Showing posts with label HIDUNG. Show all posts
Showing posts with label HIDUNG. Show all posts

Wednesday, July 6, 2011

Syi‘ah Kami Adalah Hawaari Kami. Sekiranya Anda Memukul Batang Hidung Pencita-Pencinta Kami Dengan Pedang, Nescaya Mereka Tidak Memarahi Kami.




396. Ibn Mahbub telah memberitahu kami, daripada Abu Yahya Kaukab al-Damm, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Sesungguhnya hawaari Isa adalah Syi‘ahnya dan Syi‘ah kami adalah hawaari kami. Hawaari Isa bukanlah lebih mentaatinya daripada hawaari kami kepada kami. Sesungguhnya Isa a.s berkata kepada hawariyyin: “Siapakah yang akan menjadi penolong-penolongku kepada Allah. Para hawariyyin berkata: Kamilah penolong-penolong kepada Allah”. Surah Ali Imraan (3):52. Tidak, mereka tidak menolongnya dan mereka tidak memerangi Yahudi kerananya. Tetapi Syi‘ah kami, demi Allah, semenjak Allah mematikan Rasul-Nya sentiasa menolong kami, berperang kerana kami. Mereka dibakar, disiksa, diusir di seluruh negara, semoga Allah memberi balasan kebaikan kepada mereka kerana menolong kami. Amir al-Mukminin a.s berkata: Sekiranya anda memukul batang hidung pencita-pencinta kami dengan pedang, nescaya mereka tidak memarahi kami (lau dharab-ta khaisyuma muhibbii-naa bi al-Saif maa abghadhuu-naa), dan demi Allah, sekiranya anda mendekati golongan yang memarahi kami dan member harta kepada mereka, nescaya mereka tidak mencintai kami (wa wa llahi lau adnai-ta ilaa mubghidhii-naa wa hathau-ta la-hum mina l-Maal maa ahabbuu-naa).
(RAUDHAT AL KAFI)