Tuesday, July 5, 2011

Hadis Tentang Para Imam A.S



       Daripadanya, berkata: Muhammad bin Musa bin al-Mutawakkil telah memberitahu kami daripada Muhammad bin Abu Abdullah al-Kufi daripada Musa bin Imran daripada bapa saudaranya (‘amm-hu) al-Husain bin Yazid daripada Ali bin Salim daripada bapanya daripada Sa‘d bin Tarif daripada al-Asbagh bin Nabatah berkata: Aku telah mendengar Ibn Abbas berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: Menyebut Allah s.w.t adalah ibadat, menyebut aku adalah ibadat, menyebut ke atasku adalah ibadat, menyebut para imam daripada anak-anaknya adalah ibadat.
      Demi Yang telah mengutus aku dengan kenabian, dan telah menjadikan aku sebaik-baik manusia sesungguhnya wasi aku adalah sebaik-baik wasi, sesungguhnya beliau adalah hujah Allah ke atas hamba-Nya, khalifah-Nya ke atas makhluk-Nya, dan daripada anak-anaknya para imam yang memberi petunjuk selepas aku, dengan merekalah Allah menahan azab daripada  penduduk bumi, dengan merekalah Allah memegang langit dari jatuh ke atas bumi dengan izin-Nya, dengan merekalah Dia memegang bukit dari condong, dengan merekalah Dia menurunkan hujan ke atas makhluk-Nya, dengan merekalah Dia mengeluarkan tumbuh-tumbuhan.
       Merekalah para wali Allah yang sebenardan khalifah-khalifah aku yang sebenar. Bilangan mereka adalah seperti bilangan bulan-bulan iaitu dua belas bulan. Bilangan mereka adalah seperti bilangan para naqib Musa bin Imran, kemudian beliau s.a.w membaca Surah al-Buruj (85):1 “Demi langit yang mempunyai gugusan bintang” Kemudian beliau bersabda: Adakah anda wahai Ibn Abbas menetapkan   bahawa Allah telah bersumpah dengan langit yang mempunyai gugusan bintang? Aku berkata: Wahai Rasulullah s.a.w apakah itu? Beliau s.a.w bersabda:Adapun al-Sama’ (langit) adalah aku. Adapun al-Buruj (gugusan bintang) adalah para imam selepas aku, yang awal mereka adalah Ali dan yang akhir mereka adalah al-Mahdi  a.s[1] .


[1] Al-Majlisi, Bihar al-Anwar,  ix, 161

No comments:

Post a Comment