Showing posts with label CAKAP. Show all posts
Showing posts with label CAKAP. Show all posts

Thursday, July 14, 2011

Kelebihan Berdiam Diri

      

       Daripada Abu Ja‘far a.s berkata: Amir al-Mukminin a.s berkata: Kebaikan terkumpul pada tiga sifat: Perbincangan(al-Nazar), diam (al-Sukut), dan percakapan (al-Kalam). Semua perbincangan yang tidak mengandungi iktibar adalah suatu kelalaian (sahwun). Semua diam yang tidak mengandungi pemikiran adalah suatu kelupaan (ghaflatin). Dan semua percakapan yang tidak mengandungi peringatan adalah percakapan yang bodoh (laghwun). Maka beruntunglah orang yang perbincangannya menjadi iktibar, diamnya menjadi pemikiran, percakapannya menjadi peringatan. Beliau menangis di atas kesalahannya, dan orang ramai terselamat daripada kejahatannya.


       Rasulullah s.a.w bersabda: Pembohong tidak berbohong melainkan menghina dirinya sendiri, dan asal ejekan (sukhriyyah) adalah memberi ketenangan kepada pembohong. Daripada Ja‘far bin Muhammad daripada bapanya a.s berkata: Beruntunglah orang yang diamnya menjadi pemikiran, perbincangannya menjadi iktibar, daya usahanya menjadi rumahnya, menangis di atas kesalahannya dan orang ramai terselamat daripada tangan dan lidahnya.


       Al-Ridha a.s berkata: Alangkah baiknya diam (al-Samt) yang bukan kerana kurang keupayaan atau kelemahan diri. Daud al-Raqiy berkata: Aku telah mendengar Abu Abdullah a.s berkata: Diam adalah harta yang berharga, perhiasan bagi orang yang lemah lembut dan penutup kejahilan.


       Al-Ridha a.s berkata: Diam adalah satu pintu daripada pintu-pintu hikmat. Sesungguhnya diam akan mendapat kasih sayang dan petanda kebaikan.


       Beliau a.s berkata: Alamat kefahaman itu adalah lemah lembut, keilmuan dan diam.


       Furat bin Ahnaf berkata: Amir al-Mukminn a.s berkata: Berkorbanlah, tetapi janganlah untuk mendapat publisiti. Sembunyikan diri anda supaya tidak disebut. Belajarlah dan sembunyikanlah. Diamlah, nescaya anda terselamat.


       Beliau  berkata: Amir al-Mukminin a.s telah memberi isyarat dengan tangannya kepada dadanya sambil berkata: Mereka yang baik bergembira dan mereka yang jahat meradang.


       Al-Sadiq a.s berkata: Seorang mukmin ditulis baik selama beliau berdiam (sakitan). Apabila beliau bercakap, beliau ditulis baik atau jahat.


       Beliau berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: Seorang lelaki yang baik akan membawa khabar yang baik dan seorang lelaki yang jahat akan membawa khabar yang jahat.


       Daripada Daud al-Raqiy, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Beliau berkata: Wahai Daud, anda memasukkan tangan anda di mulut ikan paus sehingga ke pangkal lengan adalah lebih baik bagi anda dari memohon hajat  anda kepada  orang yang tidak menghargainya.


       Daripada Ja‘far bin Muhammad daripada bapanya daripada Amir al-Mukminin a.s berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: Beruntunglah orang yang telah meninggalkan syahwat semasa  kepada masa yang beliau tidak melihatnya[1].


       Daripada Abu Hamzah berkata: Aku telah mendengar Fatimah binti al-Husain a.s berkata: Rasulullah s.a.w bersabda:Tiga sifat orang yang sempurna imannya: Apabila beliau reda, maka redanya tidak akan memasukkannya dalam kebatilan. Apabila beliau marah, maka kemarahannya tidak akan mengeluarkannya  daripada kebenaran dan apabila beliau berkuasa, maka beliau tidak akan memberi perkara yang bukan miliknya[2].


[1] Al-Hasan bin Ali bin Syu‘bah al-Harani, Tuhaf al-‘Uqul,  hlm. 49
[2] Al-Majlisi,  Buhar al-Anwar,   xvi,  125
(DIKUTIP DARI AL IKHTISAS)

Wednesday, July 13, 2011

KEUTAMAAN MENCINTAI MUKMIN

Daripada ‘Umru bin Syamar daripada Jabir daripada Abu Abdullah al-Sadiq a.s berkata: Malaikat telah memohon izin Tuhannya untuk turun ke bumi di dalam bentuk seorang manusia, lalu Dia telah mengizinkannya. Kemudian beliau melalui seorang lelaki di pintu rumahnya bertanyakan tentang seorang lelaki daripada penghuni rumah, malaikat berkata: Wahai hamba Allah, apakah yang anda mahu daripada lelaki yang anda sedang mencarinya? Beliau berkata: Beliau adalah saudara aku di dalam Islam, aku telah mencintainya kerana Allah, aku datang kerana ingin mengucapkan salam kepadanya, beliau  berkata: Tiada pertalian  darah di antara anda dan beliau, dan bukan pula kerana sesuatu hajat? Beliau berkata: Tidak, melainkan cinta kerana Allah, aku datang kerana ingin mengucapkan salam kepadanya, beliau berkata: Sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepada anda dan Dia berfirman: Aku telah mengampuni kamu kerana cinta kamu kepadanya kerana-Ku.”

Daripadanya beliau berkata: Muhammad bin al-Hasan telah memberitahu kami, berkata: Sa‘d bin Abdullah telah memberitahu kami daripada Ahmad bin Muhammad daripada al-Hasan bin al-Mahbub daripada Salih bin Sahal  al-Hamdani berkata: Al-Sadiq a.s berkata: Seseorang muslim yang telah ditanya tentang muslim, lalu beliau membenarkannya, dan akibatnya muslim itu mendapat kemudaratan, maka beliau ditulis di sisi Allah di kalangan pendusta, dan siapa yang telah bertanya tentang muslim, lalu beliau berbohong mengenainya, akibatnya muslim itu mendapat manfaat, maka beliau ditulis di sisi Allah di kalangan mereka yang benar.
(DIPETIK DARI AL IKHTISAS)

JANGANLAH ANDA BERKATA SEMUA YANG ANDA TAHU



Amir al-Mukminin a.s telah berkata kepada anak lelakinya Muhammad bin al-Hanafiyyah: Janganlah anda berkata apa yang anda tidak tahu, dan janganlah anda berkata semua yang anda tahu.
(DIPETIK DARI AL IKHTISAS)