Showing posts with label SURAT. Show all posts
Showing posts with label SURAT. Show all posts

Monday, June 27, 2011

SURAT KHALIFAH UMAR KEPADA MU‘AWIYAH

Pengenalan

       Surat khalifah Umar kepada Mu‘awiyah di Syam telah terbongkar selepas pembunuhan al-Husain bin Ali a.s di Karbala’. Pembunuhan al-Husain bin Ali a.s pada 10 Muharram tahun 61 Hijrah, bukan sahaja menyedihkan keluarga Rasulullah s.a.w, malah seluruh umat Islam yang Mukminin (Ibn al-Athir , al-Kamil fi al-Tarikh , Cairo 1976, iii, hlm. 19 ).
       Perlantikan Mu‘awiyah sebagai gabenor di Syam telah berlaku selepas kematian abangnya Yazid bin Abu Sufyan di dalam pemerintahan Khalifah Abu Bakr di atas cadangan Umar bin al-Khattab. Malah Khalifah Abu Bakr terpaksa akur kepada cadangannya. Tetapi surat Khalifah Umar kepada Mu‘awiyah di dalam kajian sekarang adalah surat yang ditulis oleh beliau sendiri semasa pemerintahannya kepada Mu‘awiyah bin Abu Sufyan sebagai gabenornya di Syam.
           Pada mulanya Abdullah bin Umar bin al-Khattab telah menyeru orang ramai supaya menentang Yazid bin Mu‘awiyah di atas tindakannya membunuh al-Husain bin Ali di Karbala’. Tetapi sikapnya telah berubah selepas beliau dipanggil oleh Yazid bin Mu‘awiyah ke Istananya di Syam dan membaca surat bapanya yang ditulis kepada bapa Yazid; Mu‘awiyah bin Abu Sufyan. Surat Khalifah Umar kepada Mu‘awiyah adalah terjemahan dari buku Bihar al-Anwar, Beirut, 1995, oleh al- ‘Allamah al-Majlisi r.h.xxx, hlm. 287-299 ).

                                                                   Sanad Surat  Khalifah Umar

                    Abu l-Husain Muhammad bin Harun bin Musa al-Tala‘kabari telah memberitahu kami, beliau berkata: Bapaku r.a telah memberitahuku, beliau berkata: Abu Ali Muhammad bin Hammam berkata: Ja‘far Ibn Muhammad bin Malik al-Fazari al-Kufi telah memberitahuku, beliau berkata: Abdu r Rahman bin Sinan al-Sairafi telah memberitahuku daripada  Ja‘far bin Ali al-Hiwar daripada al-Hasan bin al-Miskan, daripada al-Mufadhdhal bin Umar al-Ja‘fi daripada Jabir al-Ja‘fi, daripada Sa‘id bin al-Musayyab, beliau berkata:
                         
                                                   Teks Terjemahan Peristiwa Karbala’, Dan Sikap Abullah
                                                                                              Bin Umar

              “Manakala al-Husain bin Ali a.s dibunuh, dan berita kematiannya tersibar di Madinah; tersibar berita pemotongan kepalanya dan dibawanya kepada Yazid bin Mu‘awiyah, pembunuhan lapan belas orang daripada keluarganya, pembunuhan lima puluh tiga lelaki daripada Syi‘ahnya, pembunuhan Ali, anak lelakinya yang masih kecil di hadapan beliau dan keluarganya dijadikan tawanan, lalu diadakan majlis pengkebumian (Ma’tam) di sisi isteri Nabi s.a.w di rumah Umm Salmah r.a, di rumah-rumah Muhajirin dan Ansar.             

             Beliau berkata: Abdullah bin Umar bin al-Khattab keluar dari rumahnya di dalam keadaan melaung-laungkan kepada orang ramai, menampar-nampar mukanya, mengonyak-ngoyak poket bajunya  dan berkata: Wahai kumpulan Bani Hasyim, Quraisy, Muhajirin dan Ansar! Adakah dihalalkan oleh  Rasulullah (s.a.w) pada keluarganya dan zuriatnya sedangkan kamu masih hidup diberi rezeki?

             Tidak ada keputusan tanpa Yazid. Beliau telah keluar dari Madinah di malam harinya melaung kepada orang ramai dan menggalakkan mereka menentang Yazid. Khabarnya beliau juga telah menulis kepada Yazid. Apabila  melalui di hadapan orang ramai, beliau melaknati Yazid. Mereka berkata: Ini adalah Abdullah bin Umar, Ibn khalifah Rasulullah (s.a.w) di mana beliau mengingkari perbuatan Yazid terhadap keluarga Rasulullah s.a.w,dan menggalakkan orang ramai menentang Yazid, dan sesungguhnya mereka yang tidak menyahuti seruan ini tidak ada baginya agama dan Islam”.

             Penduduk Syam telah menjadi gelisah. Yazid telah mendatangi Bab al-La‘in bersama-sama orang ramai, mereka membacakannya.Kemudian Yazid telah keluar kepadanya, lalu memberitahu kepadanya tentang kasih-sayangnya kepada Abdullah bin Umar. Beliau berkata: Ledakan kemarahan Abi Muhammad, sedikit masa lagi, akan meredakannya.Lalu beliau telah mengizinkanya datang seorang diri. Lantas beliau telah memasukinya di dalam keadaan melaung seraya berkata: Aku tidak akan masuk wahai Amir al-Mukminin! Sesungguhnya anda telah melakukan (kekejaman) terhadap Ahlu l-Bait Muhammad s.a.w, sekiranya Turkey dan Rome mampu untuk melakukannya, nescaya mereka tidak akan menghalalkan apa yang anda telah menghalalkannya. Mereka tidak akan melakukan apa yang anda telah melakukannya.

              Berdirilah anda dari permaidani ini sehingga Muslimun memilih orang yang lebih berhak.Yazid telah mengalu-ngalukannya dan memeluknya ke sisinya seraya berkata kepadanya: Wahai Abu Muhammad! Bawa bertenang dari ledakan kemarahan anda, dan berfikirlah.Lihatlah dengan mata anda dan dengarlah dengan telinga anda.

             Apa pendapat anda tentang bapa anda Umar bin al-Khattab.Adakah beliau penunjuk (hadian) khalifah Rasulullah (s.a.w), pembantunya, dan mertuanya melalui saudara perempuan anda Hafsah, dan beliau telah berkata: Beliau tidak menyembah Allah secara rahsia? Abdullah berkata: Beliau adalah sebagaimana anda telah perkatakannya. Apa pendapat anda mengenainya? Yazid berkata: Bapa anda telah melantik bapaku menjadi gabenor Syam atau bapaku telah melantik bapa anda menjadi khalifah Rasulullah (s.a.w)? Abdullah berkata: Bapaku telah melantik bapa anda gabenor Syam.

             Yazid berkata: Wahai Abu Muhammad! Adakah anda meredhainya dan meredhai janjinya kepada bapaku atau anda tidak meridhainya? Abdullah berkata: Malah aku meredhainya. Yazid berkata: Adakah anda meredhai bapa anda? Abdullah berkata: Ya, maka Yazid telah memegang tangan Abdullah  bin Umar dan berkata kepadanya: Berdirilah-Wahai Abu Muhammad- sehingga anda membacanya, lalu beliau telah berdiri bersamanya dan memasuki bilik khazanahnya, lalu beliau meminta satu peti.

             Kemudian beliau membukanya dan mengeluarkan darinya satu peti besi yang dikunci dan dicopkan. Lantas beliau mengeluarkan darinya scroll yang lembut diperbuat dari sutera. Beliau telah mengambil scroll dengan tangannya dan membukakannya. Kemudian beliau berkata: Wahai Abu Muhammad! Adakah ini tulisan bapa anda? Beliau menjawab: Ya, demi Tuhan.Maka beliau telah mengambilnya dengan tangannya dan mengucupnya. Beliau berkata kepadanya: bacalah.Maka Abdullah bin Umar telah membacanya, maka ini adalah kandungan suratnya:

                                                Teks Terjemahan Surat Khalifah Umar Kepada Mu‘awiyah
      
             “ Bismi l-Lahi r-Rahmani r-Rahim. Sesungguhnya beliaulah (nabi saw) yang telah memaksa kami dengan pedang (nya) supaya melakukan ikrar terhadapnya, maka kamipun melakukan ikrar tersebut. Sedangkan dada (kami) berdebar, jiwa (kami) bergelora.Niat dan bisikan hati (kami)  meragui dakwahnya kepada kami (al-Bukhari, Sahih, II, hlm. 111; Muslim, Sahih, IV, hlm.12,14 ), tetapi kami telah mentaatinya mengenainya, kerana mengilakkan pedangnya ke atas kami (Ata‘naa-hu raf‘an li-suyufi-hi  ‘alai-na). Apatah lagi semakin bertambahnya bilangan kabilah dari Yaman yang akan menentang kami. Dan sokongan daripada mereka yang telah meninggalkan agama mereka di kalangan Quraisy. Maka aku bersumpah dengan Hubal, semua berhala, al-Laata dan al-‘Uzza bahawa Umar tidak pernah mengingkarinya semenjak beliau menyembahnya! (Fa-bi-Hubalin uqsimu wa l-Asnaam,wa l-Authaan wa l-Laata wa l-‘Uzza ma jahada-ha …. muz ‘abada-ha) , tidak pernah menyembah Ka‘bah sebagai Tuhan, tidak  pernah membenarkan perkataan Muhammad dan keluarganya (wa la  ‘abada li l-Ka‘bah rabban wa la Saddaqa li-Muhammadin wa Ali-hi qaulan). Aku tidak memberi salam kepadanya melainkan untuk mengilakkan diri dari kebengisannya. Sesungguhnya beliau (Muhammad s.a.w) telah mengkemukakan kepada kami sihir yang besar. Sihirnya telah melebihi sihir Bani Israil bersama Musa dan Harun, Daud dan Sulaiman dan anak lelaki ibunya  Isa.

             Sesungguhnya beliau telah mengkemukakan kepada kami segala sihir yang telah dikemukakan kepada Bani Israil, bahkan melebihi sihir-sihir mereka. Sekiranya mereka menyaksikannya, nescaya mereka mengakuinya bahawa beliau adalah ketua tukang-tukang sihir (la-Aqarru la-hu bi-anna-hu sayyidu al-Saharah), maka berpeganglah-Wahai Ibn Abi Sufyan-kepada sunnah kaum anda dan pengikut agama anda serta setia kepada mereka yang terdahulu yang menentang binaan ini (Ka‘bah) di mana mereka berkata bahawa ia mempunyai Tuhan yang memerintahkan mereka supaya melakukan Sa‘yu di sekelilingnya dan Dia menjadikannya Kiblat untuk mereka. Justeru itu, mereka mengperakui solat dan Haji di mana mereka telah menjadikannya sebagai rukun. Mereka telah menyangka bahawa mereka dijadikan untuk Allah. Di kalangan mereka yang telah membantu Muhammad adalah lelaki Farsi ini (Salman). Mereka juga berkata bahawa sesungguhnya diwahyukan kepadanyanya Muhammad): “Sesungguhnya rumah yang mula-mula dibangunkan untuk manusia (beribadat) ialah di makkah yang diberi berkat dan petunjuk untuk semesta alam” Surah Ali Imran 3:96.Dan kata-kata mereka “Sesungguhnya kami lihat berulan-ulang muka engkau (ya Muhammad) ke langit. Maka sesungguhnya kami palingkan engkau ke kiblat yang engkau sukai. Maka hadaplah muka kamu ke arah masjid haram (ka‘bah) di mana kamu berada, maka hadaplah mukamu ke arahnya” Surah al-Baqarah 2:144.

             Mereka telah menjadikan solat mereka ke arah batu (al-Hijarah). Apakah yang membuat  beliau mengingkari kami- jika tidak kerana sihirnya- menyembah berhala-berhala; al-Laata wa l-‘Uzza yang terdiri dari batu, kayu, tembaga, dan emas, tidak-al-Laata wa l- ‘Uzza-kami tidak dapati sebab untuk keluar dari apa yang ada di sisi kami sekalipun mereka disihir dan ditipu. Lihatlah dengan mata yang terang dan dengarlah dengan telinga yang jaga. Perhatikanlah dengan hati  dan akal anda tentang kepercayaan  mereka. Bersyukurlah kepada al-Laata wa l- ‘Uzza (wa sykuri l-Laata wa l- ‘Uzza)  serta perlantikan Atiq bin ‘Abdu l- ‘Azza ke atas umat Muhammad, penguasaannya ke atas harta mereka, darah mereka, syari‘at mereka, diri mereka, halal mereka, haram mereka.

             Cukai hak yang mereka sangka bahawa mereka memungutnya untuk Tuhan mereka bagi menguatkan pembantu-pembantu mereka. Justeru itu, beliau (Umar) hidup  dengan mematuhinya secara terang-terangan, dan menghadapi kesulitan secara tersembunyi. Beliau tidak ada jalan lain melainkan bergaul dengan mereka

             Sesungguhnya aku telah melakukan tindakkan yang berani ke atas pemuda Bani Hasyim yang masyhur, benderanya yang menang dan pembantunya yang bernama Haidarah; menantu kepada Muhammad ke atas perempuan yang mereka telah menjadikannya Penghulu Wanita Sejagat (al-Bukhari, Sahih, II, hlm. 111; Muslim, Sahih, IV, hlm.12,14 ) di mana mereka menamakannya: Fatimah sehingga aku telah mendatangi rumah Ali, Fatimah, dua anak lelakinya al-Hasan dan al-Husain,  dua anak perempuan mereka berdua; Zainab dan Ummi Kalthum serta hamba perempuannya yang dipanggil al-Fidhdhah.

             Bersama-samaku adalah Khalid bin al-Walid, Qunfudh bekas hamba Abu Bakr dan beberapa sahabat kami yang khusus.Maka akupun telah mengetuk pintu mereka dengan kuat. Lantas hamba perempuan tersebut telah menjawabku. Aku berkata kepadanya: Katakan kepada Ali: Tinggalkanlah segala kebatilan dan jangan biarkan diri anda menjadi tamak kepada jawatan khalifah, kerana ianya bukanlah untuk anda, tetapi ia adalah bagi orang yang dipilih oleh Muslimun dan mereka bersetuju kepadanya.            

             Demi tuhan al-Laata wa l-‘Uzza, jika perkara ini hanya menurut pendapat Abu Bakr, nescaya ia pasti gagal mengganti khilafah Ibn Abi Kabsyah (Rasulullah s.a.w). Tetapi aku telah melakukan sesuatu untuknya; aku telah menumpukan pemerhatianku kepadanya dan aku telah berkata kepada dua kabilah Nazar dan Qahtan selepas aku berkata kepada mereka bahawa khilafah hanya untuk Quraisy. Justeru itu, taatilah mereka selama mereka mentaati Allah (Ibn Qutaibah , al-Imamah wa al-Siasah , I , hlm. 15-16)

             Sesungguhnya aku berkata  sedemikian adalah kerana ketangkasan Ali bin Abi Talib yang terdahulu dan  dan cintanya kepada darah yang ditumpahkannya di dalam peperangan-peperangan Muhammad dan pelaksanaan  hutang-hutangnya iaitu sebanyak 80 ribu Dirham (Al-Qunduzi l-Hanafi , Yanabi ‘ al-Mawaddah , hlm.89 ) Melakukan persedian peperangan, pengumpulan al-Qur’an dengan ushanya sendiri. Kata-kata Muhajirin dan Ansar manakala aku berkata bahawa Imamah adalah daripada Quraisy- Mereka berkata:  Si botak; Amir al-Mukminin Ali bin Abi Talib yang telah diambil baiah untuknya oleh Rasulullah s.a.w bagi semua penganut agamanya. Dan kami telah menerimanya memimpin Mukminin pada empat tempat.Jika kamu melupainya , maka kami tidak melupai Baiah, Imamah dan khilafah serta wasiat adalah hak yang benar difardhukan, bukanlah dengan sukarela (Tabarru‘an) dan dakwaan falsu (Iddi‘aan), lalu kami telah membohongi mereka (fa-Kadhdhibna-hum). Aku telah mengambil empat puluh orang lelaki menjadi saksi ke atas Muhammad bahawa Imamah adalah dengan pilihan (Ikhtiar).

             Ketika itu Ansar berkata: Kami lebih berhak daripada Quraisy, kerana kami telah melindungi, membantu mereka sedangkan orang ramai berhijrah kepada kami. Jika urusan ini diberikan kepadanya, maka urusan ini juga bukan untuk kamu, tanpa kami. Dan dia berkata: Bagi kami seorang Amir dan bagi kamu seorang Amir. Kami berkata kepada mereka: Sesungguhnya 40 orang lelaki telah menyaksikan bahawa para Imam adalah daripada Quraisy (Muslim, Sahih,  Cairo,1976, ii, hlm.213 ) Sebahagian mereka telah menerimanya dan sebahagian yang lain telah menolaknya. Lalu mereka bertengkar. Maka akupun berkata: Kenapa tidak memilih orang yang paling tua umurnya dan yang paling lembut di kalangan kita? Mereka berkata: Siapakah anda maksudkan?
             Aku berkata: Abu Bakr yang telah dikemukakan oleh Rasulullah s.a.w di dalam solat, dia telah duduk bersamanya di al-‘Arisy di Hari Badr bermesyuarat dengannya dan mengambil pendapatnya.Dia adalah sahabatnya di Gua (al-Ghar), suami anak perempuannya  ‘Aisyah yang di namakanya Umm al-Mukminin. Bani Hasyim datang di dalam keadaan marah disokong oleh al-Zubair dengan pedangnya yang masyhur dan berkata: Hanya Ali sahaja yang akan dibaiah atau aku akan memotong kepala dengan pedangku ini. Aku berkata: Wahai Zubair! Laungan anda adalah api kepada Bani Hasyim.Ibu anda  adalah Safiyyah binti Abdul Muttalib. Beliau berkata: Demikian itu adalah satu kehormatan.Wahai Ibn Hantamah, wahai Ibn Sahhak! Diam. Beliau telah berkata sesuatu.Kemudian empat puluh orang lelaki daripada mereka yang telah menghadiri Saqifah Bani Sa‘idah telah melompat ke atas al-Zubair.

             Demi Tuhan! Kami tidak mampu mengambil pedangnya di tangannya sehingga kami menjatuhkannya ke tanah.Kami tidak dapati pembantunya menentang kami. Maka aku telah melompat ke arah Abu Bakr, lalu aku memegang tangannya dan memberi baiah. Kemudian diikuti oleh Uthman bin Affan dan semua mereka yang hadir selain daripada al-Zubair. Kami telah berkata kepadanya: Baiahlah, jika tidak, kami akan membunuh anda (Baayi‘ au naqtulu-ka). Kemudian aku telah menghalang orang ramai daripadanya. Aku berkata: Kamu tegahlah beliau, Bani Hasyim memarahi tindakkanku. Aku telah memegang tangan Abu Bakr dan membuatnya berdiri.

             Beliau di dalam keadaan gementar. Fikirannya berbelah-bagi, lalu aku telah mendesaknya ke Minbar Muhammad. Beliau berkata kepadaku: Wahai Abu Hafs! Aku takut tindakkan Ali ke atasku. Aku berkata kepadanya: Sesungguhnya Ali sibuk untuk mengganggu anda. Abu Ubaidah bin al-Jarrah telah membantuku di dalam perkara tersebut. Beliaulah yang telah menghulur tangannya membantu Abu Bakr ke Minbar .

             Aku mendesaknya dari belakangnya seperti kambing kepada pisau yang tajam. Beliau telah berdiri di atasnya dengan kebingungan. Aku berkata kepadanya: Berucaplah! Beliau menjadi bingung dan kelu. Aku merapatkan tapak tanganku kerana memarahinya. Aku berkata kepadanya: Katakanlah apa saja. Tetapi beliau tidak memberi apa-apa kebaikan. Aku mahu menurunkannya dari Mimbar dan aku akan mengambil tempatnya (fa-arad-tu an ahutta-hu ‘ani l-minbar wa aquma maqama-hu) .
        
             Tetapi aku benci orang ramai akan membohongiku  pula tentang kata-kataku mengenainya. Orang ramai telah bertanyaku: Bagaimana pendapat anda tentang kelebihannya? Apakah yang anda telah mendengar daripada Rasulullah s.a.w tentang Abu Bakr? Aku telah berkata kepada mereka: Aku telah mendengar tentang kelebihannya daripada Rasulullah s.a.w bahawa jika aku menjadi  satu bulu di dadanya …dan bagiku ceritanya. Aku berkata: Katakanlah sesuatu, jika tidak, maka turunlah (Qul wa illa fa-anzil). Maka telah terserlah, demi Tuhan, pada mukaku dan beliau telah mengetahui jika beliau turun, nescaya aku akan menaikinya.

             Aku telah berkata kepadanya perkataan yang tidak mencerahkan kata-katanya. Beliau telah berkata dengan suara yang lemah: “Aku telah dilantik kepada kamu tetapi aku bukanlah orang yang paling baik daripada kamu sedangkan Ali pada kamu. Ketahuilah kamu bahawa bagiku Syaitan  sedang menggodaku (Ibn Qutaibah, al-Imamah wa al-Siasah, I, hlm.9-10). Beliau tidak maksudkannya selain daripadaku- Apabila aku tergelincir, maka kamu perbetulkan aku. Perlakuan sedemikian tidak menjatuhkan aku di hadapan kamu. Aku pohon istighfar kepada Allah untukku dan kamu”. Kemudian beliau turun dan aku memegang tangannya. Orang ramai sedang memerhatikannya. Akupun memegang tangannya dengan kuat dan aku mendudukkannya. Aku mengkemukakan orang ramai supaya memberi baiah kepadanya. Aku telah mengiringinya untuk memeriahkannya, dan berkatalah orang yang mengingkari baiahnya: Apakah Ali bin Abi Talib telah lakukan?

             Maka aku berkata: Beliau telah mencabutnya dari tengkuknya dan kurang penentangan orang ramai di dalam pemilihan mereka. Beliau hanya tinggal di rumah sahaja. Mereka telah memberi baiah kepada Abu Bakr di dalam keadaan benci. Manakala tersibar baiahnya, maka kami dapat tahu bahawa Ali membawa Fatimah, al-Hasan dan al-Husain ke rumah Muhajirin dan Ansar memperingatkan mereka tentang baiahnya ke atas kami pada empat tempat. Beliau telah menggesa mereka, lalu mereka menyediakan bantuan kepadanya di waktu malam dan menjauhinya di waktu siang.Maka aku telah mendatangi rumahnya berbincang bagi mengeluarkannya dari khilafah.

             Hambanya bernama Fidhdhah berkata-aku telah berkata kepadanya: Katakan kepada Ali: Supaya  beliau keluar memberi baiah kepada Abu Bakr di mana Muslimun telah bersepakat mengenainya. Beliau menjawab: Sesungguhnya Amir al-Mukminin a.s sibuk. Aku berkata kepadanya: Tinggalkan perkara ini dan katakan kepadanya supaya beliau keluar.

             Jika tidak kami akan memasukinya dan  mengeluarkannya secara paksaan (wa illa dakhal-na ‘alai-hi wa akhrajna-hu karhan). Lantas Fatimah keluar dan berdiri di balik pintu seraya berkata: Wahai orang yang sesat dan pembohong! (Ayyuha dh-Dhaalluun wa l-Mukazzibuun) Apakah yang kamu katakan? Apa yang kamu mahu? Maka aku berkata: Wahai Fatimah! Fatimah berkata: Apakah yang anda mahu wahai Umar? Maka aku berkata: Apakah gerangan sepupu anda di mana anda sendiri perlu menjawabnya dan beliau telah duduk di balik dinding?

             Beliau berkata kepadaku: Celaka anda. Beliau telah mengeluarkan aku, lantaran itu, beliau mesti mengukuhkannya dengan hujah.Setiap yang sesat pasti menipu. Aku berkata: Tinggalkanlah segala kebatilan anda dan cerita-cerita dongeng perempuan (seluruh semesta). Katakan kepada Ali supaya beliau keluar. Fatimah berkata; Tidak ada kasih dan kehormatan. Adakah dengan parti Syaitan anda menakut-nakutkan aku wahai Umar?

             Parti Syaitan adalah lemah.Maka aku berkata: Jika beliau tidak keluar, aku akan membawa kayu api dan aku akan menyalakan api ke atas keluarga rumah ini dan membakar mereka yang ada di dalamnya (In lam yakhruj ji’tu bi l-hatabi l-jazal wa adhramtu-ha naran ‘ala ahli hadha l-Bait wa ahriqu man fi-hi) atau Ali dibawa untuk melakukan baiah[1].Aku telah mengambil cemeti Qunfudh, maka akupun memukul (nya). Aku berkata kepada Khalid: Anda dan orang-orang kita hendaklah beramai-ramai mengumpulkan kayu api. Aku berkata: Sesungguhnya aku akan menyalakannya (Inni mudhrimu-ha) .

             Fatimah berkata: Wahai musuh Allah, musuh Rasul-Nya, dan musuh Amir al-Mukminin! Maka aku telah memukul tangan Fatimah dari pintu, kerana beliau telah menegahku dari membukanya. Aku telah menolaknya, kerana ia menyusahkan aku. Lantaran itu aku telah memukul dua tangannya dengan cemeti, lalu ia menyakitkannya. Aku telah mendengar laungan dan tangisan daripadanya. Aku hampir-hampir berlembut dengannya dan berpaling dari pintu, tetapi aku teringat dendam kesumat Ali, keterlibatannya di dalam pembunuhan ketua-ketua Arab, tipu daya Muhammad dan sihirnya ( wa kaida Muhammad wa sihri-hi), maka akupun telah menendang pintu itu. Perutnya telah melekat di pintu. Aku telah mendengar jeritannya dan aku kira ia telah meliputi seluruh Madinah (Ibid ).

             Beliau berkata: Wahai bapaku, wahai Rasulullah! Begitukah beliau (Umar) memperlakukan kepada kekasihmu dan anak perempuanmu. Wahai F[i]idhdhah! Peganglah aku, demi Allah, sesungguhnya kandunganku telah  dibunuh (Fa-qad wa Llahi, Qutila ma fi-Ihsya‘i min hamlin). Aku telah mendengarnya merintih di dalam keadaan beliau tersandar di dinding. Aku telah menolak pintu dan memasukinya. Maka beliau telah berhadapan denganku dengan muka yang telah menutup penglihatanku.

             Fatimah telah menepuk  tudung dua pipinya, lalu terputuslah anting-antingnya dan jatuh bertaburan di tanah. Ali pun keluar.Manakala aku dapat merasai kedatangannya, aku pun segera keluar rumah dan aku berkata kepada Khalid dan Qunfudh serta mereka  yang bersama mereka berdua: Aku telah terselamat dari perkara yang besar (Najautu min amrin ‘Azim).

             Di dalam riwayat yang lain: Aku telah melakukan jenayah yang besar di mana diriku tidak terasa selamat dengannya. Ini Ali telah keluar dari rumah di mana aku dan kamu tidak ada daya melawannya. Maka Ali pun keluar sedangkan dua tangan Fatimah  diangkat bagi mendedahkan pukulan terhadapnya; memohon kepada Allah Yang Maha Besar di atas apa yang telah berlaku. Ali meletakkan kain lembut ke atasnya dan berkata kepadanya: Wahai anak perempuan Rasulullah! Sesungguhnya Allah telah mengutus bapa anda sebagai rahmat kepada seluruh alam.
Demi Allah sekiranya anda membuka kepala anda memohon kepada Allah a.j untuk membinasakan makhluk ini, nescaya Dia menyahuti permohonan anda sehingga tidak tinggal lagi manusia di muka bumi ini.Kerana anda dan bapa anda adalah lebih besar di sisi Allah daripada Nuh(a.s) di mana telah tenggelam kerananya semua orang di muka bumi dan di bawah langit selain daripada mereka  yang berada di dalam bahteranya.Dan Dia telah membinasakan kaum Hud, kerana mereka telah membohonginya.

             Dia telah membinasakan kaum ‘Aad dengan angin yang kencang. Anda dan bapa anda lebih besar kemampuan daripada Hud. Dia telah menyiksa  kaum Thamud seramai dua belas ribu orang, kerana mereka telah membunuh unta betina. Justeru itu, Jadilah anda-wahai penghulu wanita -sebagai rahmat ke atas makhluk ini, dan janganlah anda menjadi sebagai azab. Perutnya bertambah sakit, lalu beliau memasuki rumah dan melahirkan janin. Kemudian Ali menamakannya: Muhsin.

             Aku telah mengumpulkan orang ramai, bukan kerana membanyakkan bilangan mereka bagi menentang Ali, tetapi bagi menguatkan mereka dan aku telah datang-ketika beliau dikepung- maka aku telah mengeluarkannya dari rumahnya dengan paksaan dan ditawan, kemudian aku telah mengheretkannya supaya memberi baiah. Sesungguhnya aku mengetahui dengan yakin, tanpa syak padanya bahawa jika aku dan kesemua mereka di muka bumi ini berusaha sekeras-kerasnya bagi memaksanya, nescaya kami tidak mampu memaksanya. Tetapi beliau lebih mengetahui tentang dirinya. Apabila aku tiba di Saqifah Bani Sa‘idah, Abu Bakr berdiri, dan mereka yang hadir  bersamanya mempersendakan Ali (Ibn Qutaibah , al-Imamah wa al-Siasah, I,  hlm.14-16 )

              Lantas Ali berkata: Wahai Umar! Adakah kamu suka aku mempercepatkan bagi kamu apa yang aku telah menangguhkan bagi kamu? Aku berkata: Tidak, wahai Amir al-Mukminin! Khalid bin al-Walid telah mendengarku, demi Tuhan, lalu beliau bersegera pergi kepada Abu Bakr. Abu Bakr telah berkata kepadanya: Apakah kaitanku dengan Umar…sebanyak tiga kali, orang ramai sedang mendengar.

             Manakala beliau memasuki al-Saqifah, Abu Bakr telah berlembut kepadanya.Maka aku telah berkata kepadanya: Anda telah memberi baiah wahai Abu l-Hasan! Beliau pun  berpaling, dan memberi penyaksian bahawa beliau tidak memberi baiah kepadanya, dan tidak pula menghulurkan tangannya kepadanya. Aku benci menuntutnya supaya melakukan baiah, nanti beliau akan mempercepatkan bagiku apa yang beliau telah menangguhkannya. Abu Bakr mahu jika beliau tidak melihat Ali di tempat itu, kerana takut dan gerun kepadanya. Ali telah kembali dari al-Saqifah dan kami telah bertanya tentangnya. Mereka berkata: Beliau telah pergi ke kubur Muhammad lalu  duduk di sampingnya. Aku dan Abu Bakr berdiri di sampingnya. Kami datang berjalan dan Abu Bakr barkata: Celaka anda wahai Umar! Apakah yang anda lakukan kepada Fatimah? Ini, demi Tuhan, adalah kerugian yang jelas. Aku berkata: Sesungguhnya perkara yang paling besar di atas kamu bahawa beliau tidak memberi baiah kepada kita dan aku tidak percaya bahawa orang ramai menolaknya. Beliau berkata: Apakah anda akan lakukan?

             Aku berkata: Anda berpura-pura bahawa beliau telah memberi baiah kepada anda di sisi kubur Muhammad.Maka kami telah mendatanginya dan beliau telah menjadikan kubur sebagai kiblat di dalam keadaan menyandarkan tapak tangannya di atas tanahnya. Dan di sampingnya Salmam, Abu Dhar, al-Miqdad, Ammar, dan Huzaifah bin al-Yaman. Maka kami pun duduk di sampingnya. Aku telah mencadangkan kepada Abu Bakr supaya meletakkan tangannya sebagaimana Ali meletakkannya dan mengakui  khilafah dari tangannya.

             Maka beliau telah melakukannya. Aku telah mengambil tangan Abu Bakr untuk menyapukan tangannya ke atas tangannya (Ali a.s) Dan aku berkata: Sesungguhnya beliau telah memberi baiah. Ali telah memegang tangannya, maka aku dan Abu Bakr berdiri dan aku akan berkata: Allah akan membalas kebaikan kepada Ali, kerana beliau tidak menegah dirinya dari memberi baiah kepada anda. Manakala aku menghadiri kubur Rasulullah s.a.w, tiba-tiba Abu Dhar Jundab bin Junadah al-Ghifari telah melompat dan melaung serta berkata: Demi Tuhan! Wahai musuh Allah! Ali tidak akan memberi baiah kepada Atiq. Begitulah seterusnya setiap kali kami bertemu dengan orang ramai, kami telah memberitahukan mereka tentang baiah Ali kepada Abu Bakr, tetapi Abu Dhar telah membohonginya (Ibn Qutaibah , al-Imamah wa al-Siasah ,I , hlm.14-16 )

             Demi Tuhan, beliau tidak pernah memberi baiah kepada kami pada masa pemerintahan Abu Bakr, pada masa pemerintahanku dan pada masa khalifah selepasku. Seramai dua belas orang lelaki tidak pernah memberi baiah kepada Abu Bakr dan kepadaku. Siapakah yang telah melakukan-Wahai Mu‘awiyah-perbuatanku dan siapakah yang telah bermesyuarat dengan musuh-musuhnya selain daripadaku?! Adapun anda, bapa anda Abu Sufyan dan saudara anda Utbah, maka aku mengetahui pembohongan kamu kepada Muhammad (s.a.w), tipu dayanya, kelakuannya dan tuntutannya di gua Hira’ untuk membunuhnya.

             Beliaulah yang telah mengumpulkan al-Ahzab bagi memeranginya dan penunggangan unta oleh bapa anda memimpin al-Ahzab serta kata-kata Muhammad: Allah melaknati si penunggang, pemandu dan penarik. Bapa anda adalah penunggang, saudara anda adalah pemandu, dan anda adalah penarik. Aku tidak melupai ibu anda Hindun. Beliau telah berusha dengan seorang  lelaki yang kejam sehingga beliau membunuh  Hamzah yang mereka telah menamakannya Asadu r-Rahman (Singa Yang Maha Pemurah) di bumi-Nya

             Beliau telah menikamnya dengan lembing. Beliau telah membelah hatinya dan mengambil hatinya serta membawanya kepada ibu anda.Maka Muhammad dengan sihirnya telah menyangka bahawa apabila beliau memasukkannya  ke mulutnya untuk memakannya, maka ianya menjadi batu. Lantaran itu, Muhammad dan para sahabatnya menamakannya: Akilatu l-Akbad (Pemakan hati). Kata-katanya di dalam bentuk syair bagi memusuhi Muhammad dan memeranginya:

  Kami adalah anak-anak perempuan Tariq
  kami berjalan di atas banta  
  Seperti mutiara di leher
  Seperti Miski di tengah kepala
  Jika diterima kami peluk
  Jika ditolak kami berpisah dengan permusuhan.
  Kelihatan perempuannya dengan pakain kemerahan,
  muka dan kepala mereka terserlah
  bersedia memerangi Muhammad.

             Sesungguhnya kamu tidak menyerah dengan suka rela (Tau‘an). Sesungguhnya  kamu telah menyerah secara terpaksa (Karhan) di hari Pembukaan Makkah, maka beliau (Muhammad s.a.w) telah menjadikan kamu, saudaraku Zaid, Aqil saudara Ali bin Abi Talib dan al-Abbas bapa saudara mereka Tulaqa’ (Ibn al-Athir , al-Kamil fi al-Tarikh ,iii,  hlm.46-8 )

              Bapa anda berkata: Demi Tuhan, Wahai Ibn Abi Kabsyah! Aku akan memenuhi kuda-kuda dan bala  tentera menentang anda. Muhammad berkata: Diberitahu kepada orang ramai bahawa sesungguhnya beliau telah mengetahui apa yang ada pada dirinya atau Allah mencukupi syirik Abu Sufyan! Beliau memperlihatkan kepada orang ramai bahawa tidak ada seorang pun yang tinggi selain daripadaku, Ali dan orang yang selepasnya daripada Ahlu l-Baitnya. Maka sihirnya terbatal dan sia-sialah ushanya.

             Abu Bakr telah mendapatkannya dan aku selepasnya. Aku berharap, wahai Bani Umayyah, supaya kamu menjadikannya sebagai perayaan. Justeru itu, aku telah melantik anda dan aku menyalahi kata-katanya (Muhammad s.a.w). Aku tidak pedulikan karangan syairnya bahawa beliau berkata: Diwahyukan kepadaku wahyu daripada Tuhanku di dalam firmanNya: “ Dan pokok kayu yang dilaknati di dalam al-Qur’an” Maka beliau telah menyangka bahawa “pokok yang dilaknati itu” adalah kamu Bani Umayyah.

             Beliau telah menerangkan permusuhannya terhadap kamu sebagaimana Hasyim dan anak-anaknya adalah musuh Bani  Abd Syamsin. Aku- berserta peringatanku kepada anda-Wahai Mu‘wiyah!-menesihati anda, kerana kasihan belasku kepada anda, dan keresahan jiwa anda supaya anda mempercepatkan apa yang aku telah wasiatkan kepada anda tentang pelaksanaan syariat Muhammad (s.a.w) dan umatnya supaya anda  menjelaskan kepada mereka tuntutannya dengan cacian atau bergembira kerana kematian atau menolak apa yang dibawanya. Atau memperkecilkan apa yang dibawanya, nescaya kamu  akan termasuk orang yang binasa.

             Anda merendahkan apa yang anda angkat, anda meruntuhkan apa yang  anda telah membinanya. Berhati-hatilah anda jika anda memasuki Masjid Muhammad, dan mimbarnya. Benarkan Muhammad apa yang beliau bawa. Terimalah ia pada zahir. Zahirkanlah keperihatinan anda terhadap rakyat anda. Perlakulah dengan baik terhadap mereka. Berikan kepada mereka hadiah. Laksanalah hukum hudud pada mereka dan gandakanlah jenayah mereka di sebabkan Muhammad. Janganlah anda memperlihatkan mereka bahawa anda meninggalkan hukum Allah. Janganlah anda menentang fardhu. Janganlah anda mengubah Sunnah Muhammad, nescaya umat akan merusakkan kita. Bahkan lakukan kepada mereka  menurut keadaan masa. Bunuhlah mereka dengan tangan mereka. Perkuatkan mereka dengan pedang-pedang mereka. Berlembutlah terhadap mereka.

             Layanilah mereka dengan baik di majlis anda. Mulialah mereka di rumah anda. Bunuhlah mereka melalui ketua mereka. Zahirkan muka manis, malah tahankan kemarahan anda. Maafkan mereka, nescaya mereka akan mengasihi anda dan mentaati anda. Pemberontakan Ali dan kedua anaknya al-Hasan dan al-Husain tidak akan aman ke atas kami dan anda (Lihat, umpamanya, al-Qunduzi l-Hanafi , Yanabi‘ al-Mawaddah , hlm. 148-9)

             Jika anda boleh menyediakan kelengkapan, maka bersegeralah dan janganlah berpuas hati dengan perkara yang kecil.Tumpulah kepada perkara yang besar. Jagalah wasiatku dan janjiku kepada anda. Sembunyikannya dan jangan sekali-kali menzahirkannya (wa khfi-hi wa la tubdi-hi).Contohilah urusanku dan laranganku. Dan bangkitlah dengan ketaatan kepadaku. Jauhilah anda dari perselisihan denganku. Ikutlah jalan orang yang terdahulu anda. Tuntutlah dendam anda. Hapuskanlah kesan-kesan mereka. Sesungguhnya aku telah mengeluarkan kepada anda rahsi hatiku secara terang-terangan dan aku telah mengiringinya dengan kata-kataku:

  Mu‘awi sesungguhnya orang ramai telah besar urusan mereka
 Dengan dakwah mereka meliputi muka bumi ini
 Aku cenderung kepada agama mereka,tetapi  ia tidak menyakinkanku
 Aku menjauhi agama yang telah memecahkan belakangku
 Jika aku terlupa,aku tidak akan terlupa al-Walid,Syaibah
 Utbah,dan al-As di Badr
 Di bawah kecintaan hati telah menggigit kerana ketiadaan mereka
 Oleh Abu l-Hakam; aku maksudkan yang hina dari kemiskinan
 Mereka itu,maka tuntutlah-Wahai Mu‘awi-dendam mereka
 Dengan menghunuskan pedang Hind
 Hubungilah lelaki Syam secara keseluruhan
 Mereka adalah singa sementara yang lain senang dimusnahkan
 Bertawassullah secara mencapur-adukkan agama
 Yang telah mendatangi kita waktu silam mereka namakan sihir
 Menuntut dendam  yang berlalu kepada anda secara terang-terangan
 Kerana agama meliputi Bani Nadhir
 Anda tidak dapat membalas dendam melainkan dengan agama mereka
 Anda dibunuh dengan pedang mereka adalah yang baik dari Bani Nadhir
 Lantaran itu aku melantik kamu menjadi wali Syam dengan harapan
 Anda layak kembali kepada Sakhar.

             Beliau berkata: Manakala Abdullah bin Umar selesai membaca perjanjian Surat tersebut, beliau  berdiri di sisi Yazid, lalu beliau mengucup kepalanya. Dan beliau berkata: Segala puji bagi Allah-wahai Amir al-Mukminin!-kerana anda telah membunuh al-Syari Ibn al-Syari (Husain bin Ali a.s). Demi Allah! Bapaku tidak mengeluarkan (isihatinya) kepadaku sagaimana beliau telah menegeluarkannya kepada bapa anda.

             Demi Allah, tidak seorangpun daripada kumpulan Muhammad yang telah melihatku, akan suka dan meredhaiku. Maka Yazid telah memberi hadiah yang berharga kepadanya dan mengiringinya dengan penuh hormat. Maka Abdullah bin Umar telah keluar di sisinya di dalam keadaan riang-gembira. Orang ramai berkata kepadanya: Apakah beliau telah berkata kepada anda? Abdullah bin Umar berkata: Perkataan yang benar (Qaulan sadiqan lau wadad-tu inni kuntu musyarika-hu fi-hi). Aku mahu jika aku telah bersyarikat dengannya (Yazid) mengenainya (Pembunuhan al-Husain bin Ali a.s). Beliau telah berjalan pulang ke Madinah, dan jawapan yang diberikan kepada mereka yang bertemu dengannya adalah sama”.

                                                                                          Kesimpulan

                    Surat Khalifah Umar bin al-Khattab kepada Mu‘awiyah bin Abu Sufyan mempunyai keistimewaannya yang tersendiri dari berbagai-bagai sudut di mana pembaca dapat menilainya sendiri. Tidak dapat dinafikan bahawa peristiwa Karbala’ telah menjadi penyabab kepada pendedahan Surat tersebut, kerana Yazid bin Mu‘awiyah ingin membenteraskan sokongan Abdullah bin Umar terhadap kesyahidan al-Husain bin Ali a.s  yang akan menyumbang kepada kejatuhan kerajaannya dengan mengkemukakan surat rahsi yang ditulis oleh bapanya  Khalifah Umar kepada bapa Yazid; Mu‘awiyah.


             Nampaknya pendedahan surat tersebut telah berjaya mengubah pendirian Abdullah bin Umar terhadap peristiwa Karbala’. Justeru itu, kandungan surat tersebut hendaklah dilihat dari aspek ketuhanan, kerasulan, kecintaan kepada Ahlu l-Bait a.s dan lain-lain, kerana ia menjadi penilai hakiki kepada seorang Muslim. Allah lebih mengetahui segala-galanya.        

Risalah Imam Ja'far A.S Kepada Para Sahabatnya Daripada al-Raudhah mina l-Kafi Oleh al-Kulaini Wafat Pada 328/329 Hijrah


                                     
                                                      Bismillahir Rahmanir Rahim


       1. Muhammad bin Ya‘qub al-Kulaini berkata: Ali bin Ibrahim telah memberitahu aku daripada bapanya, daripada Ibn Fadhdhal, daripada Hafs al-Mu’adhdhin, daripada Abu Abdullah a.s, dan daripada Muhammad bin Ismail bin Badhi‘, daripada Muhammad bin Sinan, daripada Ismail bin Jabir, daripada Abu Abdullah a.s bahawa beliau telah menulis risalah ini kepada para sahabatnya dan memerintahkan mereka supaya mengkajinya, membuat perjanjian dengannya serta beramal dengannya. Mereka meletakkannya di musala rumah mereka, dan apabila  selesai solat, mereka membacanya.
       Beliau berkata: Al-Hasan bin Muhammad telah memberitahu aku, daripada Ja‘far bin Muhammad bin Malik al-Kufi, daripada al-Qasim bin Rabi‘ al-Sahaf, daripada Ismail bin Mukhallad al-Sarraj, daripada Abu Abdullah a.s, berkata: Risalah ini adalah daripada Abu Abdullah a.s kepada para sahabatnya:

                                                                               Bismillahir Rahmanir Rahim

        Amma ba‘d, adapun kemudian daripada itu, maka pohonlah afiat daripada Tuhan kamu, bertenang, bersifat malu dan bersihkan diri kamu daripada kekejian (tanazzuh) sebagaimana telah dilakukan oleh golongan yang soleh sebelum kamu.
       Layanilah ahli kebatilan (ahlu al-Batil) dengan budi bahasa, bersabarlah dengan kezaliman yang dilakukan oleh mereka. Jauhilah kamu dari memarahi mereka (mumazata-hum). Jagalah peradaban  apabila kamu bergaul dan berbincang dengan mereka, kerana kamu tidak dapat mengelakkan diri dari bergaul dan berbincang dengan mereka walaupun secara taqiyyah sebagaimana telah diperintahkan oleh Allah di antara kamu dan mereka.
       Dan apabila kamu diuji oleh mereka, maka mereka akan menyakiti kamu, dan kamu  dapat mengetahui penentangan di muka-muka mereka. Jikalaulah  Allah tidak menolak mereka daripada kamu, nescaya mereka akan memusnahkan kamu, kerana permusuhan dan kemarahan yang terdapat di dada-dada mereka adalah lebih besar dari apa yang mereka zahirkan terhadap kamu. Majlis kamu dan majlis mereka adalah satu, tetapi roh-roh kamu, dan roh-roh mereka adalah berbeza, dan  tidak akan bersatu; kamu tidak akan mencintai mereka selama-lamanya, dan mereka juga tidak akan mencintai kamu, tetapi Allah telah memuliakan kamu dengan kebenaran dan memperlihatkannya  kepada kamu.
       Sebaliknya Allah tidak menjadikan mereka daripada ahli kebenaran. Justeru layanilah mereka dengan budi bahasa (tujamiluuna-hum) sekalipun mereka tidak mempunyai budi bahasa dan kesabaran di atas sesuatu. [Hati-hatilah] Kelicikan dan kewaswasan di kalangan mereka, kerana musuh-musuh Allah, jika mereka mampu, nescaya mereka menghalang kamu dari kebenaran. Maka Allah menjaga kamu daripada demikian itu. Bertakwalah kepada Allah dan tahanlah lidah kamu melainkan untuk kebaikan.
       Jauhilah lidah kamu dari tergelincir dengan kata-kata pembohongan, dosa dan permusuhan, kerana jika kamu menahan lidah kamu dari apa yang dilarang oleh Allah, adalah lebih baik bagi kamu di sisi Tuhan kamu. Kerana tergelincirnya lidah pada apa yang dilarang oleh Allah akan membawa kepada kemurkaan-Nya terhadap hamba-Nya. Allah akan menjadikannya pekak, buta dan bisu pada hari Kiamat sebagaimana firman-Nya di dalam Surah al-Baqarah (2):18 “ Mereka tuli, bisu dan buta, maka tidaklah mereka kembali ” Iaitu mereka tidak akan bercakap dan firman-Nya di dalam Surah al-Mursalaat(77): 35-36 “Ini adalah hari yang mereka tidak dapat berbicara, dan tidak diizinkan kepada mereka minta uzur sehingga mereka minta uzur
       Janganlah kamu melakukan apa yang ditegah oleh Allah. Kamu hendaklah berdiam diri melainkan apa yang Allah memanfaatkan kamu daripada urusan akhirat dan Dia akan memberi pahala kepada kamu mengenainya.
       Perbanyakkan tahlil, takdis, tasbih, pujian kepada Allah, ibadat kepada-Nya, dan mencintai kebaikan di sisi-Nya yang tidak dapat dicapai hakikatnya oleh seseorang melainkan dengan keredaan-Nya. Justeru sibukkan lidah kamu dengan perkara-perkara tersebut. Dan jauhilah dari percakapan batil yang membuatkan pelakunya kekal di neraka jika dia mati tanpa taubat.
       Hendaklah kamu sentiasa berdoa kerana muslimin tidak akan mencapai kejayaan hajat mereka di sisi Tuhan yang  lebih baik dari berdoa kepada-Nya. Justeru sahutilah seruan Allah, nescaya kamu mendapat kejayaan dan selamat daripada azab Allah.
       Jauhilah dari membiarkan diri kamu tamak kepada apa yang telah diharamkan oleh Allah ke atas kamu, kerana sesiapa melanggari apa yang diharamkan oleh Allah ke atasnya di dunia, maka Allah akan menghalangnya syurga, nikmat, kelazatan dan kemuliaan yang abadi.
       Ketahuilah bahawa sesungguhnya sejahat-jahat habuan yang merbahaya bagi orang yang menentang Allah adalah meninggalkan ketaatan kepada Allah dan melakukan maksiat. Justeru dia memilih untuk melanggari apa yang dilarang oleh Allah di dalam kelazatan dunia yang akan hilang daripada nikmat syurga yang berkekalan.
       Celaka bagi mereka, alangkah ruginya habuan mereka dan alangkah jahatnya keadaan mereka di sisi Tuhan mereka pada hari Kiamat. Pohonlah perlindungan daripada Allah supaya Dia melindungi kamu dari melakukan perbuatan sebagaimana mereka lakukan atau menguji kamu sebagaimana Dia menguji mereka. Tiada kekuatan bagi kami dan kamu melainkan dengan-Nya.
       Wahai golongan yang berjaya, sekiranya Allah menyempurnakan untuk  kamu sebagaimana Dia lakukan kepada para salihin sebelum kamu, nescaya kamu akan diuji pada diri kamu dan harta kamu sehingga kamu mendengar daripada musuh Allah perkara- perkara yang menyakitkan hati kamu. Lantaran itu, kamu hendaklah bersabar sekalipun mereka menghina kamu, memarahi kamu sehingga kamu menanggung kezaliman mereka kerana inginkan keredaan Allah dan negeri akhirat.
       Kamu hendaklah memendamkan kemarahan kamu di atas keburukan yang dilakukan kepada kamu kerana Allah[1], sekalipun mereka membohongi  kebenaran dan memusuhi kamu mengenainya dan memarahi kamu kerananya.
       Justeru bersabarlah di atas semua itu daripada mereka sebagai membenarkan Kitab Allah  yang telah diturunkan oleh Jibrail ke atas Nabi kamu s.a.w. Kamu telah mendengar firman Allah kepada Nabi-Nya di dalam Surah al-Ahqaaf (46):35 “Maka bersabarlah kamu seperti golongan yang mempunyai keteguhan hati dari rasul-rasul telah bersabar dan janganlah kamu meminta supaya disegerakan (azab) bagi mereka
       Kemudian Dia berfirman di dalam Surah al-Faatir (35): 24 “Dan jika mereka mendustakan kamu, maka golongan sebelum mereka telah mendustakan (rasul-rasul" Dan  firman-Nya di dalam Surah al-An‘aam (6) : 34 “Mereka bersabar terhadap pendustaan dan kezaliman yang dilakukan terhadap mereka
       Sesungguhnya para nabi dan para rasul sebelum kamu telah dibohongi dan disakiti, kerana rahsia kamu adalah urusan Allah pada mereka. Dia telah menciptakan mereka untuk kekafiran  pada asal kejadian mereka pada ilmu-Nya sebagaimana firman-Nya di dalam Surah al-Qasas (28): 41“Dan kami jadikan mereka pemimpin-peminpin yang menyeru kepada neraka
       Lantaran itu, renunglah, fikirlah dan janganlah kamu mengabaikannya kerana orang yang mengabaikannya dan seumpamanya, maka dia akan meninggalkan agama Allah dan melakukan maksiat. Lantaran itu, dia berhak mendapat kemurkaan Allah dan dimasukkan ke neraka.
       Dia berkata: Wahai golongan yang bahagia dan dirahmati, sesungguhnya  Allah  telah menyempurnakan kebaikan kepada kamu. Sesungguhnya  ia  bukanlah daripada ilmu Allah dan urusan-Nya jika seorang daripada makhluk-Nya mengambil agamanya dengan hawa nafsu, pendapat dan kias,  kerana Allah telah menurunkan al-Qur’an yang menerangkan  setiap sesuatu sebagaimanan Dia tidak membenarkan pakar di dalam ilmu al-Qur’an menggunakan hawa nafsu, pendapat dan kias.
       Sedangkan mereka adalah Ahli al-Zikr yang Allah telah perintahkan umat ini supaya bertanyakan kepada mereka. Mereka pula akan menunjukkan  umat  dan mengajar mereka ilmu al-Qur’an. Melainkan mereka, pada ilmu Allah pada azali, di kalangan mereka yang celaka pada asal kejadian di alam bayangan (azillah).
       Mereka itulah yang tidak ingin bertanya kepada ahli al-Zikr  yang dikurniakan oleh Allah ilmu al-Qur’an, menjadikan mereka pakar mengenainya dan memerintahkan supaya bertanyakan kepada mereka, tetapi mereka itu mengambil hawa nafsu, pendapat, dan kias sehingga syaitan menguasai mereka. Mereka menjadikan ahli iman (ahl al-Iman) di dalam ilmu al-Qur’an di sisi Allah sebagai kafir dan sebaliknya mereka menjadikan ahli kesesatan (ahl al-Dhalalah) di dalam ilmu al-Qur’an dan di sisi Allah sebagai mukminin sehingga mereka menjadikan sebahagian yang dihalalkan oleh Allah sebagai haram dan mereka menjadilan sebahagian  yang diharamkan oleh Allah sebagai halal[2].
       Ini adalah punca  hawa nafsu mereka (thamaratu ahwa’i-him). Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah  membuat perjanjian dengan mereka sebelum kematianya, tetapi mereka berkata: Kami selepas Allah mematikan Rasul-Nya, boleh memilih pendapat yang dipersetujui oleh orang ramai (ra’yu al-Nas)[3]. Ini adalah menyalahi Allah dan Rasul-Nya, kerana tiada seorangpun berani ke atas Allah dan tiada yang lebih terang kesesatan daripada mereka yang berkata sedemikian.
       Mereka menyangka perkara sedemikian boleh dilakukan oleh mereka. Demi Allah, sesungguhnya Allah telah mewajibkan ke atas makhluk-Nya supaya mentaati-Nya dan mematuhi perintah-Nya pada masa hidup Muhammad s.a.w dan selepas kematiannya. Adakah musuh-musuh Allah menyangka bahawa setiap orang yang telah memeluk Islam bersama Muhammad s.a.w bebas mengambil kata-katanya sendiri, pendapatnya dan kiasnya sendiri?
       Sekiranya dia berkata: Ya, maka sesungguhnya dia telah membohongi Allah  dan menjadi sesat dan sekiranya dia berkata: Tidak, maka tiada seorangpun bebas menuruti kata-katanya sendiri,  pendapatnya dan kiasnya, maka dia telah mengakui hujah ke atas dirinya sendiri dan termasuk orang yang berpendapat bahawa Allah ditaati dan dipatuhi perintah-Nya selepas kematian Rasulullah s.a.w sebagaimana firman-Nya di dalam Surah Ali Imran (3) : 144 “Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang rasul. Apakah jika dia wafat atau dibunuh kamu berbalik ke belakang? Sesiapa yang berbalik ke belakang, maka ia tidak dapat mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun; dan Allah akan memberi pembalasan kepada orang ang bersyukur
       Justeru kamu mengetahui bahawa sesungguhnya Allah ditaati dan perintah-Nya dipatuhi pada masa hidup Muhammad s.a.w dan selepas kematiannya sebagaimana tiada seorangpun bersama Muhammad s.a.w bebas menuruti pendapatnya sendiri, hawa nafsunya dan kiasnya menyalahi perintah Muhammad s.a.w (khilafan li-amri Muhammad) sebagaimana tiada seorangpun selepas Muhammad bebas menuruti hawa nafsunya,  pendapatnya dan kiasnya.
       Beliau a.s berkata: Janganlah kamu mengangkat tangan kamu di dalam solat melainkan satu kali angkat ketika memulakannya, kerana kamu telah tersohor oleh orang ramai dengan perkara tersebut[4], Allah adalah penolong dan tiada helah dan kekuatan melainkan dengan Allah.
       Beliau a.s berkata: Perbanyakkanlah doa kepada Allah, kerana Allah suka hamba-hamba-Nya yang mukminin berdoa kepada-Nya. Dia telah berjanji kepada mereka untuk memperkenankannya. Kepada Allah tempat berakhirnya doa mukminin pada hari Kiamat  sebagai amalan yang menambahkan pahala mereka.
       Lantaran itu, perbanyakkanlah zikir pada kadar kemampuan kamu setiap waktu; malam dan siang, kerana Allah telah memerintahkan supaya memperbanyakkan zikir kepada-Nya. Allah mengingati mukmin yang berzikir kepda-Nya dengan baik. Justeru berilah kesungguhan di dalam ketaatan kepada-Nya, kerana segala kebaikan di sisi-Nya tidak boleh didapati melainkan dengan ketaatan kepada-Nya, menjauhi segala larangan-Nya zahir dan batin, kerana Allah berfirman di dalam Surah al-An‘aam (6):120 “Dan tinggallah dosa yang nampak dan tersembunyi” Ketahuilah bahawa apa yang diperintahkan oleh Allah supaya kamu menjauhinya, maka sesungguhnya Dia telah mengharamkannya. Justeru ikutilah sunnah Rasulullah s.a.w dan beramallah dengannya[5].
       Janganlah kamu menurut hawa nafsu kamu dan pendapat kamu, nescaya kamu akan sesat, kerana orang yang paling sesat di sisi Allah adalah orang yang menuruti hawa nafsunya dan pendapatnya tanpa petunjuk daripada Allah. Berbuat baiklah kepada diri kamu pada kadar kemampuan kamu. Jika kamu melakukan sedemikian, maka kamu telah melakukannya untuk kebaikan diri kamu sendiri. Sebaliknya jika kamu melakukan kejahatan, maka ia akan mengenakan diri kamu sendiri.
       Bergaullah dengan orang ramai dan janganlah kamu membuatkan mereka mengawasi kamu (‘ala riqabi-kum)[6]. Justeru kamu  dapat meneruskan ketaatan kepada Tuhan kamu.
       Jauhilah kamu dari mencela (sabb a‘daa’i l-Lah) musuh-musuh Allah ketika mereka mendengar kamu, lantaran itu, mereka akan mencela Allah secara bermusuhan tanpa ilmu. Malah kamu harus mengetahui apakah dia had celaan mereka kepada Allah? Sesungguhnya sesiapa yang mencela para wali Allah, sesungguhnya dia telah mencela Allah. Siapakah yang lebih zalim di sisi Allah daripada orang yang membuatkan Allah dan para wali-Nya dicela? Lantaran itu, patuhilah perintah Allah kerana tiada helah dan kekuatan melainkan dengan Allah.
       Beliau a.s berkata: Wahai golongan yang dijagai Allah akan urusan mereka, hendaklah kamu mematuhi  aathar dan sunnah Rasulullah s.a.w serta aathar para imam daripada Ahlu l-Bait Rasulullah s.a.w selepasnya, kerana sesiapa yang melakukan sedemikian, maka dia mendapat petunjuk dan sebaliknya sesiapa yang meninggalkannya serta membencinya, maka dia menjadi sesat. Kerana merekalah orang yang diperintahkan oleh Allah supaya mentaati mereka dan mewalikan mereka. Bapa kami (abuu-naa) Rasulullah s. a.w telah bersabda: Hendaklah kamu sentiasa beramal dengan aathar dan sunnah sekalipun sedikit kerana ia adalah lebih diredai oleh Allah dan lebih bermanfaat dari melakukan ijtihad di dalam perkara bid‘ah dan mematuhi hawa nafsu.
       Ketahuilah bahawa  mematuhi hawa nafsu dan mematuhi bid‘ah tanpa petunjuk daripada Allah adalah suatu kesesatan. Setiap kesesatan adalah bid‘ah dan setiap bid‘ah adalah di neraka. Sesuatu kebaikan tidak akan dicapai melainkan dengan mentaati-Nya. Kesabaran dan keredaan adalah daripada ketaatan kepada Allah.
       Ketahuilah kamu semua bahawa sesungguhnya seorang hamba tidak akan beriman (lan yu’mina) sehingga dia meredai apa yang dilakukan Allah terhadapnya. Dia  melakukan apa yang Dia mahu dan apa yang Dia benci. Allah tidak akan melakukan sesuatu terhadap orang yang bersabar dan reda kepada-Nya melainkan orang yang layak; iaitu apa yang lebih baik untuknya.
       Kamu hendaklah menjaga solat dan solat al-Wusta dan berdirilah kepada Allah di dalam keadaan rendah diri sebagaimana Allah perintahkan mukminin dengannya di dalam Kitab-Nya sebelum kamu dan kepada kamu. Hendaklah kamu mencintai golongan miskin muslimin, kerana sesiapa yang menghina mereka dan angkuh terhadap mereka, maka dia telah tergelincir daripada agama Allah dan Allah pula menghinanya serta memarahinya.
       Bapaku  Rasulullah s.a.w bersabda: Allah telah memerintahkan aku supaya mencintai golongan Islam yang miskin. Ketahuilah bahawa sesiapa yang menghina seorang daripada mereka, Allah akan mencampakkan kemurkaan dan kehinaan  ke atasnya, sementara orang ramai akan memarahinya pula. Lantaran itu, bertakwalah kepada Allah mengenai saudara-saudara Islam kamu yang miskin, kerana mereka mempunyai hak ke atas kamu supaya kamu mencintai mereka. Allah telah memerintahkan Rasul-Nya supaya mencintai mereka. Justeru  sesiapa yang tidak mencintai perintah Allah dengan mencintai mereka, maka sesungguhnya dia menderhakai Allah dan Rasul-Nya. Sesiapa yang menderhakai Allah dan Rasul-Nya, kemudian dia mati dalam keadaan sedemikian, maka mati-nya dalam keadaan kesesatan.
       Janganlah kamu merasa angkuh dan takbur kerana takbur itu adalah pakaian Allah a.w. Sesiapa yang menentang Allah akan pakaian-Nya, maka Dia akan menentangnya dan menghinanya pada hari Kiamat. Janganlah kamu melakukan kezaliman ke atas orang lain, kerana ia bukanlah daripada sifat golongan yang soleh. Lagipun kezaliman itu akan kembali kepada diri sendiri. Pertolongan Allah adalah untuk mereka yang dizalimi. Sesiapa yang ditolong oleh Allah akan menang dan kemenangan itu adalah daripada Allah.
       Jauhilah perasaan hasad di kalangan kamu kerana kekufuran asalnya daripada hasad. Jauhilah kamu dari membantu [seorang] melakukan kezaliman terhadap seorang muslim yang dizalimi, lantas dia berdoa kepada Allah ke atas kamu dan diterima doanya terhadap kamu. Bapa kami Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya doa seorang muslim yang dizalimi itu diterima (mustajabah). Sebahagian kamu hendaklah membantu sebahagian yang lain kerana bapa kami Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya menolong muslim itu adalah lebih baik dan lebih besar pahalanya daripada berpuasa sebulan dan beriktikaf di Masjid Haram.
       Jauhilah kamu dari menyusahkan seorangpun di kalangan saudara-saudara mukminin kamu. Sekiranya kamu menyusahkannya dengan sesuatu perkara, maka ia akan berlaku kepada kamu selepasnya kerana bapa kami Rasulullah s.a.w bersabda: Seorang muslim tidak boleh menyusahkan saudara muslimnya. Dan sesiapa yang menyusahkannya, maka Allah akan menyeksanya pada hari Kiamat.
       Jauhilah,  wahai golongan yang dihormati dan dimuliakan, dari menahan hak-hak  Allah [7]di sisi kamu hari demi hari, masa demi masa, kerana orang yang menyegerakan hak-hak Allah di sisinya, maka Allah lebih mampu menyegerakan kepadanya kebaikan yang berganda secara  cepat atau lambat. Sesiapa yang memperlambatkan hak-hak Allah di sisinya, maka Allah lebih mampu untuk memperlambatkan rezekinya. Dan sesiapa yang Allah menahan rezekinya, maka dia tidak mampu untuk mendapatkan rezekinya. Justeru tunailah kepada Allah akan hak yang dikurniakan kepada kamu dengan kebaikan Allah terhadap kamu, nescaya Dia akan melaksanakan janji-Nya terhadap kamu dengan berlipat ganda, tanpa diketahui bilangannya melainkan Allah, Tuhan alam semesta.
       Beliau a.s berkata: Bertakwalah kepada Allah, wahai golongan yang mulia mengikut kemampuan kamu, janganlah ada di kalangan kamu orang yang meresah atau menyusahkan imam (muhrij li-l-Imam),  kerana orang yang meresah atau menyusahkan imam adalah orang yang berada bersama mereka yang melakukan kebaikan di kalangan pengikut imam yang mengakui kelebihannya, bersabar di dalam menunaikan haknya, mengetahui kehormatannya.
       Ketahuilah kamu sekalian bahawa orang yang melakukan sedemikian adalah orang yang menyusahkan imam. Apabila dia melakukan sedemikian rupa di sisi imam, maka imam turut melaknati orang yang baik di kalangan pengikutnya yang mengakui kelebihannya; bersabar di dalam menunaikan haknya, mengetahui kehormatannya. Apabila imam melaknati mereka bagi menyusahkan musuh Allah, maka laknatnya menjadi rahmat daripada Allah ke atas mereka[8] sehingga laknat daripada Allah, para malaikat dan para rasul-Nya ke atas “mereka”[9].
       Ketahuilah kamu, wahai golongan yang dihormati, bahawa sesungguhnya sunnah Allah telah berlaku kepada golongan yang soleh terdahulu. Beliau a.s berkata: Sesiapa yang ingin berjumpa dengan Allah di dalam keadaan mukmin yang sebenar, maka hendaklah dia mewalikan Allah, para rasul-Nya dan golongan yang beriman.  Hendaklah dia membebaskan dirinya (li-Yabra’u) kepada Allah daripada musuh-musuh mereka, menerima kelebihan Ahlu l-Bait a.s kerana kelebihan mereka tidak boleh dicapai oleh malaikat yang terdekat (muqarrab) dan nabi yang diutuskan (mursal) (Selain daripada nabi Muhammad s.a.w).
       Tidakkah kamu mendengar kelebihan pengikut-pengikut para imam yang mendapat petunjuk dan mereka itu adalah mukminun sebagaimana disebutkan oleh Allah di dalam Surah al-Nisaa’ (4): 69 “Mereka itu akan bersama-sama golongan yang dianugerahi nikmat oleh Allah iaitu para nabi, para siddiqin, golongan yang mati syahid dan golongan soleh. Dan mereka itulah teman sebaik-baiknya”. Ini adalah sebahagian daripada kelebihan pengikut-pengikut para imam dan bagaimana dengan para imam sendiri dan kelebihan mereka.
       Sesiapa yang Allah mahu menyempurnakan iman untuknya sehingga menjadi seorang mukmin yang sebenar, maka hendaklah dia menyempurnakan syarat-syarat yang dikenakan ke atas mukminin, kerana Dia telah mensyaratkan bersama-sama wilayah-Nya, wilayah rasul-Nya dan wilayah para imam, mendirikan solat, menunaikan zakat, membuat kebaikan, menjauhi perkara mungkar zahir dan batin. Justeru tiada lagi yang tertinggal apa yang dijelaskan mengenai apa yang diharamkan oleh Allah melainkan termasuk di dalam sabdanya: Sesiapa yang melaksanaan syarat-syarat tersebut secara ikhlas tanpa meninggalkan sesuatupun, maka dia di sisi Allah adalah tergolong di dalam parti-Nya yang menang dan dia adalah mukmin yang sebenarnya.
       Jauhilah kamu semua dari terus melakukan apa yang diharamkan oleh Allah pada zahir al-Qur’an dan batinnya sebagaimana firman-Nya di dalam Surah Ali Imran (3): 135 “Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu sedangkan  mereka mengetahui” (setakat ini riwayat al-Qasim bin Rabi‘), iaitu golongan sebelum kamu apabila mereka melupai sesuatu perkara yang disyaratkan oleh Allah di dalam Kitab-Nya, mereka mengetahui bahawa mereka telah menderhakai Allah kerana meninggalkan perkara tersebut, lantas mereka melakukan istighfar dan tidak mengulanginya lagi. Itulah pengertian firman-Nya di dalam Surah Ali Imran (3): 135 “Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu sedangkan  mereka mengetahui ”.
       Ketahuilah kamu semua bahawa sesungguhnya Dia telah memerintah dan melarang supaya ditaati perkara yang diperintahkan oleh-Nya dan dihentikan apa yang dilarangkan oleh-Nya. Justeru  sesiapa yang mematuhi suruhan-Nya,  maka dia mentaati-Nya dan mendapati segala kebaikan di sisi-Nya. Sesiapa yang tidak menghentikan perkara yang dilarang oleh-Nya, maka dia menderhakai-Nya. Sekiranya dia mati di dalam maksiat terhadap-Nya, Allah akan mencampakkannya ke neraka.
       Ketahuilah kamu semua bahawa tiada di antara Allah dan seorangpun makhluk-Nya sama ada malaikat yang hampir kepada-Nya atau nabi yang diutuskan atau makhluk lain; semuanya mentaatiNya. Justeru bersungguh-sungguhlah kamu pada mentaati Allah kerana tujuan kamu adalah untuk menjadi mukminin yang sebenar,  tiada kekuatan melainkan dengan Allah. Dan beliau berkata: Hendaklah kamu mentaati Tuhan kamu menurut keupayaan kamu, kerana Allah adalah Tuhan kamu.
       Ketahuilah bahawa sesungguhnya Islam adalah suatu penyerahan (al-Taslim) dan penyerahan (al-Taslim) adalah Islam. Justeru sesiapa yang telah menyerahkan dirinya (salima), maka dia telah menerima Islam (aslama). Sesiapa yang belum menyerahkan dirinya (lam yaslimu), maka tiada Islam (penyerahan) baginya. Lantaran itu, sesiapa yang ingin meningkatkan ihsan di dalam dirinya, maka hendaklah dia mentaati Allah. Sesiapa yang mentaati Allah, maka dia telah meningkatkan ihsan pada dirinya.
       Tinggalkan kemaksiatan kepada Allah kerana sesiapa yang melakukannya, dia telah melakukan kejahatan pada dirinya sendiri sedangkan tiada kedudukan (manzilah) di antara kebaikan (ihsan) dan kejahatan (isa’at). Bagi mereka yang melakukan kebaikan di sisi Tuhan mereka adalah syurga dan bagi mereka yang melakukan kejahatan di sisi Tuhan mereka adalah neraka. Justeru beramallah dengan mentaati Allah dan jauhilah kemaksiatan kepada-Nya.
       Ketahuilah bahawa tiada seorangpun makhluk-Nya sama ada malaikat yang hampir kepada-Nya atau nabi yang diutuskan dan lain-lain yang dapat melepaskan diri mereka daripada-Nya. Lantaran itu, sesiapa yang ingin disyafaatkan di sisi Allah, maka hendaklah dia memohon kepada Allah supaya meredainya. Dan ketahuilah bahawa seseorang makhluk Allah tidak akan mendapat keredaan Allah melainkan dengan mentaatiNya, mentaati rasul-Nya dan mentaati para imam ahlu l-Bait Rasulullah s.a.w, kerana kemaksiatan terhadap mereka adalah kemaksiatan terhadap Allah dan kelebihan mereka tidak boleh diingkari sama ada sedikit ataupun banyak.
       Ketahuilah bahawa sesungguhnya mereka yang mengingkari[ kelebihan mereka] adalah pembohong dan pembohong adalah munafik. Sesungguhnya Allah berfirman kepada munafikin di dalam Surah al-Nisa’ (4):145 “Sesungguhnya golongan munafik itu (ditempatkan) pada tingkatan yang paling bawah dari neraka. Dan kamu sekali-kali tidak akan mendapat seorang penolongpun bagi mereka”. Tidak seorangpun daripada kamu dapat memisahkan dirinya daripada seseorang apabila Allah menjadikan hatinya taat dan takut kepada-Nya, sebagaimana tidak seorangpun daripada kamu dapat memisahkan dirinya daripada seseorang apabila Allah mengeluarkannya daripada sifat kebenaran (sifat al-Haq). Sesiapa yang Allah tidak menjadikan sifat kebenaran untuk mereka, maka mereka adalah syaitan-syaitan manusia dan jin.
       Sesungguhnya syaitan-syaitan manusia mempunyai helah dan kelicikan kerana mereka mahu, jika mereka mampu, mengembalikan ahli kebenaran kepada kedudukan yang sama dengan musuh Allah dari segi syak, ingkar dan pembohongan. Lantaran itu, mereka menjadi sama sebagaimana difirmankan oleh Allah di dalam Surah al-Nisaa’ (4): 89 “Mereka ingin supaya kamu menjadi kafir sebagaimana mereka menjadi kafir, lalu kamu menjadi sama (dengan mereka)”. Kemudian Allah melarang ahli kemenangan dengan kebenaran supaya mereka tidak mengambil musuh-musuh Allah sebagai wali dan pembantu (waliyyan wa la nasiran).
       Justeru dia tidak akan menolak kamu daripada kemenangan dengan kebenaran yang Allah tentukan untuk kamu di dalam menghadapi tipu-daya syaitan-syaitan manusia dan kelicikan mereka terhadap urusan-urusan kamu. Kamu hendaklah menolak kejahatan (al-Sayyi’ah) dengan cara yang lebih baik di antara kamu dan mereka, kerana mencari keredaan Allah dengan mentaatiNya sedangkan mereka tiada kebaikan di sisi mereka.
       Janganlah kamu menzahirkan kepada mereka Usuluddin Allah[10], kerana jika mereka mendengar sesuatu daripada kamu mengenainya, nescaya mereka akan memusuhi kamu (‘aadua-kum) dan menentang kamu serta bekerja keras untuk membinasakan kamu. Mereka akan melakukan apa saja  yang kamu benci, kerana  kamu tidak mempunyai simpati daripada mereka di dalam pemerintahan yang jahat (al-Fujjar)[11]. Lantaran itu, ketahuilah kedudukan kamu apabila menghadapi ahli kebatilan, kerana ahli kebenaran hendaklah meletakkan diri mereka di atas kedudukan ahli kebatilan[12] (an yanazziluu anfusa-hum manzilata ahli al-Baatil), kerana Allah tidak menjadikan ahli kebenaran di sisi-Nya setaraf dengan ahli kebatilan. Tidakkah mereka mengetahui firman Allah di dalam Kitab-Nya; Surah al-Saad (38): 28 “Patutkah kami menganggap golongan yang beriman dan mengerjakan amal yang soleh sama dengan golongan yang berbuat kerosakan di muka bumi? Patutkah kami menganggap golongan yang bertakwa sama dengan golongan yang berbuat maksiat?”
       Justeru hormatilah diri kamu apabila berhadapan dengan ahli kebatilan dan janganlah menjadikan Allah, imam kamu dan agama kamu sebagai alasan kepada ahli kebatilan, nescaya kamu akan memarahi Allah, maka kamu akan binasa. Bersabarlah, wahai ahli kebaikan, janganlah kamu meninggalkan urusan Allah dan urusan kamu dengan mentaati ahli kebatilan, nescaya Allah akan mengubah nikmat kamu.
       Cintailah kerana Allah akan mereka yang sealiran dengan kamu dan marahilah kerana Allah akan mereka yang menyalahi kamu. Korbanlah kasih-sayang kamu dan nasihat kamu untuk mereka yang sealiran dengan kamu[13]. Janganlah kamu menghabiskan masa kamu untuk mereka yang tidak sealiran dengan kamu dan memusuhi kamu mengenainya. Ini adalah adab kami, adab Allah. Lantaran itu, beramallah dengannya dan fahamilah betul-betul. Janganlah kamu meninggalkannya begitu sahaja.
       Apa yang serasi dengan hidayat kamu, maka ambillah dan apa yang serasi dengan hawa nafsu kamu, maka tinggalkanlah. Jauhilah kamu dari melakukan paksaan (tajabbur) terhadap Allah[14]. Ketahuilah bahawa seseorang itu tidak diuji dengan melakukan paksaan terhadap Allah  tetapi dia diuji dengan melakukan  paksaan terhadap agama Allah. Lantaran itu teruslah sifat istiqamah kepada Allah dan janganlah kamu berpaling ke belakang (la tartaddu), kelak kamu akan rugi. Allah akan melindungi kita dari melakukan paksaan terhadap Allah dan tiada kekuatan bagi kami dan kamu melainkan dengan Allah.
       Beliau a.s berkata: Sesunggunya seorang hamba apabila Allah telah menciptakannya pada asalnya sebagai mukmin, maka dia tidak akan mati sehingga Allah menjauhkan daripadanya kejahatan.  Sesiapa Allah membenci kejahatan kepadanya dan menjauhinya daripadanya, maka Allah menyelamatkannya daripada takbur menguasainya, akhlaknya menjadi lembut dan baik serta berseri mukanya penuh ketenangan, menjauhi daripada perkara yang haram dan menjauhi kemarahan-Nya. Allah kurniakan kepadanya kasih sayang orang ramai terhadapnya tanpa sebarang pertengkaran.
       Sesungguhnya seorang hamba apabila Allah menciptakannya pada asalnya sebagai seorang kafir, maka dia tidak akan mati sehingga Dia membuatnya mencintai kejahatan dan mendekatinya. Dan apabila dia mencintai kejahatan dan mendekatinya, maka dia diuji  dengan takbur  lalu hatinya menjadi keras dan akhlaknya juga menjadi keras, mukanya muram, kejahatannya terserlah dan kurang malu. Allah mendedahkan rahsianya, lalu dia melakukan perkara yang haram tanpa meninggalkannya. Dia terus mengerjakan maksiat kepada Allah, membenci ketaatan-Nya dan ahlinya. Inilah perbezaan antara keadaan seorang mukmin dan seorang kafir.
       Pohonlah kepada Allah afiat, kerana tiada helah dan kekuatan melainkan dengan Allah. Bersabarlah dalam menghadapi bala di dunia, kerana menghadapi bala di dunia di dalam keadaan mentaati Allah, mewalikanNya dan mewalikan mereka yang diperintahkan oleh-Nya adalah lebih baik akibatnya di sisi Allah di akhirat daripada memiliki dunia sekalipun panjang nikmatnya dan kemewahan hidupnya di dalam kemaksiatan kepada Allah, mewali dan mentaati mereka yang dilarang oleh Allah. Ini kerana Allah telah memerintahkan supaya mewalikan para imam yang dinamakan oleh-Nya di dalam Kitab-Nya Surah al-Anbiyaa’ (21) : 73 “Kami telah menjadikan mereka itu sebagai pemimpin-pemimpin yang memberi petunjuk dengan perintah kami”. Maka mereka itulah yang diperintahkan oleh Allah supaya dijadikan wali dan ditaati.
       Adapun mereka yang dilarang oleh Allah dari diwalikan dan ditaati, maka mereka itulah para imam  sesat yang ditentukan oleh Allah bahawa mereka mempunyai pemerintahan di dunia ke atas para wali Allah yang terdiri daripada para imam Ahlul Bait Muhammad s.a.w. Mereka melakukan maksiat kepada Allah dan Rasul-Nya s.a.w di dalam pemerintahan mereka bagi melayakkan mereka menerima azab sedangkan kamu dipilih untuk bersama Nabi Allah Muhammad s.a.w dan para rasul sebelumnya.
       Justeru renunglah terhadap apa yang diceritakan oleh Allah kepada kamu di dalam Kitab-Nya mengenai ujian-ujian yang dihadapi oleh para nabi-Nya dan pengikut-pengikut mereka yang mukminin. Kemudian pohonlah kepada Allah supaya Dia mengurniakan kesabaran kepada kamu di dalam menghadapi bala di masa senang dan di masa susah sebagaimana Dia telah kurniakan kepada mereka.
       Jauhilah dari memarahi ahli kebatilan dan berpeganglah kepada petunjuk para salihin, ketenangan mereka, lemah lembut mereka, kewarakan mereka daripada perkara yang haram, kebenaran mereka, kesetiaan mereka dan ijtihad mereka kerana Allah dengan melakukan ketaatan kepada-Nya. Jika kamu tidak melakukan sedemikian, maka kamu tidak akan mencapai kedudukan para salihin sebelum kamu.
       Ketahuilah jika Allah menghendaki hamba-Nya kebaikan, nescaya Dia melapangkan dadanya dengan Islam. Apabila Dia kurniakan Islam kepadanya, maka lidahnya bercakap kebenaran, hatinya menyimpulkannya, lalu beramal dengannya. Apabila Allah mengumpulkan semuanya, maka sempurnalah Islamnya. Apabila dia mati di dalam keadaan tersebut, maka dia di sisi Allah adalah seorang mukmin yang sebenar.
       Apabila Allah tidak mengehendaki hamba-Nya kebaikan, maka Dia menyerahkannya kepada dirinya, lalu dadanya menjadi sempit dan susah. Jika berlaku kebenaran di lidahnya, maka hatinya tidak menyimpulkannya. Apabila hatinya tidak menyimpulkannya, maka Allah tidak kurniakan kepadanya untuk mengamalkannya.
       Apabila terjadi sedemikian ke atasnya sehingga dia mati, maka dia di sisi Allah daripada golongan munafik. Lantaran itu kebenaran yang berlalu di lidahnya, hatinya yang tidak menyimpulkannya dan amalan yang tidak dikurniakan Allah untuk dilakukannya adalah menjadi hujah ke atasnya.
       Justeru bertakwalah kepada Allah dan pohonlah kepada-Nya supaya Dia melapangkan dada kamu kepada Islam dan menjadikan lidah kamu bercakap dengan kebenaran sehingga Dia mematikan kamu dalam keadaan sedemikian. Pohonlah supaya Dia menjadikan kamu seperti para salihin sebelum kamu, tiada kekuatan melainkan dengan Allah dan segala puji bagi Allah Tuhan alam semesta.
       Sesiapa yang ingin mengetahui bahawa Allah mencintainya, maka hendaklah dia beramal dengan mentaatiNya dan mengikut kami, tidakkah dia mendengar firman Allah a.w kepada Nabi-Nya s.a.w di dalam Surah Ali Imran (3): 31 “Katakanlah: Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosa  kamu”. Demi Allah, seorang hamba tidak akan mentaati Allah selama-lamanya melainkan Allah menjadikannya di kalangan  pengikut-pengikut kami. Demi Allah, seorang hamba tidak mengikut (la yatbi‘u-na) kami selama-lamanya melainkan Allah mengasihinya (ahabba-hu). Demi Allah, seorang tidak akan mengetepikan seorang daripada pengikut-pengikut kami selama-lamanya melainkan dia memarahi kami (abghadha-na). Demi Allah, seorang tidak akan memarahi kami selama-lamanya melainkan dia menderhakai Allah (‘asa l-LLah). Sesiapa yang mati di dalam keadaan derhaka kepada Allah, maka Allah menghinanya dan mencampaknya ke neraka. Segala puji bagi Allah Tuhan alam semesta.
       
[1] Jika kamu tidak mampu bertindak dengan bijak.

[2] Meskipun sedemikian, mereka masih mengatakan bahawa merekalah di atas kebenaran.

[3] Menggunakan demokrasi untuk menolak nas, kemudian mereka mengikut hawa nafsu mereka.

[4] Ia mengikut keadaan semasa.

[5] Mana-mana sunnah sahabat yang menyalahi sunnah Rasulullah s.a.w hendaklah ditolak.

[6] Wajib mengambil kira keselamatan diri dan rakan-rakan.

[7] Termasuk pembayaran khums.

[8] Pengikut para Imam a.s.

[9] Penentang para Imam a.s

[10] Umpamanya mengenai kelebihan para imam a.s dan lain-lain.

[11] Kezaliman terhadap Syi‘ah tidak mendapat simpati daripada kaum Wahabi dan mereka seumpamanya.

[12] Secara taqiyyah.

[13] Marja’ Taqlid bukanlah untuk berselisih faham.

[14] Jangan sekali-kali memaksa seseorang berpegang kepada ajaran Ahlul Bait a.s melainkan dengan kerelaan hatinya.

Kelebihan Khalifah Abu Bakr dan Khalifah Umar kaitannya dengan Muawiyah

(Dikutip dari Kitab Sulaim bin Qais, Sahabat Imam Ali as, wafat 90H)


       Kemudian Mua‘wiyah menulis kepada para gabenornya: Bahawa hadis telah menjadi banyak mengenai Uthman dan tersebar di seluruh negara. Apabila sampai suratku ini, maka serulah mereka supaya meriwayatkan kelebihan Abu Bakr dan Umar kerana kelebihan dan keterawalan mereka berdua lebihku cintai, lebih tenang mataku dan mematahkan hujah Ahl Bait ini, dan lebih kuat ke atas mereka daripada manaqib Uthman dan kelebihannya. Lantaran itu, setiap amir dan kadi telah membacakan suratnya kepada orang ramai. Maka orang ramai mengambil riwayat tentang mereka dan kelebihan mereka.[11]


       Kemudian dia menulis satu surat yang menghimpunkan riwayat-riwayat tentang kelebihan mereka dan menghantarnya kepada gabenor-gabenornya serta memerintahkan mereka membacakannya di atas mimbar-mimbar masjid. Dia memerintahkan supaya melaksanakannya melalui guru-guru tadika lalu mereka mengajar kanak-kanak sehingga mereka meriwayatkannya dan mempelajarinya sebagaimana mereka mempelajari al-Qur’an. Mereka telah mengajar anak-anak perempuan, perempuan-perempuan dan pembantu-pembantu mereka.


       Mereka tinggal sedemikian sehingga dikehendaki oleh Allah. Kemudian dia menulis satu surat dan dihantar ke seluruh negara: ''Kalian lihatlah siapa yang menjadi saksi, jika dia mencintai Ali dan Ahl Baitnya, maka padamkan namanya dari Dewan dan kalian janganlah menerima penyaksiannya".[12]


Surat Mu'awiyah supaya membunuh sesiapa yang dituduh mencintai Ali a.s. dan Ahl Baitnya


       Kemudian dia menulis surat yang lain: ''Sesiapa yang dituduh oleh kalian dan tidak ada bukti ke atasnya, maka bunuhlah dia". Justeru itu, mereka membunuh sesiapa sahaja berdasarkan tuduhan semata-mata, sangkaan dan syubhat di mana sahaja sehingga seseorang yang tersalah cakap maka kepalanya dipenggal. Penyiksaan yang paling besar dan dahsyat adalah di Iraq khususnya di Kufah. Syi'ah Ali a.s. yang terdiri daripada para sahabatnya di Madinah dan lain-lainnya, jika seorang yang dipercayai memasuki rumahnya kemudian memberitahu rahsianya kepadanya, nescaya dia menjadi takut kepada pembantunya dan hambanya.[13]


       Lantaran itu, mereka tidak memberitahu sehingga seseorang itu melakukan sumpah yang kuat. Perkara tersebut menjadi lebih tegang dan bertambah ramai musuh mereka di sisi mereka. Mereka telah mencipta hadis-hadis palsu tentang para sahabat mereka. Orang ramai dibesarkan dengan hadis-hadis tersebut dan mereka tidak belajar melainkan daripada mereka. Demikian juga ia telah berlaku kepada kadi-kadi, gabenor-gabenor dan fuqaha’ mereka. Orang yang paling dahsyat melakukan fitnah adalah al-Qurra’ (qari/guru agama) yang berpura-pura warak dan khusyuk, tetapi berbohong dan mengajar hadis-hadis palsu bagi mendapat ganjaran daripada pemerintah dengan menghadiri majlis mereka. Oleh itu, mereka mendapat harta dan pangkat.


       Hadis-hadis dan riwayat-riwayat tentang mereka (Abu Bakr dan Umar) berada di tangan orang yang menganggap bahawa hadis-hadis tersebut adalah benar. Justeru itu, mereka meriwayatkan, mempelajari, mengajar dan mencintainya, dan memarahi orang yang menolaknya. Dengan itu, hadis-hadis tersebut telah berada di tangan orang yang mempunyai agama yang tidak pernah berbohong. Mereka memarahi ahlinya kerananya. Lantaran itu, mereka telah menerimanya dan meriwayatkannya di atas alasan ia adalah benar. Sekiranya mereka mengetahui bahawa ia adalah batil, nescaya mereka tidak akan meriwayatkan dan tidak akan beragama dengannya. Justeru kebenaran pada zaman itu adalah kebatilan dan kebatilan adalah kebenaran, kebenaran adalah pembohongan dan pembohongan adalah kebenaran.


       Rasulullah Saw. bersabda: “Fitnah akan meliputi kalian sama ada yang muda ataupun yang tua”. Ia menjadi perkara biasa kepada orang ramai dan mereka mengambilnya sebagai sunnah. Jika sedikit sahaja sunnah Umar diubah, mereka akan berkata: Orang ramai telah membawa kemungkaran kerana sunnah telah diubah. Apabila al-Hasan bin Ali a.s. wafat, fitnah dan bala makin membesar. Tidak ada seorang wali Allah melainkan menjadi takut dengan darahnya, sama ada dia melarikan diri atau diusir. Sementara musuh Allah menzahirkan bid‘ah dan kesesatannya.