Friday, June 3, 2011

Syeikh al-Qaradhawi: Sunnah & Syiah (subtitle BM)

WAJIB DIBACA BERSEKALI DENGAN HADIS INI:

Kelebihan Mengenali Wilayah Ahlu l-Bait A.S

            
       Ibn Sinan daripada al-Mufadhdhal bin ‘Umar berkata: Abu Abdullah a.s berkata kepadaku: Sesungguhnya Allah s.w.t adalah Satu, lalu Dia memperkenalkan kepada hamba-Nya akan diri-Nya, kemudian Dia telah menyerahkan kepada mereka urusan-Nya dan mengharuskan mereka syurga-Nya. Sesiapa Allah mahu membersihkan hati-nya (an yutahhira qalba-hu) di kalangan Jin dan manusia, maka Dia memperkenalkan kepadanya wilayah kami (wilayati-na). Dan sesiapa yang Dia mahu memadamkan hatinya, maka Dia menahannya dari mengenali kami.
       Kemudian beliau berkata: Wahai Mufadhdhal, demi Allah, sesungguhnya Adam tidak berhak diciptakan Allah dengan tangan-Nya, (ma istaujaba Adam an yakhluqa-hu l-Lahu bi-yadi-hi) dan dihembuskan padanya roh-Nya melainkan dengan wilayah Ali a.s (illa bi-wilayati Ali). Allah tidak bercakap dengan Musa sebarang percakapan melainkan dengan wilayah Ali a.s. Dan Allah tidak memperkuatkan Isa ibn Maryam sebagai bukti (ayatan) bagi alam semesta melainkan dengan khudhu’ kepada Ali a.s, kemudian beliau berkata: Makhluk Allah tidak layak “melihat”  Allah melainkan dengan mentaati kami[1].


[1] Ibid, 344

No comments:

Post a Comment