(DIKUTIP DARI PESHAWAR NIGHTS)
SUNNI SEBENARNYA RAFIZI DAN SHIA ADALAH SUNNI.
Shirazi: Keadaan sebenarnya shia adalah sunni, iaitu mereka mengikuti al-Quran dan juga sunnah nabi. Kamu adalah Rafizi kerana kamu melanggar perintah al-Quran dan arahan nabi.
Shirazi: Keadaan sebenarnya shia adalah sunni, iaitu mereka mengikuti al-Quran dan juga sunnah nabi. Kamu adalah Rafizi kerana kamu melanggar perintah al-Quran dan arahan nabi.
Sheikh: Ini adalah aneh! Kamu telah menukarkan jutaan muslim kepada Rafizi. Bolehkan kamu kemukan hujah pada menyokong maksud ini?
Shirazi: Saya telah pun memberitahu kamu pada malam yang lalu bahawa nabi mengarahkan kita supaya selepas baginda kita hendaklah mengikuti al-Quran dan keturunannya. Tetapi kamu dengan sengaja meninggalkan keturunan nabi dan mengikuti yang lain. Kamu menolak amalan nabi. Kamu meninggalkan manusia suci itu dengan arahan dari dua sheikh kamu dan kemudian kamu memanggil pengikut sunnah nabi Rafizi.
Diantara perintah lain yang jelas di dalam al-Quran yang mengatakan, ‘Dan ketahuilah bahawa apa sahaja yang menguntungkan kamu, sa perlima darinya adalah untuk Allah dan rasul dan juga kerabat terdekat dan anak-anak yatim dan yang memerlukan dan yang bermusafir.’ [8:4] Rasul patuhi perintah ini dan memberikan khums [1/5] dari kekayaan yang diperolehi dari pihak musuh kepada yang beriman dan kerabatnya. Tetapi kamu menentang amalan ini.
Mut’ah adalah satu lagi insiden pada maksud itu. Mengikut dari perintah Allah dan telah disahkan oleh nabi dan para sahabatnya. Amalan ini telah berterusan dimasa khalifa Abu Bakr dan juga sebahagian dari masa khalifa Umar. Tetapi dengan perintah Umar kamu semua telah menjadikan ianya haram apa yang Allah telah halalkan. Lebih-lebih lagi kamu telah menolak sunnah nabi. Dan bahkan kamu mengelar diri kamu sunni dan mengatakan kami Rafizi.
Kahlifa Umar sendiri tidak memberikan sebarang alasan atas sebab apa dia melanggar arahan tuhan. Ulama sunni telah cuba dengan sedaya upaya hendak membuktikan bahawa keputusan Umar adalah benar.
No comments:
Post a Comment