Showing posts with label BID'AH. Show all posts
Showing posts with label BID'AH. Show all posts

Tuesday, July 5, 2011

khutbah Imam Ali as ttg pengubahan Sunah Rasulullah saw Oleh 3 khalifah Sebelumnya



"Khalifah-khalifah sebelumku telah melakukan perbuatan-perbuatan yang menyalahi Rasulullah SAWA dengan sengaja. Mereka melanggar janji mereka dengan beliau dengan mengubah Sunnah-sunnah beliau. Sekarang jika aku memaksa mereka supaya meninggalkannya dan mengembalikan keadaan sebagaimana di zaman Rasulullah SAWA, nescaya tenteraku akan bertaburan lari dariku, meninggalkanku bersendirian atau hanya sedikit sahaja di kalangan Syi'ahku yang mengetahui kelebihanku, dan imamahku melalui Kitab Allah dan Sunnah Rasulullah SAWA akan tinggal bersamaku. Apa pendapat kalian, sekiranya aku menempatkan Maqam Ibrahim pada tempat yang telah ditempatkan oleh Rasulullah SAWA, mengembalikan Fadak kepada pewaris-pewaris Fatimah AS, mengembalikan timbangan dan ukuran seperti yang lazim di zaman Rasulullah SAWA, mengembalikan tanah kepada orang yang telah diberikan oleh Rasulullah SAWA, mengembalikan rumah Ja'far kepada pewaris-pewarisnya dan memisahkannya dari masjid (kerana mereka telah merampasnya dan memasukkannya ke dalam masjid); mengembalikan hukum-hukum yang kejam yang dipaksa oleh khalifah-khalifah yang terdahulu ke atas wanita-wanita yang secara tidak sah telah dipisahkan dari suami mereka, mengembalikan jizyah kepada Bani Taghlab, mengembalikan tanah Khaibar yang telah dibahagikan-bahagikan, memansuhkan dewan-dewan pemberian dengan meneruskan pemberian kepada semua orang sebagaimana dilakukan pada masa Rasulullah SAWA tanpa menjadikannya tertumpu di kalangan orang-orang kaya, memulihkan pajak bumi, menyamakan kaum Muslimin di dalam masalah nikah kahwin, melaksanakan khums sebagaimana difardhukan Allah SWT, memulihkan Masjid Nabi seperti bentuknya yang asal pada zaman Nabi SAWA, menutup pintu-pintu yang dibuka (selepas kewafatan Rasul) dan membuka pintu-pintu yang ditutup (selepas kewafatan Rasul), mengharamkan penyapuan di atas al-Khuffain, mengenakan hukum had ke atas peminum nabidh, memerintahkan halal mut'ah wanita dan mut'ah haji sebagaimana pada zaman Nabi SAWA, memerintahkan takbir lima kali dalam solat jenazah, mewajibkan kaum Muslimin membaca Bismillahi r-Rahmani r-Rahim dengan suara yang nyaring pada masa solat, mengeluarkan orang yang dimasukkan bersama Rasulullah SAWA di dalam masjidnya, di mana Rasulullah SAWA telah mengeluarkannya,  memasukkan orang yang dikeluarkan selepas Rasulullah SAWA (beliau sendiri) di mana Rasulullah SAWA telah memasukkannya, memaksa kaum Muslimin dengan hukum al-Qur'an dan talak menuruti Sunnah, mengambil zakat menurut jenis-jenisnya yang sembilan, mengembalikan wudhuk basuh dan solat kepada waktunya, syariatnya dan tempatnya, mengembalikan ahli Najran ke tempat-tempat mereka, mengembalikan layanan terhadap tawanan perang Farsi dan bangsa-bangsa lain kepada kitab Allah dan Sunnah NabiNya.

Sekiranya aku melaksanakan semua ini, nescaya mereka mengembara meninggalkanku. Demi Allah ketika aku perintahkan orang-orang supaya tidak melakukan solat jama'ah di masjid pada bulan Ramadhan kecuali solat-solat fardhu dan memberitahukan kepada mereka bahawa solat sunat berjama'ah (Tarawih) adalah bid'ah, sekelompok tenteraku yang pernah berperang di pihakku mulai berteriak:"Wahai kaum Muslimin! Ali ingin mengubah sunnah Umar dan bermaksud menghentikan kita dari melakukan solat-solat sunat Tarawih pada bulan Ramadhan." Mereka berteriak begitu rupa sampai aku khuatir mereka akan memberontak. Sayang! Betapa menderitanya aku berada "ditangan" orang-orang yang menentangku sekuat tenaga dan mentaati pemimpin-pemimpin mereka yang "keliru" yang hanya menyeru mereka ke neraka."[al-Kulaini, al-Raudhah mina l-Kafi, VII, hadith 21, hlm. 60-63]

Khalifah Ali AS begitu berdukacita di atas sikap negatif kaum Muslimin terhadap seruannya untuk kembali kepada Sunnah Rasulullah SAWA. Malah mereka pula memarahi beliau. Khalifah Ali AS berkata lagi,"Aneh! Hati ummat ini telah diresapi cinta kepada pelaku-pelaku bid'ah dan menerima segala bid'ah mereka."Kemudian beliau berkata lagi,"Aneh! Mereka melihat Sunnah Nabi mereka bertukar-tukar dan berubah-ubah sedikit demi sedikit, bab demi bab. Kemudian mereka meredhainya tanpa mengingkarinya. Malah mereka memarahi (orang lain) bagi mempertahankannya, mencaci pengkritik-pengkritiknya dan penentang-penentangnya. Kemudian datang kaum selepas kita, lalu mengikuti pula bid'ah-bid'ah tersebut. Lantas mereka mengambil bid'ah-bid'ah tersebut sebagai Sunnah dan ugama bagi bertaqarrub kepada Allah SWT."[Sulaim, Kitab Sulaim bin Qais al-Amiri, hlm. 134-135]

Persoalan yang timbul ialah apakah ucapan khalifah Ali AS itu benar berlaku kepada kita di abad ini? Lantas itu kita masih mencintai bid'ah-bid'ah tersebut. Dan sampai bilakah kita harus dicaci, dihina dan dilarang, kerana ingin kembali kepada hukum Allah SWT dan Sunnah RasulNya?

Ali AS berjuang untuk mengembalikan kaum Muslimin kepada Kitab Allah dan Sunnah RasulNya yang sebenar. Lantaran itu beliau ditentang di setiap masa, malah Ali AS sendiri pada hakikatnya telah disisihkan dan dipencilkan oleh kuasa politik pada masa itu. Selama 25 tahun beliau tidak menghunuskan pedangnya. Beliau bekerja hanya sebagai seorang petani biasa bagi menyara kehidupan keluarganya. Tanah Fadak peninggalan Rasulullah untuk isterinya Fatimah AS pula telah dirampas. Dan apa lagi yang tinggal untuknya selain dari tulang empat kerat bagi menyara keluarganya.

Bandingkanlah kemiskinan Ali AS dengan kekayaan yang ditinggalkan oleh khalifah Uthman, al-Zubair, Talhah, Abdul r-Rahman dan Sa'ad, kelima-lima bekas Ahli Syura atau Ahlu l-Hilli wa l-'Aqdi yang dilantik oleh khalifah Umar bagi memegang jawatan khalifah, kalian akan mengetahui kezuhudan Ali AS malah kedudukan mereka begitu jauh berbeza di semua segi jika dibandingkan dengan kedudukan  Ali AS.

Khalifah Uthman ketika dia dibunuh meninggalkan seratus lima puluh ribu Dinar, seribu ekor unta, nilainya dua ratus ribu Dinar.[Ibn Sa'd, Tabaqat, III, hlm. 53], seribu hamba selain daripada rumah-rumah, emas, perak dan intan.[al-Dhahabi, Dual al-Islam, I, hlm. 12]

Al-Zubair meninggalkan lima puluh ribu Dinar, sebelas buah rumah mewah di Madinah, dua buah di Basrah, sebuah di Kufah, sebuah di Mesir, seribu ekor kuda, seribu hamba lelaki dan seribu hamba perempuan.[al-Bukhari, Sahih, V, hlm. 21; Ibn Sa'd, Tabaqat, III, hlm. 77; al-Mas'udi, Muruj al-Dhahab, I, hlm. 434]

Talhah meninggalkan dua puluh ribu Dinar, mempunyai hasil pertanian ditaksirkan sebanyak seribu Dinar setiap hari.[Ibn Sa'ad, Tabaqat, III, hlm. 158; al-Baladhuri, Ansab al-Asyraf, V, hlm. 7; al-Dhahabi, Dual al-Islam, I, hlm. 18]

Abdul r-Rahman bin 'Auf meninggalkan dua ratus lima puluh ribu Dinar, seribu ekor unta, tiga ribu ekor kambing, seratus ekor kuda yang dipelihara di Baqi', ketulan emas yang banyak dipotong dengan kapak sehingga sakit tangan pemotong-pemotongnya dan meninggalkan empat orang isteri setiap orang mendapat lapan puluh ribu Dinar.[Ibn Sa'd, Tabaqat, III, hlm. 96; al-Mas'udi, Muruj al-Dhahab, I, hlm. 434; al-Ya'qubi, Tarikh, II, hlm. 146]

JIKA KHALIFAH UTHMAN DAN PENGIKUTNYA AHLU S-SUNNAH NABI S.A.W, NESCAYA MEREKA TIDAK MENENTANG SUNNAH NABI S.A.W


       Khalifah  Uthman  dianggap contoh yang unggul sebagai pelaku atau pengamal Sunnah Nabi (Sa.w) selepas khalifah Umar, tetapi para ulama Ahlu s -Sunnah wa l-Jama‘ah juga mencatat sebaliknya di dalam buku-buku mereka. Sekiranya mereka berbohong di dalam catatan mereka, maka mereka tidak boleh dipercayai lagi dan bertanggungjawab di hadapan Allah (swt). Dan sekiranya catatan mereka itu betul, kenapa kita menolaknya dan terus memusuhi Sunnah Nabi (S.a.w) yang bertentangan dengan sunnah Uthman? Justeru itu, adakah khalifah Uthman dan pengikut-pengikutnya  Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w)? Berikut di kemukakan  sebahagian daripada sunnah khalifah Uthman yang bertentangan dengan al-Qur’an dan Sunnah Nabi (S.a.w) serta akal yang sejahtera:

1. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak melarang kaum Muslimin dari meriwayat dan menulis Sunnah Nabi (S.a.w) dengan sepenuhnya. Tetapi Khalifah Uthman telah melarang kaum Muslimin dari meriwayat dan menulis Sunnah Nabi (S.a.w) dengan sepenuhnya. Dia berkata: "Tidak boleh bagi seseorang meriwayatkan hadis yang tidak diriwayatkan pada masa Abu Bakar dan Umar.( Muntakhab al-Kanz fi Hamisy Musnad Ahmad, IV, hlm. 64; al-Darimi, al-Sunan, I, hlm. 132; Ibn Sa'd, Tabaqat, II, hlm.354]

       Persoalannya: Jika Sunnah Nabi pada masa khalifah Abu Bakar dan Umar telah dilarang dari diriwayat dan dituliskan, apa lagi yang tinggal pada masa khalifah Uthman? Malah khalifah Uthman hanya menuruti Sunnah dua khalifah yang terdahulu. Justeru itu ketiga-tiga khalifah tersebut telah melarang atau sekurang-kurangnya tidak memberi kebebasan kepada kaum Muslimin untuk meriwayat atau menulis Sunnah Rasulullah (S.a.w) yang menjadi sumber kedua pentingnya selepas al-Qur'an.

       Oleh itu ianya bertentangan dengan Sunnah Rasulullah (S.a.w), "Allah memuliakan seseorang yang mendengar hadisku. Kemudian dia menjaganya dan menyebarkannya pula. Kadangkala pembawa ilmu (hadis) membawanya kepada orang yang lebih alim daripadanya dan kadangkala pembawa ilmu (hadis) bukanlah seorang yang alim."[Ahmad bin Hanbal, al-Musnad, I, hlm. 437; al-Hakim, al-Mustadrak, I, hlm. 78]. Dan sabdanya, "Siapa yang ditanya tentang ilmu, maka dia menyembunyikannya, Allah akan membelenggukannya dengan api neraka."[Ahmad bin Hanbal, al-Musnad, III, hlm. 263]. Lantaran itu tidak hairanlah jika hadis atau Sunnah Nabi (S.a.w) mulai ditulis secara resminya pada maspemerintahan Umar bin Abdu l-Aziz." Justeru itu mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Uthman atau Ahlu s-Sunnah ciptaan  mereka sendiri.

2. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak mendahulukan khutbah Hari Raya di dalam solat Hari Raya, tetapi Khalifah Uthman adalah orang pertama yang mendahulukan khutbah Hari Raya di dalam solat Hari Raya. Ianya adalah bertentangan dengan Sunnah Rasulullah (S.a.w).[al-Suyuti, Tarikh al-Khulafa', hlm. 137] Justeru itu mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Uthman atau Ahlu s-Sunnah ciptaan  mereka sendiri.

3. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka  menjalankan hukum Qisas ke atas pembunuh dengan sengaja, tetapi Khalifah Uthman tidak menjalankan hukum Qisas ke atas Ubaidullah bin Umar al-Khattab kerana membunuh Hurmuzan dan Jufainah. Sebaliknya membawanya ke Kufah dan membenarkannya menetap di sana. Kaum Muslimin menentang Sunnahnya.[Ibn Hajr, al-Isabah, I, hlm. 619; Ibn Sa'd, Tabaqat, V, hlm. 8-10]

       Oleh itu pembekuan khalifah Uthman terhadap hukum bunuh Ubaidullah bin Umar yang telah membunuh Hurmuzan dan Jufainah adalah satu perbuatan yang menyalahi nas seperti berikut:
a). Pembunuhan yang dilakukan oleh Ubaidullah hanya berpegang kepada kata-kata Abdur Rahman bin Abu Bakar yang berkata: "Aku lalu di hadapan Abu Lu'luah petang semalam bersama Jufaifah dan Hurmuzan," ini bererti Abdu r-Rahman bin Abu Bakar tidak benar-benar menyaksikan peristiwa itu, dan ini bererti dia bukanlah seorang saksi yang melihat peristiwa tersebut, sedangkan pembunuhan memerlukan dua saksi.
b) Khalifah Uthman berkata: "Hurmuzan tidak mempunyai wali, oleh itu walinya ialah orang-orang Islam, aku adalah khalifah kamu dan aku telah mengampunkannya."[al-Ya'qubi, Tarikh, II, hlm. 141; Ibn Sa'd, Tabaqat, V, hlm. 10]
c) Ali berkata: "Bunuhlah fasiq ini (Ubaidullah bin Umar) kerana dia telah melakukan perkara yang besar, iaitu membunuh seorang Muslim tanpa kesalahan, " lalu dia berkata kepada Ubaidullah, "Wahai si fasiq, jika aku menang dengan kamu pada suatu hari, aku mesti membunuh kamu kerana kamu telah membunuh Hurmuzan."Kata-kata Ali menunjukkan beliau mempercayai bahawa Ubaidullah telah melakukan pembunuhan yang tidak patut dilakukan terhadap Hurmuzan dan Jufainah (Ibid).
d) Mengemukakan Qamazaban sebagai wali Hurmuzan adalah bertentangan dengan kenyataan khalifah Uthman sendiri bahawa Hurmuzan tidak mempunyai wali dan beliau sendiri mengakui bahawa beliaulah yang mengampunkan Ubaidullah dan bukan Qamazaban. Oleh itu riwayat yang mengatakan Qamazaban sebagai wali Hurmuzan dan mengampunkan Ubaidullah adalah riwayat maudhuk (palsu), kerana ia telah diriwayatkan oleh al-Surriy yang meriwayatkan daripada Syu'aib daripada Saifbin Umar daripada Abi al-Mansur. Saif bin Umar adalah "seorang khayalan" yang menciptakan seorang khayalan yang lain bernama Abdullah bin Saba' di mana kedua-dua orang tersebut tidak pernah wujud dan ianya ditulis oleh penulis yang tidak diketahui bagi membenarkan apa yang dilakukan oleh sahabat-sahabat tertentu seperti Uthman dan lain-lain, lantaran itu riwayat tersebut mesti ditolak.
e) Hurmuzan dan Jufainah keduanya adalah Muslim, berasal dari Farsi. Ali sendiri menyatakan bahawa Hurmuzan adalah seorang Muslim, "Bunuhlah fasiq itu (Ubaidullah) kerana ia telah melakukan perkara yang besar, iaitu membunuh seorang Islam tanpa dosa. "[al-Ya'qubi, Tarikh, II, hlm. 141; Ibn Sa'd, Tabaqat, V, hlm. 10] Dengan itu alasan bahawa Hurmuzan dan Jufainah adalah kafir adalah bertentangan dengan kata-kata Ali (a.s) dan pembunuh mereka mestilah dibunuh balas.
f) Khalifah Umar bin al-Khattab sendiri berkata selepas ia ditikam: Aku tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku, buatlah penelitian apabila aku mati dan dapatkan saksi yang menyatakan Hurmuzan adalah pembunuhku, jika ada saksi, maka darahnya adalah menepati darahku dan sekiranya tidak ada saksi maka bunuhlah Ubaidullah kerana dia telah membunuh Hurmuzan sdan Jufainah." Oleh itu saksi dalam kes pembunuhan tersebut adalah tidak jelas dan tidak mencukupi dua orang saksi lantaran itu tidak hairanlah apabila Ali a.s menjadi khalifah ia menuntut Ubaidullah supaya ia dibalas bunuh, lalu Ubaidullah berlindung di bawah jagaan Muawiyah di Syam dan akhirnya ia terbunuh di Siffin.

       Oleh itu pembekuan hukum qisas oleh khalifah Uthman terhadap Ubaidullah bin Umar yang telah membunuh Hurmuzan dan Jufainah adalah menyalahi nas. Justeru itu mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Uthman atau Ahlu s-Sunnah ciptaan  mereka sendiri.

4. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w).), nescaya mereka tidak memberikan khums Afrika Utara kepada Marwan bin Hakam,  tetapi Khalifah Uthman telah memberikan khums Afrika Utara kepada Marwan bin Hakam, kemudian Marwan membelanjakannya untuk membina istana. Justeru itu perbuatannya adalah bertentangan dengan nas.[Surah al-Anfal (8): 41] sebagaimana juga ia telah dinyatakan oleh Ibn Abd Rabbih: "Di antara kebencian orang ramai terhadap Uthman ialah memberi fadak kepada Marwan, dan apabila dia membuka Afrika Utara ia mengambil khums dan memberikannya kepada Marwan."[Ibn Abd Rabbih, al-Iqd al-Farid, II, hlm. 261; Ibn Qutaibah, al-Imamah wal-Siyasah, I, hlm. 32] Oleh itu terbukti bahawa ijtihad Uthman memberi fadak dan khums Afrika kepada Marwan adalah bertentangan dengan nas. Justeru itu,  mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Uthman atau Ahlu s-Sunnah ciptaan  mereka sendiri.

5. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak mengharamkan Haji Tamattu', sedangkan ia adalah halal. Tetapi Khalifah Uthman mengharamkan Haji Tamattu', sedangkan ia adalah halal. Ali a.s menentang ijtihadnya itu kerana ia menyalahi nas.[al-Bukhari, Sahih, III, hlm. 69; Muslim, Sahih, I, hlm. 349] Justeru itu mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Uthman atau Ahlu s-Sunnah ciptaan  mereka sendiri.

6. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak memerintahkan supaya direjam seorang perempuan bersuami yang mengandung 6 bulan, tetapi Khalifah Uthman memerintahkan supaya direjam seorang perempuan bersuami yang mengandung 6 bulan. Apabila Ali (a.s) mengetahuinya, beliau menentang hukum tersebut kerana ia bertentangan dengan Surah al-Ahqaf  (46): 15 dan Surah al-Baqarah (2): 233. Kedua-dua ayat tersebut bererti masa penyusuan ialah 24 bulan dan masa mengandung yang paling kurang ialah 6 bulan. Sepatutnya khalifah Uthman menangguhkan hukuman tersebut dan menyelamatkan kandungan yang tidak berdosa itu.[Malik, al-Muwatta', II, hlm. 176; al-Baihaqi, al-Sunan al-Kubra, VII, hlm. 42] Justeru itu mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Uthman atau Ahlu s-Sunnah ciptaan  mereka sendiri.

7. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak melakukan solat 4 rakaat di Mina, sedangkan Rasulullah (S.a.w) melakukan solat di Mina 2 rakaat, tetapi Khalifah Uthman melakukan solat 4 rakaat di Mina, sedangkan Rasulullah (S.a.w)  melakukan solat di Mina 2 rakaat. Daripada Abdullah bin Umar berkata: "Rasulullah (S.a.w)  melakukan solat dengan kami di Mina 2 rakaat begitu juga Abu Bakar, Umar dan Uthman di masa awal pemerintahannya. Kemudian Uthman sembahyang 4 rakaat. "Abdullah bin Umar apabila melakukan solat bersama khalifah Uthman di Mina beliau melakukan solat 4 rakaat, tetapi apabila melakukan solat seorang diri, dia melakukan 2 rakaat. [al-Bukhari, Sahih, II, hlm. 154; Muslim, Sahih, II, hlm. 260]

       Sepatutnya khalifah Uthman mengikut Sunnah Nabi (S.a.w) yang melakukan 2 rakaat Qasar  zuhur, Asar dan Isyak di Mina. Justeru itu mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Uthman atau Ahlu s-Sunnah ciptaan  mereka sendiri.

8. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak lari di dalam Perang, tetapi Khalifah Uthman telah lari di dalam Perang Uhud kemudian kembali ke rumahnya selepas tiga hari. Perbuatan ini adalah bertentangan dengan prinsip jihad di dalam al-Qur'an dan Sunnah Nabi (S.a.w). [Ibn Hajr, al-Isabah, II, hlm. 190] Justeru itu, mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Uthman atau Ahlu s-Sunnah ciptaan  mereka sendiri.

9. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak memukul Abu Dhar kemudian mengusirnya ke Rabzah, tetapi Khalifah Uthman telah memukul Abu Dhar kemudian mengusirnya ke Rabzah. Tindakannya itu ialah disebabkan Abu Dhar mengkritiknya kerana menggunakan harta Baitulmal untuk keluarganya.[Ibn Abd al-Birr, al-Isti'ab, I, hlm. 114; al-Ya'qubi, Tarikh, II, hlm. 162; al-Syahrastani, al-Milal, I, hlm. 26] Abu Dhar berkata: Sesungguhnya anda telah melakukan perkara yang tidak ada di dalam Kitab Allah dan Sunnah Nabi-Nya. Demi Tuhan, aku melihat kebenaran dipadamkan,kebatilan dihidupkan, kebenaran dibohongi, cintakan kebendaan tanpa ketakwaan.[al-Ya'qubi, Tarikh, II, hlm. 16] Justeru itu, mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Uthman atau Ahlu s-Sunnah ciptaan  mereka sendiri.

10. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak memanggil pulang al-Hakam bin al-As dari Taif ke Madinah, tetapi Khalifah Uthman telah memanggil pulang al-Hakam bin al-As dari Taif ke Madinah, sedangkan al-Hakam adalah seorang yang dilaknati dan diusir oleh Rasulullah (S.a.w). Oleh itu tindakannya itu adalah bertentangan dengan nas.[al-Tabari, Tarikh, V, hlm. 60] Justeru itu mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Uthman atau Ahlu s-Sunnah ciptaan  mereka sendiri.

11. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka  melaksanakan hukum had ke atas al-Walid bin Uqbah kerana meminum arak, tetapi Khalifah Uthman tidak melaksanakan hukum hudud ke atas al-Walid bin Uqbah kerana meminum arak. Dia mengerjakan solat Subuh empat rakaat di dalam keadaan mabuk dan bertanya: Adakah aku perlu menambah lagi rakaatnya? Mereka menjawab: Tidak, kami telah mengerjakan solat kami. "Mereka memberitahu khalifah Uthman mengenainya, lantas khalifah Uthman memarahi mereka, lalu memukul saksi-saksi tersebut. Kemudian mereka memberitahu Aisyah mengenainya. Aisyah berkata: "Uthman telah membatalkan hudud dan memukul saksi-saksi.  [Ibn Hajr, al-Isabah, III, hlm. 638; Ibn al-Athir, Usd al-Ghabah, V, hlm. 91-92; al-Tabari, Tarikh, V, hlm. 60; Ahmad bin Hanbal, al-Musnad, I, hlm. 144] Justeru itu mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Uthman atau Ahlu s-Sunnah ciptaan  mereka sendiri.

12. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak berpendapat bahawa tidak wajib mandi janabah bagi seorang yang menyetubuhi isterinya tanpa keluar mani, tetapi Khalifah Uthman berpendapat bahawa tidak wajib mandi janabah bagi seorang yang menyetubuhi isterinya tanpa keluar mani. [Muslim, Sahih, I, hlm. 142. Sunnahnya itu adalah bertentangan dengan Sunnah Nabi (S.a.w), "Apabila bertemu dua khatan, maka wajiblah mandi janabah."[Ahmad bin Hanbal, al-Musnad, VI, hlm. 47; al-Turmudhi,  Sahih, I, hlm. 16] Justeru itu mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Uthman atau Ahlu s-Sunnah ciptaan  mereka sendiri.

13. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak mewajibkan zakat kuda sedangkan Rasulullah (S.a.w) tidak mewajibkannya, tetapi Khalifah Uthman mewajibkan zakat kuda sedangkan Rasulullah (S.a.w), tidak mewajibkannya. Rasulullah (S.a.w) bersabda, "Aku memaafkan kalian zakat kuda dan hamba. "[al-Buladhuri, Ansab al-Asyraf, V, hlm. 26; al-Bukhari, Sahih, III, hlm. 30; Ahmad bin Hanbal, al-Musnad, I, hlm. 62; al-Syafi'i, al-Umm, II, hlm. 22; Muslim, Sahih, I, hlm. 136] Justeru itu mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Uthman atau Ahlu s-Sunnah ciptaan  mereka sendiri.

14. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak memerintahkan  orang lain supaya tidak mengqasarkan solat melainkan orang yang benar-benar di dalam kesusahan atau kehadiran musuh, tetapi Khalifah Uthman telah memerintahkan  gabenor-gabenor-nya supaya tidak mengqasarkan solat melainkan orang yang benar-benar di dalam kesusahan atau kehadiran musuh.[al-Jassas, Ahkam al-Qur'an, II, hlm. 312; al-Baihaqi, Sunan, III, hlm. 137; Ibn Rusyd, Bidayah al-Mujtahid, I, hlm. 163] Tindakannya itu adalah bertentangan dengan firman-Nya di dalam Surah al-Nisa' (4):10:"Dan apabila kamu berpergian di muka bumi, maka tidaklah mengapa kamu mengqasarkan solat(mu)." Sebagaimana ianya bertentangan dengan Sunnah Nabi (S.a.w) yang mutlak. Justeru itu mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Uthman atau Ahlu s-Sunnah ciptaan  mereka sendiri.

15. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak memukul seorang sehingga patah tulang rusuknya tanpa sebab yang munasabah,tetapi Khalifah Uthman telah memukul Abdullah bin Mas'ud sehingga patah tulang rusuknya,kerana tidak mahu menyerahkan mushapnya kepada Uthman. Abdullah bin Mas'ud memberitahu kepada Ammar supaya Uthman tidak melakukan solat jenazah ke atasnya nanti. Uthman meminta maaf, tetapi Abdullah bin Mas'ud berkata:"Aku memohon kepada Allah supaya mengambil hak aku ke atas anda."[Ibn al-Athir, Usd al-Ghabah, III, hlm. 259; Ibn Kathir, Tarikh, VII, hlm. 163; al-Suyuti, Tarikh al-Khulafa', hlm. 157] Justeru itu, mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Uthman atau Ahlu s-Sunnah ciptaan  mereka sendiri.

16. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka melantik orang Muhajirin dan Ansar di dalam mengendalikan urusan pemerintahan, tetapi Khalifah Uthman tidak melantik orang Muhajirin dan Ansar di dalam mengendalikan urusan pemerintahannya, dan tidak bermesyuarat dengan mereka pula. Malah melantik kerabat-kerabatnya dari Banu Umaiyyah. [al-Imamah wal-Siyasah, I, hlm. 32], sedangkan mereka terdiri daripada orang-orang yang layak untuk memegang jawatan penting seperti gabenor-gabenor dan lain-lain. Tetapi Uthman melantik keluarganya al-Walid bin Uqbah sebagai gabenor di Basrah yang terkenal dengan pemabuk. [al-Tabari, Tarikh, V, hm. 60] Justeru itu mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Uthman atau Ahlu s-Sunnah ciptaan  mereka sendiri.

17. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak mengambil tempat khas (hima) untuknya dan kerabat-kerabatnya, tetapi Khalifah Uthman telah mengambil tempat khas (hima) untuknya dan kerabat-kerabatnya. Dia melarang kaum Muslimin menggunakan tempat-tempat tersebut yang mengandungi rumput-rumput dan lain-lain, sedangkan Rasulullah (S.a.w) menjadikan tempat-tempat tersebut milik bebas kaum Muslimin iaitu mereka bebas memiliki air, rumput, dan api secara saksama. Rasulullah (S.a.w) bersabda: "Kaum Muslimin berkongsi di dalam tiga perkara, rumput-rumputan, air dan api."[al-Halabi, Sirah Nabawiyyah, II, hlm. 78; Ibn Qutaibah, al-Imamah wal-Siyasah, I, hlm. 32] Justeru itu, mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Uthman atau Ahlu s-Sunnah ciptaan  mereka sendiri.

18. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak membina rumah-rumah mewah untuk isterinya Na'ilah dan anak perempuannya Aisyah dengan menggunakan wang Baitulmal, tetapi Khalifah Uthman telah membina rumah-rumah mewah untuk isterinya Na'ilah dan anak perempuannya Aisyah dengan menggunakan wang Baitulmal. Oleh itu perbuatannya adalah bertentangan dengan Sunnah Rasulullah (S.a.w), dan tidakhairanlah jika kaum Muslimin mengkritiknya.[Ibn Qutaibah, al-Imamah wal-Siyasah, I, hlm. 32] Justeru itu mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Uthman atau Ahlu s-Sunnah ciptaan  mereka sendiri.

19. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak memberikan pungutan zakat melainkan kepada yang berhak sahaja, tetapi Khalifah Uthman telah memberikan pungutan zakat Qadha'ah (di Yaman) kepada al-Hakam bin al-As sebanyak 300,000 Dirham.[al-Baladhuri, Ansab al-Asyraf, V, hlm. 28]. Sedangkan al-Hakam adalah orang yang telah diusir dan dilaknati oleh Rasulullah (S.a.w). [al-Ya'qubi, Tarikh, II, hlm. 145] Justeru itu mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Uthman atau Ahlu s-Sunnah ciptaan  mereka sendiri.

20. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak memberikan wang Baitulmal melainkan kepada yang berhak sahaja, tetapi Khalifah Uthman telah memberikan wang Baitulmal kepada Sa'id bin al-As bin Umaiyyah sebanyak 100,000 Dirham. Lantaran itu, Ali, al-Zubair, Talhah, dan Abdur Rahman bin Auf menentangnya.[al-Baladhuri, Ansab al-Asyraf, V, hlm. 28] Justeru itu mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Uthman atau Ahlu s-Sunnah ciptaan  mereka sendiri

21. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak mengambil hukum Allah daripada orang yang tidak sepatutnya sedangkan dia seorang khalifah, sepatutnya dia lebih mengetahui sunnah Nabi (S.a.w) daripada orang lain, tetapi Khalifah Uthman telah mengambil hukum Allah daripada Ubayy bin Ka'ab. Dia bertanya Ubayy tentang seorang lelaki mencerai isterinya kemudian merujukkan isterinya di dalam haidh ketiga. Ubayy berkata: "Aku berpendapat dia lebih berhak ke atas isterinya selama isterinya belum "mandi" daripada haidh ketiga." Lalu khalifah Uthman mengambil pendapatnya.[al-Baihaqi, al-Sunan al-Kubra, VII, hlm. 417] Riwayat ini menunjukkan bahawa khalifah Uthman tidak mengetahui hukum tersebut sehingga dia belajar daripada Ubayy dan mengambil fatwanya. Dan tidak syak lagi bahawa orang yang mengajarnya adalah lebih baik daripadanya. Justeru itu, mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Uthman atau Ahlu s-Sunnah ciptaan  mereka sendiri.

22. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak menghalalkan pengumpulan dua hamba perempuan yang bersaudara untuk disetubuhi oleh pemiliknya secara berasingan, tetapi  Khalifah Uthman menghalalkan pengumpulan dua hamba perempuan yang bersaudara untuk disetubuhi oleh pemiliknya secara berasingan dengan firman Tuhan Surah al-Nisa' (4): 23, "Diharamkan atas kamu (mengahwini) ibu-ibumu, anak-anakmu yang perempuan....dan menghimpunkan dua perempuan yang bersaudara."Ali (a.s) mengatakan pengumpulan dua perempuan yang bersaudara sama ada di dalam perkahwinan atau perhambaan adalah haram. Kerana di dalam Surah al-Mukminun (23): 6, "Kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau hamba-hamba (perempuan) yang mereka miliki" tidak boleh dijadikan alasan untuk menghalalkan "pengumpulan dua hamba perempuan yang bersaudara" untuk disetubuhi kerana pengharaman mereka berdua di dalam perkahwinan dan perhambaan adalah sama. Oleh itu semua imam-imam mazhab empat mengharamkannya. [Fakhruddin al-Razi, Mafatih al-Ghaib, III, hlm. 193; al-Zamakhsyari, al-Kasysyaf, I, hlm. 359; Ahmad bin Hanbal, al-Musnad, III, hlm. 72;  al-Baidhawi, Anwar al-Tanzil, I, hlm. 269; Muslim, Sahih, I, hlm. 416] Justeru itu, mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Uthman atau Ahlu s-Sunnah ciptaan  mereka sendiri.

23. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak membahagikan sepertiga bahagian pusaka kepada ibu simati dengan adanya dua saudara lelakinya (simati), tetapi Khalifah Uthman membahagikan sepertiga bahagian pusaka kepada ibu simati dengan adanya dua saudara lelakinya (si mati) kerana dia memahami dua saudara lelaki (akhwan) bukanlah saudara-saudara (ikhwah). Tindakannya  adalah bertentangan dengan firman-Nya di dalam Surah al-Nisa'(4): 11: "Jika yang meninggal itu mempunyai beberapa saudara (ikhwah), maka ibunya mendapat seperenam." Apabila khalifah Uthman ditanya:  Tidakkah (akhawan) dua saudara termasuk ikhwah (saudara-saudara)? "Dia menjawab:"Apakah aku mampu menentang perkara yang telah berlaku? "Ini bermaksud dia tidak mampu mengubahnya kerana dua orang khalifah sebelumnya telah menetapkan hukuman itu walaupun ianya bertentangan dengan al-Qur'an.[al-Hakim, al-Mustadrak, IV, hlm. 335; al-Sunan al-Kubra, VI, hlm. 227; al-Durr al-Manthur, II, hlm. 126; Ibn Kathir, Tafsir, I, hlm. 459] . Justeru itu mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Uthman atau Ahlu s-Sunnah ciptaan  mereka sendiri.

24. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak memberikan harta Baitulmal kepada orang yang tidak berhak,tetapi Khalifah Uthman telah memberikan kepada Abdullah bin Khalid bin Usyad bin Abi l-As sebanyak 300,000 Dirham dan setiap orang dari kaumnya sebanyak 1,000 Dirham daripada harta Baitulmal kaum Muslimin. [Ibn Abd Rabbih, Iqd al-Fariq, II, hlm. 261; Ibn Qutaibah, Kitab al-Ma'arif, hlm. 84; Ibn Abi l-Hadid, Syarh Nahj al-Balaghah, I, hlm. 66] Dia memberikan kepada Abdullah 400,000 Dirham. Persoalan yang timbul: Kenapakah khalifah Uthman tidak memberikan wang Baitulmal kepada orang-orang seperti Abdullah bin Mas'ud, Abu Dhar, Ammar dan lain-lain? Justeru itu, mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Uthman atau Ahlu s-Sunnah ciptaan  mereka sendiri.

25. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka mengetahui Sunnah Nabi (S.a.w), apatah lagi jika dia seorang pemimpin. Tetapi Khalifah Uthman tidak mengetahui Sunnah Nabi (S.a.w), lalu dia mengambil Sunnah daripada seorang wanita. Seorang wanita datang berjumpa Rasulullah (S.a.w)  tentang iddahnya kerana suaminya telah mati dibunuh di dalam misi khas. Dia bertanya Rasulullah (S.a.w)  sama ada dia kembali kepada keluarganya Bani Khudrah walaupun suaminya tidak meninggalkan rumah untuknya? Dia berkata: "Rasulullah (S.a.w)  bersabda:Ya, aku pun kembali dan apabila aku sampai di masjid beliau memanggilku lantas aku menyahuti panggilannya. Dia bertanya: "Bagaimana anda berkata? Akupun menerangkan kisah suamiku kepadanya. Maka beliaupun bersabda: "Tinggallah di rumah anda sehingga tamat "iddah." Dia berkata: "Akupun menangguhkan iddahku selama empat bulan sepuluh hari. Khalifah Uthman datang kepadaku dan bertanya mengenainya. Lalu dia mengambilnya dan melaksanakan hukuman tersebut ke atas orang ramai.[Syafi'i, al-Umm, V, hlm. 208; al-Baihaqi, al-Sunan, VII, hlm. 434; Ibn Hajr, al-Isabah, IV, hlm. 346; Malik, al-Muwatta', II, hlm. 86]  Justeru itu mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Uthman atau Ahlu s-Sunnah ciptaan  mereka sendiri.

26. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak mengatakan bahawa perempuan yang bercerai secara khal' iddahnya ialah satu haidh, tetapi Khalifah Uthman mengatakan bahawa perempuan yang bercerai secara khal' iddahnya ialah satu haidh itupun kerana khuatir ianya hamil. [Ibn Majah, al-Sunan, I, hlm. 634; Ibn Kathir, Tafsir, I, hlm. 276;  Muttaqi al-Hindi, Kanz al-Ummal, III, hlm. 223] Tindakan khalifah Uthman itu adalah bertentangan dengan Surah al-Baqarah (2): 228,"Wanita-wanita yang ditalak hendaklah menahan diri (menunggu) tiga kali quru'. Kerana bercerai secara khal' termasuk di dalam al-Muttalaqat(wanita-wanita yang ditalak). Justeru itu mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Uthman atau Ahlu s-Sunnah ciptaan  mereka sendiri.

27. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak memerintahkan azan (pertama) dilakukan sebelum azan (kedua) khutbah. Tetapi Khalifah Uthman adalah orang yang pertama memerintahkan azan (pertama) dilakukan sebelum azan (kedua) khutbah. Ianya adalah bertentangan dengan Sunnah Rasulullah (S.a.w). [al-Suyuti, Tarikh al-Khulafa', hlm. 136] Justeru itu mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Uthman atau Ahlu s-Sunnah ciptaan  mereka sendiri.

KESIMPULAN

       Khalifah Abu Bakr, Umar dan Uthman telah memeperlihatkan penentangan mereka terhadap (sebahagian) sunnah Nabi (s.a.w) sementara pengikut-pengikut mereka pula mentaati  sunnah-sunnah mereka bertiga yang bertentangan dengan sunnah Nabi (S.a.w) berdasarkan catatan para ulama Ahlus Sunnah wa l-Jama‘ah. Justeru itu, mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w) di dalam pengertian yang sebenar, malah mereka adalah Ahli Anti Sunnah Nabi (S.a.w)  secara sedar ataupun tidak.

       Lantaran itu tidak hairanlah, jika Amir al-Mukminin Ali a.s berjuang dengan keras untuk mengembalikan sunnah nabi (s.a.w) ke tempat asalnya, tetapi beliau ditentang oleh Ahlu s-Sunnah wa l-Jama‘ah. Beliau as berkata:

       "Khalifah-khalifah sebelumku telah melakukan perbuatan-perbuatan yang menyalahi Rasulullah (S.a.w)  dengan sengaja. Mereka melanggar janji mereka dengan beliau dengan mengubah sunnah-sunnah beliau. Sekarang jika aku memaksa mereka supaya meninggalkannya dan mengembalikan keadaan sebagaimana di zaman Rasulullah (S.a.w), nescaya tenteraku akan bertaburan lari dariku, meninggalkanku bersendirian atau hanya sedikit sahaja di kalangan Syi'ahku yang mengetahui kelebihanku, dan imamahku melalui Kitab Allah dan Sunnah Rasulullah (S.a.w) akan tinggal bersamaku. Apa pendapat kalian, sekiranya aku menempatkan Maqam Ibrahim pada tempat yang telah ditempatkan oleh Rasulullah (S.a.w), mengembalikan Fadak kepada pewaris-pewaris Fatimah (a.s), mengembalikan timbangan dan ukuran seperti yang lazim di zaman Rasulullah (S.a.w), mengembalikan tanah kepada orang yang telah diberikan oleh Rasulullah (S.a.w), mengembalikan rumah Ja'far kepada pewaris-pewarisnya dan memisahkannya dari masjid (kerana mereka telah merampasnya dan memasukkannya ke dalam masjid); mengembalikan hukum-hukum yang kejam yang dipaksa oleh khalifah-khalifah yang terdahulu ke atas wanita-wanita yang secara tidak sah telah dipisahkan dari suami mereka, mengembalikan jizyah kepada Bani Taghlab, mengembalikantanah Khaibar yang telah dibahagikan-bahagikan, memansuhkan dewan-dewan pemberian dengan meneruskan pemberiankepada semua orang sebagaimana dilakukan pada masa Rasulullah (S.a.w) tanpa menjadikannya tertumpu di kalanganorang-orang kaya, memulihkan pajak bumi, menyamakan kaum Muslimin di dalam masalah nikah kahwin, melaksanakan khums sebagaimana difardhukan Allah (swt).

       Memulihkan Masjid Nabi seperti bentuknya yang asal pada zaman Nabi (S.a.w), menutup pintu-pintu yang dibuka (selepas kewafatan Rasul) dan membuka pintu-pintu yang ditutup (selepas kewafatan Rasul), mengharamkan penyapuan di atas al-Khuffain, mengenakan hukum had ke atas peminum nabidh, memerintahkan halal mut'ah wanita dan mut'ah haji sebagaimana pada zaman Nabi (S.a.w), memerintahkan takbir lima kali dalam solat jenazah, mewajibkan kaum Muslimin membaca Bismillahi r-Rahmani r-Rahim dengan suara yang nyaring pada masa solat, mengeluarkan orang yang dimasukkan bersama Rasulullah (S.a.w) di dalam masjidnya, di mana Rasulullah (S.a.w)  telah mengeluarkannya, memasukkan orang yang dikeluarkan selepas Rasulullah (S.a.w) (beliau sendiri) di mana Rasulullah (S.a.w) telah memasukkannya, memaksa kaum Muslimin dengan hukum al-Qur'an dan talak menuruti Sunnah, mengambil zakat menurut jenis-jenisnya yang sembilan, mengembalikan wuduk basuh dan solat kepada waktunya, syariatnya dan tempatnya, mengembalikan ahli Najran ke tempat-tempat mereka, mengembalikan layanan terhadap tawanan perang Farsi dan bangsa-bangsa lain kepada kitab Allah dan Sunnah Nabi-Nya.

       Sekiranya aku melaksanakan semua ini, nescaya mereka mengembara meninggalkanku. Demi Allah ketika aku perintahkan orang-orang supaya tidak melakukan solat jama'ah di masjid pada bulan Ramadhan kecuali solat-solat fardhu dan memberitahukan kepada mereka bahawa solat sunat berjama'ah (Tarawih) adalah bid'ah, sekelompok tenteraku yang pernah berperang di pihakku mulai berteriak: "Wahai kaum Muslimin! Ali ingin mengubah sunnah Umar dan bermaksud menghentikan kita dari melakukan solat-solat sunat Tarawih pada bulan Ramadhan sehingga aku khuatir mereka akan memberontak. Pada masa yang sama aku sedang menghadapi perpecahan di kalangan umat dan ketaatan mereka kepada pemimpin-pemimpin mereka yang sesat (a’immah dhalalah wa al-Du‘ati ila al-Nar) yang hanya menyeru mereka ke neraka. "[al-Kulaini, al-Raudhah min al -Kafi, (vii), hadis 21, hlm. 51-52]

Khalifah Ali (a.s) begitu berdukacita di atas sikap negatif kaum Muslimin terhadap seruannya untuk kembali kepada Sunnah Nabi (S.a.w). Malah mereka pula memarahi beliau. Khalifah Ali (a.s) berkata lagi,  "Aneh! Hati ummat ini telah dimabukkan oleh cinta kepada Abu Bakr dan Umar dan menerima segala bid'ah mereka. Kemudian beliau berkata lagi, Aneh! Mereka melihat Sunnah Nabi mereka bertukar-tukar dan berubah-ubah sedikit demi sedikit, bab demi bab. Kemudian mereka meredhainya tanpa mengingkarinya. Malah mereka memarahi (orang lain) bagi mempertahankannya, mencaci pengkritik-pengkritiknya dan penentang-penentangnya. Kemudian datang kaum selepas kita, lalu mengikuti pula bid'ah-bid'ah tersebut. Lantas mereka mengambil bid'ah-bid'ah tersebut sebagai Sunnah dan agama bagi mendekatkan diri kepada Allah (swt)."[Sulaim,  Kitab Sulaim, hlm. 134-135 dan selepasnya]

Oleh itu Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w) Adalah para Imam Dua Belas daripada Ahlu l-Bait Nabi (S.a.w) dan pengikut-pengikut mereka yang memepertahankan sunnah Nabi (S.a.w) di sepanjang zaman meskipun mereka menghadapi berbagai-bagai tekanan dan rintangan daripada Ahlu s-Sunnah wa l-Jama‘ah Abu Bakr, Umar dan Uthman yang menjadi penguasa di sepanjang masa.

Saidina Ali dibunuh Ibn Muljam


       Rasulullah Saw. telah memberitahuku bahawa umat akan belot selepasnya (sani‘ah). Tetapi penyaksianku terhadap apa yang mereka lakukan bukanlah membuatku lebih mengetahui dan lebih meyakinkanku daripada sebelumnya. Kerana aku lebih meyakini sabda Rasulullah daripada apa yang aku lihat dengan mata kepalaku. Aku berkata: Wahai Rasulullah! Apakah janji anda kepadaku apabila ia berlaku?

       Beliau bersabda: “Jika anda mendapati pembantu-pembantu (a‘wanan), tentangilah mereka. Jika anda tidak mendapati pembantu-pembantu, maka tahankan tangan anda dan jagalah darah anda sehingga anda mendapati pembantu-pembantu bagi mendirikan agama, Kitab Allah dan Sunnahku”. Rasulullah (Saw.) memberitahuku bahawa sesungguhnya umat akan mengkhianatiku, memberi bai‘ah kepada selain daripadaku dan mengikuti selain daripadaku.[1]

       Dan Rasulullah (Saw.) memberitahuku bahawa sesungguhnya umat selepasnya akan menjadi sama dengan kedudukan Harun dan pengikut-pengikutnya. Al-‘Ijl dan pengikut-pengikutnya. Manakala Musa berkata kepadanya: Wahai Harun! Apakah yang menghalang anda semasa anda melihat mereka sesat Kenapakah anda tidak mengikutiku? Adakah anda telah menderhakai perintahku? Ini bererti bahawa sesungguhnya Musa telah memerintahkan Harun ketika beliau melantiknya ke atas mereka, jika mereka sesat dan beliau pula mendapati pembantu-pembantu, maka hendaklah memerangi mereka. Dan jika tidak mendapati pembantu-pembantu, hendaklah beliau menahan tangannya, menjaga darahnya dan janganlah memecah belahkan di kalangan mereka.

       Begitu juga aku takut saudaraku Rasulullah (Saw.) bersabda kepadaku: Kenapakah anda memecah belahkan di kalangan umat tanpa menjaga sabdaku? Sesungguhnya aku telah berjanji dengan anda, jika anda tidak mendapati pembantu-pembantu, hendaklah anda menahan tangan anda, menjaga darah anda, darah keluarga anda dan Syi‘ah anda. Apabila Rasulullah wafat, orang ramai cenderung kepada Abu Bakr. Lalu mereka memberi bai‘ah kepadanya. Sementara aku sibuk dengan Rasulullah, memandi dan mengafankannya. Kemudian aku sibuk dengan al-Q`ur’an.

       Maka aku telah bersumpah tidak akan memakai jubah melainkan untuk solat sehingga aku mengumpulkannya di dalam satu kitab. Maka aku telah melakukannya. Kemudian aku membawa Fatimah di atas keldai dan memegang al-Hasan dan al-Husain dengan tanganku. Aku tidak meninggalkan seorangpun daripada ahli Badr dan orang terawal daripada Muhajirin dan Ansar melainkan aku menyeru mereka dengan nama Allah akan hakku dan aku telah menyeru mereka supaya membantuku.[2] Maka orang ramai tidak menyahut seruanku melainkan empat orang; al-Zubair, Salman, Abu Dhar dan al-Miqdad.

       Tiada seorangpun bersamaku daripada keluargaku, dapat membantuku. Adapun Hamzah telah terbunuh (qutila) pada Hari Uhud. Manakala Ja’far telah terbunuh pada Hari Mu’tah. Maka tinggallah aku di antara dua orang yang tidak bertamadun; Huqair bin al-Abbas dan Uqail. Mereka berdua masih hampir dengan kekufuran. Sementara itu orang ramai pula membenciku, lantas memaksaku. Maka aku berkata sebagaimana Harun berkata kepada saudaranya dalam Surah al-A‘raf (7): 150: Hai anak ibuku! Sesungguhnya kaumku telah menindasku, mereka hampir membunuhku”. Maka Harun bagiku adalah ikutan yang baik dan bagiku janji Rasulullah kepadaku adalah hujah yang kuat.

       Al-Asy‘ath berkata: Begitulah juga yang dilakukan oleh Uthman. Dia memohon bantuan orang ramai dan menyeru mereka supaya membantunya. Maka dia tidak mendapati pembantu-pembantu, lalu menahan tangannya sehingga dia dibunuh dalam keadaan dizalimi.

       Ali a.s berkata: Celaka anda wahai Ibn Qais! Sesungguhnya orang ramai ketika memaksa dan menindasku, mereka hampir membunuhku. Sekiranya mereka berkata kepadaku: Kami tetap akan membunuh anda, nescaya aku akan menghalang mereka daripada membunuhku sekalipun tidak mendapati selain daripada diriku.

       Tetapi mereka berkata: Sekiranya anda memberi bai‘ah, nescaya kami akan membebaskan anda.[3] Kami akan memuliakan anda. Kami akan mendekati anda. Kami akan menghormati anda. Sekiranya anda tidak melakukannya, nescaya kami membunuh anda. Manakala tidak mendapati seorangpun, lalu akupun memberi bai‘ah kepada mereka. Dan bai‘ahku kepada mereka, tidak membenarkan kebatilan mereka dan tidak pula mewajibkan kebenaran untuk mereka.

       Sekiranya Uthman ketika orang ramai berkata kepadanya: Letaklah jawatan, kami akan membebaskan anda, nescaya mereka tidak membunuhnya. Tetapi dia berkata: Aku tidak akan meletak jawatan, lantas mereka berkata: Kami akan membunuh anda. Maka dia menahan dirinya daripada mereka sehingga mereka membunuhnya. Bagiku perletakan jawatannya adalah lebih baik baginya kerana dia mengambilnya tanpa hak. Dia tidak mempunyai habuan untuknya. Dia mendakwa bukan haknya. Malah dia mengambil hak orang lain.

       Celaka anda wahai Ibn Qais! Sesungguhnya Uthman tidak dikira menjadi salah seorang daripada dua lelaki. Sama ada dia menyeru orang ramai supaya membantunya, tetapi mereka tidak membantunya atau kaum menyerunya supaya mereka membantunya. Maka dia telah melarang mereka daripada membantunya. Dia tidak boleh melarang Muslimin daripada membantu imam hadi muhtadi yang tidak pernah melakukan bai‘ah dan tidak pula pernah melindungi pelaku bid‘ah.

       Sejahat-jahat apa yang dilakukannya ketika dia melarang mereka. Dan sejahat-jahat apa yang mereka lakukan ketika mereka mentaatinya. Sama ada mereka melihatnya sebagai seorang yang tidak layak dibantu kerana kezalimannya dan pemerintahannya yang menyalahi Kitab dan Sunnah. Bersama-sama Uthman (ketika itu) melebihi empat ribu lelaki yang terdiri daripada keluarganya, hamba-hambanya dan para sahabatnya. Jika dia mahu menghalang mereka, nescaya dia telah melakukannya. Justeru itu, kenapa dia melarang mereka daripada membantunya?

       Sekiranya aku mendapati pada Hari Abu Bakr diberi bai‘ah empat puluh lelaki yang taat setia, nescaya aku memerangi mereka. Adapun tidak pada Hari Umar dan Uthman di beri bai‘ah, kerana aku telah memberi bai‘ah. Orang sepertiku tidak akan menarik balik bai‘ahnya. Celaka anda wahai Ibn Qais! Bagaimanakah anda fikir perlakuanku ketika Uthman dibunuh dan aku mendapati pembantu? Adakah anda fikir kegagalanku, kebaculanku atau kecuaianku dalam pertempuranku di Basrah?

       Mereka yang di sekitar unta mereka dilaknati (mal‘un), begitu juga mereka yang bersamanya. Dilaknati mereka yang dibunuh di sekitarnya. Dilaknati mereka yang kembali selepasnya bukan dalam keadaan bertaubat dan bukan dalam keadaan beristighfar. Kerana mereka membunuh pembantu-pembatuku dan mengkhianati bai‘ahku.[4] Mereka juga mewakili gabenorku. Mereka menderhakaiku. Maka aku berjalan kepada mereka dengan dua belas ribu lelaki. (Di dalam riwayat yang lain kurang daripada sepuluh ribu). Mereka melebihi seratus dua puluh ribu. (Di dalam riwayat yang lain pula melebihi lima puluh ribu). Maka Allah telah menolongku ke atas mereka dan Dia membunuh mereka dengan tangan kami dan lapanglah dada kaum Mukminin.

       Bagaimana anda melihat wahai Ibn Qais pertempuran kami di Siffin dan apa yang Allah telah membunuh mereka dengan tangan kami sebanyak lima puluh ribu pada satu tempat dan secara langsung ke Neraka. (Di dalam riwayat yang lain tujuh puluh ribu). Bagaimanakah anda melihat kami pada Hari Nahrawan semasa aku berjuang menentang al-Mariqin (khawarij) sedangkan mereka kelihatan berpegang teguh kepada agama. Firman-Nya dalam surah al-Kahfi (18): 104, ‘‘Sesungguhnya telah sesat usaha mereka di dalam kehidupan dunia. Mereka menyangka melakukan perkara yang baik” Maka Allah membunuh mereka pada satu tempat dan secara langsung ke Neraka. Tidak tinggal kumpulan mereka melainkan sepuluh orang. Dan tidak terbunuh Mukminin melainkan sepuluh orang.

       Celakalah anda wahai Ibn Qais! Adakah anda melihat bendera dikembalikan kepadaku, anda menghinaku wahai Ibn Qais! Aku adalah sahabat Rasulullah pada semua tempat. Orang yang pertama menyahuti cabaran di hadapannya. Aku tidak pernah melarikan diri, tidak pernah mencari perlindungan dan aku tidak pernah memberi belakangku kepada musuh. Kerana tidak harus bagi nabi atau wasi nabi apabila menentang musuhnya, mereka kembali sehingga dibunuh atau Allah memberi kemenangan kepadanya.[5]

       Wahai Ibn Qais! Adakah anda mendengarku lari wahai Ibn Qais? Demi Yang Memecahkan Bijian dan Menghidupkan Makhluk yang hidup. Sekiranya aku mendapati pada Hari Abu Bakr diberi bai‘ah di mana anda telah menghinaku kerena bai’ahku kepadanya, empat puluh orang lelaki yang setia seperti empat lelaki yang aku dapati, nescaya aku tidak menahan tanganku bagi menentang mereka. Tetapi aku tidak dapati lelaki yang kelima. Al-Asy‘ath berkata: Siapakah empat lelaki itu wahai Amir al-Mukminin? Beliau menjawab: Salman, Abu Dhar, al-Miqdad dan al-Zubair bin Safiyyah sebelum dia mengkhianati bai‘ahku. Sesungguhnya dia telah mengkhianatiku dua kali.

       Adapun bai‘ahnya yang pertama dilakukan apabila Abu Bakr diberi bai‘ah, empat puluh orang lelaki Muhajirin dan Ansar memberi bai’ah kepadaku. Di kalangan mereka adalah al-Zubair. Aku memerintahkan mereka supaya datang ke rumahku pada waktu pagi dalam keadaan bercukur kepala dan lengkap dengan senjata. Maka tidak seorangpun daripada mereka melakukannya melainkan empat orang; Salman, Abu Dhar, al-Miqdad dan al-Zubair. Adapun bai‘ahnya yang kedua, ketika beliau datang bersama sahabatnya Talhah selepas pembunuhan Uthman.

       Mereka berdua memberi bai‘ah kepadaku dalam keadaan taat tanpa paksaan. Kemudian mereka kembali daripada agama mereka dalam keadaan murtad, khianat, angkuh, ingkar dan hasad. Maka Allah membunuh mereka berdua ke Neraka. Adapun Salman, Abu Dhar dan al-Miqdad, mereka tetap di atas agama Muhammad Saw. dan millah Ibrahim sehingga mereka berjumpa dengan Allah. Semoga Allah memberi rahmat ke atas mereka.

       Wahai Ibn Qais! Sekiranya empat puluh orang yang telah memberi bai‘ah kepadaku menunaikan janji mereka kepadaku dan mereka datang pada waktu pagi di rumahku dalam keadaan bercukur kepala sebelum Atiq (Abu Bakr) memaksa bai‘ahnya ke atas tengkukku, nescaya aku menentangnya dan aku serahkan penghakimannya kepada Allah SWT. Dan sekiranya aku mendapati sebelum bai‘ah Umar pembantu-pembantu, nescaya aku menentang mereka dan aku serahkan penghakimannya kepada Allah. Sesungguhnya Ibn Auf telah menjadikan khilafah untuk Uthman dan mensyaratkannya supaya menyerahkan kepadanya ketika kematiannya. Adapun selepas bai‘ahku kepada mereka, maka tidak ada jalan lagi bagiku untuk menentang mereka.

       Al-Asy‘ath berkata: Adakah perkara ini sebagaimana yang anda katakan, sesungguhnya umat ini telah binasa selain daripada anda dan Syi‘ah anda? Beliau berkata: Demi Tuhan! Sesungguhnya kebenaran bersamaku wahai Ibn Qais! Sebagaimana aku katakan. Umat ini tidak binasa melainkan al-Nasibin (para penentang), al-Mukabirin (orang yang angkuh), al-Jahidin (orang yang ingkar) dan al-Mu‘anidin (orang yang keras kepala). Adapun orang yang berpegang kepada Tauhid, iqrar dengan Muhammad dan Islam, mereka tidak terkeluar daripada agama. Mereka tidak melahirkan kezaliman ke atas kami, tidak menentang kami. Mereka mengesyaki khilafah, tetapi tidak mengetahui siapakah yang berhak dan tidak mengetahui para walinya dan tidak pula menentang kami. Sesungguhnya mereka adalah Muslim yang tertindas dan diharapkan rahmat Allah ke atasnya dan mereka pula berasa takut akan dosanya. 
       Sulaim bin Qais berkata: Tidak tinggal seorangpun pada hari itu daripada Syi‘ah Ali a.s. melainkan berseri mukanya dan gembira dengan kata-katanya. Kerana Amir al-Mukminin telah menerangkan kepada mereka perkara yang sebenar, tanpa bertaqiyyah. Tidak tinggal seorangpun daripada al-Qurra’ (qari/guru agama) melainkan terbuka hati mereka dan hilang syak mereka. Sebagaimana terdapat juga di kalangan hadirin yang menunjukkan kegelisahan pada wajah mereka kerana membenci kata-katanya.

       Sulaim bin Qais berkata: Aku tidak pernah melihat orang ramai begitu riang pada hari itu, manakala Amir al-Mukminin telah membuka al-ghita’ (penutup) daripada mereka. Beliau menerangkan kepada mereka hakikat sebenar tanpa taqiyyah. Syi‘ah makin bertambah ramai selepas majlis pada hari itu. Mereka terdiri daripada tenteranya yang paling sedikit. Semenjak itu orang ramai yang berperang bersamanya, mengetahui kedudukannya daripada Allah dan Rasul-Nya. Syi‘ah selepas majlis tersebut menjadi orang yang paling mulia dan dihormati. Pada masa itu beliau a.s. memerintahkan supaya membuat persiapan bagi menentang Mu‘awiyah. Selepas beberapa ketika beliau dibunuh oleh Ibn Muljam kerana menuntut bela dengan pedangnya yang beracun.

Sya‘ir al-Mukhtar bin Abi al-Sa‘aq memuji Umar al-Khattab

       Abban daripada Sulaim berkata: Abu aI-Mukhtar telah menulis beberapa bait syair kepada Umar seperti berikut:

Aku menyampaikan Amir al-Mukminin sepucuk surat Anda adalah Amir Allah pada harta Dan urusan pemerintahan Anda adalah Amin Allah pada kami Dan siapa yang menjadi Amir bagi Tuhan manusia Dadaku akan menyerah kepadanya Janganlah anda tinggalkan penduduk bandar dan desa Mengkhianati harta Allah di segenap peringkat
Utuslah kepada al-Nu’man dan Ibn Mu’aqqal
Utuslah kepada Hazm dan Basyar
Utuslah kepada al-Hajjaj, maka ketahuilah akuannya
Itulah yang di pasar maula Bani Nadhir
Janganlah anda melupai dua pengikutnya
Ipar Bani Ghadhwan pada kaum mempunyai banyak harta
Tidak terlepas padanya
Sekalipun Ibn Ghulab daripada pemanah Bani Nasr
Dia mengaut harta tanpa Ibn Muhraz
Meskipun dia di bandar mempunyai kekayaan
Utuslah kepada mereka
nescaya mereka akan membenarkan anda
Dan memberitahu cerita-cerita tentang harta orang yang mempunyai fikiran
Keluargaku telah membahagi-bahagikan mereka
Maka tebusan anda bahawa mereka akan meridhai
Jika anda membahagikan mereka separuh
Janganlah anda memanggilku untuk penyaksian
sesungguhnya aku akan menghilangkan diri
Tetapi aku memerhatikan keajaiban masa
Aku melihat kuda seperti dinding
Dan keputihannya seperti patung
Terlalu kecil pada bilangan semut
Dan titisan air terikat di bekasnya
Ia dimaksudkan berganda-ganda
Apabila peniaga di rumah membawa tikus daripada misk
Telah pergi dalam perpisahan
Anda mewakili apabila mereka mewakili
Anda serang jika mereka menyerang
Mereka banyak harta, tetapi kita tidak memilikinya.

Ibn Ghilab al-Masri berkata:

Aku menyampaikan kepada al-Mukhtar
sesungguhnya aku mendatanginya
Aku tidak mempunya kerabat di sisinya, maupun ipar
Aku tidak mempunyai warisan yang dipusakai
Begitu juga sedekah yang diberi
Sama ada dari Saba’maupun Ghadar.
Tetapi tendangan mengenakan anda setiap serangan
Kesabaranku- apa lagi kematian- di sebalik kegelapan.

Umar mengenakan denda kepada semua gabenornya selain Qunfudh al-‘Adawi

       Sulaim berkata: Umar bin al-Khattab mengenakan denda pada tahun itu kepada semua gabenornya dengan membahagi dua akan harta mereka kerana syair Abu al-Mukhtar, tetapi tidak mengenakan denda sedikitpun ke atas Qunfudh al-‘Adawi sekalipun dia adalah daripada gabenornya. Malah mengembalikan kepadanya apa yang diambil daripadanya sebanyak dua puluh ribu dirham. Dia tidak mengambil satu persepuluh (’usyar) atau separuh daripadanya.

Pemberitahuan Ali a.s. sebab ‘Umar tidak mengenakan denda kepada Qunfudh

       Abban daripada Sulaim berkata: Maka aku telah berjumpa Ali salawatullahi ‘alaihi, maka aku bertanya kepadanya tentang apa yang dilakukan Umar? Beliau berkata: Adakah anda tahu kenapa dia menahan dirinya daripada Qunfudh dan tidak mengenakan denda sedikitpun ke atasnya? Aku menjawab: Tidak. Beliau berkata: Dialah yang memukul Fatimah dengan cemeti dan sesungguhnya kesan cemeti terdapat di bahunya seperti gelang tangan.

Pemberitahuan Ali a.s. kepada al-‘Abbas dan pengaduan terhadap pukulan Qunfudh ke atas Fatimah a.s.

       Abban daripada Sulaim berkata: Aku sampai di dataran Masjid Rasulullah (Saw.) di mana semuanya dihadiri oleh Bani Hasyim selain daripada Salman, Abu Dhar, al-Miqdad, Muhammad bin Abu Bakr, Umar bin Abu Salmah dan Qais bin Sa‘d bin Abu ‘Ubadah. Al-‘Abbas berkata kepada Ali a.s.: Apakah pendapat anda tentang Umar yang menghalang daripada mengenakan denda ke atas Qunfudh sebagaimana dia mengenakan denda ke atas gabenornya? Lalu Ali a.s. melihat kepada mereka di sekitarnya, kemudian berlinangan kedua-dua matanya. Beliau berkata: Kami mengadu kepadanya mengenai pukulan yang dilakukan ke atas Fatimah dengan cemeti, lantaran itu beliau telah meninggal dunia dan kesannya di bahu sepertilah gelang tangan.
     
BAHAGIAN KETIGA
  
Bid‘ah-bid‘ah Khalifah Abu Bakr dan Umar, Fadak, percubaan membunuh Ali a.s., kelebihan Ahl al-Bait, Imam dua belas, perjumpaan seorang Nasrani dengan Ali a.s. dan pencungkilan fitnah

Kata-kata Ali a.s: “Aneh! Hati umat ini dimabukkan oleh cinta kepada Abu Bakr dan Umar”

       Kemudian Ali a.s. berkata: Aneh! Hati umat ini dimabukkan oleh cinta kepada lelaki ini dan sahabat sebelumnya, dan menyerah kepadanya setiap sesuatu yang diciptakannya (ahdatha-hu). Jika gabenor-gabenornya menjadi pengkhianat, nescaya harta-harta yang ada di tangan mereka juga suatu pengkhianatan. Dan tidak halal baginya meninggalkannya. Dia hendaklah mengambil kesemuanya kerana itu adalah harta Muslimin. Dia tidak berhak mengambil separuh dan meninggalkan separuhnya. Dan jika mereka bukanlah pengkhianat, maka tidak halal baginya mengambil harta mereka sama ada sedikit ataupun banyak.[6]

       Sesungguhnya dia mengambil separuh daripada harta mereka sekiranya mereka pengkhianat. Tetapi mereka tidak mengakuinya dan mereka pula tidak dibuktikan. Justeru itu, tidak halal baginya mengambil daripada mereka sama ada sedikit ataupun banyak. Dan yang lebih aneh lagi, dia mengembalikan kepada mereka kerja mereka. Sekiranya mereka (para gabenor) pengkhianat, maka tidak halal baginya melantik mereka kembali. Dan sekiranya mereka bukan pengkhianat, maka tidak halal harta mereka untuknya.[7]
 
Penjelasan Ali a.s. kepada orang ramai tentang bid‘ah-bid‘ah Abu Bakr dan Umar

       Kemudian Ali a.s. berhadapan dengan mereka dan berkata: Aneh sekali! Mereka melihat Sunnah Nabi mereka bertukar-tukar dan berubah-ubah sedikit demi sedikit dan bab demi bab, kemudian mereka meridhai tanpa menentangnya. Malah mereka memarahi untuknya, mencela mereka yang mengaibkannya dan mengingkarinya! Kemudian datang kaum selepas kami, mereka akan mengikuti bid‘ah-bid‘ahnya, kezalimannya, dan perlakuan-perlakuannya (ahdatha-hu). Mereka telah mengambil perlakuannya sebagai sunnah dan agama untuk menghampirkan diri mereka kepada Allah[8].

       Umpamanya, dia telah memindahkan Maqam Ibrahim a.s. dari tempat yang diletakkan oleh Rasulullah (Saw.) kepada tempatnya pada masa Jahiliyah di mana Rasulullah (Saw.) telah memindahkannya.[9] Dia telah mengubah gantang Rasulullah dan cupaknya. Sedangkan terdapat padanya fardhu dan sunat. Penambahannya mendatangkan keburukan kepada fakir miskin di dalam kaffarh al-Yamin dan al-Zihar. Dengan kedua-duanyalah mereka diberi tanaman yang wajib. Rasulullah Saw. bersabda: “Wahai Tuhan! Berkatilah kami pada cupak dan gantang kami. Dan mereka tidak akan mengubahnya kelak”. Tetapi mereka meridhai dan menerima apa yang dilakukannya.

Dialog Fatimah a.s. dengan Abu Bakr tentang Fadak

       Dia dan sahabatnya telah merampas Fadak daripada Fatimah a.s. di mana beliau memakan hasilnya pada masa nabi (Saw.). Dia telah meminta Fatimah memberi keterangan di atas miliknya. Dia tidak membenarkannya dan menolak penyaksian Umm Aiman. Dia mengetahui dengan yakin sebagaimana kami mengetahui bahawa Fadak adalah milik Fatimah. Adalah tidak halal baginya meminta Fatimah supaya memberi keterangan atas apa yang menjadi miliknya dan menuduhnya pula. Kemudian dia telah meminta ihsan orang ramai mengenainya, lantas mereka memujinya[10]pula.

       Mereka berkata: Kewarakan dan kelebihannya telah mendorongnya untuk melakukan sedemikian. Kemudian mereka memperelokkan keburukkan perbuatan mereka berdua, sekalipun mereka berdua menentang Fatimah. Mereka berdua berkata: Kami menyangka bahawa sesungguhnya Fatimah tidak berkata melainkan kebenaran dan sesungguhnya Ali tidak memberi penyaksian melainkan dengan kebenaran. Sekiranya bersama Umm Aiman perempuan lain, nescaya kami telah menyelesaikan untuknya.

       Dengan demikian itu mereka mengambil peluang di sisi orang jahil. Apa kaitan mereka bagi menjadi hakim sehingga mereka diberi atau dihalang? Tetapi umat diuji dengan mereka berdua. Lantaran itu, dimasukkanlah diri mereka pada perkara di mana mereka tidak ada hak padanya. Lagipun mereka tidak mengetahui mengenainya. Sesungguhnya Fatimah (a.s.) berkata ketika dia merampasnya sedangkan ia adalah miliknya: Tidakkah ia di tanganku dan wakilku padanya. Sesungguhnya aku memakan hasilnya pada masa Rasulullah (Saw.) masih hidup?[11]

       Mereka menjawab: Ya. Beliau berkata: Kenapa kalian berdua bertanya tentang saksi ke atas perkara yang menjadi milikku? Mereka menjawab: Kerana ia adalah fai’ Muslimin. Jika saksi tidak ada, kami tidak akan menyelesaikannya. Beliau a.s. berkata kepada mereka berdua dan orang ramai di keliling mendengarnya: Adakah kalian berdua mahu menolak apa yang telah dilakukan oleh Rasulullah Saw. dan menghukum kami secara khusus dan tidak menghukum semua Muslimin dengannya?[12]

       Wahai manusia! Dengarilah apa yang mereka berdua telah lakukan (daripada dosa). Beliau berkata: Apakah pendapat kalian sekiranya aku mendakwa harta Muslimun yang ada pada tangan mereka. Adakah kalian akan meminta saksi daripadaku atau daripada mereka. Mereka berdua berkata: Tidak. Kami akan meminta saksi daripada anda. Sekiranya semua kaum Muslimin mendakwa apa yang ada di tanganku, kalian akan meminta saksi daripada mereka atau daripadaku? Maka Umar menjadi marah dan berkata: Ini adalah Fai’ Muslimin dan tanah mereka tetapi Fatimah memakan hasilnya.[13]

       Dia membuktikan keterangan di atas dakwaannya bahawa Rasulullah (Saw.) telah menghebahkan kepadanya di kalangan Muslimin dan ia adalah fai’’[14] mereka dan hak mereka, nescaya kami mempertimbangkannya. Beliau a.s. berkata: Hasbi. Aku menyeru kalian dengan nama Allah wahai manusia! Tidakkah kalian mendengar Rasulullah bersabda: Sesungguhnya anak perempuanku adalah penghulu wanita Syurga? Mereka menjawab: Wahai Tuhanku! Ya. Sesungguhnya kami telah mendengarnya daripada Rasulullah Saw.           Beliau berkata: Adakah penghulu wanita Syurga mendakwa kebatilan dan mengambil bukan haknya. Apakah pendapat kalian sekiranya empat orang lelaki memberi penyaksian ke atasku bahawa aku telah  melakukan fahisyah (zina) atau dua orang lelaki memberi penyaksian ke atasku bahawa aku telah melakukan sariqah (pencurian), adakah kalian membenarkannya ke atasku? Adapun Abu Bakr hanya berdiam. Umar berkata: Ya. Kami akan menjalankan had ke atas anda.

       Beliau berkata: Anda telah berbohong (kadhabta) dan dicela (lu‘imta) melainkan anda mengakui bahawa sesungguhnya anda bukan di atas agama Muhammad. Sesungguhnya orang yang mengharuskan penyaksian (syahadah) ke atas penghulu wanita Syurga atau menjalankan had ke atasnya adalah orang yang dilaknati dan kafir (la mal’un kafir) dengan apa yang telah diturunkan Allah ke atas Muhammad. Kerana sesungguhnya Allah telah menghilangkan daripada mereka kekotoran dosa dan membersihkan mereka sebersih-bersihnya, tidak harus dijalankan penyaksian ke atas mereka kerana mereka adalah maksum daripada segala kejahatan dan bersih daripada segala kekejian (fahisyah).
       Beritahuku wahai Umar! Siapakah yang dimaksudkan dengan ayat ini (man ahlu hadhihi al-ayah)? Sekiranya satu kaum memberi penyaksian ke atas mereka atau ke atas seseorang daripada mereka dengan syirk, kufr atau perkara yang keji (fahisyah), Muslimun akan membersihkan diri daripada mereka dan akan mengenakan had ke atas mereka. Dia menjawab: Ya. Mereka dan orang lain adalah sama dalam perkara tersebut.

       Beliau (a.s.) berkata: Anda telah berbohong (kadhabta) dan ingkar (kafarta). Mereka dan orang ramai tidaklah sama di dalam perkara tersebut. Kerana Allah telah menjaga mereka, menurunkan ‘ismah dan tathir kepada mereka. Dan Dia telah menghilangkan daripada mereka kekotoran dosa.[15] Justeru itu, sesiapa yang membenarkan ke atas mereka, maka sesungguhnya dia membohongi Allah dan Rasul-Nya. Abu Bakr berkata: Aku bersumpah ke atas anda wahai Umar supaya diam.

Abu Bakr memerintahkan supaya Ali a.s. dibunuh semasa solat dan penyesalannya

       Apabila malam tiba, mereka berdua datang kepada Khalid bin al-Walid. Mereka berkata: Kami mahu merahsiakan kepada anda satu perkara. Kami mempertanggungjawabkan kepada anda kerana kami percayakan anda. Dia berkata: Kalian berdua berilah tanggungjawab kepadaku menurut kehendak anda kerana aku taat kepada kalian berdua. Mereka berkata kepadanya: Pemerintahan dan kekuasaan kami tidak akan memberi manfaat kepada kami selama Ali masih hidup.
       Tidakkah anda mendengar apa yang dikatakannya kepada kami dan apa yang kami hadapi? Kami tidak menjaminnya. Kemungkinan dia menyeru orang ramai secara senyap-senyap, maka orang ramai akan menyahut seruannya. Justeru itu,  mereka menentang kami kerana dia adalah Arab yang paling berani.[16]

       Dan sesungguhnya kami telah melakukan sesuatu terhadapnya sebagaimana anda telah melihatnya. Kami mengalahkannya bagi memiliki kerajaan sepupunya (Rasulullah Saw.) dan tidak ada hak bagi kami terhadapnya. Kami telah merampas Fadak daripada perempuannya. Apabila anda mengerjakan solat subuh dengan orang ramai, maka berdirilah di sisinya. Pedang anda hendaklah bersama anda. Maka apabila anda mengerjakan solat dan memberi salam, maka penggallah kepalanya.

       Ali a.s. berkata: Khalid mengerjakan solat di sisiku dalam keadaan bersiap-sedia dengan pedang di atas kepalanya (mutaqallidan). Maka Abu Bakr pun berdiri di dalam solat dan mulai membincangkannya dengan dirinya lalu menyesalinya. Dan melepaskan tangannya sehingga matahari hampir naik.[17] Kemudian dia berkata sebelum memberi salam: Jangan anda lakukan apa yang aku perintahkan kepada anda, kemudian memberi salam. Aku berkata kepada Khalid: Apakah itu? Dia menjawab: Abu Bakr memerintahkan apabila dia memberi salam, aku akan memenggal kepala anda. Aku berkata: Adakah anda akan melakukannya? Dia menjawab: Demi Tuhanku (ayyu rabbi) aku akan melakukannya.[18]

Penjelasan Ali a.s. kepada al-Abbas tentang bid‘ah-bid‘ah Abu Bakr dan Umar

       Sulaim berkata: Kemudian Ali a.s. berhadapan dengan al-Abbas dan orang di sekitarnya, lalu berkata: Tidakkah kalian hairan bahawa dia dan sahabatnya menahan kami daripada saham kerabat[19] yang telah difardhukan oleh Allah kepada kami dalam al-Qur’an. Dan Allah mengetahui sesungguhnya mereka akan menzalimi kami mengenainya dan akan mencabutnya daripada kami. Dia berfirman dalam Surah al-Anfal (8): 41, ‘‘Sekiranya kalian beriman dengan Allah dan apa yang telah kami turunkan ke atas hamba kami pada Hari al-Furqan, pada hari bertemunya dua kumpulan”. Aneh! Dia telah memusnahkan rumah saudaraku Ja‘far dan menyambungkannya pada Masjid tanpa membayar sesuatupun kepada anak-anaknya. Kemudian orang ramai tidak mengaibkannya atau memalukannya. Seolah-olah dia telah mengambil rumah lelaki Dailam.

       Aneh! Kerana kejahilannya dan kejahilan umat bahawa dia menulis surat kepada para gabenornya: Sesungguhnya orang yang berjunub[20] apabila tidak mendapati air, maka tidak wajib mengerjakan solat dan tidak wajib baginya bertayammum sekiranya tidak mendapatinya sehingga berjumpa Allah. (Di dalam riwayat yang lain. Sekiranya tidak mendapatinya setahun). Kemudian orang ramai menerimanya dan meridhainya.[21]

       Sesungguhnya dia mengetahui dan orang ramai pun mengetahui bahawa Rasulullah (Saw.) telah memerintahkan Ammar dan Abu Dhar supaya bertayammum daripada janabah, mengerjakan solat dan mempersaksikan di sisinya.[22] Perkara yang sama dilakukan juga oleh orang lain di sisinya, tetapi dia (Umar) tidak menerimanya. Aneh! Dia telah mencampuradukkan hukum yang bermacam-macam dalam masalah had[23], tanpa ilmu kerana kediktatoran (ta’assufan) dan kejahilan (jahlan).

       Dakwaan mereka berdua terhadap apa yang mereka tidak tahu semata-mata kerana berani (jur’atan) terhadap Allah. Mereka mendakwa bahawa Rasulullah (Saw.) mati tanpa memberi sebarang hukuman mengenai datuk lelaki (al-Jadd) dan tidak meninggalkan seorangpun yang mengetahui tentang bahagian pusaka datuk.[24] Kemudian mereka memberi bai‘ah kepada mereka berdua di atas perkara tersebut, lalu membenarkan mereka berdua.

       Dia (Umar) telah memerdekakan Ummahat al-Aulad, maka orang ramai mengambil kata-katanya dan meninggalkan sabda Rasulullah (Saw.). Dan apa yang dia lakukan kepada Nasr bin al-Hajjaj, Ja‘dah bin Sulaim dan Ibn Wabrah. Apa yang lebih aneh daripada itu adalah mengenai Abu al-Kanafi al-‘Abdi yang datang berjumpanya dan berkata: Sesungguhnya aku telah menceraikan isteriku dan aku tidak ada (ghaib) pada masa itu. Maka talak telah sampai kepadanya.

       Kemudian aku merujuknya di dalam ‘iddahnya, tetapi suratku tidak sampai kepadanya sehingga dia (isteri) berkahwin (Tazawwajat). Maka dia (Umar) menulis kepadanya: Sekiranya lelaki yang mengahwininya telah menyetubuhinya, maka dia adalah isterinya. Dan sekiranya dia belum menyetubuhinya, maka dia adalah isteri anda.[25] Dia menulis kepadanya mengenainya dan aku telah menyaksikannya.

       Dia tidak bermesyuarat denganku dan tidak pula bertanyakanku. Dia fikir ilmunya sudah memadai tanpa memerlukan keilmuanku. Aku mahu menghalangnya. Kemudian aku berkata: Aku tidak peduli jika Allah mendedahkan keburukkannya. Namun orang ramai tidak mencelanya malah memuji dan mengambilnya sebagai sunnah (Sunnatan). Mereka menerima dan melihatnya sebagai betul (sawaban).[26] Demikianlah dia menghukumnya. Sekiranya seorang gila yang kurus kering menghukumnya, nescaya dia tidak menambahnya. Seterusnya dia meninggalkan ‘‘Hayya ‘ala Khairil ‘Amal” dalam azan.[27] Maka mereka mengambilnya sebagai sunnah dan mengikutnya pula.

       Dan hukumannya terhadap al-Mafqud (lelaki yang hilang) bahawa ajal isterinya adalah empat tahun, kemudian dia boleh kahwin. Dan sekiranya suaminya kembali, dia diberi pilihan antara perempuannya dan al-Saddaq (mas kahwin). Maka orang ramai memujinya dan mengambilnya sebagai sunnah. Mereka menerima daripadanya kerana kejahilan, sedikit ilmu dengan Kitab Allah SWT dan Sunnah Nabi Saw.

       Dia mengeluarkan setiap orang buta dari Madinah dan menghantar kepada gabenornya di Basrah dengan tali sepanjang lima jengkal (asybar). Dan kata-katanya: Sesiapa yang kalian mengambilnya daripada al-A‘jam[28] di mana ukurannya sepanjang tali ini maka penggallah kepalanya. Dia mengembalikan sibaya (hamba perempuan) yang bersembunyi sedangkan mereka sedang hamil. Dia menghantar seutas tali mengenai kanak-kanak yang mencuri di Basrah dan berkata: Sesiapa yang sampai sepanjang tali ini maka kalian potonglah (tangan)[29].

       Apa yang paling aneh daripada itu adalah seorang pembohong lelaki (kadhdhaban) direjam dengan sebab seorang pembohong perempuan (kadhdhabah). Dia (Umar) menerimanya (kadhdhabah) dan orang jahil menerimanya pula. Mereka menyangka sesungguhnya para Malaikat bercakap di atas lidahnya (Umar) dan mengajarnya. Dia memerdekakan sibaya (hamba perempuan) ahli Yaman. Dia dan sahabatnya mengundurkan diri daripada tentera Usamah bin Zaid sedangkan mereka berdua telah menerima kepemimpinannya.[30]

       Kemudian apa yang lebih aneh daripada itu adalah bahawa sesungguhnya Allah mengetahui dan orang ramai pun mengetahui bahawa dialah orang yang telah menghalang Rasulullah (Saw.) daripada kertas dan dakwat yang dimintanya.[31] Kemudian peristiwa tersebut tidak memudarat dan mengurangkannya (Umar) di sisi mereka. Dialah sahabat Safiyyah[32] ketika dia berkata kepadanya apa yang dia kata, maka Rasulullah (Saw.) memarahinya dan berkata apa yang beliau kata.

       Dialah yang berkata kepadaku ketika aku melaluinya suatu hari: Umpama Muhammad pada Ahl Baitnya adalah seumpama pokok kurma (nakhlah) yang tumbuh di dalam sampah (kunasatin). Kata-kata itu sampai kepada Rasulullah (Saw.) lantas beliau menjadi marah, beliau keluar dan menaiki mimbar Masjid. Kaum Ansar terkejut dan datang dengan senjata manakala mereka melihat kemarahan Rasulullah (Saw.).

Penjelasan Rasulullah Saw. tentang keutamaan Ahl Baitnya a.s.

       Beliau bersabda: Apakah gerangan mereka yang menghinaku dengan kerabatku. Dan sesungguhnya mereka mendengar daripadaku apa yang aku kata tentang kelebihan mereka; kelebihan yang Allah kurniakan kepada mereka, apa yang Allah mengkhususkan untuk mereka dengan hilangnya kekotoran dosa dan kesucian yang Allah kurniakan kepada mereka. Sesungguhnya aku memberitahu mereka tentang kelebihan Ahl Baitku[33] dan orang yang terbaik mereka daripada apa yang telah dikurniakan Allah kepadanya, memuliakannya, melebihkannya ke atas orang yang mendahuluinya dalam Islam, ujian-Nya padanya, kekerabatannya dengan. Sesungguhnya beliau adalah daripadaku seperti kedudukan Harun daripada Musa.[34] Kemudian kalian menyangka umpama aku pada Ahl Baitku seperti pokok kurma yang tumbuh di dalam sampah Sesungguhnya Allah menciptakan makhluk-Nya, maka Dia telah membahagikannya kepada dua kumpulan.

       Maka Dia menjadikan aku orang yang terbaik di kalangan dua kumpulan itu. Kemudian Dia menjadikan satu kumpulan tersebut kepada tiga kumpulan yang terdiri daripada syu‘yuban (suku-suku), qaba’ila (kabilah-kabilah) dan buyutan (rumah-rumah).

       Maka Dia menjadikan aku orang yang terbaik di kalangan suku, dan kabilah, kemudian Dia menjadikan mereka buyutan, lalu Dia menjadikan aku baitan (rumah) yang terbaik sebagaimana firman-Nya ‘‘Sesungguhnya Allah mahu menghilangkan daripada kamu Ahl al-Bait kekotoran dosa dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya”. Maka aku dapati pada Ahl Baitku dan ‘Itrahku, aku dan saudaraku Ali bin Abu Talib. Hanya Allah telah merenung pada penduduk Bumi satu kali renungan, maka Dia memilih aku daripada mereka.

       Kemudian Dia telah merenung pada penduduk Bumi pada kali kedua, maka Dia memilih saudaraku Ali, wazirku, wasiku dan khalifahku pada umatku. Wali setiap Mukmin selepasku. Maka[35] Dia telah mengutusku sebagai Rasul, Nabi dan Dalil. Maka Dia mewahyukan kepadaku supaya mengambil Ali sebagai saudara, wali, wasi dan khalifah pada umatku selepasku. Sesungguhnya beliau adalah wali kepada setiap Mukmin selepasku. Sesiapa yang menjadikannya wali maka Allah memberkatinya. Sesiapa yang memusuhinya maka Allah memusuhinya. Sesiapa yang mencintainya maka Allah mencintainya. Sesiapa yang memarahinya maka Allah memarahinya.

       Beliau tidak akan dicintai melainkan oleh Mukmin dan tidak akan dimarahi melainkan oleh orang kafir.[36] Beliau adalah rabb-al ardh (tuan bumi) selepasku dan penghuninya. (Di dalam naskhah yang lain beliau adalah zarr al-Ardh dan penghuninya). Beliau adalah Kalimah Allah al-Taqwa, ‘Urwat Allah al-Wuthqa (ikatan Allah yang kuat). Firman-Nya dalam Surah al-Taubah (9): 32, ‘‘Adakah kalian mahu memadamkan cahaya Allah dengan mulut-mulut kalian dan sesungguhnya Allah adalah penyempurna cahaya-Nya, sekalipun dibenci oleh Musyrikun” Dan musuh-musuh Allah mahu memadamkan cahaya saudaraku. Tetapi Allah menyempurnakan cahaya-Nya.

       Wahai manusia! Hendaklah orang yang datang menyampaikan sabdaku ini kepada orang yang tidak datang (ghaiba-kum). Wahai Tuhanku persaksikanlah! Wahai manusia! Sesungguhnya Allah telah merenung kali ketiga, maka Dia memilih daripada mereka selepasku dua belas wasi daripada Ahl Baitku, mereka itu adalah sebaik-baik umatku. Daripada mereka sebelas imam selepas saudaraku (akhi) seorang demi seorang.[37]

       Setiap kali seorang imam mati, seorang daripada mereka mengambil tempatnya. Mereka seumpama bintang-bintang di langit. Setiap kali satu bintang hilang, satu bintang yang lain timbul (tala‘a) kerana mereka adalah para imam yang mendapat hidayat. Tidak akan memudaratkan mereka oleh tipu daya orang yang menipu, penghinaan orang yang menghina mereka. Malah Allah akan memudaratkan orang yang menipu mereka dan menghina mereka. Maka mereka adalah hujah Allah di Bumi-Nya, saksi-saksi-Nya terhadap makhluk-Nya.[38]

       Sesiapa yang mentaati mereka, mentaati Allah. Sesiapa yang menderhakai mereka, maka menderhakai Allah. Mereka bersama al-Qur’an dan al-Qur’an bersama mereka. Mereka tidak akan berpisah dengan al-Qur’an dan al-Qur’an tidak akan berpisah dengan mereka sehingga mereka dikembalikan kepadaku di Haudhku.[39]

       Imam yang pertama adalah sebaik-baik mereka iaitu Ali a.s.. Kemudian anak lelakiku al-Hasan. Kemudian anak lelakiku al-Husain. Kemudian sembilan daripada anak lelaki al-Husain. Ibu mereka adalah anak perempuanku Fatimah salawatullahi ‘alaihim, selepas mereka adalah Ja‘far bin Abu Talib sepupuku dan saudara kepada saudaraku dan bapa saudaraku Hamzah bin Abd al-Muttalib. Aku adalah sebaik-baik Rasul dan para nabi. Fatimah ialah anak perempuanku adalah penghulu wanita Syurga. Ali di mana anak-anak lelakinya adalah para wasi, adalah sebaik-baik wasi. Ahl Baitku adalah sebaik-baik bait (rumah) para nabi. Dua anak lelakiku adalah penghulu pemuda Syurga.[40]

       Wahai manusia! Sesungguhnya syafaatku menjadi harapan kalian. Tidak seorangpun anak yang dilahirkan oleh datukku Abd al-Muttalib berjumpa Allah dalam keadaan tauhid dan tidak mengsyirikkan-Nya dengan sesuatu pun melainkan Dia memasukkannya Syurga meskipun dosanya sebanyak batu-batu kecil (al-Hasa) dan buih air laut.

       Wahai manusia! Kalian hormatilah (‘Azzimu) Ahl Baitku pada masa hidupku dan selepas matiku. Kalian muliakanlah mereka, kalian lebihkanlah mereka kerana tidak halal bagi seseorang itu berdiri dari majlisnya kerana seseorang melainkan kerana Ahl Baitku. Sesungguhnya jika aku berada di perkarangan pintu Syurga, maka Tuhanku melahirkan sifat tajalli kepadaku dan memberi izin kepadaku untuk bersyafaat nescaya aku tidak akan mengutamakan orang lain daripada Ahl Baitku. Wahai manusia! Kalian beritahuku tentang nasabku, siapakah aku? Lantas seorang lelaki daripada kaum Ansar berdiri dan berkata: Kami memohon perlindungan dengan Allah daripada kemaraham Allah dan kemarahan Rasul-Nya.

       Beritahuku wahai Rasulullah! Siapakah yang telah menyakiti anda (adha-ka) pada Ahl Bait anda sehingga kami penggal kepalanya, atau hendaklah dia berbuat baik kepada ‘Itrahnya. Maka beliau berkata: Beritahu nasabku? Aku adalah Muhammad bin Abdullah bin Abd al-Muttalib bin Hasyim sehingga beliau mengaitkan nasabnya dengan Nizar. Kemudian berterusan nasabnya kepada Ismail bin Ibrahim Khalilullah, kemudian bersabda : Sesungguhnya aku dan Ahl Baitku adalah tinah (tanah) di bawah ‘Arasy kepada Adam, nikah tanpa zina. Pernikahan Jahiliyah tidak berlaku kepada kami. Justeru itu, kalian bertanyalah kepadaku[41].

       Demi Tuhan! Tidak akan bertanyaku seorang lelaki tentang bapanya, ibunya dan nasabnya melainkan aku memberitahunya mengenainya. Seorang lelaki berdiri dan bertanya: Siapakah bapaku? Beliau bersabda: Bapa anda adalah fulan di mana anda mengaitkan diri anda dengannya. Lelaki itu lalu memuji Allah dan bersyukur kepada-Nya, dan berkata: Sekiranya anda mengaitkan aku dengan nasab (nasabta-ni) orang lain aku tetap meridhai dengan sepenuhnya.

          Kemudian seorang lelaki lain berdiri dan berkata: Siapakah bapaku? Maka beliau bersabda: Bapa anda adalah fulan bukan bapa yang dikaitkan dengannya. Maka lelaki itupun keluar daripada Islam (irtadda). Kemudian lelaki lain berdiri dan berkata: Adakah aku daripada ahli Syurga atau daripada ahli Neraka? Maka beliau bersabda: Daripada ahli Syurga. Kemudian seorang lelaki berdiri dan berkata: Adakah aku daripada ahli Syurga atau daripada ahli Neraka? Beliau bersabda: Daripada ahli Neraka.

       Kemudian Rasulullah Saw. bersabda dalam keadaan marah: Apakah yang menghalang orang yang menghina Ahl Baitku, saudaraku, wazirku, wasiku, khalifahku pada umatku dan wali kepada setiap Mukmin selepasku,[42] berdiri dan bertanyaku: Siapakah bapanya, di mana dia, di Syurga atau di Neraka?        Maka Umar bin al-Khattab pun berdiri dan berkata: Aku memohon perlindungan dengan Allah daripada kemarahan Allah dan kemarahan Rasul-Nya. Maafkan kami wahai Rasulullah, nescaya Allah memaafi anda. Ampunilah kami, nescaya Allah mengampuni anda. Simpanlah rahsia kami (Ustur-na), nescaya Allah menyimpan rahsia anda. Maaflah kami, nescaya Allah bersalawat ke atas anda. Maka Rasulullah (Saw ) terasa malu (istaha) dan berhenti (kaffa).
       Ali a.s. berkata: Dialah (Umar) sahib al-‘Abbas yang telah dihantar oleh Rasulullah (Saw.) dalam keadaan berjalan kaki dan berkata: Sesungguhnya al-Abbas telah menegah zakat hartanya, maka Rasulullah (Saw.) menjadi marah dan bersabda: Segala puji bagi Allah yang memaafkan kami Ahl al-Bait daripada kejahatan yang mencemarkan kami (yulattikhuna) dengannya. Sesungguhnya al-Abbas tidak menegah zakat hartanya tetapi anda menyegerakan ke atasnya. Dia menyegerakan zakat beberapa tahun. Kemudian dia datang kepadaku selepas itu dan meminta berjalan bersamanya kepada Rasulullah (Saw.) bagi tujuan mendapatkan keridhaannya, maka aku telah melakukannya.

       Dialah sahib Abdullah bin Abi Salul manakala Rasulullah (Saw.) berjalan ke hadapan untuk mengerjakan solat ke atasnya, maka dia memegang kain Rasulullah (Saw.) dari belakang seraya berkata: Sesungguhnya Allah melarang anda daripada mengerjakan solat ke atasnya. Justeru itu, adalah tidak halal bagi anda mengerjakan solat ke atasnya. Rasulullah (Saw.) bersabda: Sesungguhnya aku mengerjakan solat ke atasnya kerana menghormati anak lelakinya.[43] Dan aku berharap agar tujuh puluh orang lelaki daripada suku bapanya dan keluarganya memeluk Islam kerananya. Apakah anda tahu apa yang aku kata! Sesungguhnya aku telah berdoa kepada Allah ke atasnya.

       Dialah sahib Rasulullah (Saw.) pada Hari Hudaibiyah manakala Rasulullah Saw. menulis surat perjanjian, dia (Umar) berkata: Adakah kita memberi kehinaan kepada agama kita? Kemudian dia mulai mengelilingi tentera Rasulullah, mengapi-apikan mereka seraya berkata: Adakah kita memberi kehinaan kepada agama kita? Maka Rasulullah (Saw.) bersabda: Pergilah kalian daripadaku atau anda mahu aku mengkhianati dhimmahku?[44]

       Di dalam riwayat yang lain: Kalian keluarkannya (Umar) daripadaku. Adakah anda mahu mengkhianati dhimmahku? Sesungguhnya aku akan menyempurnakan apa yang aku telah tuliskan untuk mereka. Wahai Suhail! Ambillah anak lelaki anda Jundalan. Maka dia mengikatnya dengan ikatan yang kuat pada besi. Kemudian Allah menjadikan tindakan Rasulullah (Saw.) kepada kebaikan, kewarasan, petunjuk, kemuliaan dan kelebihan.

       Dialah sahib Hari Ghadir Khum, semasa dia dan sahabatnya berkata ketika Rasulullah (Saw.) melantikku (nasabani) sebagai wali : Apa gerangannya beliau mengangkat orang yang tidak ada guna (ma ya’lu an yarfa’a khassisata-hu)? Sementara sahabatnya pula berkata: Apa gerangannya beliau mengangkat ketiak sepupunya (ma ya’lu raf’an bi-dhab’i ibn ‘ammi-hi)? Dia berkata kepada sahabatnya: Ini adalah suatu kehormatan! Maka muka sahabatnya tiba-tiba berubah dan berkata: Tidak! Demi Tuhan, aku tidak akan mendengar dan tidak mentaati selama-lamanya (la asma‘u wa la uti‘u abadan). Kemudian dia pergi kepada keluarganya dengan sombong, lalu diikuti juga oleh sahabatnya.

       Maka Allah menurunkan firman-Nya mengenainya di dalam Surah al-Qiyamah (75): 31-35, “Maka dia tidak membenarkan dan tidak pula mengerjakan solat, tetapi mendusta dan berpaling (daripada kebenaran), kemudian dia pergi kepada keluarganya dengan sombong. Lebih patut (siksa) bagimu, maka ia lebih patut. Kemudian lebih patut (siksa) bagimu, maka ia lebih patut”, sebagai janji ancaman (wa‘idan) dan peringatan yang keras daripada Allah untuknya.

       Dialah yang datang kepadaku ketika itu aku bersama Rasulullah (Saw.), melawatku dengan sekumpulan para sahabatnya manakala sahabatnya mengelipkan mata kepadanya. Maka dia berkata: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya anda telah menjanjikan kepada kami tentang Ali satu janji, sesungguhnya aku melihat apa yang terjadi padanya sekarang. Sekiranya dia mati, kepada siapa? Maka Rasulullah (Saw.) bersabda: Persilakan duduk. Beliau mengulanginya sebanyak tiga kali.

       Maka Rasulullah Saw. berhadapan dengan mereka berdua dan bersabda: Beliau tidak akan mati di dalam kesakitannya ini sehingga kalian berdua memenuhinya dengan kemarahan dan melakukan pengkhianatan dan kezaliman terhadapnya. Kemudian kalian berdua mendapatinya masih bersabar dan cekal. Beliau tidak akan mati sehingga berjumpa kalian berdua dalam keadaan yang mencemaskan. Beliau tidak akan mati melainkan mati syahid.

Lapan puluh sahabat menerima Ali a.s. sebagai pemimpin Mukminin
         
[1] Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi‘ al-Mawaddah, hlm. 135.

[2] Sibt Ibn al-Jauzi, Tadhkirah al-Khawwas, hlm. 30-31. al-Nasa’i, al-Khasa’is, hlm. 39-40.

[3] Al-Tabari, Tarikh, ix, hlm. 192. Ibn Hisyam, al--Sirah al-Nabawiyyah, iv, hlm. 309.

[4] Ibn al-Athir, Usd al-Ghabah, iv, hlm.33. al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-‘Ummal, vi, hlm. 88.

[5] Muhibb al-Din al-Tabari, al-Riyadh al-Nadhirah, ii, hlm. 190-2.

[6] Ibn Abi al-Hadid, Syarh Nahj al-Balaghah, iii, hlm. 163-4.

[7] Ibid.

[8] Al-Bukhari, Sahih, viii, hlm. 382 (Hadis no. 585) ‘‘Sesungguhnya kamu tidak mengetahui apa yang telah dilakukan oleh mereka (para sahabat). (inna-ka la tadri ma ahdathu ba‘d-ka) selepas anda meninggalkan mereka. Maka aku berkata: Terjauhlah, terjauhlah daripada rahmat Tuhan, mereka yang telah mengubah (Sunnahku) selepasku. Mereka telah menjadi kafir-murtad selepas anda”.

[9] Al-Suyuti, Tarikh al-Khulafa’, hlm. 137.

[10] Ibn al-Athir, Usd al-Ghabah, v, hlm. 522. al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-‘Ummal, vi, hlm. 219. Muhibb al-Din al-Tabari, Dhakha’ir al-‘Uqba, hlm. 39. al-Baihaqi, Sunan, ii, hlm. 300.

[11]Al-Haithami, Majma‘ al-Zawa’id,vii, hlm. 49. al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-‘Ummal, ii, hlm. 158. al-Dhahabi, Mizan al-I‘tidal, ii, hlm. 228.

[12]Al-Haithami, Majma‘ al-Zawa’id, vii, hlm. 49. al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-‘Ummal, ii, hlm. 158. al-Dhahabi, Mizan al-I‘tidal, ii, hlm. 228.

[13] Ibid.

[14] Harta yang diambil daripada Musyrikin tanpa peperangan.

[15] al-Tabari, Jami‘ al-Bayan, xxii, hlm. 5-6. al-Suyuti, al-Durr al-Manthur, v, hlm. 108. Ibn Hanbal, Musnad, iii, hlm. 259.

[16] A-Suyuti, al-Durr al-Manthur, v, hlm. 192. al-Syablanji, Nur al-Absar, hlm. 86.

[17] Al-Fadhl bin Syadhan, al-Idhah, hlm. 155-8. Bandingkan Ibn Abi al-Hadid, Syarh Nahj al-Balaghah, iv, hlm. 190-3.

[18] Al-Fadhl bin Syadhan, al-Idhah, hlm. 155-8. Bandingkan Ibn Abi al-Hadid, Syarh Nahj al-Balaghah, iv, hlm. 190-3.

[19] Ibn Hanbal, Musnad, i, hlm. 320. al-Suyuti, Tarikh al-Khulafa’, hlm. 137.

[20]  Al-Nasa’i, al-Sunan, i, hlm.59. Ibn Majah, al-Sunan, i, hlm. 200.

[21] Al-Nasa’i, al-Sunan, i, hlm. 59. Ibn Majah, al-Sunan, i, hlm. 200.

[22] Al-Nasa’i, al-Sunan, i, hlm. 59. Ibn Majah, al-Sunan, i, hlm. 200.

[23] Khalifah Umar telah memerintahkan supaya direjam seorang wanita gila yang berzina. Ali a.s. memperingatkannya dan berkata: “Qalam diangkat daripada orang gila sehingga dia sembuh”. Kemudian Umar berkata: “Sekiranya Ali tidak ada nescaya binasalah Umar”. Ibn ‘Abd al-Birr, al-Isti‘ab, iii, hlm. 39.

[24] Al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-‘Ummal, vi, hlm. 15.

[25] Muhammad al-Khawarizmi, Jami‘ Masanid al-Imam al-A‘zam, ii, hlm. 158.

[26] Al-Bukhari, Sahih, viii, hlm. 382. Hadis no. 585. Muslim, Sahih, iv, hlm. 1793. Hadis no. 26 ‘‘Kamu tidak mengetahui apa yang telah dilakukan oleh mereka (ahdathu ba‘d-ka), maka aku berkata: Terjauhlah, terjauhlah (daripada rahmat Tuhan), mereka yang telah mengubah (Sunnahku) selepasku”.

[27] Al-Halabi, al-Sirah, ii, hlm. 110.

[28] Orang bukan Arab.

[29] Al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-‘Ummal, iii, hlm. 116.

[30] Al-Syahrastani, al-Milal wa al-Niihal, i, hlm. 21. Ibn Sa‘d, al-Tabaqat, ii, hlm. 249 dan lain-lain.

[31] Al-Bukhari, Sahih, i, hlm. 86. Hadis no. 114.

[32] Al-Haithami, Majma’ al-Zawa’id, viii, hlm  269.

[33] Surah al-Ahzab (33): 33.

[34] Al-Bukhari, Sahih, iii, hlm. 54. Muslim, Sahih, ii, hlm. 236-7.

[35] Al-Kanji al-Syafi‘i, Kifayah al-Talib, hlm. 479. al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-‘Ummal, vii, hlm. 188.

[36] Ibn Hanbal, Musnad, vi, hlm. 292.

[37] Al-Kanji al-Syafi‘i, Kifayah al-Talib, hlm. 479.

[38] Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi‘ al-Mawaddah, hlm. 445.

[39] Ibid.

[40] Al-Turmudhi, Sahih, v, hlm. 656.

[41] Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi‘ al-Mawaddah, hlm. 12-13.

[42] Al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-‘Ummal, vi, hlm. 117.

[43] Al-Turmudhi, Sahih, ii, hlm. 185.

[44] Al-Bukhari, Sahih, ii, hlm. 111. Muslim, Sahih, iv, hlm. 12-14.

[45] Al-Tabari, Tarikh, ii, hlm. 62. al-Khatib, Tarikh Baghdad, xii, hlm. 169.


(DIKUTIP DARI KITAB SULAIM B QAIS W90H)