Showing posts with label SAQIFAH. Show all posts
Showing posts with label SAQIFAH. Show all posts

Wednesday, July 6, 2011

Orang Yang Pertama Memberi Baiah Kepada Abu Bakr.




541. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Hammad bin Isa, daripada Ibrahim Ibn ‘Umran al-Yamaani, daripada Sulaim bin Qais al- Hilali berkata: Aku telah mendengar Salman al-Farisi berkata: Apabila Rasulullah s.a.w telah mati dan orang ramai telah melakukan apa yang mereka telah melakukannya, maka Abu Bakr, Umar dan Abu ‘Ubaidah al-Jarrah telah bertengkar dengan golongan Ansar, lalu mereka bertengkar dengan hujah Ali a.s. Mereka berkata: Wahai golongan Ansar, Quraisy lebih berhak dengan urusan ini daripada kamu, kerana Rasulullah (s.a.w) adalah daripada Quraisy dan Muhajirin adalah daripada mereka.

Sesungguhnya Allah telah memulakan dengan mereka di dalam Kitab-Nya dan melebihkan mereka. Rasulullah (s.a.w) telah bersabda: Para imam itu adalah daripada Quraisy. Salman r.a berkata: Maka aku telah mendatangi Ali a.s ketika itu beliau a.s sedang memandikan Rasulullah (s.a.w), lalu aku memberitahunya mengenai apa yang dilakukan oleh orang ramai dan aku berkata: Sesungguhnya Abu Bakr sekarang berada di atas mimbar Rasulullah (s.a.w), demi Allah, beliau tidak reda mereka memberi baiah kepadanya dengan satu tangan. Sesungguhnya mereka memberi baiah kepadanya dengan dua tangan; kanan dan kirinya. Maka Ali a.s telah berkata kepadaku: Wahai Salman, adakah anda mengetahui siapakah orang pertama yang telah memberi baiah kepadanya di atas mimbar Rasulullah (s.a.w)?

Aku berkata: Aku tidak mengetahuinya, melainkan aku telah melihat di perkarangan Bani Saa‘idah ketika golongan Ansar bertengkar bahawa orang pertama yang telah memberi baiah kepadanya adalah Basyir bin Sa‘d dan Abu ‘Ubaidah bin al-Jarrah, kemudian ‘Umar, kemudian Saalim. Ali a.s berkata: Aku bukanlah bertanya anda mengenai ini, tetapi tahukah anda bahawa orang pertama yang telah memberi baiah kepadanya ketika beliau menaiki mimbar Rasulullah (s.a.w)?

Aku berkata: Tidak, tetapi aku telah melihat seorang syeikh tua yang bertongkat, di antara dua matanya kesan kehitaman sujud, adalah orang pertama yang telah menaiki kepadanya di dalam keadaan menangis sambil berkata: Segala puji bagi Allah yang belum mematiku di dunia sehingga aku melihat anda pada tempat ini, hulurkan tangan anda, lalu beliau (Abu Bakr) mengulurkan tangannya, kemudian dia memberi baiah kepadanya. Kemudian diapun turun, lalu keluar dari masjid, Ali a.s berkata: Adakah anda mengetahui siapakah dia? Aku berkata: Tidak, kata-katanya menyakitiku seolah-olah beliau a.s bergembira dengan kematian Nabi s.a.w, lalu beliau a.s berkata: Itu adalah Iblis yang terkutuk (la‘ana-hu llah). Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah memberitahuku bahawa Iblis dan para sahabatnya telah menyaksikan perlantikan aku oleh Rasulullah s.a.w kepada semua manusia di Ghadir Khum dengan perintah Allah. Rasulullah s.a.w telah memberitahu mereka bahawa aku adalah orang yang paling layak (aula) dengan mereka daripada mereka sendiri dan baginda s.a.w telah memerintahkan mereka supaya orang yang hadir memberitahu orang yang tidak hadir, maka Iblis dan para sahabatnya berkata: Sesungguhnya umat ini umat yang dirahmati dan terpelihara. Justeru tidak ada jalan bagi kami ke atas mereka.

Sesungguhnya mereka telah mengetahui imam mereka selepas nabi mereka. Maka Iblis (la‘anahu llahu) telah pergi dengan dukacita dan Rasulullah (s.a.w) telah memberitahuku bahawa jika baginda s.a.w mati, sesungguhnya manusia akan memberi baiah kepada Abu Bakr di perkarangan Bani Saa‘idah selepas mereka bertengkar. Kemudian mereka akan mendatangi masjid, kemudian orang pertama yang akan memberi baiah kepadanya di atas mimbarku adalah Iblis la‘anahu llahu di dalam bentuk seorang lelaki tua (syeikh) yang mempunyai tanda kehitaman sujud berkata sedemikian, kemudian dia akan keluar, lalu dia mengumpulkan syaitan-syaitannya dan iblisiblisnya mendengus dan berundur ke belakang seraya berkata: Tidak, kamu telah menyangka bahawa aku tidak ada jalan ke atas mereka, maka bagaimana kamu telah melihat apa yang aku telah lakukan kepada mereka sehingga mereka meninggalkan perintah Allah dan ketaatan kepada-Nya serta apa yang diperintahkan oleh Rasulullah (s.a.w).

(RAUDHAT AL KAFI)

Tuesday, July 5, 2011

Hadis Tentang Saqifah Bani Sa‘idah



       Abu Muhammad daripada ‘Umru bin Abu al-Miqdam daripada bapanya daripada datuknya berkata: Tiada hari yang lebih besar  dialami oleh Ali a.s daripada dua hari, pertama adalah hari kematian Rasulullah s.a.w . Kedua adalah hari Saqifah Bani Sa‘idah, demi Allah, aku sedang duduk di Saqifah Bani Sa‘idah  di kanan Abu Bakr dan orang ramai sedang memberi baiah kepadanya apabila ‘Umar berkata kepada Abu Bakr: Kenapa anda tidak berbuat sesuatu kepada Ali yang belum memberi baiah kepada anda, utus kepadanya sehingga beliau datang kepada anda untuk memberi baiah?
       Beliau berkata: Beliau telah mengutus Qunfudh, dan berkata kepada Ali a.s: Sahutlah seruan khalifah Rasulullah s.a.w? Ali a.s berkata: Alangkah cepatnya anda telah berbohong ke atas Rasulullah s.a.w sedangkan Rasulullah s.a.w tidak melantik seorang pun penggantinya selain daripada aku, Qunfudh kembali dan memberitahu Abu Bakr tentang kata-kata Ali a.s, Abu Bakr berkata: Pergi kepadanya dan katakan kepadanya: Abu Bakr menyeru anda dan datanglah kepadanya sehingga  anda memberi baiah, kerana anda seorang lelaki di kalangan muslimin, Ali a.s berkata: Rasulullah s.a.w telah memerintahkan  aku  supaya aku tidak keluar sehingga aku menyusun  al-kitab (al-Qur’an), kerana ia masih berada di pelepah kurma dan di kulit unta.
       Qunfudh kembali lagi kepada Abu Bakr dan memberitahunya tentang kata-kata Ali a.s, lantas ‘Umar berkata kepada Abu Bakr:Berdiri lah anda kepada lelaki itu, maka Abu Bakr, Umar, Uthman, Khalid bin al-Walid, al-Mughirah bin Syu‘bah, Abu ‘Ubaidah, Salim hamba Abu Hudhaifah, dan aku telah berdiri bersama-sama mereka, Fatimah a.s telah menyangka bahawa tiada seorang pun akan memasuki rumahnya melainkan dengan izinnya, maka beliau telah menutup pintunya. Manakala mereka sampai di pintunya, maka ‘Umar telah menendangnya dengan kakinya dan memecahkannya-Ia diperbuat dari pelepah kurma-lalu mereka memasukinya dan mengeluarkan Ali a.s di dalam keadaan terikat.
       Fatimah a.s keluar dan berkata: Wahai Abu Bakr dan ‘Umar! Kamu berdua mahu menjadikan aku ibu tunggal daripada suami aku, demi Tuhan, sekiranya kamu berdua tidak berhenti dari melakukannya terhadapnya, nescaya aku akan menguraikan rambut aku, aku akan mengoyakkan poket baju aku, dan aku akan mendatangi kubur bapa kudan aku akan mengadu kepada Tuhanku, maka beliau pun keluar dan memegang tangan al-Hasan dan al-Husain menuju ke arah kubur Rasulullah s.a.w. Ali a.s berkata kepada Salman: Wahai Salman, dapatkan anak perempuan Muhammad, kerana aku sedang melihat dua kawasan Madinah sedang bergerak, demi Tuhan,jika beliau melakukan apa yang dikatakannya, nescaya Madinah dan penduduknya akan ditelan bumi, beliau berkata: Salman dapat memintasnya dan berkata: Wahai anak perempuan Muhammad,sesungguhnya Allah s.w.t telah mengutus bapa anda sebagai rahmat,maka kembalilah, Fatimah a.s berkata: Wahai Salman, aku tidak sabar lagi, lantaran itu, tinggallah aku sehingga aku mendatangi kubur bapa aku,maka aku dapat mengadu kepada Tuhanku, Salman berkata: Sesungguhnya Ali a.s telah mengutus aku kepada anda supaya pulang, beliau berkata: Aku mentaatinya, maka beliau pulang, mereka telah mengeluarkan Ali dari rumahnya  di dalam keadaan terikat.
       Beliau berkata: Al-Zubair datang di dalam keadaan pedang terhunus seraya berkata: Wahai Bani Abd al-Muttalib! Adakah dilakukan sebegini kepada Ali sedangkan kamu masih hidup? Kemudian beliau telah menerkam kepada  ‘Umar untuk memukulnya dengan pedangnya, lantas Khalid bin al-Walid melontar batu ke tangannya, dan ia mengenainya, lalu terjatuh pedang di tangannya. Lantas ‘Umar mengambil pedangnya dan memukulnya ke atas batu, lalu ia pecah.
       Ali a.s telah melalui  di atas kubur Rasulullah s.a.w dan berkata: Wahai anak lelaki  ibu aku, sesungguhnya kaum telah menindas aku dan mereka hampir membunuh aku”. Kemudian Ali a.s dibawa ke Saqifah untuk majlis Abu Bakr, kemudian ‘Umar berkata kepadanya: Baiahlah anda kepada Abu Bakr, maka Ali a.s berkata: Jika aku tidak melakukannya? ‘Umar berkata: Demi Tuhan, kami akan memukul tengkuk anda, Ali a.s berkata: Jika begitu, aku akan menjadi hamba Allah dan saudara Rasulullah s.a.w yang terbunuh? Umar berkata: Adapun hamba Allah yang terbunuh, maka jawapannya: Ya, dan adapun saudara Rasulullah s.a.w yang terbunuh, maka jawapannya: Tidak.-Beliau telah berkata sebanyak tiga kali, ‘Abbas berkata: Berlembutlah kamu semua terhadap anak saudara aku, maka baiahnya kepada anda adalah terletak di atas aku.
       Kemudian Abbas telah mengambil tangan Ali a.s dan  menyapukannya di atas tangan Abu Bakr, dan mereka telah membiarkan Ali a.s di dalam  keadaan marah, lalu beliau mengangkat kepalanya ke langit, kemudian berkata: Wahai Tuhanku, Engkau mengetahui sesungguhnya Nabi Ummiyyi telah bersabda kepada aku: Jika mereka genap dua puluh, maka perangilah mereka iaitu firman Engkau di dalam kitab Engkau Surah al-Anfal (8): 65 “Jika kamu mempunyai dua puluh orang yang sabar di kalangan kamu, mereka akan mengalahkan dua ratus orang”, wahai Tuhanku, sesungguhnya mereka tidak sampai dua puluh orang-sehingga beliau telah berkata sebanyak tiga kali-kemudian beliau pulang[1].  

Balaghah Nabi S.A.W

       Diriwayatkan oleh sebahagian Bani Hasyim tentang sebuah hadis yang dikaitkan kepada Rasulullah s.a.w secara marfu‘ bahawa seorang lelaki Badwi telah mendatangi Rasulullah s.a.w dan berkata: Wahai Rasulullah s.a.w! Adakah boleh seorang lelaki menangguhkan mahar isterinya? Beliau bersabda: Ya, apabila ia seorang fakir, kemudian beliau bertanya : Wahai Rasulullah! Siapakah yang telah mengajar anda?
       Beliau bersabda: Allah yang telah mengajar aku, dan aku adalah seorang Arab yang paling fasih  walaupun aku daripada Quraisy, dan dididik di rumah Hawazin Bani Sa‘d bin Bakr. Aku telah membesar bagaikan awan, mereka berkata: Inilah awan yang telah meneduhkan kami. Maka beliau bersabda: Bagaimana kamu melihat bawahannya  yang meliputi ufuk langit? Mereka berkata: Alangkah cantik dan kukuh kedudukannya! Beliau bersabda: Bagaimana kamu melihat keseluruhannya? Mereka berkata: Alangkah cantiknya ia di dalam bentuk bulatnya. Beliau bersabda: Bagaimana kamu  melihat sinaran dan keputihannya atau jaluran cabangnya yang panjang? Maka Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya telah datang hujan kepada kamu? Mereka berkata: Wahai Rasulullah s.a.w! Kami tidak dapati orang yang lebih fasih daripada anda. Beliau bersabda: Apakah yang menghalang aku, sedangkan aku adalah seorang Arab yang paling fasih. Allah telah menurunkan al-Qur’an dengan bahasa aku, sebaik-baik bahasa sekalipun aku dibesarkan di kalangan Bani Sa‘d[2].


[1] Al-Majlisi,  Bihar al-Anwar,  viii, 44
[2] Al-Majlisi, Bihar al-Anwar,  vi , 230

Tuesday, June 28, 2011

Bagaimana Khalifah Abu Bakar dipilih menjadi pemimpin pertama selepas wafat Nabi Muhammad SAW

Rasulullah Saw. memberitahu Ali a.s. bahawa Abu Bakr akan dibai‘ah di Dataran Bani Sa‘idah selepas kewafatannya


       Amir al-Mukminin Ali a.s. berkata: Rasulullah Saw. telah memberitahuku dan bersabda: Orang ramai akan memberi bai‘ah kepada Abu Bakr di Dataran Bani Sa‘idah selepas penentangan mereka terhadap hak kami dan hujah kami. Kemudian mereka akan mendatangi Masjid dan orang pertama yang akan memberi bai‘ah kepadanya di atas mimbarku adalah Iblis dalam bentuk lelaki tua, mempunyai tanda hitam di dahi serta akan berkata sedemikian, kemudian dia akan keluar.



       Kemudian dia akan mengumpulkan syaitan dan Iblisnya, lalu keluar dalam keadaan sujud seraya berkata: Wahai Sayyidana wa Kabirana! Andalah yang telah mengeluarkan Adam daripada Syurga. Dia berkata: Adakah ada umat yang tidak akan sesat selepas nabinya? Tidak ada. Kalian telah menyangka aku tidak terdaya lagi ke atas mereka? Bagaimana kalian telah melihatku memperdayakan mereka ketika mereka meninggalkan ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya? Sebagaimana firman-Nya dalam Surah al-Saba’ (34): 20 ‘‘Sesungguhnya telah benar prasangka Iblis terhadap mereka itu lalu mereka mengikutnya kecuali satu golongan di antara orang Mukminin”.


Ali a.s. membawa Fatimah a.s. mendatangi sahabat Rasulullah Saw. bagi menuntut jawatan khalifah


       Salman berkata: Apabila tiba waktu malam, Ali a.s. telah membawa Fatimah di atas keldai dan memegang dua anak lelakinya al-Hasan dan al-Husain a.s. dengan dua tangannya. Beliau tidak meninggalkan seorangpun ahli Badr yang terdiri daripada Muhajirin dan Ansar, melainkan menziarahi rumah mereka bagi menerangkan haknya kepada mereka dan menyeru mereka supaya membantunya.[1] Maka tidak seorangpun daripada mereka menyahuti seruannya kecuali empat puluh empat lelaki. Lantas beliau memerintahkan mereka supaya datang pada keesokan paginya dalam keadaan kepala bercukur dan membawa bersama mereka senjata untuk memberi bai‘ah kepadanya di atas dasar sanggup mati bersama.



       Keesokannya, tidak seorangpun melakukannya melainkan empat orang sahaja. Maka aku bertanya kepada Salman: Siapakah mereka berempat itu? Jawabnya: Aku, Abu Dhar, al-Miqdad dan al-Zubair bin al-Awwam. Kemudian Ali a.s. datang kepada mereka pada malam berikutnya. Beliau telah berbincang dengan mereka lalu mereka berkata: Pagi tadi kami sahaja yang datang. Kemudian beliau datang kepada mereka pada malam ketiga namun tiada seorangpun berjumpa dengannya kecuali kami.



       Manakala beliau sendiri telah melihat penipuan mereka dan sikap tidak mengambil berat mereka terhadapnya, beliaupun menghabiskan masa di rumahnya mengadap al-Qur’an, menyusun dan mengumpulkannya. Beliau tidak keluar dari rumahnya sehingga beliau selesai mengumpulkan al-Qur’an yang sebelum ini ditulis pada beberapa helai mushaf, pada pelepah tamar dan lain-lain. Apabila selesai mengumpulkan kesemuanya dan menulis tanzil, takwil, nasikh dan mansukhnya maka Abu Bakr menghantar perutusan kepadanya supaya keluar bagi memberi bai‘ah kepadanya.



       Lantas Ali a.s. menghantar perutusan kepadanya dengan menyatakan: Aku sibuk. Aku telah bersumpah bahawa aku tidak akan memakai pakaian yang lengkap kecuali untuk mengerjakan solat sehingga aku mengumpul al-Qur’an dan menyusunnya. Maka merekapun berdiam diri beberapa hari mengenainya.


       Beliaupun siap mengumpulkannya dalam satu kain kemudian keluar kepada orang ramai yang sedang berhimpun bersama Abu Bakr di Masjid Rasulullah Saw., maka Ali a.s. menyeru dengan suaranya yang tinggi: Wahai manusia! Aku sentiasa sibuk semenjak kewafatan Rasulullah Saw., memandikannya dan seterusnya mengumpulkan al-Qur’an di dalam satu kain ini. Allah tidak menurunkan satu ayat ke atas Rasulullah Saw. melainkan aku mengumpulkannya. Tidak ada satu ayatpun, melainkan beliau membacakannya kepadaku dan telah mengajarkan kepadaku takwilnya.


       Kemudian Ali a.s. berkata kepada mereka: Supaya kalian tidak akan berkata: Kami melupai perkara ini. Dan janganlah kalian berkata pada Hari Kiamat bahawa aku tidak menyeru kalian untuk membantuku dan aku tidak mengingatkan kalian tentang hakku dan tidak menyeru kalian kepada Kitab Allah daripada Fatihahnya hingga ke akhirnya.


       Maka Umar berkata kepadanya: Apakah yang membuat anda berfikir bahawa kami perlu kepada apa yang anda dakwakan sedangkan kami mempunyai al-Qur’an? Kemudian Ali a.s. memasuki rumahnya. Umar berkata kepada Abu Bakr: Hantarkan perutusan kepada Ali supaya dia memberi bai‘ah, kerana kita tidak kemana-mana sehingga dia memberi bai‘ah. Sekiranya dia memberi bai‘ah, kita akan menjamin keselamatannya. Maka Abu Bakr menghantar perutusannya supaya beliau menyahut seruan Khalifah Rasulullah. Maka perutusan itu mendatangi Ali a.s. dan memberitahunya[2].


       Lantas Ali menjawab: Subhanallah! Alangkah cepatnya kalian membohongi Rasulullah Saw., sesungguhnya beliau dan orang di sekelilingnya mengetahui bahawa Allah dan Rasul-Nya tidak melantik seseorang selain daripadaku. Lalu perutusan tersebut pulang dan memberitahu Abu Bakr apa yang dikatakan oleh Ali a.s.Abu Bakr berkata: Pergilah anda dan katakan kepadanya: Sahutilah seruan Amir al-Mukminin Abu Bakr. Diapun pergi berjumpa dengan Ali dan berkata apa yang telah diberitahu oleh Abu Bakr.


       Maka Ali a.s. berkata: Subhanallah! Masa tidak lama, dia telah lupa. Demi Allah! Sesungguhnya dia telah mengetahui bahawa gelaran ini tidak sesuai melainkan untukku. Sesungguhnya Rasulullah Saw. telah memerintahkan Abu Bakr di kalangan tujuh orang supaya memberi bai‘ah kepadaku memimpin Muslimin. Orang pertama adalah dia dan sahabatnya Umar di kalangan tujuh orang.


       Mereka berkata: Adakah perintah ini daripada Allah dan Rasul-Nya? Rasulullah Saw. menjawab kepada mereka berdua: Ya! Kebenaran daripada Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya Ali (a.s.) adalah Amir al-Mukminin, penghulu Muslimin dan pemegang bendera yang bergemerlapan. Allah mendudukannya di atas al-Sirat al-Mustaqim, maka beliau memasukkan para wali-Nya ke Syurga dan musuh-musuh-Nya ke Neraka.


       Lantas perutusan tadi pulang dan memberitahu Abu Bakr apa yang dikatakan Ali a.s. Salman berkata: Merekapun mendiamkan diri mengenainya pada hari itu.[3] Apabila tiba waktu malam, Ali a.s. telah membawa Fatimah a.s. di atas keldai sambil memegang kedua-dua anak lelakinya al-Hasan dan al-Husain dengan kedua-dua tangannya. Tiada seorangpun daripada sahabat Rasulullah Saw. melainkan beliau datang ke rumah mereka.


       Beliau menyeru mereka dengan nama Allah tentang haknya dan mengajak mereka supaya membantunya. Tetapi tiada seorangpun yang menyahuti seruannya selain daripada kami berempat. Kami telah mencukur kepala dan memberi bantuan kepadanya. Al-Zubair adalah orang yang paling terserlah dalam memberi bantuan itu. Setelah Ali a.s. melihat sikap dingin orang ramai yang tidak memberi bantuan terhadapnya, malah mereka menyokong Abu Bakr dan membesar-besarkannya pula, beliaupun balik ke rumahnya.


       Selanjutnya Umar berkata kepada Abu Bakr: Apakah yang menghalang anda menghantar perutusan kepadanya supaya dia memberi bai‘ah kerana semua orang telah memberi bai‘ah melainkan dia dan empat orang sahabatnya. Dalam hal ini, Abu Bakr adalah lebih lembut dan sopan, sementara yang kedua (Umar) adalah lebih kasar dan dingin. Abu Bakr berkata: Siapakah yang akan kami hantar? Umar menjawab: Kami akan menghantar Qunfudh. Dia seorang lelaki yang kasar dan dingin. Dia juga orang yang baru memeluk Islam yang berasal dari suku Bani Adi bin Ka‘ab.


       Maka Qunfudh telah dihantar bersama beberapa pembantunya. Apabila sampai, diapun memohon kebenaran Ali a.s. untuk masuk ke rumahnya. Namun Ali a.s. enggan memberi kebenaran, lalu merekapun pulang menemui Abu Bakr dan Umar yang sedang duduk di Masjid dan orang ramai berada di sekelilingnya. Mereka berkata: Kami tidak dibenarkan masuk. Umarpun berkata: Kalian pergi kembali dan masuklah ke rumahnya sama ada diberi kebenaran ataupun tidak. Maka merekapun pergi lalu memohon kebenaran untuk masuk.


       Fatimah a.s. berkata: Aku akan menyusahkan kalian jika kalian memasuki rumahku tanpa izin, lalu mereka pun pulang tetapi Qunfudh al-Mal‘un tidak pulang. Mereka yang pulang memberitahu bahawa Fatimah akan menyusahkan mereka jika mereka memasuki rumahnya tanpa keizinan. Lantas Umar menjadi marah dan bekata: Apakah hubungan urusan kami dengan perempuan?


Rumah Fatimah a.s. diserang dan paksaan ke atas Ali a.s. supaya memberi bai‘ah


       Kemudian Umar memerintahkan orang ramai supaya membawa kayu api. Merekapun membawa kayu api, begitu juga dengan Umar. Kemudian kayu api itu diletakkan di sekeliling rumah Ali, Fatimah dan dua anak lelakinya. Kemudian Umar telah menyeru Ali. dan Fatimah. Demi Allah! kami akan mengeluarkan kalian wahai Ali! Oleh itu, hendaklah anda membai‘ah Khalifah Rasulullah.


       Jika tidak, aku akan menyalakan api ke atas anda. Maka Fatimah a.s. berkata: Wahai Umar! Apakah pertalian kami dengan anda? Umar berkata: Bukakan pintu, jika tidak kami akan membakar rumah kalian. Fatimah berkata: Wahai Umar! Tidakkah anda bertakwa kepada Allah, anda ingin memasuki rumahku? Namun Umar enggan pulang. Kemudian dia menyeru untuk mendapatkan api lantas menyalakannya di pintu lantas menolaknya dan terus memasuki rumah. Diapun berhadapan dengan Fatimah a.s.[4]


       Fatimah a.s. menjerit dan berkata: Wahai bapaku! Wahai Rasulullah!. Tetapi Umar telah mengangkat pedang yang masih tersarung dan meletakkannya di bahu Fatimah a.s. Fatimah melaung: Wahai bapaku! Maka Umarpun mengangkat cemetinya dan terus memukul bahu Fatimah. Fatimah a.s. menyeru lagi: Wahai Rasulullah! Sejahat-jahat manusia selepas anda wafat adalah Abu Bakr dan Umar.


       Dalam pada itu, Ali a.s. telah melompat lalu memegang hidung dan tengkuk Umar. Hampir-hampir beliau membunuhnya, namun beliau mengingati kata-kata dan wasiat Rasulullah Saw. Beliaupun berkata: Demi orang yang memuliakan Muhammad dengan kenabian, wahai Ibn Sahhak (Umar)! Sekiranya tidak ada kitab daripada Allah terdahulu dan janji yang dijanjikan oleh Rasulullah Saw. kepadaku, nescaya anda mengetahui bahawa anda tidak akan memasuki rumahku.


       Umar pun meminta orang ramai supaya memasuki rumah Ali manakala Ali a.s. pula telah menerkam ke arah pedangnya, lantas Qunfudh pulang menemui Abu Bakr kerana takut Ali a.s. akan keluar dengan pedangnya.[5] Dia mengetahui akan kehebatan Ali a.s. Abu Bakr berkata kepada Qunfudh: Kembalilah kepada Ali dan jika dia tidak keluar, cerobohilah rumahnya. Jika dia enggan, nyalakan api ke atas mereka dan rumah mereka sekali.


       Lalu Qunfudh al-Mal‘un datang semula. Dia dan para sahabatnya telah memasuki rumah Ali a.s. tanpa izin. Ali a.s. telah menerkam kepada pedangnya tetapi mereka mendahuluinya. Mereka datang berpusu-pusu kepadanya dalam jumlah yang ramai. Meskipun begitu Ali a.s. sempat merampas sebahagian daripada pedang mereka.           Akhirnya mereka mencampakkan tali ke leher Ali a.s. Fatimah a.s. pada masa itu yang berada di sebalik pintu dipukul oleh Qunfudh dengan cemeti lalu jatuh pengsan. Terdapat kesan di bahunya seperti warna hitam akibat daripada pukulan tersebut, la‘natullahi ‘alaihi. Kemudian Qunfudh melalui Ali a.s. yang sedang ‘digari’ dan membawanya ke hadapan Abu Bakr dan Umar yang sedang berdiri sambil memegang pedang di atas kepalanya.


       Khalid bin al-Walid, Abu Ubaidah bin al-Jarrah, Salim maula Abi Hudhaifah, Mu‘adh bin Jabal, al-Mughirah bin Syu‘bah, Usyad bin Hudhair, Basyir bin S‘ad dan semua orang di sekitar Abu Bakr lengkap dengan senjata.


       Akupun bertanya kepada Salman: Mereka telah memasuki rumah Fatimah tanpa izinnya? Salman menjawab: Ya. Demi Tuhan! Tidak ada di atasnya penutup (khimar), lalu Fatimah a.s. menyeru bapanya wahai bapaku! wahai Rasulullah! Sejahat-jahat manusia selepas anda meninggal adalah Abu Bakr dan Umar. Kedua-dua mata anda belum memejam dengan rapat dalam kuburan anda. Fatimah a.s. telah menyeru dengan suara yang tinggi. Akupun melihat Abu Bakr dan orang di sekelilingnya menangis melainkan Umar, Khalid dan al-Mughirah bin Syu‘bah. Umar berkata: Kami bukan perempuan kerana fikiran mereka tertumpu kepada perkara tertentu.


       Salman berkata lagi: Mereka menyerahkan Ali a.s. kepada  Abu Bakr. Ali a.s. berkata: Demi Allah! jika terhunus pedang ditanganku maka kalian mengetahui bahawa kalian tidak akan sampai ke sini selama-lamanya. Demi Tuhan! aku tidak mencela diriku di dalam perjuangan kalian. Sekiranya aku dapat mengumpulkan empat puluh orang lelaki, nescaya aku dapat memecahkan kumpulan kalian. Tetapi Allah melaknati orang yang telah memberi bai‘ah kepadaku kemudian mereka tidak mematuhinya pula.


       Manakala Abu Bakr merenung kepadanya dia melaungkan suaranya: Berikan laluan untuknya. Ali a.s. membalas: Alangkah cepatnya kalian menghina Rasulullah Saw.! Di atas hak dan kedudukan manakah anda menyeru orang ramai supaya memberi bai‘ah kepada anda? Tidakkah anda telah memberi bai‘ah kepadaku kelmarin dengan perintah Allah dan Rasul-Nya? Qunfudh la‘natullah, telah memukul Fatimah a.s. dengan cemeti apabila terpisah antaranya dan suaminya. Kemudian menolaknya sambil memukul bahunya. Maka gugurlah janinnya daripada perutnya. Fatimah a.s. sentiasa berada di atas hamparannya sehingga beliau mati syahid.


       Salman berkata: Manakala Ali a.s. dibawa kepada Abu Bakr, Umar memekik: Berilah bai‘ah dan tinggalkan kebatilan-kebatilan ini. Ali a.s berkata kepadanya: Sekiranya aku tidak melakukannya, apakah yang akan kalian lakukan kepadaku? Mereka berkata: Kami akan membunuh anda (naqtulu-ka) dengan penuh kehinaan. Beliau berkata: Jika begitu kalian membunuh seorang hamba Allah dan saudara Rasulullah? Abu Bakr menjawab: Adapun seorang hamba Allah, itu benar namun saudara Rasulullah, kami tidak mengakuinya. Ali berkata: Adakah kalian mengingkari bahawa Rasulullah Saw. telah mempersaudarakanku dengannya.[6] Abu Bakr berkata: Ya. Maka dia telah mengulangi jawapan yang sama kepadanya.


Penyaksian ucapan Nabi Saw. pada Hari Ghadir Khum mengenai hak Ali a.s.


       Ali a.s. telah tampil di hadapan mereka seraya berkata: Wahai Muslimin, Muhajirin dan Ansar! Aku menyeru kalian dengan nama Allah, adakah kalian telah mendengar Rasulullah Saw. berkata pada Hari Ghadir Khum,[7] demikian, demikian sehingga beliau tidak meninggalkan sesuatu apapun perkara yang telah diucapkan oleh Rasulullah Saw., sebagai pemberitahuan kepada orang ramai. Merekapun menjawab: Ya.


       Apabila Abu Bakr berasa takut bahawa orang ramai akan membantu Ali (a.s.) dan menghalangnya (Abu Bakr), diapun berkata: Apa yang anda katakan itu adalah betul. Sesungguhnya kami telah mendengarnya dengan telinga kami dan hati kami mengingatinya. Tetapi aku telah mendengar Rasulullah bersabda selepas itu: Kami Ahl al-Bait telah dipilih oleh Allah di mana Dia telah memuliakan kami dan memilih untuk kami Akhirat ke atas Dunia. Dan sesungguhnya Allah tidak mahu menghimpunkan untuk kami Ahl al-Bait kenabian dan khilafah.


       Ali a.s. berkata: Adakah seseorang daripada sahabat Rasulullah Saw. telah menyaksikannya bersama anda? Umar berkata: Benar apa yang dikatakan oleh Khalifah Rasulullah bahawa sesungguhnya aku telah mendengarnya sebagaimana yang dikatakan olehnya. Abu Ubaidah, Salim maula Abi Hudhaifah dan Mu‘adh bin Jabal berkata: Sesungguhnya kami telah mendengarnya daripada Rasulullah.


       Ali a.s. berkata: Sesungguhnya kalian telah menunaikan perjanjian yang terkandung di dalam Sahifah di mana kalian menandatanganinya di hadapan Ka‘bah bahawa jika Muhammad mati atau terbunuh, kami akan menjauhkan urusan khilafah daripada kami Ahl al-Bait. Abu Bakr berkata: Bagaimanakah anda mengetahui tentangnya? Kami tidakpun memberitahu anda mengenainya!


       Ali a.s. berkata: Anda wahai Zubair, Salman, Abu Dhar dan al-Miqdad, aku menyeru kalian dengan nama Allah dan Islam, adakah anda telah mendengar Rasulullah Saw. berkata sedemikian? Dan adakah kalian telah mendengar bahawa si fulan dan si fulan sehingga beliau menyebutkan kelima-lima nama mereka (yang mendakwa mendengar sabda Rasulullah), kerana mereka telah menulis sebuah perjanjian bersama mereka?


       Mereka menjawab: Ya. Kami telah mendengar Rasulullah Saw. bersabda sedemikian kepada anda. Sesungguhnya mereka telah membuat perjanjian untuk mereka laksanakan dan menulis sebuah perjanjian bersama mereka: Sekiranya aku dibunuh atau mati, mereka akan menjauhkan khilafah daripada anda, wahai Ali! Akupun bertanyakan Rasulullah Saw: Dengan nama bapaku, anda dan ibuku, wahai Rasulullah! Jika berlaku sedemikian, apakah yang anda perintahkan untuk kulakukan? Maka Rasulullah Saw. berkata: Sekiranya anda mendapati pembantu-pembantu, maka perangilah mereka. Dan sekiranya anda tidak mendapati pembantu-pembantu, maka berilah bai‘ah dan jagalah darah anda.


       Ali a.s. berkata: Demi Allah! Sekiranya empat puluh orang lelaki yang memberi bai’ah kepadaku setia kepadaku, nescaya aku memerangi mereka kerana Allah. Tetapi tidak seorangpun daripada keturunan mereka berdua akan menduduki jawatan khalifah sehingga Hari Kiamat. Adapun ucapan mereka yang membohongi kalian tentang Rasulullah Saw., maka firman-Nya dalam Surah al-Nisa’ (4): 54 ada menerangkan. ‘‘Bahkan mereka dengki kepada manusia kerana Allah memberi kurniaan kepadanya? Maka sesungguhnya Kami telah mengurniakan keluarga Ibrahim akan al-Kitab dan al-Hikmah dan Kami kurniakan kepada mereka kerajaan yang besar”. Maka Al-Kitab adalah al-Nubuwwah (kenabian), al-Hikmah adalah al-Sunnah dan Al-Mulk adalah al-khilafah. Dan kamilah keluarga Ibrahim.[8]


Pendirian al-Miqdad dan peringatannya kepada orang ramai di majlis Abu Bakr


       Maka al-Miqdad pun bangun dan berkata: Wahai Ali! Apakah anda memerintahkan aku untuk melakukan sesuatu? Demi Allah! sekiranya anda memerintahkan aku, nescaya aku akan memukulnya dengan pedangku dan sekiranya anda memerintahkan aku, nescaya aku menahan diriku.


       Lantas Ali a.s. berkata: Tahanlah diri anda Wahai al-Miqdad! Ingatlah janji Rasulullah Saw. dan wasiatnya kepada anda. Maka akupun berdiri dan berkata: Demi yang diriku di tangan-Nya, jika aku mengetahui sesungguhnya aku telah menolak bala dan aku lebih mulia di sisi agama, nescaya aku akan meletakkan pedangku di atas tengkukku. Kemudian aku memukulnya sedikit-sedikit. Ali a.s. berkata: Adakah anda membohongi saudara Rasulullah Saw., wasinya, khalifahnya pada umatnya dan bapa anaknya? Maka terimalah berita gembira dengan bala dan janganlah mengharapkan kesenangan.


Pendirian Abu Dhar al-Ghifari dan amarannya kepada orang ramai di majlis Abu Bakr


       Abu Dhar bangun dan berkata: Wahai umat yang bingung selepas Nabinya dikhianati! Sesungguhnya Allah berfirman dalam Surah Ali al-Imran (3): 33-34 ‘‘Sesungguhnya Allah telah memilih Adam, Nuh, keluarga Ibrahim dan keluarga Imran ke atas sekalian alam. (Mereka itu) satu keturunan, sesetengahnya akan sesetengah yang lain dan Allah Maha Mendengar dan Maha mengetahui” Maka Keluarga Muhammad adalah daripada keturunan Nuh, Ibrahim dan Isma‘il.


       ‘Itrah (keturunan) Nabi Muhammad Saw. adalah Ahl Bait al-Nubuwwah, tempat turunnya perutusan dan tempat berkunjungnya para Malaikat. Mereka seperti langit yang diangkat, gunung yang tersergam, Ka‘bah yang tersembunyi, mata yang bersih, bintang petunjuk dan pokok yang diberkati yang telah memancarkan cahayanya serta diberkati minyaknya oleh Muhammad, penutup segala nabi dan penghulu anak Adam. Sementara Ali adalah wasi  kepada segala wasi dan imam bagi orang yang bertakwa.[9]


       Beliau adalah al-Siddiq al-Akbar, al-Faruq al-A‘zam,[10] wasi Muhammad, pewaris ilmunya dan orang yang paling aula dengan al-Mukminin daripada diri mereka sendiri sebagaimana firman Allah dalam Surah al-Ahzab (33): 6 ‘‘Nabi adalah aula (dekat) dengan Mukminin daripada diri mereka sendiri, manakala isteri-isterinya adalah ibu mereka dan kerabat pertalian darah sebahagian mereka lebih aula daripada yang lain di dalam Kitab Allah”. Lantaran itu dahulukanlah mereka yang telah didahulukan oleh Allah dan kemudiankanlah mereka yang telah dikemudiankan oleh Allah. Jadikanlah wilayah, dan wirathah bagi orang yang dipilih oleh Allah SWT.


       Lantas Umar bangun dan berkata kepada Abu Bakr yang sedang duduk di atas mimbar: Apakah yang membuat anda duduk di atas mimbar ini? Orang yang duduk ini (Ali) adalah penentang dan dia tidak bangun untuk memberi bai‘ah kepada anda. Perintahkannya supaya dia memberi bai‘ah kepada anda, jika tidak, penggallah kepalanya. Al-Hasan dan al-Husain a.s. sedang berdiri. Apabila mereka berdua mendengar kata-kata Umar, mereka terus menangis.


       Lantas Ali a.s. memeluk mereka berdua ke dadanya sambil berkata: Janganlah kalian menangis. Demi Allah! mereka berdua tidak mampu untuk membunuh bapa kalian. Tiba-tiba Umm Aiman (penyusu Rasulullah Saw.) datang dan berkata: Wahai Abu Bakr! Alangkah cepatnya kalian melahirkan hasad dan nifaq (sifat munafik) anda. Maka Umar memerintahkan supaya dia dikeluarkan dari Masjid dan berkata: Perempuan tidak ada kaitan dengan kami.


Pendirian Buraidah al-Aslami dan amarannya kepada Umar dan Abu Bakr


       Buraidah al-Aslami berdiri dan berkata: Adakah anda telah membohongi saudara Rasulullah Saw. dan bapa anaknya? Andalah yang kami kenali dalam masyarakat Quraisy dengan sebenarnya. Tidakkah kalian berdua telah dikatakan oleh Rasulullah Saw: Pergilah kepada Ali dan ucaplah salam ke atasnya kerana menjadi pemimpin Mukminin? Maka kalian berdua berkata: Adakah ia merupakan perintah daripada Allah dan Rasul-Nya? Dia menjawab: Ya.         Abu Bakr berkata: Ia memang begitu.Tetapi Rasulullah bersabda selepas itu: Tidak akan berkumpul pada Ahl Baitku al-Nubuwwah dan al-Khilafah. Namun Ali a.s. membalas: Rasulullah Saw. tidak bersabda sedemikian. Demi Allah! aku tidak akan tinggal di negeri di mana anda adalah amirnya. Maka Umar telah memerintahkan supaya beliau dipukul dan diusir.



Bai‘ah Ali a.s. dan para sahabatnya kepada Abu Bakr secara terpaksa


       Kemudian Umar berkata: Berdirilah wahai Ibn Abi Talib dan berilah bai‘ah. Ali a.s menjawab: Jika aku tidak melakukannya? Dia menjawab: Jika begitu, demi Allah! kami akan memenggal kepala anda. Ali a.s. telah memberi hujah kepada mereka sebanyak tiga kali, kemudian menghulurkan tangannya tanpa membuka tapak tangannya. Maka Abu Bakr pun memegang tangannya dan meridhai hal sedemikian.


       Ali a.s. telah menyeru sebelum memberi bai‘ah dalam keadaan tali terikat pada lehernya: Wahai Ibn Umm! Sesungguhnya mereka menindasku dan hampir membunuhku. Ada seseorang berkata kepada al-Zubair: Berilah bai‘ah, tetapi dia menolaknya. Lantas Umar, Khalid, al-Mughirah bin Syu‘bah telah bergegas ke hadapan orang ramai, lantas mereka merampas pedangnya dan memukulnya ke tanah sehingga mereka mematah dan mengucapkan talbiah kepadanya.


       Maka al-Zubair berkata dalam keadaan Umar menolak dadanya: Wahai Ibn Sahhak! Sekiranya pedang berada di tanganku, nescaya anda menjauhiku, kemudian diapun memberi bai‘ah. Salman berkata: Kemudian mereka telah membawaku dan memegang tengkukku dengan pantas sehingga mereka meninggalkannya seperti barang. Kemudian mereka memegang tanganku, lalu aku memberi bai‘ah secara terpaksa. Seterusnya Abu Dhar dan al-Miqdad juga telah memberi bai‘ah secara terpaksa.


       Tiada seorangpun yang telah memberi bai‘ah secara terpaksa selain daripada Ali a.s. dan kami berempat. Dan tiada seorangpun daripada kami yang begitu lantang selain daripada al-Zubair kerana dia berkata ketika memberi bai‘ah: Wahai Ibn Sahhak! Demi Allah! Sekiranya tiada mereka yang zalim membantu anda nescaya anda tidak akan datang kepadaku ketika pedangku berada di tanganku, kerana aku mengetahui anda adalah seorang yang pengecut dan keji. Tetapi anda mendapatkan orang yang zalim (thughat) bagi menguatkan kedudukan anda. Kata-kata itu menyebabkan Umar naik marah.


       Al-Zubair berkata lagi: Adakah anda masih ingat wahai Sahhak? Umar bertanya: Siapa Sahhak? Al-Zubair menjawab: Apakah yang menghalangku daripada menyebut Sahhak? Sahhak adalah seorang penzina wanita. Adakah anda mengingkarinya wahai Umar? Tidakah dia seorang hamba wanita daripada Habsyah kepunyaan datukku Abd al-Muttalib, kemudian datuk anda Nufail berzina dengannya, lalu melahirkan bapa anda al-Khattab? Selepas itu Abd al-Muttalib memberikannya kepada datuk anda selepas dia berzina denganya kemudian melahirkanya (al-Khattab). Sesungguhnya dia (al-Khattab) adalah hamba kepada datukku, adalah anak zina.[11] Lantas Abu Bakr mendamaikan di antara mereka berdua, lalu kedua-duanya dapat mengawal diri mereka.


Ucapan Salman al-Farisi selepas memberi bai‘ah secara terpaksa di majlis Abu Bakr


       Sulaim bin Qais berkata: Maka aku berkata kepada Salman: Wahai Salman! Adakah anda telah memberi bai‘ah kepada Abu Bakr tanpa berkata apa-apa? Beliau menjawab: Sesungguhnya aku telah berkata selepas memberi bai‘ah: Binasalah untuk kalian sepanjang masa. Adakah kalian mengetahui apa yang kalian lakukan untuk diri kalian? Kalian betul dari satu segi dan bersalah dari satu segi yang lain ? Kalian betul, kerana menepati sunnah orang sebelum kalian yang telah berpecah-belah dan berselisih faham.


       Dan kalian telah bersalah kerana menyalahi Sunnah Nabi kalian sehingga kalian mengeluarkan (sunnah) daripada galiannya dan keluarganya. Lantas Umar berkata: Wahai Salman! Justeru sahabat anda telah memberi bai‘ah dan anda sendiri telah memberi bai‘ah maka cakaplah apa sahaja yang anda mahu dan lakukanlah apa yang terlintas di hati anda. Dan biarlah sahabat anda berkata apa yang terlintas di hatinya.[12] Salman berkata: Aku telah mendengar Rasulullah Saw. bersabda: “Sesungguhnya kepada anda dan sahabat anda yang anda bai‘ah kepadanya adalah seperti dosa-dosa umatnya sehingga Hari Kiamat dan seperti azab mereka semua”.


       Maka Umar berkata kepadanya: Katakanlah apa yang anda mahu. Tidakkah anda telah memberi bai‘ah? Allah tidak akan mententeramkan dua mata anda jika sahabat anda memegang jawatan khalifah. Maka Salman berkata: Aku naik saksi bahawa sesungguhnya aku telah membaca beberapa kitab Allah yang diturunkan, bahawa anda dan nama anda, keturunan anda dan sifat anda adalah satu pintu daripada pintu-pintu Jahanam. Maka Umar berkata kepadaku: Katakanlah apa yang anda mahu. Tidakkah Allah telah menghilangkan daripada Ahl al-Bait yang kalian telah mengambil mereka sebagai tuhan (arbaban) selain daripada Allah?


       Aku berkata kepadanya: Aku naik saksi sesungguhnya aku telah mendengar Rasulullah Saw. bersabda dan aku telah bertanya kepadanya firman-Nya dalam Surah al-Fajr (89): 25-26 ‘‘Maka pada hari itu tiada seorangpun yang menyiksa seperti siksaaan Allah. Dan tiada seorangpun yang mengikat dengan rantai seperti ikatan Allah” Maka beliau memberitahuku bahawa andalah yang dimaksudkan.


       Maka Umar berkata kepadaku: Diam! Allah mendiamkan mulut anda wahai hamba anak lelaki orang yang tidak berkhatan. Lantas Ali a.s. berkata kepadaku: Aku bersumpah ke atas anda wahai Salman supaya diam. Salman berkata: Demi Allah! Sekiranya Ali a.s. tidak memerintahkanku supaya berdiam nescaya aku memberitahunya setiap ayat yang turun mengenainya dan setiap sesuatu yang aku mendengar daripada Rasulullah Saw. tentangnya dan sahabatnya (Abu Bakr). Manakala Umar melihatku dia berdiam seketika kemudian berkata: Anda terlalu mematuhinya!


       Apabila Abu Dhar dan al-Miqdad memberi bai‘ah dan mereka berdua tidak berkata apa-apa, Umar berkata: Wahai Salman! Tidakkah anda boleh menahan diri anda sebagaimana yang dilakukan oleh kedua-dua sahabat anda? Demi Allah! bahawa sesungguhnya anda bukanlah mencintai Ahl al-Bait ini lebih daripada mereka berdua dan bukan pula lebih membesarkan mereka daripada kedua-duanya.


       Sesungguhnya memadailah sebagaimana anda lihat mereka berdua telah memberi bai‘ah. Abu Dhar berkata: Adakah anda menghina kami kerana cinta kami kepada keluarga Muhammad dan membesarkan mereka? Allah melaknati dan Dia telah melakukannya kepada orang yang memusuhi mereka, membohongi mereka, menzalimi hak mereka, membuat orang ramai memandang rendah terhadap mereka dan mengembalikan umat ini mundur kebelakang.


       Umar berkata: Amin! Allah melaknati orang yang menzalimi hak mereka. Tidak! Demi Allah! mereka tidak mempunyai apa-apa hakpun. Malah manusia adalah sama. Abu Dhar berkata: (Jika begitu) Kenapa kalian bertengkar dengan kaum Ansar tentang hak mereka dan hujah mereka?[13]


Ucapan Ali a.s. selepas memberi bai‘ah secara terpaksa


       Ali a.s. berkata kepada Umar: Wahai Ibn Sahhak! Kami tidak mempunyai hak mengenainya malah ia untuk anda dan anak lelaki kepada wanita pemakan lalat (Abu Bakr). Umar berkata: Tahan diri anda sekarang juga wahai Abu al-Hasan! Kerana anda telah memberi bai‘ah. Lagipun orang ramai meridhai dengan sahabatku dan bukan dengan anda. Justeru itu apakah dosaku?


       Ali a.s. berkata: Tetapi Allah (SWT) dan Rasul-Nya tidak meridhai selain daripadaku. Lantaran itu, terimalah berita gembira untuk anda, sahabat anda dan sesiapa yang mengikut kalian berdua maka kemurkaan Allah, azab-Nya dan penghinaan-Nya[14].


       Celakalah anda (waila-ka) wahai Ibn al-Khattab! Adakah anda mengetahui dari manakah anda keluar, dari manakah anda masuk, apakah jenayah yang anda perlakukan ke atas diri anda dan sahabat anda? Maka Abu Bakr berkata: Wahai Umar! Tidakkah dia telah memberi bai‘ah kepada kita dan kita telah terselamat daripada kejahatannya, pembunuhannya dan ancamannya? Justeru itu, biarkan dia berkata apa yang dia mahu.


       Lalu Ali a.s. berkata: Aku tidak akan berkata melainkan satu perkara; aku mengingatkan kalian akan Allah, wahai kalian berempat (Salman, Abu Dhar, al-Zubair dan al-Miqdad) bahawa aku telah mendengar Rasulullah Saw. bersabda: “Sesungguhnya Tabut daripada api mengandungi dua belas lelaki. Enam terdiri daripada orang yang terdahulu dan enam lagi terdiri daripada orang yang terkemudian berada di Neraka Jahannam, peringkat terbawah, di dalam Tabut (peti besi) yang bertutup di atasnya dengan batu besar. Apabila Allah ingin memanaskan Neraka Jahannam, Dia akan membuka batu besar tersebut daripada Tabut. Lantas Neraka Jahanam menjadi lebih panas lagi”.


       Ali a.s. berkata: Aku telah bertanya kepada Rasulullah Saw. dan kalian menjadi saksi tentang enam orang yang terdahulu. Maka beliau berkata: Orang yang terdahulu adalah anak lelaki Adam yang telah membunuh saudaranya, ketua segala Fir‘aun yang telah berhujah dengan nabi Ibrahim tentang Tuhannya, dua lelaki daripada Bani Isra’il yang telah mengubah Kitab dan Sunnah mereka. Salah seorang daripada mereka mengyahudikan Yahudi, sementara seorang lagi menasranikan Nasrani, pembunuh unta betina (al-Naqah) dan pembunuh Nabi Yahya bin Zakaria.


       Adapun orang yang terkemudian adalah Dajjal dan lima orang yang membuat perjanjian di hadapan Ka‘bah (Ashab al-Sahifah) bagi menentang anda. Wahai saudaraku! mereka akan melahirkan penentangan ke atas anda selepasku; ini dan ini sehingga dia namakan mereka satu persatu kepada kami. Salman berkata: Maka kamipun berkata: Anda memang benar. Kami bersaksi sesungguhnya kami telah mendengar perkara itu daripada Rasulullah Saw.


       Uthman berkata: Wahai Abu al-Hasan! Adakah di sisi anda dan sahabat anda ada hadis mengenaiku? Ali a.s. menjawab: Ya. Aku telah mendengar Rasulullah Saw. melaknati anda. Kemudian Allah tidak akan mengampuninya selepas beliau melaknati anda. Lantas Uthman memarahinya dan berkata: Apa salahku dan anda? Janganlah anda meninggalkanku pada masa nabi dan selepasnya. Ali a.s. berkata: Ya, Allah telah menundukkan keangkuhan anda.


       Maka Uthman berkata: Demi Allah, sesungguhnya aku telah mendengar Rasulullah Saw. bersabda: Al-Zubair akan dibunuh dalam keadaan murtad daripada agama Islam. Salman berkata: Ali a.s. telah berkata kepadaku ketika kami berdua: Benar apa yang telah dikatakan oleh Uthman tadi. Dia telah memberi bai‘ah kepadaku selepas pembunuhan Uthman tetapi dia telah menarik balik bai‘ahnya daripadaku. Justeru itu, dia telah dibunuh dalam keadaan murtad.


       Salman berkata: Maka Ali a.s. berkata lagi: Sesungguhnya orang ramai semuanya telah menjadi murtad selepas Rasulullah Saw. melainkan empat orang. Sesungguhnya orang ramai telah menjadi murtad selepas Rasulullah Saw. sepertilah kedudukan Harun dan orang yang mengikutinya dan kedudukan al-‘Ijl serta orang yang mengikutinya. Maka Ali a.s. diumpamakan seperti Harun dan al-Atiq (Abu Bakr) diumpamakan seperti al-‘Ijl, sementara Umar sepertilah al-Samiri.


       Dan aku telah mendengar Rasulullah Saw. bersabda: “Akan datang satu kaum daripada sahabatku yang mempunyai kedudukan yang tinggi di sisiku melalui al-Sirat. Apabila aku melihat mereka dan mereka melihatku, aku mengenali mereka dan mereka juga mengenaliku”. Tiba-tiba mereka dibawa begitu pantas daripadaku, maka akupun berkata: Wahai Tuhanku! (mereka itu) sahabatku, sahabatku. Maka dijawab: Anda tidak mengetahui apa yang telah dilakukan oleh mereka selepas anda. Mereka telah menjadi murtad kebelakang sebaik saja anda meninggalkan mereka”.


       Maka aku berkata: Mohon dijauhkan perkara tersebut! Dan aku telah mendengar Rasulullah Saw. bersabda: “Umatku akan mengikut sunnah Bani Isra’il sepenuhnya sehingga jika mereka memasuki lubang biawak sekalipun, mereka akan memasukinya bersama mereka,[15] kerana sesungguhnya Taurat dan al-Qur’an telah ditulis oleh seorang Malaikat dalam satu lembaran dengan satu penulisan. Lantaran itu, contoh-contoh dan sunnah-sunnah adalah sama”.


Pada Hari Kiamat Iblis akan dibelenggu dengan satu belenggu daripada api neraka


       Daripada Abban bin Abi ‘Iyasy daripada Sulaim bin Qais: Beliau berkata: Aku mendengar Salman al-Farisi berkata: Apabila datang Hari Kiamat, Iblis akan dibawa dalam keadaan terbelenggu dengan satu belenggu daripada Api Neraka. Sementara Zufar akan dibawa dalam keadaan terbelenggu dengan dua belenggu daripada Api Neraka. Lantas Iblis datang kepadanya dan berkata dengan suara yang nyaring: Celaka ibu anda mengandung! Siapa anda? Akulah yang melakukan fitnah terhadap orang terdahulu dan orang terkemudian. Aku dibelenggu dengan satu belenggu sementara anda dibelenggu dengan dua belenggu. Maka Iblis berkata: Akulah yang telah memerintah, maka anda telah menaatinya. Sementara Allah telah memerintah, tetapi anda telah mendurhakai.


Sabda Nabi Saw.: “Saudaraku adalah kemegahan Arab, sepupu yang paling mulia, bapa yang paling dihormati…”


 [1] Al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-‘Ummal, iii, hlm. 139.


[2] Al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-‘Ummal, iii, hlm.139.


[3] Ibid.


[4] Abu al-Fida’, Tarikh, i, hlm. 156. al-Tabari, Tarikh, iii, hlm.156-7.


[5] Ibn Qutaibah, al-Imamah wa al-Siyasah, i, hlm. 14-15. al-Tabari, Tarikh, iii, hlm. 198.


[6] Ibn Hanbal, Fadha’il al-Sahabah, ii, hlm. 617.


[7] Ibn Qutaibah, Kitab al-Ma‘arif, hlm. 251-2. Al-Suyuti, al-Durr al-Manthur, ii, hlm. 298.


[8] Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi‘ al-Mawaddah, hlm. 120-1.


[9] Al-Syarif al-Radhi, Nahj al-Balaghah, hlm.162-3.


[10] Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi‘ al-Mawaddah, hlm. 124-5.


[11] Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, xxx, hlm. 98-99.


[12] Bandingkan, al-Tabari, Tarikh, iii, hlm. 198-20. Abu al-Fida’, Tarikh, hlm. 156-9.


[13] Lihat misalnya Ibn Qutaibah, al-Imamah wa al-Siyasah, hlm. 10-11.


[14]Abu Nu‘aim al-Isfahani, Hilyah al-Auliya, i, hlm. 66. al-Kanji al-Syafi‘i, Kifayah al-Talib, hlm. 72.


[15] Ibn Hanbal, Musnad, iii, hlm. 84,94.

(Dikutip dari Kitab Sulaim b. Qais al-Hilalai, sahabat Imam Ali as, wafat 90 H)