Tuesday, July 12, 2011

Dia mengambil segala kejahatan Syiah kamu dan memulangkannya kepada musuh-musuh kamu

Ibrahim berkata: Wahai anak lelaki Rasulullah, aku hairan dengan Allah, hikmat-Nya, ilmu-Nya bahawa Dia mengambil kebaikan semua Naasibi; musuh-musuh kamu, maka Dia memulangkannya kepada Syiah kamu. Dan Dia mengambil segala kejahatan Syiah kamu dan memulangkannya kepada musuh-musuh kamu.

       Al-Baqir a.s berkata: Ya, Demi Tuhan Yang telah Membelah biji-bijian dan Melepaskan jiwa, Dia telah menciptakan syurga dan menciptakan langit dan bumi, wahai Ibrahim, sesungguhnya aku tidak memberitahu kepada anda melainkan ianya terdapat di dalam al-Qur’an semuanya. Ibrahim berkata: Maulaaya, ini betul-betul di dalam al-Qur’an. Al-Baqir a.s berkata: Allah telah menjadikan kami di kalangan hamba-hamba-Nya, Amin. Ya, wahai Ibrahim, ini betul-betul ada di dalam al-Qur’an, anda suka aku membacanya kepada anda?

       Ibrahim berkata: Ya, demi Allah, wahai anak lelaki kepada anak perempuan Rasulullah, kemudian beliau a.s membaca firman-Nya[1]Dan berkatalah orang-orang kafir kepada orang-orang yang beriman: “Ikutilah jalan kami dan nanti kami akan memikul dosa-dosamu” dan mereka (sendiri) sedikitpun tidak (sanggup) memikul dosa-dosa mereka. Sesungguhnya mereka benar-benar orang pendusta.

       Mereka akan memikul dosa-dosa mereka di samping dosa-dosa orang lain dan Dia akan bertanya mereka pada hari Kiamat tentang apa yang mereka lakukan. Iaitu, wahai Ibrahim, mereka memikul dosa-dosa mereka berserta dosa-dosa mukminin, kerana dosa-dosa itu daripada salinan mereka, tabiat mereka, jenis mereka dan bahan mereka. Ibrahim berkata: Tambah lagi untukku, wahai Maulaaya.

       Al-Baqir a.s berkata: Allah berfirman[2]Mereka memikul dosa-dosa dengan sepenuhnya pada hari Kiamat dan sebahagian dosa-dosa orang yang mereka sesatkan yang tidak mengetahui sedikitpun (bahawa mereka disesatkan). Ingatlah, amat buruklah dosa yang mereka pikul itu” Iaitu orang-orang yang menzalimi mereka tanpa ilmu.

       Wahai Ibrahim, anda tahu apa yang Dia telah berfirman kepada pencinta-pencinta kita dan Syiah kita? Ibrahim berkata: Tidak, wahai Maulaaya. Al-Baqir a.s berkata: Merekalah orang-orang yang telah beriman, Allah berfirman[3]Allah menggantikan kejahatan mereka dengan kebaikan. Dan Adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”.

       Sesungguhnya Allah menggantikan kejahatan Syiah kita dengan kebaikan pada hari Kiamat[4]. Sesungguhnya aku bersumpah dengan Ibrahim, wajah Allah, kemulian Allah bahawa sesungguhnya ini adalah daripada keadilan-Nya pada makhluk-Nya, tanpa menolak qadha’-Nya dan mengubah hikmat-Nya!




[1] Surah al-Ankabut (29): 12
[2] Surah al-Nahl (16): 25
[3] Surah al-Furqaan (25): 70
[4] Rasulullah s.a.w bersabda: “Siapa yang mati kerana cintakan keluarga Muhammad, maka dia mati syahid” “Siapa yang mati kerana cintakan keluarga Muhammad, maka dia mati diampuni dosanya” dan “Mati sebagai seorang yang bertaubat” Al-Zamakhsyari, al-Kasysyaf, 11, hlm 67.

(DIPETIK DARI KITAB AL HAFT AS SYARIF)

No comments:

Post a Comment