Showing posts with label SEBAIK. Show all posts
Showing posts with label SEBAIK. Show all posts

Tuesday, July 12, 2011

SEBAIK – BAIK MAKHLUK 2



Abban daripada Sulaim berkata: Aku telah mendengar Ali a.s. berkata: Rasulullah Saw. berjanji kepadaku pada hari kewafatannya. Aku telah menyandarkannya di dadaku dan kepalanya di sisi telingaku. Dua perempuan itu telah mencuri dengar percakapan kami. Maka Rasulullah (Saw.) bersabda: Wahai Tuhanku! Tutuplah pendengaran mereka berdua.

Kemudian beliau bersabda: Wahai Ali! Apakah pendapat anda tentang firman Allah dalam Surah al-Bayyinah (98): 7, “Sesungguhnya orang yang beriman dan beramal salih, maka mereka itulah sebaik-baik makhluk”. Adakah anda mengetahui siapakah mereka? Aku berkata: Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui. Beliau bersabda: Sesungguhnya mereka itu adalah Syi‘ah anda dan pembantu-pembantu anda, perjanjianku dan perjanjian mereka di Haudh pada Hari Kiamat.[1] Kalian akan datang dalam keadaan wajah yang berseri-seri, kenyang dan kerehatan.

(DIPETIK DARI KITAB SULAIM B. QAIS W 90H) 


[1] Al-Suyuti, al-Durr al-Manthur, vi, hlm. 379.

Sunday, June 26, 2011

SEBAIK – BAIK MAKHLUK




Begitu juga dengan Abdul Muayid Muaffiq bin Ahmads Khawarizimi, Hakim Abul Qassim Ubaidullah bin Abdullah al-Haskani di dalam Manaqibnya "Shawahid al-Tanzil", Bab 17, Mohammad bin Yusuf Kanji Syafie di dalam "Kifayatul Talib", halaman 119; Sibt Ibn Jauzi di dalam "Takzirah," halaman 31; juga Munzir bin Mohammad bin Munzir. Dan terutama sekali Hakim, yang telah mengaitkan bahawa Hakim bin Abdullah Hafiz (salah seorang ulama besar saudara) memberitahu keterangan berhubung perjanjian periwayatan yang sampai kepada Yazid bin Sharabil Ansari, dari Amirul Mukminin Ali bin Abi Talib AS iaitu Ali AS berkata bahawa di saat kewafatan Rasulullah SAWAW, belakang baginda disandarkan kepada dadanya (Ali AS). 

Ketika itu Rasulullah SAWAW bersabda,"Tidakkah pernah engkau mendengar ayat suci:"Orang-orang beriman dan membuat kebaikan, mereka adalah yang sebaik-baik makhluk...."Mereka adalah pengikut (Syi'ah) engkau dan aku, dan tempat pertemuan untuk engkau nanti adalah di Kolam Kautsar di Syurga. Bila semua makhluk akan dikumpulkan untuk diadili, wajah-wajah pengikut engkau akan bersinar-sinar, dan engkau akan dipanggil sebagai ketua orang-orang yang bersinar wajah mereka."