Hadis Sepuluh Orang Dijamin Syurga Adalah Palsu
Al-‘Alawi berkata: Nanti dahulu, wahai wazir, janganlah anda berkata apa yang tidak benar, sesungguhnya hadis “sepuluh orang masuk syurga” adalah pembohongan dan rekaan terhadap Rasulullah (s.a.w)!
Al-‘Abbasi berkata: Bagaimana anda berkata bahawa ia satu pembohongan sedangkan ia diriwayatkan oleh perawi-perawi yang dipercayai?
Al-‘Alawi berkata: Banyak dalil-dalil yang menunjukkan pembohongan hadis ini dan kebatilannya. Aku akan menyebut tiga dalil sahaja untuk anda:
Pertama: Bagaimana Rasulullah menjamin seorang dengan syurga sedangkan dia telah menyakitinya, iaitu Talhah? Sesungguhnya sebahagian ahli tafsir dan ahli sejarah menyebut bahawa sesungguhnya Talhah berkata: Jika Muhammad mati, kami akan bernikah dengan isteri-isterinya selepasnya- atau aku akan mengahwini ‘Aisyah. Lantaran itu, Rasulullah merasa terkilan dengan kata-kata Talhah, lalu Allah menurunkan Surah al-Ahzab (33): 53 “Dan tidak boleh menyakiti (hati) Rasulullah dan tidak (pula) mengahwini isteri-isterinya sesudah dia wafat selama-lamanya. Sesungguhnya perbuatan itu adalah amat besar (dosanya) di sisi Allah).
Kedua: Sesungguhnya Talhah dan al-Zubair telah memerangi Imam Ali bin Abu Talib a.s dan sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah bersabda tentang hak Ali a.s: Wahai Ali, sesungguhnya peperangan anda adalah peperanganku dan perdamaian anda adalah perdamaianku”[1]. Dan beliau s.a.w bersabda: Barangsiapa yang mentaati Ali, maka sesungguhnya dia mentaati aku dan barangsiapa yang menderhakai Ali, maka dia menderhakai aku”[2]. Beliau s.a.w bersabda: Ali adalah bersama al-Qur’an dan al-Qur’an bersama Ali kedua-duanya tidak terpisah sehingga kedua-duanya dikembalikan kepadaku”. Beliau s.a.w bersabda: Ali bersama kebenaran dan kebenaran bersama Ali yang mana kebenaran berpusing bersamanya di mana dia berpusing”[3]. Adakah orang yang memerangi Rasulullah dan menderhakainya di syurga? Dan adakah orang yang memerangi kebenaran dan al-Qur’an itu seorang mukmin?
Ketiga: Sesungguhnya Talhah dan al-Zubair kedua-duanya telah merancang untuk membunuh Uthman, justeru itu, adakah mungkin Uthman, Talhah dan al-Zubair semuanya di syurga. Sebahagian mereka memerangi sebahagian yang lain sedangkan Rasulullah s.a.w bersabda: Pembunuh dan orang yang dibunuh kedua-duanya di neraka”
Raja Meminta Penjelasan
Raja bertanya kepada Wazir dengan penuh kehairanan: Adakah benar apa yang dikatakan oleh al-‘Alawi?
Wazir berdiam diri tanpa berkata apa-apa. Begitu juga al-‘Abbasi dan kumpulannya berdiam diri tanpa bercakap apa-apa.
Apakah Syaitan Memaafkan Orang Yang Bercakap Benar?
Apakah yang mereka kata? Adakah mereka berkata benar? Adakah syaitan memaafkan orang yang mengakui kebenaran? Adakah nafsu ammarah yang meredai kejahatan sanggup tunduk kepada kebenaran dan kenyataan? Adakah anda terfikir bahawa mengakui kebenaran itu perkara yang mudah dan senang?
Tidak! Sesungguhnya ia adalah perkara yang sukar, kerana ia terpaksa mencabut asabiah jahiliyah dan menyalahi hawa nafsu sedangkan manusia adalah pengikut hawa nafsu dan kebatilan melainkan mukminin yang mana bilangan mereka amat sedikit.
Al ‘Alawi Bersedia Untuk Membawa Kitab-kitab Rujukan
Al-‘Alawi telah memecahkan tabir diam, maka dia berkata: Wahai raja, sesungguhnya wazir, al-‘Abbasi dan ulama mengetahui kebenaran kata-kataku dan kenaran percakapanku serta hakikat hadisku. Sekiranya mereka mengingkari kata-kataku, maka sesungguhnya di Baghdad para ulama yang menyaksikan kebenaran kata-kataku. Sesungguhnya di dalam khazanah Madrasah ini kitab-kitab yang menyaksikan kebenaran kata-kataku, rujukan yang muktabar yang menerangkan kebenaran kata-kataku…. Sekiranya mereka mengakui kata-kataku, maka ini adalah apa yang dikehendaki. Jika tidak, maka aku bersedia sekarang, sekarang membawa kepada anda kitab-kitab, rujukan-rujukan dan saksi-saksi!
Raja Meminta Penjelasan
Raja berkata kepada wazir: Adakah kata-kata al-‘Alawi itu benar bahawa kitab-kitab rujukan menunjukkan kebenaran kata-katanya dan kebenaran percakapannya?
Wazir berkata: Ya.
Raja berkata: Kenapakah anda berdiam diri pada permulaannya?
Mencaci Sahabat
Wazir berkata: Aku benci mencaci sahabat Rasulullah (s.a.w)!
Al-‘Alawi berkata: Hairan! Anda benci perkara itu sedangkan Allah dan Rasul-Nya tidak membencinya, kerana Allah telah memperkenalkan sebahagian sahabat yang munafik dan memerintahkan Rasul-Nya supaya berjihad menentang mereka sebagaimana beliau s.a.w berjihad menentang golongan kafir dan Rasul sendiri telah melaknati sebahagian sahabatnya!
Kata-Kata Semua Sahabat Adil Satu Pembohongan
Wazir berkata: Tidakkah anda mendengar kata-kata ulama: Sesungguhnya semua sahabat adalah adil?
Al-‘Alawi berkata: Aku telah mendengar kata-kata itu, tetapi aku mengetahui bahawa kata-kata itu adalah pembohongan dan rekaan, kerana bagaimana semua sahabat adil sedangkan Allah melaknati sebahagian mereka, Rasul melaknati sebahagian mereka, sahabat pula saling melaknati sesama mereka, memerangi sesama mereka, mencaci sesama mereka dan membunuh sesama mereka?
Bagaimana Kaum Muslimin Mengambil Mereka Sebagai Khalifah Dan Mengikuti Mereka?
Di sini al-‘Abbasi mendapati pintu tertutup di hadapannya, lantas dia datang dari pintu yang lain pula dan berkata: Wahai raja, katakanlah kepada al-‘Alawi bahawa jika ketiga-tiga khalifah itu tidak mukminin, bagaimana kaum muslimin mengambil mereka sebagai khalifah dan mengikuti mereka?
Al-‘Alawi berkata: Pertama: Bukan semua kaum muslimin mengambil mereka sebagai khalifah, hanya Ahl al-Sunnah sahaja.
Kedua: Sesungguhnya mereka yang percaya dengan khilafah mereka terbahagi kepada dua bahagian: Orang yang jahil dan orang yang degil (mu‘aanid). Adapun orang yang jahil, maka dia tidak mengetahui keburukan mereka dan hakikat mereka, mereka menggambarkan mereka sebagai manusia yang baik dan mukminin. Adapun orang yang degil, maka dalil dan bukti tidak memanfaatkannya selama dia berkeras di atas kedegilannya. Allah berfirman di dalam Surah al-A raaf (7): 146 “Jika mereka melihat setiap ayat-Ku mereka tidak beriman kepadanya” Surah al-Baqarah (2): 6 “Sama saja bagi mereka, kamu beri peringatan atau tidak kamu memberi peringatan, mereka tidak juga akan beriman”!
Ketiga: Sesungguhnya golongan yang telah memilih mereka sebagai khalifah telah tersilap di dalam pemilihan mereka sebagaimana golongan Nasara telah melakukan kesilapan, mereka berkata “Al-Masih itu putera Allah”. Golongan Yahudi berkata: ‘Uzair adalah putera Allah” Surah al-Taubah )9): 30. Manusia wajib mentaati Allah dan Rasul. Wajib mentaati kebenaran bukan mentaati manusia di atas kesalahan dan kebatilan. Allah berfirman: Taatilah Allah dan Rasul…Surah al-Nisaa’ (4):59.
Raja Meminta Pertukaran Tajuk
Raja berkata: Tinggalkan tajuk ini dan bertukarlah kepada tajuk yang lain.
[1] Al-Khawaarizmi, al-Manaaqib, hlm.72 al-Qunduzi al-Hanafi, Yanaabii‘ al-Mawaddah, hlm.130 dan lain-lain.
[2] Al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-‘Umaal, hadis no.1213, v, hlm 132 dan lain-lain.
[3] Ibn Hajr, al-Sawaa’iq al-Muhriqah, hlm.124.
Mengenai kisah pertama, kisah Talhah yang terlintas untuk berkahwin dengan Aisyah seandainya Rasulullah wafat (Talhah hanya terlintas..dan tidak pula melafazkan..)
ReplyDeleteBahkan apabila turunnya ayat Surah al-Ahzab (33): 53 Talhah terasa sendiri dengan teguran itu dan telah membeli 10 ekor unta yang mahal lalu disedekahkah kepada orang ramai untuk menebus rasa bersalah dia terhadap lintasan fikiran dia.. dan juga memembeli seorang hamba lalu dimerdekakan.. Subhanallah.. Hebat sebenarnya akhlak Talhah (Sahabat Rasulullah..tak wajar kita perkecilkan..)
Dan merujuk juga ayat surah Al-Ahzab itu.. Rasanya wajar dirujuk ayat yang sepenuhnya.. Ustaz ana ajar..Rasulullah tidak wajar disakiti hatinya kerana sewaktu Rasulullah adakan kenduri ada yang datang awal, tunggu2 makanan dan berlama2 di rumah Rasulullah..
Wallahu'alam
cahaya, hujah anda:
ReplyDelete1.Talhah hanya terlintas..dan tidak pula melafazkan.
2.Sahabat Rasulullah..tak wajar kita perkecilkan
3.Ustaz ana ajar..Rasulullah tidak wajar disakiti hatinya kerana sewaktu Rasulullah adakan kenduri ada yang datang awal, tunggu2 makanan dan berlama2 di rumah Rasulullah
komen ana:
hujah satu: ucapan talhah dirakam sebahagian ahli seharah spt Ibn Kathir, al-Qurtubi, al-Alusi... manakala hujah anda bahawa hanya "lintasan, bukan ucapan" dibuat-buat, ia hanya andaian2 yang tak bisa disandarkan kepada mana-mana kitab sejarah, bagaimana mungkin orang tahu apa yang difikirkan oleh orang lain.mengarut!
hujah dua:benar, sahabat Rasulullah tak wajar kita perkecilkan, tapi sahabat yang mana satu, sudah tentu sahabat yang baik bukan sahabat yang jahat, bukan sahabat yang mahu menikahi istri nabi jika nabi SAW wafat sebagaimana dicatat Ibn Kathir, al-Qurtubi, al-Alusi...
hujah tiga: "ustaz ana ajar" ...soalan saya: adakah ustaz anda itu lebih alim dari Ibn Kathir, al-Qurtubi, al-Alusi?
berusahalh dengan lebih keras cahaya supaya sesuai dengan nama yang anda pakai. jangan sampai membela orang yang menyakiti nabi saya Muhammad SAW. saya nggak suka sama orang yang menyakiti nabi SAW iaitu Talhah (menurut ibn Kathir, alusi dan qurtubhi...) dan orang yang membela talhah...siapa ya orang itu?
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete