(dikutip dari Peshawar Nights)
Sheikh: Kamu selalu menyalahkan tindakan sunni, tetapi tidak memperdulikan cara shia. Kamu secara tidak adil telah membela mereka, walaupun tindakkan mereka menghinakan.
Shirazi: Saya telah terbiasa mempertahankan kebenaran. Imam kami, Amirul Mukminin, menegaskan kepada anak-anaknya, terutama Hasan dan Husain, dengan perkataan ini: ‘Selalu berkata benar, dan lakukan amalan dengan cahaya sinaran hari kemudian. Bermusuhlah dengan yang zalim dan tolong kepada yang lemah.’
Shirazi: Saya telah terbiasa mempertahankan kebenaran. Imam kami, Amirul Mukminin, menegaskan kepada anak-anaknya, terutama Hasan dan Husain, dengan perkataan ini: ‘Selalu berkata benar, dan lakukan amalan dengan cahaya sinaran hari kemudian. Bermusuhlah dengan yang zalim dan tolong kepada yang lemah.’
Jika saya mendapati kesalahan dengan pihak lawan atau membela shia, saya hanya melakukkan yang demikian pada menyokong kebenaran. Apa yang saya utarakan, berasas kepada hujah yang munasabah. Saya akan dengarkan tuduhan kamu mengenai salah laku shia.
SHIA MENUDUH AISHA BERSEKEDUDUKAN DAN JAWAPANNYA.
Sheikh: Perkara terburuk yang shia bersalah padanya adalah mereka menuduh Ummul-Mukminin Aisha berzina. Fakta yang sebenarnya adalah dia mendapat kehormatan pada melakukan persetubuhan dengan nabi Allah dan bahawa dia adalah isteri yang dicintai. Mereka tidak menyedari akan padahnya terhadap tuduhan yang sebegitu hina. Tidakkah mereka membaca surah an-Nur dari al-Quran? Allah berkata: ‘Wanita jahat adalah untuk lelaki jahat dan lelaki jahat adalah untuk wanita jahat. Wanita baik untuk lelaki baik, dan lelaki baik untuk wanita baik.’ [24:26]
Shirazi: Pertama, tuduhan terhadap shia yang mengatakan Ummul-Mukminin Aisha ada melakukan perbuatan sumbang dan penzinaan adalah dusta semata-mata. Tidak pernah perkara yang sedemikian diperkatakan oleh shia. Tuduhan ini telah disebarkan secara hasad berabad dahulu lamanya oleh Nawasib dan Khawarij, supaya mereka dapat memulakan kekacauan. Mereka mengatakannya dari shia apa yang mereka sendiri telah katakan. Malangnya yang lain dengan tiada membuat penyiasatan, menyerang shia sebagaimana yang kamu telah lakukan sekarang. Jika kamu telah mempelajari buku-buku shia, kamu tidak akan terjumpa dimana-mana, bahawa Ummul-Mukminin Aisha telah dituduh melakukan zina.
AISHA TERLEPAS DARI TUDUHAN BERZINA.
Jika kamu membaca sejarah shia dan ulasannya, kamu akan lihat bagaimana mereka telah membela Ummul-Mukminin Aisha dari tuduhan zina. Yang sebenarnya laporan itu telah dibuat oleh sekumpulan orang muda hipokrit semasa hidupnya nabi. Sebahagian dari mereka yang terlibat adalah Mista bin Uthatha, Hasan bin Thabit dan Abdullah bin Ubayy. Mengenai terlepasnya Aisha dari tuduhan palsu para hipokrit, tujuh ayat telah diwahyukan di dalam al-Quran. Shia percaya bahawa untuk membuat tuduhan zina atau melakukan perbuatan sumbang terhadap mana-mana muslim adalah haram, tidak perlu disebut terhadap isteri nabi, sama ada dia Aisha atau HafsaH.
MAKSUD KEPADA TIDAK MEMPUNYAI KEPERCAYAAN OLEH ISTERI NUH DAN LUT.
Adalah pelik terhadap kamu yang telah salah ertikan tidak jujur bermaksud zina, walaupun terdapat jurang yang besar diantara duanya. Isteri para nabi adalah bebas dari zina. Disini perbincangannya adalah mengenai kepercayaan mereka. Pertama jika isteri nabi bertindak menyalahi arahan suaminya, dia pastinya tidak jujur Kedua bukan kami yang mengatakan mereka telah terbukti tidak jujur. Al-Quran sendiri yang mengatakan: Mereka tidak jujur kepada suami mereka,’ dan tidak jujur bukannya berzina. Sebagaimana saya telah katakan terdahulu, isteri para nabi bebas dari yang ini. Maka maksud tidak jujur adalah engkar.
Adalah pelik terhadap kamu yang telah salah ertikan tidak jujur bermaksud zina, walaupun terdapat jurang yang besar diantara duanya. Isteri para nabi adalah bebas dari zina. Disini perbincangannya adalah mengenai kepercayaan mereka. Pertama jika isteri nabi bertindak menyalahi arahan suaminya, dia pastinya tidak jujur Kedua bukan kami yang mengatakan mereka telah terbukti tidak jujur. Al-Quran sendiri yang mengatakan: Mereka tidak jujur kepada suami mereka,’ dan tidak jujur bukannya berzina. Sebagaimana saya telah katakan terdahulu, isteri para nabi bebas dari yang ini. Maka maksud tidak jujur adalah engkar.
Isteri nabi Nuh selalu menentang suaminya, dan kerap memalukannya dikhalayak ramai. Dia berkata: ‘suami saya gila. Oleh kerana saya selalu bersama dengannya siang dan malam, saya tahu keadaan sebenarnya. Janganlah tertipu olehnya.’ Isteri nabi Lut selalu memberitahu manusia tentang orang yang menjadi tetamu rumahnya. Dia selalu melakukan perbuatan yang keji dengan menyebarkan rahsia rumah mereka kepada para musuh.
TIDAK JUJURNYA ISTERI TIDAK MENUNJUKKAN TIDAK SUCI.
Menurut pengulas al-Quran dan juga menurut dari kenyataan mereka yang ma’sum, pengertian surah an-Nur dimana kamu menunjukkan tujuan maksud kamu bahawa wanita jahat untuk lelaki jahat dan lelaki jahat tertarik kepada wanita jahat. Wanita baik untuk lelaki baik dan lelaki baik tertarik kepada mereka. Di dalam bab yang sama di dalam ayat selanjutnya Allah berkata: ‘Yang berzina lelaki tidak akan mengawini melainkan penzina wanita atau yang kafir dan bagi penzina wanita, tiada siapa yang akan mengahwininya melainkan penzina lelaki atau yang kafir. [24:3]
Secara ringkas ayat al-Quran ‘wanita jahat untuk lelaki jahat…’ tidak menunjukkan bukti pada maksud kamu.
page yg menyokng syiah.. aku thu...
ReplyDeleteJangan kaget tentang Syi'ah.., mereka memang sejak awal ingin
ReplyDeletekekuasaan, nikah mut'ah dan harta, dg mengatas namakan agama.
Lihat saja video kematian Khomeini, pas mayatnya di husung...,
itu adzab awal sebagai peringatan bagi yg lain. Di dalam agama
Syi'ah (karena dia bukan Islam, soalnya punya alquran sendiri,
mengkafirkan Sahabat-Sahabat Nabi dan menghina istri Nabi SAW),
semakin keras mereka menghina sahabat dan istri Nabi SAW,
semakin besar hadiah (UANG) yg ia terima dr penguasa Syi'ah
atau petinggi Syi'ah. Bahkan para pelajar / mahasiswa yg bisa
membuat suatu tesis atau makalah, yg penghinaan nya MANTAB,
makin besar lah hadiah atau belanja yg mereka terima. Pengikut
Syi'ah rata-rata mencari NAFKAH nya seperti cerpenis. Tapi tdk
semua tema menghasilkan uang. Tema yg menghasilkan UANG, adalah
yang didalamnya ada penghinaan kepada Sahabat2 Nabi SAW dan
istri Nabi. Seperti para Orientalis, semakin menghina islam
semakin terkenal, semakin banyak DONASI yg ia terima. sungguh
kasian, hidup di dunia yg hanya sebentar, rela ditukar dg uang,
dg menghilangkan akhirat. Belajar Hadist sampek notok (mahir),
belajar Quran sampek mahir, hny untuk mencari NAFKAH yg tdk
seberapa.
Semoga Alloh melindungi kita, dari iming2 uang yg mereka terima
dr makalah2 seperti itu.
Semoga kita selalu di beri hidayah untuk sll bekerja yg HALAL
dan Thoiyiban.., amiiinn.