Monday, July 18, 2011

MENJAWAB KEPADA HADITH YANG DIKATAKAN BAHAWA ALLAH BERKATA: AKU RIDHA KEPADA ABU BAKR – ADAKAH DIA RIDHA DENGAN AKU?


(dipetik dari Peshawar Nights)

Hadith yang kamu sebutkan terdahulu [walaupun dari satu pihak] boleh dirujukan kepada al-Quran. Jika tidak terdapat sebarang pertentangan, pasti kami akan menerimanya. Satu ayat dari al-Quran yang mengatakan: ‘Dan pastinya Kami menjadikan manusia, dan mengetahui apa yang difikirkan. Kami lebih dekat padanya dari urat lehernya.’ [50:16] Kamu faham bahawa ‘hablul-warid’ urat leher, adalah pengertian umum untuk menunjukkan betapa terlalu hampirnya. Pengertian pada ayat ini ialah, Allah adalah yang Maha Mengetahui. Tidak ada yang tersembunyi dariNya, betapa dalam sekali pun di dalam dada manusia. Allah mengetahui rahsia di dalam hati kita. Dan di dalam surah Yunus, Dia berkata: ‘Dan kamu tidak terikat pada mana-mana urusan, tidak juga kamu membaca mengenai dari mana-mana bahagian al-Quran, tidak juga kamu melakukan apa-apa kerja tetapi Kami menyaksikan diatas kamu apabila kamu masuk kepadanya. Dan tidak ada yang terlindung dari Tuhan mu walau seberat atom dibumi atau dilangit, tidak juga apa-apa yang kecil atau besar, tetapi semuanya di dalam Kitab yang nyata.’ [10:61] Menurut dari ayat-ayat ini, dan juga fikiran yang waras, tidak ada yang terlindung dari Allah. Dia mengetahui apa yang dilakukan atau difikirkan oleh manusia. Sekarang bandingkan hadith itu dengan dua ayat ini dan lihatlah sama ada ianya boleh seiringan. 
 
Bagaimana boleh diterima bahawa Allah tidak tahu apa yang diridhai oleh Abu Bakr, sehinggakan Dia sendiri terpaksa bertanya kepadanya sama ada dia merasa ridha kepadaNya [Allah] atau tidak?
Akal yang waras dan al-Quran menunjukkan bahawa hadith ini adalah palsu.

HADITH YANG MENINGGIKAN ABU BAKR DAN UMAR DAN PENOLAKKAN PADANYA.
Sheikh: Tidak terdapat sebarang keraguan bahawa Rasul telah berkata: ‘Allah akan menunjukkan Dirinya kepada semua manusia secara umum dan kepada Abu Bakr secara khusus.’ Dia juga berkata: ‘Allah tidak meletakkan apa-apa kedalam dada saya yang Dia tidak letakkan kepada dada Abu Bakr.’ Dia juga berkata: ‘Saya dan Abu Bakr adalah seperti dua ekor kuda yang sama-sama kuat di dalam perlumbaan.’ Lagi katanya: ‘Dilangit ada terdapat 80 000 malaikat yang mendoakan untuk kesejahteraan bagi mereka yang bersahabat dengan Abu Bakr dan Umar. Dan pada aras langit yang lain 80 000 malaikat yang mengutuk mereka yang bermusuhan dengan Abu Bakr dan Umar.’ Rasul juga berkata: ‘Abu Bakr dan Umar adalah yang terbaik dari semua manusia dari mula kejadian hingga akhir.’ Kedudukan Abu Bakr dan Umar boleh dinilai dari hadith yang dikatakan oleh Rasul: ‘Allah menjadikan aku dari cahayaNya, Abu Bakr dari cahaya aku, dan Umar dari cahaya Abu Bakr, dan ummahku dari cahaya Umar. Umar adalah pelita bagi manusia di syurga.’ Terdapat banyak lagi hadith yang dirakamkan di dalam buku sahih kami. Saya telah sebutkan sedikit daripadanya supaya kamu boleh tahu kedudukan sebenar khalifa.

Shirazi: Pengertian kepada hadith ini membawa kepada murtad dan kafir, yang mana dengan jelas telah membutikan bahawa Rasul tidak mengatakan yang sedemikian. Hadith yang pertama menunjukkan bahawa Allah mempunyai bentuk dan ianya adalah kafir pada mempercayai bahawa Allah mempunyai bentuk. Hadith kedua menunjukkan bahawa Abu Bakr berkongsi segala yang diwahyukan kepada Rasul. Hadith yang ketiga menunjukkan bahawa Rasul bukanlah yang lebih utama dari Abu Bakr. Hadith yang lainnya bertentangan dengan hadith yang telah diterima oleh kedua golongan, bahawa manusia yang terbaik di dalam dunia ini adalah Nabi Muhammad dan keturunannya.
 
Selain dari fakta yang nyata ini, ulama kamu yang terkenal, seperti Muqaddasi di dalam bukunya ‘Tadhkiratul-Muzua’; firuzabadi Shafii di dalam ‘Safarus-Saadat’, Hasan bin Athir Dhahabi di dalam ‘Mizanul-Itidal’; Abu Bakr Ahmad bin Ali khatib Baghdadi di dalam ‘Tarikh’; Abul-Faraj di dalam ‘Kitabul-Muzua’; dan Jalalud-Din Suyuti di dalam ‘Al-Lualil-Masnua fil-Abadusil-Muzua’ – semua merumuskan bahawa hadith-hadith itu telah dipalsukan. Mereka semua menekankan bahawa hadith itu adalah dusta. Ianya bertentangan dengan al-Quran dan juga akal yang waras.

Sheikh: Tetapi pertimbangakan satu lagi hadith yang pastinya sahih. Rasul berkata: ‘Abu Bakr dan Umar adalah ketua bagi orang tua disyurga.’

Shirazi: Jika kamu meniliti hadith yang dikatakan ini dengan cermat, kamu akan dapati bahawa selain daripada ulama kamu sediri telah menolaknya, hadith ini tidak mungkin datang dari Rasul. Semua orang tahu bahawa syurga tidak dihuni oleh orang tua. Tidak ada perubahan di dalamnya. Terdapat banyak laporan yang telah diterima oleh kedua golongan yang bersangkutan kepada perkara ini. Satu daripadanya adalah mengenai Ashjaiyya, seorang wanita tua yang pergi berjumpa Rasul. Di dalam masa perbualan Rasul telah berkata: ‘Wanita tua tidak akan masuk syurga.’ Wanita itu amat susah hati sambil menangis dia berkata: ‘Wahai rasul Allah, ini bererti saya tidak akan masuk syurga.’ Dengan mengatakan ini, dia pergi. Rasul berkata: ‘Katakan kepadanya, pada hari tersebut dia akan menjadi muda dan masuk kesyurga.’ Kemudian dia membaca ayat yang berikut dari al-Quran: ‘Sesungguhnya Kami adakan bagi mereka keadaan yang baru, kemudian kami jadikan mereka perawan, mencintai, sama di dalam umur, hanya untuk sahabat dipihak yang kanan.’ [56:35-38]
 
Di dalam hadith yang lain yang diterima oleh kedua pihak, Rasul berkata: ‘Apabila penduduk dunia memasuki syurga, mereka akan menjadi muda dan suci dengan wajah yang bersih, rambut ikal, mata yang menawan, berusia 33 tahun.’

Sheikh: Kenyataan kamu adalah benar sebagaimana adanya, tetapi ini adalah hadith tertentu.

Shirazi: Saya tidak mengerti. Apa yang kamu maksudkan dengan ‘hadith tertentu’? Adakah kamu maksudkan bahawa Allah akan menghantar sekumpulan orang tua ke syurga supaya Abu Bakr dan Umar boleh menjadi ketuanya? Sebaliknya ulama kamu telah menganggapnya sebagai palsu. Rasul telah berikan kepada kita peraturan pada pengesahan hadith. Saya telah nyatakan terdahulu bahawa sebarang hadith yang tidak selaras dengan al-Quran hendaklah ditolak. Ulama kami telah menolak beberapa hadith yang dikatakan berpunca dari Rasul atau dari Imam yang suci atas dasar prinsip yang telah disebutkan oleh Rasul: ‘Apabila hadith yang disampaikan dikatakan datang dari saya, rujuklah kepada al-Quran; jika ia selaras dengannya, terimalah, jika tidak, tolak.’ Begitulah ulama kami tidak menerima hadith yang tidak selaras dengan al-Quran. Terdahulu saya telah nyatakan bahawa ulama kamu telah menulis peraturan pada menolak hadith yang palsu. Sebagai contoh, Sheikh Majdud-Din Muhammad bin Yaqub Firuzabadi di dalam ‘Safarus-Saada’ ms 142; Jalalud-Din Suyuti di dalam ‘Kitabul-Luali’; Ibn Jauzi di dalam ‘Muzua’; Muqaddasi di dalam ‘Tadhkiratul-Muzua’; dan Sheikh Muhammad bin Darwish [Mashhur be Hut-e-Beiruti] di dalam ‘Asnal-Talib’ – semua telah berkata bahawa rantaian penyampai kepada hadith yang mengatakan bahawa Abu Bakr dan Umar adalah ketua pada orang tua di syurga termasuk Yahya bin Anbasa. Dhahabi berkata bahawa Yahya ini adalah penyampai yang tidak boleh dipercayai, dan Ibn Jan berpendapat bahawa Yahya biasa memalsukan hadith.
 
Makanya, selain dari hujah saya yang terdahulu, ulama kamu juga menganggapnya sebagai hadith palsu. Mungkin ianya telah dipalsukan oleh pengikut Abu Bakr, keluarga Umayya. Supaya mereka dapat merendahkan Bani Hashim dan keturunan Rasul, mereka biasa memalsukan hadith yang selari [sejajar] dengan yang sahih yang telah disampaikan di dalam memuji keluarga Rasul. Orang seperti Abu Huraira, di dalam hendak memenangi kedudukan kepada golongan pemerintah, Bani Umayya, kerap memalsukan hadith. Disebabkan permusuhan mereka terhadap keluarga Rasul, mereka mengadakan hadith yang sejajar dengan yang diterima oleh ulama shia dan sunni.


No comments:

Post a Comment