Kelebihan Syiah
Oleh Amir al-Mukminin Ali a.s
(Raudhah al-Kafi, hlm.180-181)
259. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Abu ‘Umair, daripada ‘Umru bin Abu al-Miqdam berkata: Aku telah keluar sehingga berada di antara kubur Rasululllah s.a.w dan minbarnya. Tiba-tiba beliau a.s berada bersama-sama Syiah, lalu memberi salam kepada mereka. Aku telah mendengar Abu Abdullah a.s berkata: Sesungguhnya, demi Tuhan, aku mengasihi roh-roh kamu, justeru itu, tolonglah aku dengan warak dan ijtihad. Ketahuilah bahawa wilayah kami tidak boleh dicapai melainkan dengan warak dan ijtihad.
Barangsiapa di kalangan kamu mengimamkan seseorang, maka hendaklah dia beramal dengan amalannya. Kamu adalah Syiah Allah, kamu adalah penolong-penolong Allah (antum syi‘atu l-Lah wa antum ansaru l-Lah), kamu adalah orang terdahulu yang pertama di dunia dan orang terdahulu yang terakhir di akhirat ke syurga. Kami telah menjaminkan kamu syurga dengan jaminan Allah dan jaminan Rasulullah s.a.w. Demi Tuhan, tiada roh memasuki syurga yang lebih banyak daripada roh-roh kamu. Lantaran itu, berlumba-lumbalah bagi mendapatkan kelebihan darjatnya.
Kamu adalah baik (tayyibun) dan perempuan-perempuan kamu adalah baik (tayyibat). Setiap mukminat adalah bidadari (haura’) dan setiap mukmin adalah siddiq. Amir al-Mukminin a.s berkata kepada Qanbar: Wahai Qanbar, bergembiralah, dan beritahulah tentang kegembiraan ini, demi Tuhan, sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah mati di dalam keadaan beliau s.a.w memarahi umatnya selain daripada Syiah (maata rasulullah s.a.w wa huwa ‘ala ummati-hi sakhitun illa ‘ala al-Syi‘ah).
Sesungguhnya setiap sesuatu ada kekuatannya, maka kekuatan Islam adalah Syiah (ala wa inna li-kulli sya’in ‘izzan wa ‘izzu l-Islam al-Syi‘ah). Sesungguhnya setiap sesuatu ada tiangnya, maka tiang Islam adalah Syiah (ala wa inna li-kulli syai’in da‘amatan wa-da‘amatu l-Islam al-Syi‘ah). Sesungguhnya setiap sesuatu ada puncaknya, maka puncak Islam adalah Syiah (ala wa-inna li-kulli syai’in dhirwatan wa-dhirwatu l-Islam al-Syi‘ah).
Sesungguhnya setiap sesuatu ada kemuliaannya, maka kemuliaan Islam adalah Syi‘ah (ala wa-inna li-kulli syai’in syarafan wa-syarafu l-Islam al-Syi‘ah). Sesungguhnya setiap sesuatu ada tuannya, maka tuan kepada semua majlis adalah majlis Syiah (ala wa-inna li-kulli syai’in sayyidan wa-sayyidu l-Islam al-Syi‘ah). Sesungguhnya setiap sesuatu ada imamnya, maka imam bagi bumi adalah bumi yang diduduki Syi‘ah (ala wa-inna li-kulli syai’in imaman wa-imamu l-Ardh ardhun taskunu-ha al-Syi‘ah ).
Demi Tuhan, jika orang seperti kamu tidak ada di bumi ini, nescaya aku tidak melihatnya dengan senang. Demi Tuhan, jika orang seperti kamu tidak ada di bumi ini, nescaya Allah tidak memberi nikmat kepada orang-orang yang menentang kamu (ahli khilafi-kum). Mereka tidak mendapat kebaikan di dunia dan di akhirat. Setiap nasibi sekalipun dia bekerja keras (kullu nasibin mujtahidin), maka amalannya adalah sia-sia (fa-‘amalu-hu habaa’an).
Syiah kita bercakap dengan cahaya Allah a.w. Adapun mereka yang menyalahi Syiah bercakap dengan kesalahan(tafallutin). Demi Tuhan, tidak seorang di kalangan Syiah kita yang tidur melainkan Allah mengangkatkan rohnya ke langit, lalu memberkatinya. Dan jika ajalnya tiba, maka Dia akan meletakkanya di gedung rahmat-Nya; di taman syurga-Nya; di bayang ‘Arasy-Nya. Dan jika ajalnya belum tiba, maka Dia mengutus malaikat untuk mengembalikannya kepada jasadnya. Demi Tuhan, sesungguhnya mereka yang mengerjakan haji dan umrah di kalangan kamu adalah tetamu istimewa Allah a.w. Sesungguhnya orang-orang fakir kamu adalah ahli kekayaan dan orang-orang kaya kamu adalah ahli qana‘ah. Sesungguhnya kamu semua adalah ahli dakwah-Nya dan ahli yang menyahuti seruan-Nya.
No comments:
Post a Comment