatnya!
Raja Menjadi Hairan
Raja berkata: Ini adalah perkara yang pelik, adakah perkara ini telah keluar daripada Fatimah dan Ali?
Wazir berkata: Demikianlah ia telah disebut oleh ahli sejarah!
Abu Bakr Dan Umar Merampas Fadak Daripada Fatimah
Al-‘Alawi berkata: Abu Bakr dan Umar telah menyakiti Fatimah dengan perkara yang lain pula.
Al-‘Abbasi berkata: Apakah perkara itu?
Al-‘Alawi berkata: Iaitu mereka berdua telah merampas miliknya (Fadak).
Al-‘Abbasi berkata: Apakah dalil bahawa mereka berdua telah merampas Fadak?
Al-‘Alawi berkata: Tawaarikh telah menyebut bahawa Rasulullah (s.a.w) telah memberi Fadak kepada Fatimah. Fadak adalah miliknya pada masa Rasulullah. Apabila Rasulullah mati, Abu Bakr dan Umar mengeluarkan pekerja-pekerja Fatimah dari Fadak dengan paksaan, pedang dan kekerasan. Fatimah telah berhujah ke atas Abu Bakr dan Umar, tetapi mereka berdua tidak mendengar kata-katanya. Malah mereka berdua memarahinya dan menghalangnya[4]. Justeru itu, beliau a.s tidak bercakap dengan mereka berdua sehingga beliau a.s mati di dalam keadaan memarahi mereka berdua!
Al-‘Abbasi berkata: Tetapi Umar bin ‘Abd al-‘Aziz telah mengembalikan Fadak kepada anak-anak Fatimah pada masa pemerintahannya?
Al-‘Alawi berkata: Apakah faedahnya? Sekiranya seorang manusia telah merampas daripada anda rumah anda dan mengusir anda, kemudian orang lain pula datang selepas anda mati, dan mengembalikan rumah anda kepada anak-anak anda, adakah tindakannya dapat menyapu dosa perampas yang pertama?
Raja Mencelah
Raja berkata: Terserlah daripada percakapan kamu berdua- Wahai al-‘Abbas dan al-‘Alawi- Semua bersetuju bahawa Abu Bakr dan Umar telah merampas Fadak?
Al-‘Abbasi berkata: Ya, sejarah telah menyebutnya[5].
Raja berkata: Kenapakah mereka berdua telah melakukannya?
Al-‘Alawi berkata: Kerana mereka berdua mahu merampas khilafah. Mereka berdua telah mengetahui bahawa Fadak jika masih berada di tangan Fatimah, nescaya beliau a.s membelanjakan dan membahagikan hasilnya yang banyak (Seratus dua pulu ribu dinar emas) kepada orang ramai. Justeru itu, orang ramai akan berhimpun di sekitar Ali a.s. Inilah apa yang dibenci oleh Abu Bakr dan Umar!
Raja berkata: Sekiranya kata-kata ini benar, maka urusan mereka adalah pelik! Apabila khilafah mereka bertiga terbatal, maka siapakah yang menjadi khalifah Rasul s.a.w?
[1] Al-Tabari, Tarikh, iii, hlm. 198, Abu al-Fidaa’, Tarikh, I, hlm.159, Ibn Qutaibah, al-Imaamah wa al-Siyasah,I, hlm. 12.
[2] Umar telah menjalankan pemerintahannya secara kasar dan bersifat aggresif serta menakutkan kebanyakan rakyat biasa sehingga seorang wanita yang sedang hamil telah gugur kandungannya kerana takutkan Umar, tetapi aneh sekali di dalam peperangan dia selalu melarikan diri, al-Bukhari, Sahih, iii, hlm. 37. Talhah berkata kepada Abu Bakr: “Kenapa anda melantik ke atas kami seorang yang kasar?, Ibn Qutaibah, al-Imamah wa al-Siyasah, hlm. 26.
[3] Al-Hakim, al-Mustadrak, iii, hlm.153, al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-‘Umaal, vi, hlm.219 dan lain-lain.
[4] Ibn Abi al-Hadid, Syarh Nahj al-Balaaghah, v, hlm.86, al-Balaadhuri, Futuuh al-Buldaan, hlm. 44.
[5] Al-Haithami, al-Majma‘, ix, hlm.39.
Kenapa kalian berbantah bantahan tentang hal yang kau sendiri tidak melihatnya..semoga kita termasuk orang yg mukmin
ReplyDeleteandaikata itu benar,di manakah ali saat fatimah di sakiti abu bakar dan umar??selain rosul,ali adalah orang ke2 yang saya kagumi,dia lebih baik dari 2 anaknya,maka apa mungkin ali hanya membiarkan sebuah kemungkaran berlalu tanpa ia melawannya...???jangan kalian menghinakan imamul muslimin dengan membuat ia berdiam diri melihat kemungkaran,karena diam itu selemah2nya iman...
Delete