Tuesday, July 5, 2011

Imam Syiah cerdik, orang syiah pun mestilah ikut cerdik!

               Daripada Abd al-Azia al-Qaratisi berkata: Abu Abdullah a.s berkata: Para Imam selepas Nabi kita s.a.w adalah dua belas orang cerdik  yang dikurniakan pengetahuan (nujaba’ mufhamun). Sesiapa yang mengurang atau menambah seorang daripada mereka, nescaya beliau terkeluar daripada agama Allah (kharaja min dini-l-Lahi) dan beliau bukanlah daripada wilayah kami.
       Daripada al-Naufaliy daripada al-Sukuniy daripada Ja‘far daripada bapanya  daripada  bapa-bapanya a.s berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang telah meratakan wuduknya, memperelok solatnya, menunaikan zakat hartanya, menahan marahnya, memenjarakan lidahnya, memohon ampun akan dosanya, menunaikan nasihat Ahlu l-Bait Nabi-nya, maka beliau telah menyempurnakan  hakikat keimanan dan pintu-pintu syurga terbuka untuknya.
       Rasulullah s.a.w bersabda: Tuntutlah kebaikan di sisi mereka yang mempunyai muka yang baik[1].
       Daripada al-Harith daripada Ali bin Abu Talib a.s berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: Bagi seorang muslim ke atas seorang muslim enam perkara: Memberi salam apabila berjumpa, menggembirakannya apabila beliau bersin, menziarahinya apabila beliau sakit, menjawabnya apabila beliau memanggilnya, menyaksikannya apabila beliau mati, mencintainya sebagaimana beliau mencintai dirinya dan menasihatinya tentang perkara yang ghaib.


[1] Al-Majlisi,  Bihar al-Anwar,  xxiii,  23

No comments:

Post a Comment