Tuesday, July 5, 2011

100 SOALAN KEPADA AHLUL SUNNAH WAL JAMAAH

 
PENGANTAR PENTERJEMAH
Sebagai seorang pengkaji dalam bidang Ahlul Bait dan perkara – perkara berkaitannya termasuklah dialog, debat dan diskusi antara mazhab- mazhab dalam Islam, saya lebih beminat kepada topik – topik yang menampilkan hujah – hujah Ahlul Bait dalam menjawab tuduhan – tuduhan yang dikemukakan oleh pelbagai pihak. Justeru, dalam penilitian saya banyak perkara telah dijawab oleh ulama – ulama Ahlul Bait  sama ada secara bertulis mahupun melalui ucapan – ucapan mereka yang boleh didapati di laman – laman web rasmi ulama – ulama tersebut. Persoalan yang kerap dibangkitkan termasuklah mengenai mut’ah, bada’, ruj’ah, qamezani, ishmah, tahrif, perkahwinan Umi Kalthum dan pembunuh Imam Hussain as. Dengan fikiran terbuka dan berlapang dada, tidak pernah terlintas di hati saya untuk menyerang balas pihak – pihak yang mengkritik mazhab Ahlul Bait. Maka segala bahan – bahan mengenai perkara – perkara yang sering dipertikaikan, saya simpan sebagai koleksi dan saya fahami betul- betul sebagai persediaan kalau – kalau ada pertanyaan, akan saya gunakannya bagi menjawab sehinggalah saya bertemu dengan sebuah artikel dalam laman web bertajuk ‘100 Question for Sunnis’ yang merupakan petikan dari 1000 soalan yang dikarang oleh Maulana  Abdul Karim Mushtaq, seorang ulama Pakistan yang terkenal.

Saya mula berfikir bahawa selama ini kita hanya menepis dan menjawab tuduhan – tuduhan pihak lain, apa salahnya kalau kita juga memperlengkapkan diri dengan soalan – soalan kepada rakan kita dari mazhab Ahlul Sunnah Wal Jamaah supaya perbincangan kita dengan saudara kita tidak hanya dipenuhi dengan susah payah kita menjawab soalan mereka seolah – olah ada pistol sedang dihalakan ke kepala kita. Bukankah lebih menarik jika dalam perbincangan kita juga mengambil kesempatan sekali sekala menghalakannya kepada mereka supaya mereka juga boleh menyibukkan diri mereka menjawab soalan – soalan kita. Selama ini, kita secara sedar atau tidak telah disibukkan dengan kerja – kerja mengumpul jawapan seolah – olah mahu menduduki peperiksaan penting yang banyak menghabiskan masa kita. Sekecil – kecil perkara yang sudah jelas bagi kita seperti hal – hal fiqh – sujud atas tanah juga tak lepas dari perhatian kita. Kini kita dapat menarik nafas lega dengan selesainya kerja penterjemahan saya yang pertama untuk manfaat semua pengkaji baik dari kalangan pencinta Ahlul Bait mahupun rakan kita dari Mazhab Ahlul Sunnah Wal Jamaah

Almufadhdhal
11 Mei 2011


100 SOALAN KEPADA AHLUL SUNNAH WAL JAMAAH
Seratus soalan ini berasal dari tulisan Allamah Abdul Kareem Mushtaq, seorang ulama terkenal di Pakistan. Seorang sarjana Sunni yang masuk Syiah pada tahun 1960-an, beliau mendedikasikan seluruh hidupnya untuk membela jalan kebenaran. Penulis lebih daripada tiga puluh buku, sebahagian besar karyanya adalah sanggahan untuk teks Nasibi yang menyerang Syiah. Beliau berjaya membungkam banyak ulama terkemuka yang membela Muawiyah (many leading lights of Muawiyah’s cause) seperti Muhammad Mazhar Qurayshi dan Qadhi Husain. Beliau kerap mematahkan hujah nasibi, lebih – lebih  ketidak upayaan  Mullah Marwani untuk menjawab buku-bukunya, menyebabkan mereka mencari jalan untuk menghalang pengedaran buku-bukunya melalui Mahkamah atas dasar bahawa "tidak menghormati para Sahabat'. Walaupun pelbagai usah dibuat bagi menyekat usaha beliau, Allamah Abdul Kareem Mushtaq tersu berjuang taanpa menghiraukan  ancaman bunuh terhadapnya oleh Nasibi. Beberapa buku karangannya yang masyhur seperti Furu-e-Deen, mengemukakan  seribu pertanyaan kepada Ulama Ahlul Sunnah untuk dibahaskan dan Chodha Masalai (balasan untuk 14 soalan yang biasanya diajukan terhadap Syiah). Beliau juga  pemidato ulung serta penulis yang produktif di mana  ribuan orang di Pakistan bertukar ke jalan kebenaran, melalui usaha – usaha yang beliau lakukan.

Malangnya usaha – usaha dan kecemerlangan beliau dalam pencerahan dan  ketidakupayaan Nasibi untuk menjawab buku-bukunya, membuatnya menjadi sasaran langsung. Nasibi akhirnya mengambil jalan mudah untuk melenyapkan Allamah Abdul Kareem Mushtaq dengan cara menembaknya di Lahore pada pertengahan tahun 90-an. Walaupun beliau telah syahid, namun jasanya dan kenangan kepadanya terus segar, tulisan-tulisannya menjadi  sumber inspirasi besar kepada pencinta Ahlul Bait.

Soalan – soalan yang dipersembahkan dalam tulisan ini adalah dipeti dari bahagian kedua buku Abdul Kareem Mushtaq's, Ushul-e-Deen. Pada pandagan kami, Inilah seratus soalan yang terbaik yang boleh kita semua manfaatkan. Sebenarnya, Allamah telah memetik buku edisi Urdu, namun  kami menukarkan  teks tersebut kepada edisi Bahasa Inggeris, untuk memastikan bahawa rujukan boleh diperolehi dengan lebih mudah. Semoga Allah (SWT) merahmati Allamah Abdul Kareem Mushtaq atas usahanya dan menempatkannya di syurga bersama para Imam (as).  Semoga warisannya (buku-bukunya) terus menjadi sumber pedoman bagi kita semua. Semoga Allah (SWT) juga menerima niat kami, dan memberkati Rasulullah SAW dan keluarganya disucikannyanya. Amin.


Seratus soalan berikut ini dikemukakan bagi mendapatkan penjelasan  Ahlul Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) mengenai persoalan – persoalan tersebut. Soalan – soalan Ini wajar dimanfaatkan oleh saudara kita dari mazhab Ahlul Sunnah wal Jamaah untuk menilai kebenaran mazhab mereka secara adil, bebas dari belenggu prasangka buta yang  lahir dari doktrin orang terdahulu.

1. Semua perkara dikenali melalui namanya. Allah SWT pertama kali mengajarkan nama-nama benda kepada Bapa Manusia, iaitu Nabi  Adam (as). Mazhab ASWJ juga mempunyai nama iaitui Sunni, Ahlus Sunnah  atau Ahlul Sunnah wal Jamaah. Oleh itu, kemukakan ayat Al-Quran yang menyebut salah satu nama tersebut.
(It is an established fact that all things are recognised by their name, even Allah (swt) first taught names to the father of Mankind Adam (as). Your sect also has names such as Sunni, Ahl' ul Sunnah or Ahl'ul Sunnah wa al Jamaah. Direct us towards any such verse of the Qur'an wherein any of these names have been indicated.)

 2. Jika nama – nama ini tiada dalam Al-Quran, adakah ada dalam hadis Rasulullah SAW? Kemukakan hadis  'marfuu' ‘mutawatir’ atau 'sahih' yang dinyatakan dari kitab ASWJ dengan sumber lengkap (tajuk buku, versi, muka surat, edisi) di mana nama Sunni, Ahlul Sunnah dan Ahlul Sunnah wal Jamaah telah disebutkan oleh Rasulullah (saww) sebagai mazhab Islam.
(If these titles cannot be located in the Qur'an could you produce this title from any hadith of the holy prophet (s)? Produce any such 'mutawatir' 'marfuu' or 'saheeh' narration from your books with a complete source (meaning the name of the book, version number, page number, edition etc) wherein the names Sunni, Ahl'ul Sunnah and Ahlul Sunnah wa al Jamaah have been mentioned by the holy prophet (saww) as a sect of Islam.)

3. Jika nama ASWJ tiada dalam hadis, maka sekurang-kurangnya nyatakan tarikh, bulan dan tahun hijrah, bilakah nama-nama ini mula digunakan oleh anda?
(If these are not to be found in the hadeeth, then at least come up with an exact date, month and year of hijrah from the history of Islam when these names were adopted as your identity.)

4. Dengan nama apakah mazhab anda dikenali sebelum anda menggunakan nama-nama ini?
(What were you famously known as before adopting these names?)

5. Mengapa anda meninggalkan nama – nama terdahulu (sebelum ini)?
(Why have you forsaken your previous title?)

6. Menurut mazhab anda, setiap perkara baru dalam Islam adalah bid'ah. Oleh itu,  memperkenalkannya juga merupakan bid'ah. Siapakah orang yang mula – mula sekali memperkenalkan bid'ah ini dalam sejarah umat Islam?
(According to your sect, an introduction of any new thing to Islam constitutes bid'a, therefore to effectuate such an introduction is also a bid'a, so who was the person responsible for introducing this bid'a?)

7. Bolehkah anda nyatakan makna Sunni, Ahlus Sunnah dan Ahlul Sunnah wal Jamaah (lengkap dengan bukti)?
(Could you provide decisive evidence with regards to the meanings of Sunni, Ahl Sunnah and Ahl'ul Sunnah wal Jamaah?)

8. Mana yang paling lama dari tiga nama ini?
(Which one is the most ancient of the three titles?)

9. Yang mana dari salah satu daripada tiga nama ini yang anda anggap sebagai terbaik?
(Which one of the three titles do you consider the best?)

10. Mengapa baki dua lagi nama agak kurang baik? Yang mana dari dua nama itu adalah paling ‘kurang baik’ dan apakah alasannya ?
(Why are the remaining two of lesser merit? Which one of those two is the least and what is the reason behind it?)

11. Perkataan 'Syiah' ada tercatat dalam Al-Quran dan hadis dan hazrat Ibrahim (as) juga telah bernama ‘Syiah’. Adakah anda setuju dengan kenyataan ini?
(The title 'Shia' is present in the Qur'an and the hadeeth and Hardhat Ibraheem (as) has also been named a Shia. Do you accept this?)

 12. Jika anda setuju, maka apa tafsir anda bagi perkataan 'Millat Ibrahim' dalam  mazhab anda? Dan jika anda tidak menerimanya, sila beri alasan mengapa perkataan ‘Syiah’ telah digunakan dengan merujuk kepada Nabi Ibrahim (as)?
(If you do accept this, then what you do mean by 'Millat e Ibraheem' in your sect? And if you don't accept this then please give us a reason as to why the word Shi'a has been used with reference to Prophet Ibraheem (as)?)

13. Adakah penentang  nama  'Syiah' bukan merupakan penentang terhadap Quran dan perkataan Rasulullah SAW  kerana berdasarkan hadis nabi, nama  ‘Syiah’ telah dikaitkan dengan Ali (as), Fatima (as) dan Ahlul Bayt (as)?
(Does opposition to the title 'Shia' not constitute opposition to the Qur'an and the sayings of the holy prophet (s) when this title has been related to Ali (as), Fatima (as) and the Ahlul Bayt (as)?

14. Jika ya, apakah hukum menentang  Allah (SWT) dan Rasul-Nya? Jika tidak, maka kemukakan hadis dengan bukti untuk menyokong pendirian anda?
(If it is then what is the punishment for opposing Allah (swt) and His Messenger? If it is not, then present an explicit narration with evidence to support your position?)

15. Pendirian Islam dan penerusannya oleh setiap generasi adalah wajib. Oleh kerana itu, pada zaman para Sahabat dan Tabiin apa nama yang digunakan?
(The religion of Islam is established and its continual existence through every generation is a necessity. Hence, during the period of the Sahaba and the Tabe'een what titles were used?)

16. Yang mana dari salah satu nama-nama  ini adalah yang tertua? Nyatakan dengan bukti.
(Which one of these titles was the oldest? Narrate with evidence.)

17. Jika nama ‘Syiah’ yang digunakan sebagaimana telah disahkan oleh Shah Abdul Aziz Muhaddas Dahlavi dalam Taufa Ithna Ashriyya, maka semua para sahabat, Tabiin  dan Taba Tabiin adalah Syiah. Tidakkah kebencian anda terhadap nama syiah itu memperkecilkan sahabat?
(If it is Shi'a that was in use as has been confirmed by Shah Abdul Aziz Muhaddas Dahlavi in Taufa Ithna Ashriyya, then all the Sahabah, Tabe'een and Taba Tabe'een were Shia'a. Does your hatred to a title used by these great personalities not discredit their name?)

18. Dengan 17 di atas, mengapa anda mengatakan bahawa Syiah yang membunuh Imam Husain (as)?
(With questions 17 in mind, why do you say that the Shi's martyred Imam Husayn (as)?

19. Apa definisi ‘Syiah’ dalam mazhab anda? Sebutkan dengan member rujukan.
(What is the definition of Shi'a in your sect? Mention it with a lexical reference.)



20. Berikan definisi ‘nasibi’ dan ‘rafidhi’ secara terperinci dengan rujukan.
(Define Nasibi and Rafidhi in detail with lexical reference.)

21. Adakah anda percaya dengan 'Tauhid'  Allah (SWT)? Jika anda percaya, maka adakah  zat (essence) Allah (SWT) Wajibul Wujud atau Mumkinul Wujud?
Wajibul Wujud: Kepercayaan pada: Allah selalu wujud, akan selalu wujud, tidak memiliki batas-batas atau had-had
Mumkinul Wujud: Kepercayaan pada: Mungkin Allah tidak selalu wujud, mungkin Dia tidak kekal, dan Dia mempunyai batas-batas (na’uzubillah).
(Do you believe in the 'Tawheed' of Allah (swt)? If you do, then is the essence of Allah (swt) Wajibul Wujood or Mumkinul Wujood?
Wajibul Wujood: Belief in: Allah has always been, will always be, has no boundaries or limitations

Mumkinul Wujood: Belief in: May be Allah has not always been (in existance), may be He might not be forever, and he has boundaries.)

22. Jika Allah (SWT) adalah Wajibul Wujud lalu apa keyakinan anda dalam hal Hulul seperti Maulana Room telah menulis dalam kaitannya dengan Bayazeed Bistami:
Baa Mureedaan Aan Fakeere Muhtasham,
Baayazeed Aamad ke yek Yazdaal Manam
Beri kami butiran  terperinci tentang itu.
Hulul: Ertinya, sebuah keyakinan bahawa Allah dapat turun dalam setiap tubuh makhluk hidup, dan berkomunikasi secara Rohani dengan makhluk.
(If Allah (swt) is Wajibul Wujood then what is your belief with regards to Hulool like Maulana Room has written in relation to Bayazeed Bistami:

Baa Mureedaan Aan Fakeere Muhtasham,
Baayazeed aamad ke yek Yazdaal Manam


Give us a detailed account of it.
Hulool:
Meaning, a belief that God can descend in any living being's body, and so communicate spiritually with the being.

23. Adakah anda menganggap Allah sebagai A’lam (berpengetahuan) atau A’lim (pemilik pengetahuan tak terbatas)? Jika A’lam, maka buku terbesar kamu selepas Al-Quran, "al Sahih Bukhari" hadis nombor 371 Volume 6:
“Sabda Rasulullah SAW: “ Manusia akan dicampakkan ke dalam neraka dan berkata: “adakah ada lagi yang akan datang?(50:30) hingga Allah letakkan kakinya ke dalamnya dan mereka berkata ‘cukup! Cukup! “
(Do you regard Allah as Aalam (knowledgeable) or Aleem (possessor of infinite knowledge)? If Aalam, then your greatest book after the Qur'an, "Sahih al Bukhari" Volume 6 hadith number 371:
"The Prophet (saws) said, "The people will be thrown into the (Hell) Fire and it will say: 'Are there any more (to come)? (50:30) till Allah puts his foot over it and it will say 'Qat! Qat!" (Enough! Enough!)"

I ask, while creating Hell, did Allah under estimate its size to such an extent that he deemed it necessary to place his leg in to expand it at a later date?)

Top of Form

No comments:

Post a Comment