Wednesday, July 6, 2011

Tiga Saham Untuk Ahlu l-Bait A.S, Anak-Anak Perempuan Sundal- Menahan Diri Daripada Mereka (Al-Mukhalifiin) Adalah Lebih Baik.




431. Ali bin Muhammad, daripada Ali bin ‘Abbas, daripada al-Hasan bin Abd al-Rahman, daripada ‘Asim bin Hamid, daripada Abu Hamzah, daripada Abu Ja‘far a.s berkata: Aku telah berkata kepadanya bahawa sebahagian sahabat kami mereka-reka dan menuduh orang yang menyalahi mereka (man khaalafa-hum)? Beliau a.s berkata kepadaku: Menahan diri daripada mereka adalah lebih baik, kemudian beliau a.s berkata: Demi Allah, wahai Abu Hamzah, sesungguhnya orang ramai semuanya merupakan anak-anak (lelaki) perempuan “sundal” selain daripada Syi‘ah kami 111(inna al-Naas kulla-hum aulaadu baghaaya maa khalaa syi‘ati-naa). Aku berkata: Bagaimanakah jalan keluar bagiku daripada perkara ini? Beliau a.s berkata: Wahai Abu Hamzah, kitab Allah yang diturunkan membuktikannya bahawa Allah telah menjadikan untuk kami Ahlu l- Bait tiga saham pada semua al-Fai’, kemudian Dia berfirman di dalam Surah al-Anfaal (8): 41“Ketahuilah, sesungguhnya apa saja yang dapat kamu peroleh sebagai rampasan perang, maka sesungguhnya seperlima untuk Allah, Rasul, kerabat Rasul, anak-anak yatim dan ibnussabil”.

Maka kamilah ashaab al-Khums dan al-Fai’. Dan sesungguhnya kami telah mengharamkannya ke atas semua manusia selain daripada Syi‘ah kami. Demi Allah, wahai Abu Hamzah, tiada bumi yang dibuka, tiada khums yang diambil, lalu digunakan di atas sesuatu daripadanya melainkan ia adalah haram di atas orang yang mengambilnya sama ada ia merupakan kemenangan atau harta. Seandainya seorang lelaki daripada mereka memberi tebusan semua hartanya dan menuntut kejayaan untuk dirinya (inna al-Rajula min-hum la-yaftadi maala-hu wa yatlubu al-Najaata li-nafsi-hi fa-laa yasilu ilaa syai’in min dhalika), maka dia tidak akan mencapai matlamatnya. Sesungguhnya mereka telah mengeluarkan kami dan Syi‘ah kami daripada hak kami tersebut tanpa sebarang keuzuran, hak dan hujah. Aku berkata kepadanya mengenai firman Allah di dalam Surah al- Taubah (9): 52 “Katakanlah: “Tidak ada yang kamu tunggu-tunggu bagi kami, kecuali salah satu daripada dua kebaikan”, beliau a.s berkata: sama ada kematian di dalam mentaati Allah atau mendapati Imam dan kami menunggu bersama mereka sekalipun kami di dalam kesusahan. Mengenai firman-Nya “Bahawa Allah akan menimpakan kepadamu azab dari sisi-Nya”, beliau a.s berkata: Iaitu pertukaran bentuk manusia kepada binatang (al-Maskh). Mengenai firman-Nya “Atau dengan tangan kami”, beliau a.s berkata: Iaitu pembunuhan. Allah berfirman “Tunggulah, sesungguhnya kami menunggu-nunggu bersamamu”. Iaitu menunggu berlakunya bala terhadap musuh-musuh mereka.

(111 Syaitan bersyarikat di dalam persetubuhan manusia di dalam firman Allah Surah al-Israa’ ( 17): “Dan bersyarikatlah dengan mereka pada harta dan anakanak”. Abu Basir telah bertanya Abu Abdullah a.s mengenai ayat tersebut, maka beliau a.s berkata: Sesungguhnya syaitan datang sehingga dia duduk di atas perempuan sebagaimana duduknya seorang lelaki di atasnya, dia melakukan sebagaimana dilakukan oleh lelaki dan dia berkahwin sebagaimana lelaki berkahwin. Di dalam riwayat yang lain: Syaitan mengeluarkan air mani sebagaimana lelaki mengeluarkannya. Aku berkata: Bagaimana cara untuk mengetahuinya? Beliau a.s berkata: Dengan kecintaan kerpada kami dan kebencian kepada kami (bi-hubbi-naa wa baghdhi-naa). Sesiapa yang mencintai kami, maka dia adalah daripada mani manusia (fa-man ahabba-naa kaana min nutfati al-‘Abd) dan sesiapa yang benci kepada kami, maka dia adalah daripada mani syaitan (man abghadha-naa kaana nutfata al-Syaitan). Kemudian Abu Abdullah a.s menjelaskan mengenai percampuran mani manusia dengan mani syaitan apabila ia berlaku. Maka beliau a.s berkata: Kemungkinan dia dijadikan daripada salah satu daripada air mani tersebut atau dia dijadikan daripada kedua-duanya (bab al-Qaul ‘anda al-Baah wa maa ya‘simu min musyarikati al-Syaitan) hadis no.2, no. 5 dan no.6, al-Furu’ min al-Kafi, v, hlm. 502-3. Justeru anak-anak (lelaki) perempuan sundal, menurut Abu Abdullah a.s, adalah anakanak yang dilahirkan oleh perempuan yang telah ditiduri oleh lelaki (manusia) tanpa nikah menurut syarak atau dia ditiduri oleh suaminya yang sah, tetapi syaitan menidurinya bersama-sama suaminya tanpa pengetahuan isteri dan suaminya, lalu percampuran mani suami, syaitan dan isteri berlaku. Kemudian ia dikandung oleh isteri (sundal) sehingga melahirkan anak. Dan anak ini akan membenci Ahlu l-Bait Rasulullah s.a.w.

No comments:

Post a Comment