Wednesday, July 6, 2011

Laungan Kebenaran Dan Laungan Kebatilan.



252. Abu Ali al-Asy‘ari, daripada Muhammad bin Abd al-Jabbar, daripada Ibn Fadhdhal dan al-Hijal semuanya daripada Tha‘labah, daripada Abd al-Rahman bin Muslimah al-Jariri berkata: Aku telah berkata kepada Abu Abdullah a.s: Mereka mengeji kami dan membohongi kami (yuwabbikhuunaa wa yukadhdhbuu-naa), kami berkata: Berlaku dua laungan yang kuat (pertengkaran). Mereka berkata: Bagaimana kebenaran dikenali daripada kebatilan?
 
Abu Abdullah a.s berkata: Apakah jawapan kamu kepada mereka? Aku berkata: Aku tidak memberi apa-apa jawapan kepada mereka. Beliau a.s berkata: Kamu katakan kepada mereka: Kebenaran hanya akan diakui oleh orang yang beriman dengannya sebelumnya bahawa Allah berfirman di dalam Surah Yunus (10): 35 “Katakanlah: “Allah-lah yang menunjuki kepada kebenaran”. Maka apakah golongan yang menunjuki kepada kebenaran itu lebih berhak diikuti ataukah orang yang tidak dapat
memberi petunjuk kecuali (bila) diberi petunjuk? Mengapa kamu (berbuat demikian)? Bagaimanakah kamu mengambil keputusan?”

(DIPETIK DARI KITAB RAUDHAT MIN AL KAFI)

No comments:

Post a Comment