Kami Di Sisi Mereka Adalah Lebih Jahat Daripada Yahudi, Nasara, Majusi Dan Musyrikin.
Ali bin Muhammad, daripada Ahmad bin Abu Abdullah,
daripada ‘Uthman bin Isa daripada Maisar berkata: Aku telah berjumpa Abu Abdullah a.s berkata: Bagaimana dengan para sahabat anda? Aku berkata: Aku jadikan diriku tebusan anda, kami di sisi mereka adalah lebih jahat (Laa-nahnu ‘inda-hum asyarru min al-Yahud) daripada Yahudi, Nasara, Majusi dan Musyrikin, lantas beliau a.s terus duduk, kemudian berkata: Bagaimana anda berkata? Demi Allah, kami di sisi mereka adalah lebih jahat daripada Yahudi, Nasara, Majusi, dan Musyrikin.
Beliau a.s berkata: Demi Allah, kamu berdua tidak akan memasuki
neraka, demi Allah, sesungguhnya kamulah orang yang difirmankan
oleh Allah di Surah Sad (38): 62-4 “Dan (golongan durhaka) berkata:
“Mengapa kami tidak melihat golongan yang dahulu (di-dunia) kami
anggap sebagai golongan yang jahat (hina). Apakah kami dahulu
menjadikan mereka olok-olokan, ataukah kerana mata kami tidak melihat mereka? Sesungguhnya yang demikian itu pasti terjadi, (iaitu) pertengkaran penghuni neraka”.
(Dipetik dari:Raudhat al Kaafi)
No comments:
Post a Comment