Wednesday, July 6, 2011

Kelebihan Syi‘ah Dan Nasihat Abu Abdullah A.S.




328. Sahl bin Ziyad, daripada al-Hasan bin Ali, daripada Kiram daripada Abu al-Samit daripada Abu Abdullah a.s berkata: Aku dan Abu Ja‘far a.s telah melalui sekumpulan Syi‘ah di antara kubur dan mimbar Rasulullah s.a.w, maka aku telah berkata kepada Abu Ja‘far a.s: Syi‘ah anda dan mawaali anda, aku jadikan diriku tebusan anda, beliau a.sberkata: Di manakah mereka? Maka aku berkata: Aku melihat mereka di antara kubur dan mimbar. Beliau a.s berkata: Pergilah denganku kepada mereka, lalu beliau a.s pergi dan memberi salam kepada mereka. Kemudian beliau a.s berkata: Demi Allah, sesungguhnya aku mencintai bau-bauan kamu dan roh-roh kamu, maka tolonglah aku dengan warak dan ijtihad. Sesungguhnya tidak akan dicapai apa yang ada di sisi Allah melainkan dengan warak dan ijtihad. Apabila kamu mengimamkan seorang, maka hendaklah kamu mengikutinya. Sesungguhnya, demi Allah, kamu adalah di atas agamaku, agama bapa-bapaku Ibrahim dan
Ismail, sekalipun mereka itu di atas agama mereka, maka tolonglah perkara ini dengan warak dan ijtihad.
(RAUDHAT AL KAFI)

No comments:

Post a Comment