Showing posts with label BID'AH TIGA KHALIFAH SEBELUM ALI AS. Show all posts
Showing posts with label BID'AH TIGA KHALIFAH SEBELUM ALI AS. Show all posts

Monday, July 18, 2011

DIALOG MENGENAI DALIL TIDAK BERIMANNYA 3 KHALIFAH DALAM MUKTAMAR BAGHDAD

Dalil Tidak Berimannya Abu Bakr

       Al-‘Abbasi berkata: Apakah dalil tidak berimannya Abu Bakr?

       Al-‘Alawi berkata: Dalil-dalil yang kuat tentangnya adalah banyak. Di antaranya: Dia telah mengkhianati Rasulullah pada tempat yang banyak. Di antaranya: Larinya dari tentera Usamah dan penderhakaannya terhadap perintah Rasul di dalam perkara tersebut. Al-Qur’an al-Karim telah menafikan keimanan daripada setiap orang yang menyalahi Rasul, Allah berfirman di dalam Surah al-Nisaa’ (4): 65 “Maka demi Tuhanmu, (mereka pada hakikatnya) tidak beriman hingga mereka menjadikan kamu hakim terhadap perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa di dalam hati mereka suatu keberatan terhadap keputusan yang kamu berikan dan mereka menerima dengan sepenuhnya

       Abu Bakr telah menderhakai perintah Rasulullah (s.a.w) dan menyalahinya, maka dia termasuk di dalam ayat yang menafikan keimanan orang yang menyalahi Rasul.

       Dan tambahan pula bahawa Rasul (s.a.w) telah melaknati orang yang lari atau meninggalkan tentera Usamah. Kami telah menyebut terdahulu bahawa sesungguhnya Abu Bakr telah melarikan diri daripada tentera Usamah: Adakah Rasulullah melaknati mukmin?
       Tentu sekali: Tidak.



Raja Mencelah

       Raja berkata: Jika begitu, maka benarlah kata-kata al-‘Alawi bahawa Abu Bakr bukan mukmin!
       Wazir berkata: Ahl al-Sunnah mempunyai takwil tentang larinya Abu Bakr daripada tentera Usamah.

       Raja berkata: Adakah takwil dapat menolak apa yang dilarang, jikalau kita membuka bab ini, nescaya setiap penjenayah akan menakwilkan bagi setiap jenayah yang dilakukannya?

       Pencuri berkata: Aku telah mencuri kerana aku seorang fakir. Peminum arak berkata: Aku telah meminum arak kerana aku banyak berdukacita dan penzina berkata …peraturan akan menjadi cacat, orang ramai berani melakukan maksiat, tidak, tidak… takwil tidak akan memanfaatkan kita.

       Muka al-‘Abbasi bertukar menjadi merah, dia menjadi bingung, dia tidak tahu apa yang dikatakannya. Akhirnya…dia berkata: Apakah dalil tidak berimannya Umar?

Dalil Tidak Berimannya Umar

       Al-‘Alawi berkata: Dalil-dalil adalah banyak, di antaranya: Dia sendiri telah menerangkan bahawa dia bukan seorang mukmin!
       Al-‘Abbasi berkata: Di tempat mana?

       Al-‘Alawi berkata: Umar berkata: Aku tidak mengesyaki kenabian Muhammad (s.a.w) seperti syak aku pada hari al-Hudaibiyyah [1](maa syakaktu fi nubuwwati Muhammad mithla syakki yauma al-Hudaibiyyah). Kata-katanya menunjukkan: Dia sentiasa mengesyaki kenabian Nabi kita Muhammad s.a.w, tetapi syaknya pada hari al-Hudaibiyyah adalah lebih banyak, lebih mendalam dan lebih besar daripada syak-syak sebelumnya, wahai al-‘Abbasi, katakanlah kepadaku dengan nama Tuhan anda: Adakah orang yang mengesyaki kenabian Muhammad (s.a.w) dikira mukmin?

       Al-‘Abbasi diam dan menggelengkan kepalanya kerana malu.

Raja Meminta Penjelasan

       Raja berkata kepada wazir: Adakah benar kata-kata al-‘Alawi bahawa Umar telah berkata sedemikian?

       Wazir berkata: Demikianlah telah diceritakan oleh beberapa perawi!

       Raja berkata: Sungguh hairan... hairan yang sangat, sesungguhnya aku menyangka Umar adalah golongan yang terdahulu memeluk Islam,  imannya sebagai iman contoh, tetapi jelas sekarang bahawa asas keimanannya adalah syak dan subahat!

Al-‘Abbasi Cuba Menghalang Raja Dari Menukar Mazhab
      
       Al-‘Abbasi berkata: Tunggu dahulu, wahai raja, kekalkan anda di atas akidah anda, janganlah anda ditipu oleh al-‘Alawi; pombohong ini.

       Raja telah menentang dengan mukanya kepada al-‘Abbasi seraya berkata di dalam keadaan marah: Sesungguhnya wazir Nizam al-Mulk berkata: Bahawa al-‘Alawi benar di dalam kata-katanya dan kata-kata Umar ada di dalam beberapa kitab dan ini si bodoh- Iaitu al-‘Abbasi- berkata: Bahawa al-‘Alawi adalah pembohong. Tidakkah ini satu kedegilan yang nyata?

       Suasana majlis tenang dan menakutkan. Raja telah marah dan tidak senang hati dengan kata-kata al-‘Abbasi… al-‘Abbasi dan para ulama Ahl al-Sunnah menunduk, wazir diam. Tetapi al-‘Alawi mengangkat kepalanya melihat ke arah muka raja untuk melihat keputusan?

Saat-Saat Kesusahan Menimpa Al-‘Abbasi
      
       Saat-saat kesusahan menimpa al-‘Abbasi, dia berangan-angan supaya bumi terbelah di bawahnya, lantaran itu dia hilang padanya atau malaikat maut datang untuk mengambil nyawanya dengan segera, kerana malu yang amat sangat dan suasana yang menyusahkan. Sesungguhnya terserlah kebatilan mazhabnya. Terserlah khurafat akidahnya di hadapan raja, wazirnya dan semua ulama dan ketua-ketua tentera…, tetapi apakah yang dia akan lakukannya? Sesungguhnya raja telah menjemputnya untuk soal-jawab bagi membezakan di antara kebenaran dan kebatilan. Lantaran itu, dia mengumpulkan segala kekuatannya dan mengangkat kepalanya seraya berkata: Bagaimana pendapat anda, wahai al-‘Alawi, tentang Uthman tidak beriman di hatinya sedangkan Rasul telah mengahwinkannya dengan dua orang anak perempuannya? Ruqiyyah dan Ummi Kalthum?[2]

Dalil Tidak Beriman-nya Uthman
      
       Al-‘Alawi berkata: Dalil-dalil tentang tidak berimannya Uthman adalah banyak dan mencukupi tentang perkara ini: Sesungguhnya muslimin-sahabat di kalangan mereka- telah berkumpul menentangnya, lalu mereka membunuhnya. Dan kamu berpendapat bahawa Nabi s.a.w bersabda: Umatku tidak berhimpun di atas kesalahan. Maka adakah muslimun- termasuk sahabat-berkumpul untuk membunuh seorang mukmin? ‘Aisyah telah menyamakannya dengan Yahudi, merancang untuk membunuhnya dan berkata: Bunuhlah Na‘lathan-nama seorang lelaki Yahudi, kerana dia telah kafir, bunuhlah Na‘lathan, nescaya Allah membunuhnya[3].

       Sesungguhnya Uthman telah memukul Abdullah bin Mas‘ud, seorang sahabat yang mulia sehingga ditimpa penyakit hernia (burut) terlantar di atas hamparan kemudian mati.

       Dia telah mengusir Abu Dhar al-Ghiffari, seorang sahabat yang mulia di mana Rasul bersabda: Langit dan bumi sukar mendapati orang yang lebih benar percakapannya daripada Abu Dhar”. Dia telah mengusirnya dan menjauhkannya dari Madinah ke Syam sekali atau dua kali kemudian ke Rabdhah- Iaitu tanah kering di antara Makkah dan Madinah sehingga Abu Dhar mati kelaparan dan dahaga di Rabdhah sedangkan Uthman membahagi-bahagikan harta muslimin kepada kaum kerabatnya daripada Bani Umayyah dan Bani Marwan![4]

Raja Meminta Penjelasan

       Raja berkata kepada wazir: Adakah kata-kata al-‘Alawi itu benar?

       Wazir berkata: Ahli sejarah telah menyebutnya.

       Raja berkata: Bagaimana kaum muslimin mengambilnya sebagai khalifah?

       Wazir berkata: Secara syura.

       Al-‘Alawi berkata: Nanti dahulu, wahai wazir, janganlah anda berkata apa yang anda tidak tahu!

       Raja berkata:  Apakah yang anda katakan, wahai al-‘Alawi?
      
Menjadi Khalifah Dengan Wasiat Umar

       Al ‘Alawi berkata: Sesungguhnya wazir telah tersilap di dalam kata-katanya, sesungguhnya Uthman tidak dapat jawatan khalifah melainkan dengan wasiat daripada Umar dan undian tiga orang munafikin sahaja. Mereka adalah Talhah, Sa‘d bin Abi Waqqas dan ‘Abd al-Rahman bin  ‘Auf. Adakah tiga munafikin ini mewakili semua kaum muslimin?

       Kemudian ahli Tawaarikh telah menyebut bahawa mereka yang telah melantik Uthman telah berpaling tadah daripada Uthman manakala mereka melihat kezalimannya, pencabulannya terhadap para sahabat Rasulullah, mesyuaratnya tentang urusan kaum muslimin dengan Ka‘ab al-Ahbar, seorang Yahudi dan pembahagian harta kaum muslimin   kepada Bani Marwan. Justeru itu, tidak hairanlah jika mereka bertiga telah menggalakkan orang ramai supaya membunuh Uthman!
      
Raja Meminta Penjelasan

       Raja berkata kepada wazir: Adakah benar kata-kata al-‘Alawi?

       Wazir berkata: Ya, demikianlah ahli sejarah telah menyebutnya!

       Raja berkata: Bagaimana anda berkata Uthman dapat menjadi khalifah dengan syura?

       Wazir berkata: Aku maksudkan dengan syura itu adalah mereka bertiga!

       Raja berkata: Adakah pemilihan tiga orang itu membenarkan syura?

       Wazir berkata: Sesungguhnya mereka bertiga itu telah dijanjikan oleh Rasulullah dengan syurga.




[1] Al-Bukhari, Sahih, ii, hlm.111, Muslim, Sahih, hlm.iv, hlm.12, 14.
[2] Mereka berdua adalah anak Khadijah r.a, bukan anak salbi Rasulullah s.a.w.
[3] Ibn Abi al-Hadid, Syarh Nahj al-Balaaghah,ii, hlm.77.
[4] Al-Ya‘quubi, Tarikh, ii, hlm. 161, Ibn ‘Abd al-Birr, al-Isti‘aab, I, hlm.114.

DIALOG MENGENAI IMAN 3 SAHABAT NABI DALAM MUKTAMAR BAGHDAD

Syi‘ah Mengingkari Iman Mereka Bertiga
      
       Al-‘Abbasi berkata: Sesungguhnya Syi‘ah mengingkari iman ketiga-tiga khalifah, pendapat ini tidak benar, kerana jikalaulah mereka tidak mukminin, kenapakah Rasulullah s.a.w telah menjalani hubungan perkahwinan dengan mereka (musaaharah)?

       Al-‘Alawi berkata: Syi‘ah percaya sesungguhnya mereka bertiga tidak mukminin dari segi hati dan batin mereka (qalban wa baatinan) sekalipun mereka menzahirkan Islam secara lidah dan kezahiran[1]. Rasul yang mulia telah menerima Islam setiap orang yang mengucap dua kalimah syahadat sekalipun dia seorang munafik yang sebenar, tetapi beliau s.a.w telah memberi layanan kepada mereka dengan layanan muslimin. Lantaran itu, hubungan perkahwinan Nabi dengan mereka (musaaharah al-Nabi la-hum) dan hubungan mereka dengan Nabi adalah dari bab ini!



[1] Ali a.s berkata di dalam khutbahnya: "Khalifah-khalifah sebelumku telah melakukan perbuatan-perbuatan yang menyalahi Rasulullah s.a.w  dengan sengaja. Mereka melanggar janji mereka dengan beliau dengan mengubah sunnah-sunnah beliau. Sekarang jika aku memaksa mereka supaya meninggalkannya dan mengembalikan keadaan sebagaimana di zaman Rasulullah s.a.w, nescaya tenteraku akan bertaburan lari dariku, meninggalkanku bersendirian atau hanya sedikit sahaja di kalangan Syi'ahku yang mengetahui kelebihanku, dan imamahku melalui Kitab Allah dan Sunnah Rasulullah s.a.w akan tinggal bersamaku. Apa pendapat kalian, sekiranya aku menempatkan Maqam Ibrahim pada tempat yang telah ditempatkan oleh Rasulullah s.a.w.
       Mengembalikan Fadak kepada pewaris-pewaris Fatimah (a.s), mengembalikan timbangan dan ukuran seperti yang lazim di zaman Rasulullah s.a.w, mengembalikan tanah kepada orang yang telah diberikan oleh Rasulullah s.a.w, mengembalikan rumah Ja'far kepada pewaris-pewarisnya dan memisahkannya dari masjid (kerana mereka telah merampasnya dan memasukkannya ke dalam masjid); mengembalikan hukum-hukum yang kejam yang dipaksa oleh khalifah-khalifah yang terdahulu ke atas wanita-wanita yang secara tidak sah telah dipisahkan dari suami mereka, mengembalikan jizyah kepada Bani Taghlab, mengembalikan tanah Khaibar yang telah dibahagi-bahagikan, memansuhkan dewan-dewan pemberian dengan meneruskan pemberian kepada semua orang sebagaimana dilakukan pada masa Rasulullah s.a.w tanpa menjadikannya tertumpu di kalangan golongan kaya, memulihkan pajak bumi, menyamakan kaum Muslimin di dalam masalah nikah kahwin, melaksanakan khums sebagaimana difardukan Allah (swt).
       Memulihkan Masjid Nabi seperti bentuknya yang asal pada zaman Nabi s.a.w, menutup pintu-pintu yang dibuka (selepas kewafatan Rasul) dan membuka pintu-pintu yang ditutup (selepas kewafatan Rasul), mengharamkan penyapuan di atas al-Khuffain, mengenakan hukum had ke atas peminum nabidh, memerintahkan halal mut'ah wanita dan mut'ah haji sebagaimana pada zaman Nabi s.a.w, memerintahkan takbir lima kali dalam solat jenazah, mewajibkan kaum Muslimin membaca Bismillahir Rahmanir Rahim dengan suara yang nyaring pada masa solat, mengeluarkan orang yang dimasukkan selepas Rasulullah s.a.w di dalam masjidnya, di mana Rasulullah s.a.w  telah mengeluarkannya, memasukkan orang yang dikeluarkan selepas Rasulullah s.a.w (beliau sendiri) di mana Rasulullah s.a.w telah memasukkannya, memaksa kaum Muslimin dengan hukum al-Qur'an dan talak menuruti Sunnah, mengambil zakat menurut jenis-jenisnya, mengembalikan wuduk basuh dan solat kepada waktunya, syariatnya dan tempatnya, mengembalikan ahli Najran ke tempat-tempat mereka, mengembalikan layanan terhadap tawanan perang Farsi dan bangsa-bangsa lain kepada kitab Allah dan Sunnah Nabi-Nya.    
       Sekiranya aku melaksanakan semua ini, nescaya mereka mengembara meninggalkanku. Demi Allah ketika aku perintahkan mereka supaya tidak melakukan solat jama'ah di masjid pada bulan Ramadhan kecuali solat-solat fardu dan memberitahu kepada mereka bahawa solat sunat berjama'ah (Taraawih) adalah bid'ah, sekelompok tenteraku yang pernah berperang di pihakku mulai berteriak: "Wahai kaum Muslimin! Ali ingin mengubah sunnah Umar dan bermaksud menghentikan kita dari melakukan solat-solat sunat Taraawih pada bulan Ramadhan sehingga aku khuatir mereka akan memberontak. Pada masa yang sama aku sedang menghadapi perpecahan di kalangan umat dan ketaatan mereka kepada pemimpin-pemimpin mereka yang sesat yang hanya menyeru mereka ke neraka (a’immah dhalalah wa al-Du‘ati ila al-Nar).
       Aku telah dikurniakan saham kerabat di dalam firman-Nya Surah al-Anfal (7): 41 “ Jika kamu beriman kepada Allah dan kepada apa yang kami turunkan kepada hamba kami (Muhammad) di hari Furqan, iaitu di hari bertemunya dua pasukan.”. Maka kamilah yang dimaksudkan dengan dhi l-Qurba (kerabat) di mana Allah telah meletakkan  kami selepas diri-Nya dan Rasul-Nya s.a.w sebagaimana firman-Nya Surah al-Hasyar (59): 7 “Untuk Allah, rasul, kerabat rasul, anak-anak yatim, golongan miskin dan ibnu ssabil (adalah untuk kami secara khusus) agar harta itu tidak hanya beredar di kalangan golongan kaya di kalangan kamu. Apa yang diberikan rasul kepada kamu, maka terimalah dia. Dan apa yang dilarangnya bagimu, maka tinggalkanlah, dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah sangat keras hukuman-Nya” bagi golongan yang telah menzalimi mereka sebagai rahmat daripada-Nya untuk kami dan kekayaan yang Allah kurniakan kepada kami dan Dia telah berwasiat kepada nabi kami mengenainya.
       Dia tidak menjadikan sedekah sebagai saham kami. Dia telah memuliakan kami Ahlu l-Bait dengan tidak  memakan sedekah orang ramai (ausakh al-Nas). Justeru itu mereka telah membohongi Allah, membohongi Rasul-Nya dan menentang kitab-Nya yang bertutur dengan hak kami. Mereka telah menghalang kami daripada fardu yang difardukan oleh Allah untuk kami. Inilah yang dihadapi oleh Ahlu l-Bait nabi selepas nabi kita s.a.w. Allah menentang mereka yang telah menzalimi kami dan tiada helah dan kekuatan melainkan dengan Allah Yang Maha Tinggi dan Perkasa” Lihat Raudhat al-Kaafi, Beirut, 1985, viii,  hlm. 51-51 (hadis no.21).

Tuesday, July 5, 2011

khutbah Imam Ali as ttg pengubahan Sunah Rasulullah saw Oleh 3 khalifah Sebelumnya



"Khalifah-khalifah sebelumku telah melakukan perbuatan-perbuatan yang menyalahi Rasulullah SAWA dengan sengaja. Mereka melanggar janji mereka dengan beliau dengan mengubah Sunnah-sunnah beliau. Sekarang jika aku memaksa mereka supaya meninggalkannya dan mengembalikan keadaan sebagaimana di zaman Rasulullah SAWA, nescaya tenteraku akan bertaburan lari dariku, meninggalkanku bersendirian atau hanya sedikit sahaja di kalangan Syi'ahku yang mengetahui kelebihanku, dan imamahku melalui Kitab Allah dan Sunnah Rasulullah SAWA akan tinggal bersamaku. Apa pendapat kalian, sekiranya aku menempatkan Maqam Ibrahim pada tempat yang telah ditempatkan oleh Rasulullah SAWA, mengembalikan Fadak kepada pewaris-pewaris Fatimah AS, mengembalikan timbangan dan ukuran seperti yang lazim di zaman Rasulullah SAWA, mengembalikan tanah kepada orang yang telah diberikan oleh Rasulullah SAWA, mengembalikan rumah Ja'far kepada pewaris-pewarisnya dan memisahkannya dari masjid (kerana mereka telah merampasnya dan memasukkannya ke dalam masjid); mengembalikan hukum-hukum yang kejam yang dipaksa oleh khalifah-khalifah yang terdahulu ke atas wanita-wanita yang secara tidak sah telah dipisahkan dari suami mereka, mengembalikan jizyah kepada Bani Taghlab, mengembalikan tanah Khaibar yang telah dibahagikan-bahagikan, memansuhkan dewan-dewan pemberian dengan meneruskan pemberian kepada semua orang sebagaimana dilakukan pada masa Rasulullah SAWA tanpa menjadikannya tertumpu di kalangan orang-orang kaya, memulihkan pajak bumi, menyamakan kaum Muslimin di dalam masalah nikah kahwin, melaksanakan khums sebagaimana difardhukan Allah SWT, memulihkan Masjid Nabi seperti bentuknya yang asal pada zaman Nabi SAWA, menutup pintu-pintu yang dibuka (selepas kewafatan Rasul) dan membuka pintu-pintu yang ditutup (selepas kewafatan Rasul), mengharamkan penyapuan di atas al-Khuffain, mengenakan hukum had ke atas peminum nabidh, memerintahkan halal mut'ah wanita dan mut'ah haji sebagaimana pada zaman Nabi SAWA, memerintahkan takbir lima kali dalam solat jenazah, mewajibkan kaum Muslimin membaca Bismillahi r-Rahmani r-Rahim dengan suara yang nyaring pada masa solat, mengeluarkan orang yang dimasukkan bersama Rasulullah SAWA di dalam masjidnya, di mana Rasulullah SAWA telah mengeluarkannya,  memasukkan orang yang dikeluarkan selepas Rasulullah SAWA (beliau sendiri) di mana Rasulullah SAWA telah memasukkannya, memaksa kaum Muslimin dengan hukum al-Qur'an dan talak menuruti Sunnah, mengambil zakat menurut jenis-jenisnya yang sembilan, mengembalikan wudhuk basuh dan solat kepada waktunya, syariatnya dan tempatnya, mengembalikan ahli Najran ke tempat-tempat mereka, mengembalikan layanan terhadap tawanan perang Farsi dan bangsa-bangsa lain kepada kitab Allah dan Sunnah NabiNya.

Sekiranya aku melaksanakan semua ini, nescaya mereka mengembara meninggalkanku. Demi Allah ketika aku perintahkan orang-orang supaya tidak melakukan solat jama'ah di masjid pada bulan Ramadhan kecuali solat-solat fardhu dan memberitahukan kepada mereka bahawa solat sunat berjama'ah (Tarawih) adalah bid'ah, sekelompok tenteraku yang pernah berperang di pihakku mulai berteriak:"Wahai kaum Muslimin! Ali ingin mengubah sunnah Umar dan bermaksud menghentikan kita dari melakukan solat-solat sunat Tarawih pada bulan Ramadhan." Mereka berteriak begitu rupa sampai aku khuatir mereka akan memberontak. Sayang! Betapa menderitanya aku berada "ditangan" orang-orang yang menentangku sekuat tenaga dan mentaati pemimpin-pemimpin mereka yang "keliru" yang hanya menyeru mereka ke neraka."[al-Kulaini, al-Raudhah mina l-Kafi, VII, hadith 21, hlm. 60-63]

Khalifah Ali AS begitu berdukacita di atas sikap negatif kaum Muslimin terhadap seruannya untuk kembali kepada Sunnah Rasulullah SAWA. Malah mereka pula memarahi beliau. Khalifah Ali AS berkata lagi,"Aneh! Hati ummat ini telah diresapi cinta kepada pelaku-pelaku bid'ah dan menerima segala bid'ah mereka."Kemudian beliau berkata lagi,"Aneh! Mereka melihat Sunnah Nabi mereka bertukar-tukar dan berubah-ubah sedikit demi sedikit, bab demi bab. Kemudian mereka meredhainya tanpa mengingkarinya. Malah mereka memarahi (orang lain) bagi mempertahankannya, mencaci pengkritik-pengkritiknya dan penentang-penentangnya. Kemudian datang kaum selepas kita, lalu mengikuti pula bid'ah-bid'ah tersebut. Lantas mereka mengambil bid'ah-bid'ah tersebut sebagai Sunnah dan ugama bagi bertaqarrub kepada Allah SWT."[Sulaim, Kitab Sulaim bin Qais al-Amiri, hlm. 134-135]

Persoalan yang timbul ialah apakah ucapan khalifah Ali AS itu benar berlaku kepada kita di abad ini? Lantas itu kita masih mencintai bid'ah-bid'ah tersebut. Dan sampai bilakah kita harus dicaci, dihina dan dilarang, kerana ingin kembali kepada hukum Allah SWT dan Sunnah RasulNya?

Ali AS berjuang untuk mengembalikan kaum Muslimin kepada Kitab Allah dan Sunnah RasulNya yang sebenar. Lantaran itu beliau ditentang di setiap masa, malah Ali AS sendiri pada hakikatnya telah disisihkan dan dipencilkan oleh kuasa politik pada masa itu. Selama 25 tahun beliau tidak menghunuskan pedangnya. Beliau bekerja hanya sebagai seorang petani biasa bagi menyara kehidupan keluarganya. Tanah Fadak peninggalan Rasulullah untuk isterinya Fatimah AS pula telah dirampas. Dan apa lagi yang tinggal untuknya selain dari tulang empat kerat bagi menyara keluarganya.

Bandingkanlah kemiskinan Ali AS dengan kekayaan yang ditinggalkan oleh khalifah Uthman, al-Zubair, Talhah, Abdul r-Rahman dan Sa'ad, kelima-lima bekas Ahli Syura atau Ahlu l-Hilli wa l-'Aqdi yang dilantik oleh khalifah Umar bagi memegang jawatan khalifah, kalian akan mengetahui kezuhudan Ali AS malah kedudukan mereka begitu jauh berbeza di semua segi jika dibandingkan dengan kedudukan  Ali AS.

Khalifah Uthman ketika dia dibunuh meninggalkan seratus lima puluh ribu Dinar, seribu ekor unta, nilainya dua ratus ribu Dinar.[Ibn Sa'd, Tabaqat, III, hlm. 53], seribu hamba selain daripada rumah-rumah, emas, perak dan intan.[al-Dhahabi, Dual al-Islam, I, hlm. 12]

Al-Zubair meninggalkan lima puluh ribu Dinar, sebelas buah rumah mewah di Madinah, dua buah di Basrah, sebuah di Kufah, sebuah di Mesir, seribu ekor kuda, seribu hamba lelaki dan seribu hamba perempuan.[al-Bukhari, Sahih, V, hlm. 21; Ibn Sa'd, Tabaqat, III, hlm. 77; al-Mas'udi, Muruj al-Dhahab, I, hlm. 434]

Talhah meninggalkan dua puluh ribu Dinar, mempunyai hasil pertanian ditaksirkan sebanyak seribu Dinar setiap hari.[Ibn Sa'ad, Tabaqat, III, hlm. 158; al-Baladhuri, Ansab al-Asyraf, V, hlm. 7; al-Dhahabi, Dual al-Islam, I, hlm. 18]

Abdul r-Rahman bin 'Auf meninggalkan dua ratus lima puluh ribu Dinar, seribu ekor unta, tiga ribu ekor kambing, seratus ekor kuda yang dipelihara di Baqi', ketulan emas yang banyak dipotong dengan kapak sehingga sakit tangan pemotong-pemotongnya dan meninggalkan empat orang isteri setiap orang mendapat lapan puluh ribu Dinar.[Ibn Sa'd, Tabaqat, III, hlm. 96; al-Mas'udi, Muruj al-Dhahab, I, hlm. 434; al-Ya'qubi, Tarikh, II, hlm. 146]