Abban daripada Sulaim berkata: Aku telah mendengar Abu Sa‘id al-Khudri berkata: Sesungguhnya Rasulullah (Saw.) telah menyeru orang ramai di Ghadir Khum[1] pada hari khamis sambil memegang ketiak Ali bin Abu Talib a.s., dan mengangkatnya sehingga aku melihat keputihan di ketiak Rasulullah (Saw.) dan bersabda: Sesiapa yang menjadikan aku maulanya, maka Ali adalah maulanya. Wahai Tuhanku! Muliakanlah orang yang menjadikannya wali. Musuhilah orang yang memusuhinya. Tolonglah orang yang menolongnya. Hinalah orang yang menghinanya.[2]
Abu Sa‘id berkata: Beliau terus berdiri sehingga turun firman-Nya dalam Surah al-Ma’idah (5): 3, “Pada hari ini Aku sempurnakan bagimu agamamu dan Aku cukupkan nikmat-Ku, dan Aku meridhai Islam menjadi agamamu”. Maka Rasulullah (Saw.) bersabda: Allahu Akbar kerana menyempurnakan agama, melengkapi nikmat dan keridhaan ilahi dengan risalahku, dan wilayah Ali selepasku.
[1] Seratus sepuluh perawi yang terdiri daripada para sahabat telah meriwayatkan hadis al-Ghadir dan dicatat oleh para ulama Ahl al-Sunnah dalam buku-buku mereka. Kemudian diikuti oleh lapan puluh empat perawi daripada kalangan Tabi‘in serta tiga ratus enam puluh perawi daripada kalangan para ulama Ahl al-Sunnah telah meriwayatkan hadis al-Ghadir dalam buku-buku mereka. Justeru itu, ia telah sampai ke tahap mutawatir menurut penilaian Ahli Hadis. Lihat al-Amini, al-Ghadir, i, hlm. 14-158.
[2] Ibn Hanbal, Musnad, iv, hlm. 370 dan lain-lain.
No comments:
Post a Comment