Monday, July 18, 2011

DIALOG : KEBERANIAN UMAR TIDAK PERNAH DILIHAT DIMANA-MANA MEDAN PEPERANGAN.

 (DIKUTIP DARI PESHAWAR NIGHTS)


Sebagai kekerasan untuk Umar dimedan peperangan, sejarah tidak pernah merakamkannya. Sebaliknya, ahli sejarah dari kedua golongan menyampaikan bahawa setiap kali Umar bertemu musuh yang kuat, dia akan melarikan diri. Begitulah Muslim lain juga lari, dan tentera muslim kerap juga tewas.
Hafiz: Kamu dengan perlahan-lahan telah menambahkan yang tidak baik. Kamu telah menghina khalifa Umar, yang menjadi kebanggaan Muslim, dan di dalam era siapa Muslim mencapai kejayaan besar. Disebabkan Umar, tentera muslim mendapat kejayaan. Kamu mengelar dia penakut dan mengatakan yang dia lari dari medan peperangan dan bahawa kekalahan tentera Islam adalah disebabkan olehnya! Adakah wajar bagi orang seumpama kamu pada menghina khalifa Umar?

Shirazi: Saya takut awak tersalah faham. Walaupun kamu telah bersama saya pada beberapa malam, kamu masih belum dapat memahami saya. Mungkin awak fikir bahawa disebabkan oleh perasaan maka saya mengkritik atau memuji sesaorang. Tidak sekali. Memang terdapat kewajibpan yang besar di dalam perbincangan agama yang telah menjadi punca permusuhan diantara Muslim untuk berabad lamanya. Perbincangan sedemikian kerap menimbul keinginan yang jahat, yang tidak mengikuti dengan arahan al-Quran. Al-Quran dengan jelas mengatakan: ‘Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah dari prasangka sebanyak mungkin [yang boleh]: kerana prasangka dalam satu-satu keadaan adalah berdosa.’ [49:12] Kamu menganggap bahawa kenyataan saya digerakkan oleh kebencian. Yang sebenar adalah sebaliknya. Saya tidak mengucapkan satu perkataan pun yang bertentangan kepada apa yang ulama kamu telah tuliskan. Kamu baru mengatakan yang saya telah menghina khalifa Umar. Tetapi tidak terdapat sedikit petunjuk pun kepada menghina. Apa yang saya katakan mengikut dari rekod sejarah. Sekarang saya terpaksa memberikan pandangan yang lebih jelas terhadap fakta supaya dapat meredakan permusuhan.

PENAKLUKKAN TIDAK DISEBABKAN OLEH KEUTAMAAN PERSONALITI UMAR.
Kamu katakan bahawa khalifa Umar bertanggong jawab diatas penaklukkan Muslim. Tiada siapa menafikan bahawa Muslim mendapat kemenangan besar semasa khalifa Umar. Tetapi hendaklah ingat, menurut dari keterangan ulama kamu yang terkenal seperti Qazi Abu bakt Khatib, di dalam sejarah baghdad; Imam ahmad bin Hanbal di dalam Musnad; Ibn Abil-Hadid di dalam Sharh Nahjul Balagha; dan banyak penulis lainnya, khalifa Umar meminta petunjuk dari Ali di dalam perkara pentadbiran dan juga ketenteraan. Dan dia bertindak diatas nasihat Ali.

Sebagai tambahan, terdapat perbezaan pada kejayaan Islam di dalam era yang berlainan. Kejayaan yang pertama merujuk kepada kejayaan era nabi sendiri, yang menjadi pengerak utamanya adalah keberanian Ali. Setiap orang setuju bahawa Ali adalah yang paling berani dari yang berani. Jika beliau tidak mengambil bahagian di dalam peperangan, kejayaan tidak tercapai. Sebagai contoh, di dalam peperangan Khaibar, beliau mendapat sakit mata, dan mustahil untuk pergi berperang. Tentera Muslim mengalami kekalahan berturut-turut, apabila beliau telah disembuhkan oleh nabi, Ali mara terhadap tentera musuh dan menawan kubu Khaibar. Di dalam peperangan Uhud, apabila Muslim berpecah dan melarikan diri, adalah Ali yang berdiri teguh. Dengan berani, dia menyelamatkan nabi dari serangan musuh, sehingga terdengar suara yang mengatakan: ‘Tidak ada pedang selain Dhul-fiqar, dan tidak ada yang paling berani selain dari Ali.’
Kejayaan kedua adalah mengenai peperangan yang dijayakan selepas nabi. Kejayaan ini adalah disebabkan oleh keberanian tentera Muslim dan perancangan yang baik. Tetapi kita tidak mempertikaikan kejayaan Islam semasa pemerintahan Umar. Topik kita adalah keberanian Umar itu sendiri. Ianya tidak dinyatakan di dalam mana-mana pembuktian sejarah.

Hafiz: Adalah satu penghinaan untuk mengatakan khalifa Umar lari dari medan peperangan dan ini membawa kepada kalahnya tentera Islam.

Shirazi: Jika menyebut fakta sejarah mengenai sesaorang adalah satu penghinaan, maka penghinaan ini adalah oleh ulama kamu.

Hafiz: Dimana terdapat ulama kami menulis khalifa Umar lari dari medan peperangan? Bilakah dia menyebabkan kekalahan terhadap tentera Islam?

ABU BAKAR DAN UMAR TEWAS DI DALAM PEPERANGAN KHAIBAR.
Shirazi: Oleh kerana Ali mengidap penyakit mata pada hari pertama peperangan Khaibar, nabi menyerahkan bendera Islam kepada Abu Bakr, yang memimpin tentera Islam menentang Yahudi. Setelah dikalahkan dengan pantas, dia kembali. Pada hari esoknya bendera muslim diberikan kepada Umar, tetapi sebelum dia sampai kemedan pertemporan dia telah lari dalam ketakutan [panik]

Hafiz: Kenyataan ini adalah pemalsuan shia.

Shirazi: Peperangan Khaibar adalah peristiwa yang penting dalam kehidupan nabi, telah dirakamkan dengan secara khusus oleh ahli sejarah dari kedua golongan. Hafiz Abu Nu’aim Ispahani di dalam bukunya Hilyatu’l-Auliya, jilid I, ms 62, Muhammad Bin Talha Shafi’i di dalam Matalibu’s-Su’ul, ms 40, dari Sira oleh Ibn Hisham, Muhammad Bin Yusuf Ganji Shafi’i di dalam Kifayatu’t-Talib, Bab 14, dan banyak lagi dari ulama kamu yang telah merakamkannya. Tetapi yang paling sahih adalah sampaian dari ulama yang terkenal ini:

Muhammad Bin Isma’il Bukhari, yang menulis di dalam Sahih, jilid II, dicetak di Egypt, 1320 Hijrah, ms 100, dan Muslim Bin Hujjaj, yang menulis di dalam Sahih, jilid II, dicetak di Egypt, 1320 Hijrah, ms 324, ‘bahawa khalifa Umar lari dari peperangan di dua medan pertemporan’ Diantara banyak bukti yang nyatakan pada maksud ini adalah kata-kata yang tidak meragukan dari Ibn Abil-Hadid mutazili, dinamakan sebagai ‘Alawiyyat-e-Sab’a, di dalam memuji Ali. Mengenai ‘Pintu Khaibar’ dia berkata: ‘Telahkah kamu dengar cerita Kejayaan keatas Khaibar? Terlalu banyak misteri telah dikaitkan bersamanya, sehingga mengelirukan akal yang bistari! Mereka berdua ini [Abu Bakar dan Umar] tidak suka kepada, atau tidak biasa dengan, memegang bendera [mengetuai angkatan tentera]. Mereka tidak tahu rahsia pada mengekalkan kehormatan pada bendera, mereka menutupnya dengan keaiban dan lari putih tapak kaki, walaupun mereka tahu yang lari dari medan perang boleh membawa kepada kafir. Mereka melakukannya juga kerana seorang dari tentera Yahudi yang berani, seorang remaja yang tinggi dengan pedang terhunus ditangan, menunggang kuda dengan gagahnya, menyerang mereka, seumpama burung unta [kasuari] jantan, yang telah mendapat tenaga baru dari udara nyaman musim bunga dan makanan. Dia seumpama seekor burung besar yang telah memenuhi dirinya dengan bulu-bulu yang berwarna-warni dan sedang mengejar terhadap yang dicintanya. Kilauan api kematian dari pedang dan tombaknya memancar dan telah menakutkan kedua orang ini. ’Ibn Abdil-Hadid berkata mengenai mereka [Abu Bakr dan Umar] dengan menambah: ‘Saya meminta maaf untuk kamu, kerana kekalahan dan larinya kamu, oleh kerana semua manusia benci kepada kematian dan mencintai kehidupan. Sama seperti yang lain semua, kamu berdua tidak suka kematian walaupun tidak terdapat kekebalan dari mati. Tetapi kamu tidak dapat melamar mati.’

Tujuan saya bukan untuk menghina sesiapa. Saya menyatakan fakta sejarah ini untuk menunjukkan bahawa khalifa tidak mempunyai keberanian sedemikian yang membolehkannya dikatakan seperti pada potongan ayat ‘keras terhadap mereka yang kafir,’ Fakta menunjukkan dia lari dari medan perang. Sifat yang kita katakan ini adalah hak Ali sahaja, yang di dalam setiap peperangan adalah amat keras terhadap mereka ynag kafir. Fakta ini telah diberikan oleh Allah di dalam al-Quran. Dia berkata: ‘Wahai orang yang beriman! Sesiapa yang berpaling dari agamanya, maka Allah akan membawa orang yang lain; Dia mencintai mereka dan mereka mencintai Dia, merendah diri pada yang beriman, keras terhadap yang kafir, berjuang dijalan Allah, dan mereka tidak takut penghinaan dari mereka yang menghina; ini adalah rahmat dari Allah. Dia berikan kepada siapa yang Dia hajati.’

Hafiz: Adalah amat memeranjatkan bahawa kamu cuba untuk mengatakan yang ayat itu untuk Ali. Ianya merujuk kepada orang beriman yang memilikki kualiti tersebut dan Allah akan mencintai mereka.

Shirazi: Adalah lebih baik jika jika kamu tanyakan kepada saya, apakah hujah yang menyokong kenyataan saya. Jawapan saya adalah, jika ayat ini diwahyukan pada memuji orang yang beriman, mereka tidak akan lari dari medan peperangan sama sekali.

Hafiz: Adakah adil untuk menuduh yang beriman dan sahabat nabi yang lari dari bahaya? Mereka ini berperang dengan gagahnya dimedan pertemporan.

Shirazi: Bukanlah saya yang mengatakan mereka ‘pengecut’ Sejarah yang menunjukkan mereka begitu. Mungkin kamu telah terlupa bahawa di dalam peperangan Uhud dan Hunain, kedua-dua mereka yang beriman dan para sahabat secara umum, termasuklah sahabat utama nabi, telah mencari keselamatan diri dengan lari. Sebagaimana yang sampaikan oleh Tabrini dan lainnya, mereka meninggalkan nabi sendirian diantara musyrik. Mungkinkah mereka yang berpaling kebelakang dari menghadap musuh, meninggalkan nabi berseorangan menentang musuh adalah yang dicintai oleh Allah dan RasulNya?

Bukanlah saya seorang yang mengatakan bahawa ayat ini pada memuji Ali. Abu Ishaq Imam Ahmad Thalabi, yang kamu anggap sebagai ketua para penyampai hadith, menulis di dalam bukunya Kashful-Bayan bahawa ayat ini diwahyukan pada memuji Ali kerana tiada siapa yang memilikki sifat yang disebutkan itu. Tidak ada ahli sejarah – dari kita atau orang asing – telah menulis bahawa di dalam mana-mana 36 peperangan yang melibatkan nabi didapati Ali melarikan diri. Di dalam peperangan Uhud, apabila kesemua para sahabat lari, dan 5 000 pihak tentera musuh menyerang Muslim, orang yang tinggal kekal dikedudukannya sehingga kemenangan dicapai, hanyalah Ali. Walaupun luka dibeberapa tempat dan darah mengalir dengan banyaknya, beliau menggumpulkan semula mereka yang lari dan terus berperang sehingga kemenangan dicapai.

Hafiz: Tidakkah kamu merasa malu mengatakan ‘pengecut’ pada sahabat yang agung? Semua sahabat secara umum dan kedua khalifa – Abu Bakr dan Umar – khasnya, dengan gagah menggelilingi nabi dan mempertahankannya.

Shirazi: Kamu tidak mempelajari sejarah dengan teliti. Secara umum, ahli sejarah telah menulis bahawa di dalam peperangan Uhud, Hunain, dan Khaibar kesemua para sahabat lari. Saya telah menyatakan kepada kamu mengenai Khaibar. Dan mengenai Hunain, Hamidi di dalam Jam’-e-Bainus-Sahihain dan Halabi di dalam Siratul-Halabiyya, jilid III, ms 123, berkata bahawa semua para sahabat lari, melainkan empat: Ali dan Abbas berada dihadapan nabi, Abu Sufyan bin Harith memegang tali kuda nabi dan Abdullah bin Masud berdiri disebelah kirinya. Larinya Muslim di Uhud tidak dapat dinafikan oleh sesiapa. Muhammad bin Yusuf Ghanji di dalam kifayatut-Talib, Bab 27, dari punca dia sendiri, menyebut Abdullah bin Masud sebagai berkata bahawa nabi berkata: ‘Bila-bila masa Ali dihantar sendirian dimedan peperangan, saya melihat Jibril disebelah kanannya, Mikail disebelah kirinya, dan awan melindunginya dari atas sehinggalah Allah menjayakan dia.’

Imam Abu Abdur-Rahman Nisai menyatakan hadith 202 di dalam bukunya Khasais-e-Alawi bahawa Imam Hasan, memakai seban hitam, datang kepada manusia dan menyampaikan kualiti bapanya, dengan mengatakan bahawa di dalam peperangan Khaibar, apabila beliau pergi ke kubu, ‘Jibril berperang disebelah kanannya, dan Mikail berperang disebelah kirinya. Dia berhadapan dengan musuh dengan beraninya sehingga dia mencapai kemenangan dan berhak mendapat cinta Allah.’

14 comments:

  1. إِنَّ الَّذِينَ تَوَلَّوْا مِنْكُمْ يَوْمَ الْتَقَى الْجَمْعَانِ إِنَّمَا اسْتَزَلَّهُمُ الشَّيْطَانُ بِبَعْضِ مَا كَسَبُوا وَلَقَدْ عَفَا اللَّهُ عَنْهُمْ إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ حَلِيمٌ (155)

    Terjemahan: Sesungguhnya orang-orang yang berpaling di antaramu pada hari bertemu dua pasukan itu, hanya saja mereka digelincirkan oleh syaitan, disebabkan sebagian kesalahan yang telah mereka perbuat (di masa lampau) dan sesungguhnya Allah telah memberi ma'af kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyantun. (al-Imran 3:155)

    ReplyDelete
  2. terima kasih atas komen sdr dadih. saya tak pasti adakah sdr dadih menyoal saya? sy fikir soalan itu terbuka kpd semua. nah! Rasulullah tinggalkan kita al Quran dan Sunnahnya supaya kita tidak sesat. maka rujuklah al Quran. saya hairan mengapa ada orang sengaja menerima hadis yang lagi bercanggah sama al Quran sedang al Quran itu kalam Allah. kalau saya, hanya hadis yang nggak bercanggah sama al Quran yang saya terima. Ayat sekait wudhuk contohnya jelas skali menyatakan 'sapu' kepala dan kakai, bukan 'basuh'... karena taksub bermazhab kita lalu mendustakan ayat al Quran semata-mata karena imam mazhab kita menyatakan 'basuh'. maknanya kita lebih membesarkan imam mazhab dari Allah. na'izubillah.

    ReplyDelete
  3. dalami ayat alQuran yg Allah telah turunkan berkenaan sapu dan basuh ketika berwudu'.. sebenarnya Allah menyatakan supaya kita m'basuh rambut dan kaki..kalau x tau, belajar dan fahami sebetu-betulnya

    "Demi bintang semasa ia menjunam, rakan kamu (Nabi Muhammad), tidaklah ia menyeleweng, dan ia pula tidak sesat. Dan ia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan agama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri. Segala yang diperkatakannya itu tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya." [al-Najm 53:1-4]

    Imam ‘Ali bin Ahmad bin Said bin Hazm, seorang tokoh besar dunia Islam yang berasal dari Cordova, Sepanyol : Tidak akan terjadi percanggahan sedikitpun dalam al-Qur’an dan hadis. Percanggahan hanya terjadi kerana keterbatasan ilmu pengetahuan kita

    Zaad al-Ma‘ad , jld 3, ms 112; dikemukakan oleh M. Wafaa dalam Metode Tarjih, ms 53 : Tidak ada ucapan yang keluar dari bibir baginda (Rasulullah) kecuali ucapan yang benar. Kesalahan terjadi kerana kelemahan kita dalam mengetahui sesuatu dalil, atau kelemahan kita untuk membezakan hadis sahih dan tidak sahih, atau kerana kelemahan kita dalam memahami maksud (tujuan) sabda Nabi, atau pemahaman kita yang tidak selari dengan kehendak beliau

    ReplyDelete
  4. salam, saya sangat setuju dengan kenyataan hana sweet bahawa "Percanggahan hanya terjadi kerana keterbatasan ilmu pengetahuan kita..." justeru itulah yg saya maksudkan bhw kita harus mengenepikan pandangan mazhab yang hanya menyebabkan ilu kita 'terbatas'.... justeru, dijemput sdr hana sweet mendalami perbahasan tentang wudhuk: sapu atau basuh kaki di link ini: http://rahmanadir.webs.com/wuduk.htm

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Perintah Wudhu'
    mansub (baris atas) kita lihat perkataan wujuhakum, waaidiyakum, ru'usikum, wa'arjulakum.. kita buang semua kum di belakang perkataan sbb tu hanya domir iaitu kata ganti nama bermaksud kamu.. jd wujuha ( ayat akhir baris atas / mansub ), waaidiya ( mansub juga ), ru'usi ( baris bawah ), wa'arjula ( mansub juga ).. perkataan tersebut dihubungkan dengan huruf 'wau'.. salah satu kata sendi dalam bahasa arab yg dinamakan harfun 'athfin, di mana perkataan selepasnya perlulah di baca secara mansub( baris atas )..
    di sini kita lihat, faghsilu (wujuha)kum, wa(aidiya)kum.. ( kedua-duanya habis dgn baris mansub dan kata kerjanya ialah faghsilu dan ia juga guna perkataan 'wau' di hadapan yg memerlukan kita membacanya dengan baris atas )
    wamsahu bi(ru'usi)kum ( ia asing sebab tidak guna perkataan 'wau' dan di baca dengan baris bawah ( sebab diguna harfun jar iaitu 'bi' ) dan perkataan ini khusus kepada kata kerjanya iaitu wamsahu )
    waarjulakum ( ia menggunakan kata sendi 'wau' yg perlu dibaca secara mansub dan perkataan ini secara tak langsung dima'tufkan kepada kata kerja faghsilu td )
    conclusionnya, kaki di dlm ayat al=-Quran, kata kerjanya ialah membasuh bukan menyapu..
    saya harap anda semua faham dgn penerangan sy yg x seberapa ini, belajarlah lagi bahasa Arab, bahasa Syurga...

    ReplyDelete
  7. 'mengenepikan pandangan mazhab' hidup tanpa mazhab ialah Wahabi.. mazhab panduan kita utk mengenal hadis dan al-Quran.. semua imam mazhab berpegang kpd al-Quran dan Hadis, kenapa nk ketepikan.. bukannya mazhab kata basuh, kita pun basuh.. tak. sebenarnya ia sgt menunjukkan keterbatasan syiah dalam mempelajari bahasa arab..

    ReplyDelete
  8. Membasuh atau Mengusap Kaki dalam Wudhu?


    Kaum Muslim berselisih pendapat dalam hal mengusap dan membasuh kaki. Para imam Ahlusunah (Hanafi, Maliki Syafi.i, dan Hanbali) berpendapat hanya wajib membasuhnya. Sedangkan Syi’ah Imamiyah berpendapat wajib mengusapnya. Dawud bin ‘Ali dan an-Nashir li al-Haqq dari mazhab Zaidiyah berpendapat bahwa wajib menggabungkan keduanya. Itulah yang dijelaskan ath-Thabari dalam tafsirnya. Sedangkan dari al-Hasan al-Bashri dinukil bahwa boleh memilih di antara keduanya.Yang mengherankan adalah perselisihan kaum Muslim dalam masalah ini. Padahal, mereka melihat sendiri cara wudhu Rasulu1lah saw setiap hari, siang dan malam, di tempat kelahirannya dan di tempat hijrahnya, di rumah dan di dalam perjalanan. Di samping itu, mereka berselisih dalam masalah ini yang merupakan masalah paling besar ujiannya. Ini menunjukkan bahwa ijtihad memainkan peranan penting dalam masalah ini. la menjadikan masalah yang paling jelas menjadi paling samar.

    Al-Qur'an telah menjelaskan masalah ini sehingga tidak ada lagi ketidakjelasan dan kesulitan. Rasulullah saw pun telah menjelaskannya. Dari sini harus dipastikan bahwa kaum Muslim telah sepakat untuk melakukan satu pekerjaan yang sama. Jika tidak, masalah ini akan tetap tersembunyi. Jadi, tidak dapat dikatakan bahwa orang-orang yang menyaksikan turunnya Al-Qur'an memahami ayat itu dengan pemahaman yang sama, apakah mengusap ataupun membasuh. Selamanya mereka tidak ragu tentang hukum yang berkenaan dengan itu. Kalau setelah wafat Rasulullah saw hukum masalah ini menjadi tersembunyi bagi generasi-generasi berikutnya, niscaya banyak hukum dalam masalah-masalah lain yang juga tersemburlyi bagi kaum Muslim.

    Dalam masalah itu, tidak ada yang lebih diyakini rlaripada Al- Qur'an. Maka kita harus mengkaji kandungannya. Allah swt berfirman, "Hai orang-urang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan salat, basuhlah mukamu dan tanganmu sampai siku, dan usaplah kepalamu dan kakimu sampai kedua mata kaki. " ( QS. al-Ma' idah [ 5] : 6 )

    ReplyDelete
  9. (sambungan)
    Para ahli qiraat ( al-qurra ) berbeda pendapat dalam membaca kalimat arjula(i)kum ilal ka'bayn. Di antara mereka ada yang membacanya dengan fathah (arjulakum), dan yang lain membacanya dengan dengan kasrah (arjulikum) . Hanya saja, tidak mungkin masing-masing dari kedua qiraat itu bersumber dari Nabi saw. Jika mungkin, itu berarti menisbatkan kesamaran dan ketidakjelasan terhadap Al-Qur'an. Sehingga ayat itu menjadi sebuah misteri. Padahal, Al-Qur'an adalah Kitab yang memberi petunjuk dan bimbingan. Tujuan itu menuntut adanya kejelasan di dalamnya, terutama dalam hal-hal yang berkaitan dengan praktik dan hukum yang dihadapi kaum Muslim pada umumnya. Hal itu tidak dapat dikiaskan pada makrifat dan akidah.

    Di antara orang yang mengkaji dan menjelaskan makna ayat itu adalah Imam ar-Razi dalam tafsimya. Pendapatnya dinukil secara ringkas-perincian pendapatnya akan dikemukakan secara lengkap pada pembahasan lain.

    la berkata, "Dalil orang yang mengatakan bahwa wajib meng- usap (kaki) adalah didasarkan pada dua qiraat yang masyhur dalam membaca firman-Nya arjula(i)kum, sebagai berikut:

    Pertama, Ibn Katsir, Hamzah, Abu' Amr, dan ' Ashim-dalam riwayat Abu Bakar-membacanya dengan jarr ( arjulikum) .

    Kedua, Nafi', Ibn 'Amir, dan 'Ashim-dalam riwayat Hafsh- membacanya dengan nashab (arjulakum).Bacaan dengan jarr menuntut keberadaan arjul (kaki) di'athaf kan (disamakan kedudukannya) kepada ru'us (kepala). Maka sebagaimana wajib mengusap kepala, demikian pula wajib mengusap kaki.

    ReplyDelete
  10. (sambungan) Jika ditanyakan, mengapa tidak menjadikan jarr itu kepada kata yang terdekat, seperti kalimat Juhru dhabbin kharibin dan Kabfru unasin fi bijadin mazammalin. Jawabnya, ini keliru mengingat beberapa hal berikut:

    I. Kasrah terhadap kata yang terdekat dianggap sebagai kesalahan baca ( al-lahn) yang kadang-kadang dilakukan karena darurat di dalam syair. Sementara kalam Allah harus dihindarkan dari hal tersebut.

    2. Kasrah terhadap kata yang terdekat hanya dibolehkan jika terhindar dari ketidakjelasan, seperti kalimat Juhru dhabbin kharibin. Kharib tidak menjadi na'at (yang menjelaskan) bagi dhabbin, melainkan na 'at bagi juhr. Sedangkan dalam ayat ini, pemahaman seperti itu akan menimbulkan ketidakjelasan.

    3. Kasrah terhadap kata yang terdekat hanya boleh dilakukan tanpa huruf 'athaj Sedangkan dengan huruf 'athaftidak digunakan dalam bahasa Arab.

    Adapun bacaan dengan nashab juga akan menghasilkan konsekuensi hukum wajib mengusap. Hal itu disebabkan kata bi ru 'Usikum dalam firman-Nya: famsahu bi ru 'Usikum pada dasarnya menempati kedudukan nashab karena ia merupakan maful bih. Akan tetapi, secara literal ia majrur dengan bi. Apabila a1jul di- 'athaf-kan kepada ru 'us, ia boleh dibaca nashab sebagai 'athaf kepada kedudukan ru 'us. la pun dapat dibaca jarr sebagai 'athaf kepada ru 'us secara literal.

    ReplyDelete
  11. (sambungan) Kami tambahkan bahwa kata itu dapat dibaca nashab karena di 'athaflkan kepada kedudukan bi ru 'usikum. la tidak boleh di-'athaf kan kepada aydikum secara literal karena antara kata yang di'athaf kan (ma'thuf) dan kata yang menjadi sandaran 'athaf (ma'thuf 'alayh) dipisahkan oleh kata lain. Hal itu tidak boleh dilakukan di dalam frase, apalagi di dalam kalimat.

    lnilah yang dipahami oleh orang yang mengkaji Al-Qur'an. Tidaklah pantas seorang Muslim membandingkan AI-Qur'an dengan yang lain. Apabila ia memperhatikan semua Kitab samawi, maka lebih utama baginya memperhatikan kebenaran dan kebatilan yang ada di tangan orang banyak, dan hadis-hadis yang saling bertolak belakang. Kalau di situ ada perintah untuk membasuh kaki, di situ ada perintah untuk mengusapnya. Seperti yang diriwayatkan oleh Ath-Thabari dari para sahabat dan tabi'in. Kami akan menunjukkannya secara garis besar sebagai berikut:

    1. Ibn ' Abbas berkata, "Wudhu itu adalah ( terdiri dari) dua basuh- an dan dua usapan."

    2. Anas apabila mengusap kakinya, ia membasahinya. Ketika al- Hajjaj berkhutbah, ia berkata, "Tidak ada sesuatu bagi anak Adam yang lebih dekat pada kotoran daripada kedua kakinya. Maka basuhlah telapak dan punggung kaki itu, serta urat-urat ketingnya." Anas berkata, "Mahabenar Allah, dan dustalah al- Hajjaj. Allah S'WT berfirman, "... dan usaplah kepalamu dan kakimu sampai dengan kedua mata kaki" (QS. al-Ma'idah [5]: 6). Anas apabila mengusap kaki, ia membasahinya.

    3. 'Ikrimah berkata, "Kedua kaki itu bukan dibasuh. Yang diwahyukan hanyalah mengusapnya."

    4. Asy-Sya'bi berkata, "Jibril as membawa wahyu tentang kewajiban mengusap (kaki) . Dia berkata, 'Tidakkah engkau perhatikan bahwa tayamum itu adalah mengusap bagian yang dibasuh (dalam wudhu) dan meningga1kan bagian yang diusap.'"

    ReplyDelete
  12. 5. ‘Amir berkata, "Di dalam tayamum diperintahkan untuk mengusap bagian yang diperintahkan untuk dibasuh di dalam wudhu, yaitu kepala dan kaki." Dikatakan kepadanya, "Orang-orang mengatakan bahwa Jibril as membawa wahyu tentang kewajiban membasuh kedua kaki." Dia menjawab, "Jibril membawa wahyu tentang kewajiban mengusapnya."6. Di dalam menafsirkan ayat itu, Qatadah berkata, "Allah me- wajibkan dua basuhan dan dua usapan."

    7. Al-A'masy menbaca arjulikum, bukan arjulakum.8. 8. Alqamah membaca arjulikum.

    9. Adh-Dhahhak membaca arjulikum.10. 10. Mujahid pun seperti itu.3

    Mereka adalah para ulama dari kalangan tabi'in. Di antara mereka ada dua orang sahabat, yaitu Ibn ' Abbas dan Anas. Mereka menetapkan usapan dan bacaan jarryangjelas dalam mendahulu- kan usapan atas basuhan. Mayoritas ulama Ahlusunah berhujjah dengan pendapat mereka dalam berbagai kesempatan. Tetapi mengapa masalah penting dan sensitif dalam peribadatan seorang Muslim ini dipalingkan dari mereka?

    Pendapat yang mengatakan bahwa kaki itu diusap, dinukil dari para imam ahlulbait as. Mereka menyandarkan tentang diusapnya kaki itu kepada Nabi saw. Mereka memberitahukan cara wudhu Nabi saw. Abu Ja'far al-Baqir as berkata, "Maukah saya beritahukan kepada kalian cara wudhu Rasulullah saw?" Kemudian beliau mengambil seciduk air, lalu membasuhkannya pada wajahnya hingga diriwayatkan bahwa beliau mengusap kepala dan kedua kakinya.

    Di dalam riwayat lain disebutkan, "Kemudian dengan air yang tersisa pada kedua tangannya, beliau mengusap kepala dan kedua kakinya tanpa mengambil air lagi dari bejana."

    Berdasarkan riwayat-riwayat ini, para ulama Syi‘ah Imamiyah sepakat bahwa wudhu itu adalah (terdiri dari) dua basuhan dan dua usapan. Hal itu ditunjukkan Sayid Bahrul ‘Ulum dalam kumpulan syaimya yang indah berjudul ad-Durroh an-Najafiyah:Bagi kami wudhu itu dua basuhan dan dua usapan

    dan Al-Qur’an jadi pegangan.membasuh itu untuk wajah dan tangan

    mengusap itu untuk kepala dan kedua kaki.

    Setelah menjelaskan makna ayat itu dan ijma para imam ahlul- bait tentang wajibnya mengusap kaki, dengan bersandar pada dalil-dalil yang jelas yang sebagiannya telah kami sebutkan. Maka pendapat yang bertentangan dengan itu tampak lemah dan tidak dapat dijadikan hujjah. Namun, kami akan berusaha menyebutkan berbagai aspek yang dijadikan dalil oleh orang-orang yang berpendapat tentang wajibnya membasuh kaki agar menjadi jelas bagi para pembaca betapa lemahnya argumentasi mereka.

    ReplyDelete

  13. 1. Banyak hadis yang menyebutkan wajibnya membasuh kaki. Membasuh itu mencakup juga mengusap. Tetapi tidak sebalik- nya. Membasuh kaki lebih dekat pada sikap kehati-hatian ( al- ihtiyath) .Maka wajib melakukannya. Membasuh kaki juga berarti mengusapnya.

    Perlu diperghatikan, hadis-hadis tentang wajibnya membasuh kaki bertentangan dengan hadis-hadis tentang mengusapnya. Tidak ada sesuatu yang lebih dapat dipercaya daripada Al- Qur’an. Kalau Al-Qur’an menunjukkan wajibnya mengusap kaki, tidak ada alasan untuk mentarjihnya dengan riwayat- riwayat tentang membasuh kaki. A1-Qur’an lebih dapat dipercaya daripada kitab-kitab lain dan hadis-hadis sekalipun. Maka segala sesuatu yang bertentangan dengan AI-Qur'an tidak dapat dibandingkan dengannya.Yang lebih mengherankan lagi adalah pendapat bahwa dalam membasuh itu tercakup juga mengusap. Padahal keduanya adalah dua hakikat yang berbeda. Membasuh adalah menuangkan air pada anggota badan yang dibasuh, sedangkan mengusap adalah mengusapkan tangan pada anggota badan yang diusap. Keduanya merupakan dua hakikat yang berlainan menurut pengertian bahasa, tradisi, dan syariat. Kalau ingin bersikap hati-hati ( ihtiyath) , harus digabungkan antara meng- usap dan membasuh, tidak cukup dengan membasuh saja.

    2. Hadis yang diriwayat dari 'Ali as bahwa ia pernah memutuskan perkara di tengah masyarakat. la berkata, " Wa a1julakum ini bisa didahulukan dan bisa juga diakhirkan dalam pengucap- annya." Maka seakan-akan firman A1lah SWT itu berbunyi, "Faghsilu wujuhakum wa aydikum ilal mara.fiq waghsilu aljulakum wamsahu bi ru 'Usikum. "

    ReplyDelete