Showing posts with label RAUDHAT. Show all posts
Showing posts with label RAUDHAT. Show all posts

Wednesday, July 6, 2011

Penjelasan Mengenai Bacaan Firman Allah Surah Al-Taubah (9): 118 “ Dan terhadap tiga orang yang ditangguhkan”




568. Ali bin Ibrahim, daripada Salih bin al-Sanadi, daripada Ja‘far bin Basyir daripada Faidh Ibn al-Mukhtar berkata: Abu Abdullah a.s berkata: Bagaimana anda membaca wa ‘alaa al-Ladhiina khullifuu “ Dan terhadap tiga orang yang ditangguhkan” Surah al Taubah (9): 118, beliau a.s berkata: Jika mereka ditangguhkan (khullifuu)135, nescaya mereka masih di dalam taat, tetapi mereka khaalafuu (telah menyalahi). Iaitu Uthman dan dua orang sahabatnya. Demi Allah, mereka tidak pernah mendengar suara [peperangan] secara langsung melainkan mereka berkata: Kami telah datang, maka Allah telah menguasai ketakutan ke atas mereka sehingga keesokannya.

Aku Bukanlah Imam Melainkan Bagi Orang Yang Telah Mentaati Aku.




562. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada Ali bin al-Nu‘man, daripada al-Qasim rakan al-Mufadhdhal, dia adalah seorang yang benar berkata: Aku telah mendengar Abu Abdullah a.s berkata: Di perkarangan masjid, mereka memasyhurkan kami dan memasyhurkan diri mereka, mereka bukanlah daripada kami dan kami bukanlah daripada mereka, aku cuba menyembunyikan diriku, tetapi mereka mencabuli tabirku, maka Allah mencabuli tabir-tabir mereka. Mereka berkata: Imam, demi Allah, aku bukanlah imam melainkan bagi orang yang telah mentaati aku. Adapun orang yang telah menderhakai aku, maka aku bukanlah imam baginya, kenapa mereka memaparkan namaku?! Kenapa mereka tidak menahan namaku daripada mulut-mulut mereka, demi Allah, Allah tidak akan mengumpulkan aku dan mereka di dalam satu tempat.
(RAUDHAT AL KAFI)

Pujian Tehadap Syi‘ah.




556. Ahmad bin Muhammad bin Muhammad, daripada Ali bin al- Hasan al-Taimi, daripada Muhammad bin Abdullah, daripada Zararah, daripada Muhammad bin al-Fudhail, daripada Abu Hamzah berkata: Aku telah mendengar Abu Abdullah a.s berkata: Apabila seorang mukmin berkata kepada saudaranya “ah” (uffin), maka dia terkeluar daripada wilayahnya. Dan apabila dia berkata: Anda adalah musuhku, maka kafirlah salah seorang daripada mereka, kerana Allah tidak akan menerima amalan daripada seorang yang mencela mukmin, bukan menasihatinya. Dia tidak menerima amalan daripada mukmin yang menyembunyikan kejahatan di hatinya terhadap mukmin. Sekiranya didedahkan kepada manusia, nescaya mereka melihat pertalian di antara Allah dan mukmin, mereka merendah diri sesame mereka, urusan mereka dipermudahkan, ketaatan sesama mereka terserlah. Sekiranya mereka melihat kepada amalan mereka yang ditolak oleh Allah, nescaya mereka berkata: Allah tidak menerima amalan daripada sesiapapun. Aku telah mendengar beliau a.s berkata kepada seorang lelaki Syi‘ah: Kamu adalah baik dan perempuan kamu adalah baik. Setiap mukminah adalah bidadari dan setiap mukmin adalah sahabat.

Aku telah mendengarnya berkata: Syi‘ah kami adalah makhluk yang paling hampir kepada ‘Arasy Allah pada hari Kiamat selepas kami (Syi‘atu-naa aqrabu al-Khalqi min ‘Arsyi llahi ba‘da-naa). Tiada seorang daripada Syi‘ah kami yang mendirikan sembahyang secara berjemaah melainkan dikelilingi oleh malaikat yang berdoa untuknya seramai bilangan orang yang menentangnya (man khaalafa-hu) sehingga dia selesai daripada sembahyangnya. Sesungguhnya orang yang berpuasa di kalangan kamu akan bergembira di taman-taman syurga sedang malaikat berdoa untuknya sehingga dia membuka puasanya (iftaar). Dan aku telah mendengarnya berkata: Kamu adalah ahli kehormat Allah dengan salam-Nya, ahli kecintaan Allah dengan rahmat-Nya, ahli taufik Allah dengan jagaan-Nya dan ahli dakwah Allah dengan ketaatan kepad-Nya.

Tidak ada hisab di atas kamu, tidak ada perasaan takut dan dukacita, kamu adalah untuk syurga dan syurga adalah untuk kamu. Nama-nama kamu di sisi kami adalah baik (saalihuun) dan kamu adalah orang yang melakukan kebaikan. Kamu adalah ahli keredaan Allah dengan reda-Nya terhadap kamu. Para malaikat adalah saudara-saudara kamu di dalam kebaikan. Apabila kamu berjihad, maka kamu disahuti, apabila kamu lalai, maka kamu diberi peringatan. Kamu adalah sebaikbaik makhluk, rumah-rumah kamu adalah syurga bagi kamu, kuburkubur kamu adalah syurga bagi kamu, untuk syurga kamu diciptakan, pada syurga nikmat-nikmat kamu dan kepada syurga kamu akan memasukinya.
(DIKUTIP DARI RAUDHAT AL KAFI)

Hadis Mengenai Iblis Pada Hari Al-Ghadir.




542. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Sulaiman, daripada Abdullah bin Muhammad al-Yamaani, daripada Masma‘ bin al- Hajjaj, daripada Sabah al-Haza’, daripada Sabah al-Mazni, daripada Jabir, daripada Abu Ja‘far a.s berkata: Apabila Rasulullah s.a.w mengambil tangan Ali a.s di Ghadir Khum, maka Iblis telah melaung kepada tenteranya dengan laungan yang kuat sehingga tidak seorangpun yang tinggal sama ada di darat atau di laut melainkan mendatanginya, maka mereka berkata: Wahai tuan dan maula, kami tidak pernah mendengar laungan yang kuat dan menakutkan daripada anda seperti ini? Iblis berkata kepada mereka: Nabi ini telah melakukan satu perbuatan jika ia sempurna, maka dia tidak akan menderhakai Allah selama-lamanya.

Mereka berkata: Wahai tuan kami, anda telah berada bersama Adam. Manakala golongan munafik berkata: Sesungguhnya dia (nabi) bertutur menurut hawa nafsunya, maka salah seorang daripada mereka berdua (Abu Bakr / Umar) berkata kepada sahabatnya: Anda melihat dua matanya berpusing seolah-olah dia seorang yang gila, maka orang yang mereka maksudkannya adalah Rasulullah s.a.w. Iblis telah melaung dengan gembira (sarakha Iblisu sarkhatan bi-tarabin), lalu dia mengumpulkan para walinya dan berkata: Tidakkah kamu mengetahui bahawa aku telah berada bersama Adam pada masa dahulu?

Mereka berkata: Ya, dia berkata: Adam telah mengingkari janjinya, tetapi dia tidak mengingkari Tuhannya (naqadha al-‘Ahd wa-lam yakfur bi-al-Rabb). Sedangkan mereka telah mengingkari janji mereka dan mengingkari Rasul ( wa-haulaa’ naqadhuu al- Ahd wa-kafaruu bi- al Rasul). Manakala Rasulullah s.a.w mati, maka orang ramai telah melantik selain daripada Ali a.s, justeru Iblis telah memakai mahkota kerajaan, menaiki mimbar, menduduki di atas kerusinya, mengumpulkan unta-untanya dan tentera-tenteranya, kemudian berkata kepada mereka: Bergembiralah, kerana Allah tidak ditaati sehingga datangnya seorang imam.

Lalu Abu Ja‘far a.s membaca Surah al-Saba’ (34): 20 “Dan sesungguhnya Iblis telah dapat membuktikan kebenaran sangkaannya terhadap mereka, lalu mereka mengikutinya, kecuali sebahagian golongan yang beriman”. Abu Ja‘far a.s berkata: Takwil ayat ini adalah manakala Rasulullah s.a.w mati. Sangkaan adalah daripada Iblis ketika mereka berkata kepada Rasulullah (s.a.w): Sesungguhnya dia (s.a.w) bertutur menurut hawa nafsunya, maka Iblis membuktikan kebenaran sangkaannya, lalu mereka mengikutinya.

Orang Yang Pertama Memberi Baiah Kepada Abu Bakr.




541. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Hammad bin Isa, daripada Ibrahim Ibn ‘Umran al-Yamaani, daripada Sulaim bin Qais al- Hilali berkata: Aku telah mendengar Salman al-Farisi berkata: Apabila Rasulullah s.a.w telah mati dan orang ramai telah melakukan apa yang mereka telah melakukannya, maka Abu Bakr, Umar dan Abu ‘Ubaidah al-Jarrah telah bertengkar dengan golongan Ansar, lalu mereka bertengkar dengan hujah Ali a.s. Mereka berkata: Wahai golongan Ansar, Quraisy lebih berhak dengan urusan ini daripada kamu, kerana Rasulullah (s.a.w) adalah daripada Quraisy dan Muhajirin adalah daripada mereka.

Sesungguhnya Allah telah memulakan dengan mereka di dalam Kitab-Nya dan melebihkan mereka. Rasulullah (s.a.w) telah bersabda: Para imam itu adalah daripada Quraisy. Salman r.a berkata: Maka aku telah mendatangi Ali a.s ketika itu beliau a.s sedang memandikan Rasulullah (s.a.w), lalu aku memberitahunya mengenai apa yang dilakukan oleh orang ramai dan aku berkata: Sesungguhnya Abu Bakr sekarang berada di atas mimbar Rasulullah (s.a.w), demi Allah, beliau tidak reda mereka memberi baiah kepadanya dengan satu tangan. Sesungguhnya mereka memberi baiah kepadanya dengan dua tangan; kanan dan kirinya. Maka Ali a.s telah berkata kepadaku: Wahai Salman, adakah anda mengetahui siapakah orang pertama yang telah memberi baiah kepadanya di atas mimbar Rasulullah (s.a.w)?

Aku berkata: Aku tidak mengetahuinya, melainkan aku telah melihat di perkarangan Bani Saa‘idah ketika golongan Ansar bertengkar bahawa orang pertama yang telah memberi baiah kepadanya adalah Basyir bin Sa‘d dan Abu ‘Ubaidah bin al-Jarrah, kemudian ‘Umar, kemudian Saalim. Ali a.s berkata: Aku bukanlah bertanya anda mengenai ini, tetapi tahukah anda bahawa orang pertama yang telah memberi baiah kepadanya ketika beliau menaiki mimbar Rasulullah (s.a.w)?

Aku berkata: Tidak, tetapi aku telah melihat seorang syeikh tua yang bertongkat, di antara dua matanya kesan kehitaman sujud, adalah orang pertama yang telah menaiki kepadanya di dalam keadaan menangis sambil berkata: Segala puji bagi Allah yang belum mematiku di dunia sehingga aku melihat anda pada tempat ini, hulurkan tangan anda, lalu beliau (Abu Bakr) mengulurkan tangannya, kemudian dia memberi baiah kepadanya. Kemudian diapun turun, lalu keluar dari masjid, Ali a.s berkata: Adakah anda mengetahui siapakah dia? Aku berkata: Tidak, kata-katanya menyakitiku seolah-olah beliau a.s bergembira dengan kematian Nabi s.a.w, lalu beliau a.s berkata: Itu adalah Iblis yang terkutuk (la‘ana-hu llah). Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah memberitahuku bahawa Iblis dan para sahabatnya telah menyaksikan perlantikan aku oleh Rasulullah s.a.w kepada semua manusia di Ghadir Khum dengan perintah Allah. Rasulullah s.a.w telah memberitahu mereka bahawa aku adalah orang yang paling layak (aula) dengan mereka daripada mereka sendiri dan baginda s.a.w telah memerintahkan mereka supaya orang yang hadir memberitahu orang yang tidak hadir, maka Iblis dan para sahabatnya berkata: Sesungguhnya umat ini umat yang dirahmati dan terpelihara. Justeru tidak ada jalan bagi kami ke atas mereka.

Sesungguhnya mereka telah mengetahui imam mereka selepas nabi mereka. Maka Iblis (la‘anahu llahu) telah pergi dengan dukacita dan Rasulullah (s.a.w) telah memberitahuku bahawa jika baginda s.a.w mati, sesungguhnya manusia akan memberi baiah kepada Abu Bakr di perkarangan Bani Saa‘idah selepas mereka bertengkar. Kemudian mereka akan mendatangi masjid, kemudian orang pertama yang akan memberi baiah kepadanya di atas mimbarku adalah Iblis la‘anahu llahu di dalam bentuk seorang lelaki tua (syeikh) yang mempunyai tanda kehitaman sujud berkata sedemikian, kemudian dia akan keluar, lalu dia mengumpulkan syaitan-syaitannya dan iblisiblisnya mendengus dan berundur ke belakang seraya berkata: Tidak, kamu telah menyangka bahawa aku tidak ada jalan ke atas mereka, maka bagaimana kamu telah melihat apa yang aku telah lakukan kepada mereka sehingga mereka meninggalkan perintah Allah dan ketaatan kepada-Nya serta apa yang diperintahkan oleh Rasulullah (s.a.w).

(RAUDHAT AL KAFI)

Mengenai Firman Allah Surah Fussilat (41):29 “Wahai Tuhan kami perlihatkanlah kepada kami dua jenis orang yang telah menyesatkan kami”




523. Muhammad bin Ahmad al-Qummi, daripada Abdullah bin al- Salt, daripada Yunus bin Abd al-Rahman daripada Abdullah bin Sinan, daripada Husain bin Jamal, daripada Abu Abdullah a.s mengenai firman Allah di dalam Surah Fussilat (41):29 “Wahai Tuhan kami perlihatkanlahkepada kami dua jenis orang yang telah menyesatkan kami (iaitu) Sebahagian daripada jin dan manusia agar kami letakkan keduanya di bawah telapak kaki kami supaya kedua jenis itu menjadi golongan yang hina”, beliau a.s berkata: Mereka berdua (Abu Bakr dan Umar). Kemudian beliau a.s berkata: Polan (Umar) adalah syaitan.

Mengenai Firman Allah Surah Fussilat (41): 29 “Wahai Tuhan kami perlihatkanlah kepada kami dua jenis orang yang telah menyesatkan kami”

524. Yunus, daripada Surat bin Kulaib daripada Abu Abdullah a.s mengenai firman Allah di dalam Surah Fussilat (41):29 “Wahai Tuhan kami perlihatkanlah kepada kami dua jenis orang yang telah menyesatkan kami (iaitu) Sebahagian daripada jin dan manusia agar kami letakkan keduanya di bawah telapak kaki kami supaya kedua jenis itu menjadi golongan yang hina”, beliau a.s berkata: Wahai Surah, mereka berdua (Abu Bakr dan Umar)-Beliau a.s telah berkata sedemikian sebanyak tiga kali-Demi Allah, wahai Surat, sesungguhnya kami adalah penyimpan ilmu Allah di langit dan sesungguhnya kami adalah penyimpan ilmu Allah di bumi.

Mengenai Firman Allah Surah Al-Nisaa’ (4):108 “Ketika pada suatu malam mereka menetapkan keputusan rahsia yang Allah tidak reda”

525. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada al-Husain Ibn Sa‘id, daripada Sulaiman al-Ja‘fari berkata: Aku telah mendengar Abu al-Hasan a.s berkata mengenai firman Allah di dalam Surah al-Nisaa’ (4):108 “Ketika pada suatu malam mereka menetapkan keputusan rahsia yang Allah tidak reda”, beliau a.s berkata: Iaitu polan (Abu Bakr), polan (Umar) dan Abu ‘Ubaidah bin al-Jarrah.
 (DIPETIK DARI RAUDHAT AL KAFI)

Syi‘ah Adalah Mereka Yang Istimewa Dan Ikhlas Kepada Kami Ahlu l- Bait.




518. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada Ali bin Salar bin Abi ‘Umrah, daripada Abi Maryam al- Thaqafi, daripada ‘Ammar bin Yasir berkata: Ketika aku berada di sisi Rasulullah s.a.w, tiba-tiba Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya Syi‘ah adalah mereka yang istimewa dan ikhlas kepada kami Ahlu l-Bait, lantas Umar berkata: Wahai Rasulullah, perkenalkan mereka kepada kami sehingga kami mengenali mereka, maka Rasulullah s.a.w bersabda: Aku tidak bersabda kepada kamu melainkan aku mahu memberitahu kepada kamu. Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda: Aku adalah penunjuk (al-Dalil) kepada Allah, Ali adalah kemenangan agama dan menaranya adalah Ahlu l-Bait, merekalah lampu-lampu yang mana cahaya diambil daripada mereka, maka Umar berkata: Sesiapa yang mana hatinya tidak bersetuju dengan ini? Maka Rasulullah s.a.w bersabda: Hati tidak diletak di tempat itu melainkan untuk bersetuju (li-yuwaafiqa) atau menyalahi (li-yukhaalifa). Justeru sesiapa yang mana hatinya bersetuju dengan kami Ahlu l-Bait akan berjaya (kaana naajian) dan sesiapa yang mana hatinya menyalahi kami Ahlu l-Bait akan binasa (kaana haalikan)125.
(125 Berpegang kepada Ahlu l-Bait a.s adalah perkara yang tidak dapat dielakkan jika seorang itu mahu kejayaan di akhirat.)
(RAUDHAT AL KAFI)

Orang Yang Mencintai Kamu Akan Masuk Syurga, Orang Yang Membenci Kamu Akan Masuk Neraka Dan Buku Catatan Amal Kamu Dipenuhi Pahala Tanpa Amal.




495. Abu Ali al-Asy‘ari, daripada Muhammad bin Abd al-Jabbar dan beberapa orang sahabat kami, daripada Sahl bin Ziyad, daripada Ibn Fadhdhal, daripada Tha‘labah bin Maimun, daripada Umar bin Abban, daripada al-Sabah bin Siyabah, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Sesungguhnya seorang lelaki mencintai kamu dan dia tidak mengetahui apa yang kamu katakan (inna al-Rajula la-yuhibbu-kum wa-maa yadrii maa taquuluun), maka Allah akan memasukkannya ke syurga (fayadkhulu- hu llahu ‘azza wa-jalla al-Jannata). Dan sesungguhnya seorang lelaki memarahi kamu dan dia tidak mengetahui apa yang kamu katakan (wa inna al-Rajula la-yabghadhu-kum wa maa yadrii maa taquuluun), maka Allah memasukkannya ke neraka (fa-yadkhulu-hu llahu al-Jannata). Sesungguhnya seorang lelaki daripada kamu akan dipenuhi buku catatan amalnya tanpa amal (wa inna al-Rajula min-kum la-tamla‘a sahifatu-hu min ghairi ‘amalin), aku berkata: Bagaimana ia berlaku? Beliau a.s berkata: Dia melalui mereka (kaum) yang mengumpatkan kita, maka apabila mereka melihatnya, mereka berkata sesama mereka:

Tahan diri anda, kerana lelaki ini adalah daripada Syi‘ah mereka dan seorang lelaki daripada Syi‘ah kita melalui mereka, maka mereka mengumpatkannya dan bercakap-cakap mengenainya, justeru Allah akan menulis untuknya kebaikan-kebaikan sehingga memenuhi buku catatan amalnya tanpa dia melakukan sebarang amalan (hatta yamla‘ sahifatu-hu min ghairi ‘amalin)119. 119 Mendapat pahala kerana berpegang kepada mazhab Ahlu l-bait a.s dan kerana umpatan mereka terhadapnya. Ia bukan bererti bahawa Syi‘ah tidak perlu mengerjakan solat, puasa, haji dan sebagainya.
(RAUDHAT AL KAFI)

Sesiapa Yang Mencintai Ali A.S.




475. Beberapa orang sahabat kami, daripada Sahl bin Ziyad, daripada Ja‘far bin Muhammad al-Asy‘ari, daripada Abdullah bin Maimun al-Fadah, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: Wahai Ali, sesiapa yang mencintai anda, kemudian dia mati, maka dia telah menunaikan ajalnya. Dan sesiapa yang telah mencintai anda dan tidak mati, maka dia menunggu [ajalnya]. Tiada matahari yang naik dan turun melainkan dengan rezeki dan iman.
(RAUDHAT AL KAFI)