Sa‘id bin Junah, berkata: ‘Auf bin Abdullah al-Azadi telah memberitahuku, daripada Jabir bin Yazid al-Ja‘fi, daripada Abu Ja‘far a.s berkata: Apabila Allah menghendaki mengambil roh orang kafir, Dia berfirman: Wahai malaikat maut, pergilah anda, dan pembantu-pembantu anda kepada musuh-Ku, sesungguhnya Aku telah mengujinya, maka Aku telah memperbaiki ujiannya, dan Aku telah menyerunya kepada Dar al-Salam, maka dia telah enggan selain dari mencela-Ku, mengingkari-Ku, dan nikmat-Ku, dan dia telah mencela-Ku di atas Arasy-Ku, lantaran itu, maka cabutlah rohnya sehingga kamu mencampakkannya di neraka.
Beliau berkata: Malaikat maut akan mendatanginya dengan muka yang membenci, dua matanya seperti guruh, dan suaranya seperti petir, warnanya seperti malam yang gelap, jiwanya seperti percikan api neraka, kepalanya di langit dunia, satu kaki di timur, dan satu kaki di barat, dua tapak kakinya di udara bersama-samanya besi yang banyak cabang, dan bersamanya lima ratus para malaikat yang mempunyai cambuk daripada Jahanam, kemudian malaikat Sahqata’il, penjaga Jahanam memasukinya, lalu memberinya minuman daripada neraka, tetapi dia masih dahaga sehingga dia memasuki Jahanam, apabila seorang melihat kepada malaikat maut, maka akalnya melayang (tara ‘aqlu-hu), dia berkata: Wahai malaikat maut, kembalikan aku, beliau berkata: Malaikat maut berkata: Tidak, ini adalah kalimat yang telah diperkatakannya, beliau berkata: Dia berkata: Wahai malaikat maut, kepada siapakah aku akan meninggalkan hartaku, keluargaku, anakku di dunia? Dia berkata: Tinggalkan mereka selain daripada anda, dan keluarlah anda ke neraka.
Beliau berkata: Lalu dia memukulnya dengan cambuk besi dengan pukulan yang menepati segala urat dan ikatan tulang, kemudian dia menariknya, lalu rohnya di tarik melalui dua tapak kakinya. Dan apabila ia sampai ke dua lututnya, dia memerintahkan pembantu-pembantunya supaya memukulnya dengan cambuk, kemudian dia mengangkatnya, dan membiarkan ia merasa kesakitannya sebelum ia keluar daripada tubuhnya seolah-olah dia dipukul dengan seribu pedang, jika dia mempunyai kekuatan Jin dan manusia, nescaya dia mengadu kesakitan pukulan cambuk tersebut, demikianlah keluarnya roh orang kafir daripada segala urat, anggota, sambungan tulang, dan rambut. Apabila ia sampai di halkum, maka malaikat memukul mukanya, dan duburnya. Firman-Nya di dalam Surah al-Ahqaf (46):20 “ Dan pada hari ini kamu dibalasi dengan azab yang menghinakan kerana kamu telah menyombongkan diri di muka bumi tanpa hak dan kamu telah fasiq”, dan firman-Nya di dalam Surah al-Furqan (25):22 “ Pada hari mereka melihat malaikat di hari itu tidak ada khabar gembira bagi mereka yang berdosa, dan mereka berkata:Hijran mahjura”, maka mereka berkata: Syurga diharamkan ke atas kamu.
Beliau berkata: Rohnya keluar, lalu malaikat maut meletakkannya di antara tukul dan besi landasan, lalu tepi-tepi anak-anak jarinya dipecahkan, dan dicungkil dua matanya, kemudian bau busuknya naik ke atas di mana penghuni langit menderita daripadanya, lalu mereka berkata: Laknat Allah ke atas roh kafir yang busuk telah keluar daripada dunia, lantas Allah melaknatinya dan dilaknati oleh orang yang melaknatinya, dan apabila dibawa rohnya ke langit dunia, maka pintu-pintu langit dunia ditutup sebagaimana firman-Nya Surah al-A‘raf (7):40 “ sekali-kali tidak akan dibukakan kepada mereka pintu-pintu langit, dan tidak pula mereka masuk syurga sehingga unta masuk ke lubang jarum. Demikianlah kami memberi balasan kepada mereka yang berbuat jahat”, Allah berfirman: Kembalikannya kepadanya, maka di antaranya Aku telah menciptakan mereka, dan padanya, Aku akan kembalikan mereka, dan daripadanya Aku mengeluarkan mereka pada kali yang lain pula.
Dan apabila katilnya dibawa, maka syaitan juga akan membawanya, dan apabila sampai ke kuburnya, maka bumi berkata: Wahai Tuhanku, janganlah menjadikannya di perut aku sehingga diletakkan pada tempat yang telah ditetapkan Allah, dan apabila diletakkan di lahadnya, maka bumi berkata: Bukan selamat datang untuk anda wahai musuh Allah, demi Allah aku telah membenci anda ketika anda berada di atasku, dan aku pada hari ini lebih membenci anda ketika anda berada di perut aku, demi kemuliaan Tuhanku, aku akan menyakiti kejiranan anda, aku akan menyempitkan tempat masuk anda, aku akan menakutkan tempat tidur anda, dan aku akan menukarkan makanan anda, sesungguhnya aku adalah sebuah taman daripada taman-taman syurga atau satu lubang daripada lubang-lubang neraka.
Kemudian Mungkar dan Nakir datang kepadanya, mereka adalah dua malaikat yang berwarna hitam, dan biru, mencari kubur dengan taring mereka berdua, percakapan mereka seperti petir, dan penglihatan mereka seperti kilat, mereka berdua menakut-nakutkannya, dan melaung-laungkan kepadanya serta berkata: Siapakah Tuhan kamu, apakah agama kamu, siapakah nabi kamu, dan siapakah imam kamu? Dia berkata: Aku tidak mengerti, beliau berkata: Mereka berdua berkata: Seorang yang syak di dunia, maka dia juga syak pada hari ini, kamu tidak mengerti dan tidak dapat petunjuk.
Beliau berkata: Mereka berdua memukulnya, dan semuanya mendengar pukulannya di timur dan di barat melainkan Jin dan manusia, beliau berkata: Kekuatan laungannya membuatkan ular berlindung di dalam tanah, dan binatang liar berlindung di hutan, tetapi kamu tidak mengetahuinya, beliau berkata: Kemudian dua ekor ular hitam dan biru mengazabkannya lima jam di siang hari, dan enam jam di waktu malam, kerana ia bersembunyi daripada orang ramai, tetapi tidak bersembunyi dengan Allah, maka jauhlah bagi mereka yang tidak beriman.
Beliau berkata: Kemudian Allah menguasainya dengan dua malaikat yang buta, dan pekak bersama mereka berdua dua tukul besi daripada api neraka memukulnya dengan tepat, lalu dia melaung, tetapi mereka berdua tidak mendengarnya sehingga hari Kiamat.
Apabila laungan hari Kiamat, maka kuburnya menyala, Dia berkata: Neraka bagi aku, apabila kubur aku menyalakan api, lalu seorang penyeru berkata: Sesungguhnya neraka, dan kehinaan sudah hampir kepada anda, berdirilah daripada api kubur kepada api yang tidak akan padam, kemudian dia keluar dari kuburnya di dalam keadaan dukacita, dan dua matanya menjadi biru, hidungnya menjadi panjang, hatinya gerhana, menunduk kepalanya, lalu amalannya yang buruk datang, dan berkata: Demi Allah, aku tidak mengetahui anda melainkan anda melengah-lengahkan ketaatan kepada Allah, tetapi bersegera kepada kemaksiatan-Nya, anda telah menaiki aku di dunia, maka aku akan menaiki anda pada hari ini sebagaimana anda telah menaiki aku, dan aku akan memandu anda ke neraka.
Beliau berkata: Kemudian dia menduduki di atas dua bahunya, lalu menendang tengkuknya hingga berakhir ke neraka Jahanam. Apabila dia melihat kepada malaikat telah bersedia rantai besi dan belenggu untuknya, dan terserlah kemarahan mereka, lalu dia berkata: Neraka Wail untuk aku, mudah-mudahan aku tidak diberi kitab, lalu Allah berfirman: Bawakan dia ke neraka, maka bumi di bawahnya menjadi api, dan matahari di atasnya juga menjadi api, lalu api datang mengelilingi tengkuknya, kemudian dia menangis panjang, api berkata kepadanya: Allah telah menyeksa anda kerana anda menderhaka-Nya.
Beliau berkata: Kemudian mashaf atau kitab datang berterbangan di belakangnya, lalu terjatuh di sebelah kirinya, kemudian malaikat datang, lalu menebuk dadanya ke belakangnya, kemudian tangan kanannya diikat ke belakang.
Kemudian dikatakan kepadanya: Bacalah kitab anda, beliau berkata: Dia berkata: Wahai malaikat, bagaimana aku akan membacanya sedangkan Jahanam di hadapan aku? Beliau berkata: Allah berfirman: Ketukkan tengkuknya, pecahkan kepalanya sehingga kepada dua kakinya, kemudian Dia berfirman: Ambillah dia, dan seksalah dia, beliau berkata: Tujuh puluh ribu malaikat yang ganas segera datang untuk menghormati firman-Nya. Di kalangan mereka ada yang menarik janggutnya, dan ada yang memecahkan tulang-tulangnya.
Beliau berkata: Dia berkata: Kenapa kamu semua tidak kasihanilah aku? Beliau berkata: Mereka berkata: Wahai si celaka (syaqiyyun), bagaimana kami mengasihani anda sedangkan anda tidak dikasihi oleh Yang Paling Mengasihani, adakah ini menyakitkan anda? Beliau berkata: Dia berkata: Ia sangat menyakitkan aku, beliau berkata: Mereka berkata: Wahai si celaka, bagaimana jika kami mencampakkan anda ke neraka? Beliau berkata: Lantas malaikat menolaknya di dadanya, maka dia jatuh ke neraka (yahwi) selama tujuh puluh ribu tahun, beliau berkata: Mereka berkata: Sepatutnya kami telah mentaati Allah dan Rasul-Nya, beliau berkata: Maka kekal bersamanya batu di kanannya dan syaitan di kirinya, batu daripada api neraka, membakar mukanya, Allah menciptakan untuknya tujuh puluh kulit, dan setiap kulit tebalnya empat puluh hasta mengikut hasta malaikat yang mengazabkannya, dan di antara satu kulit kepada kulit yang lain adalah empat puluh hasta.
Dan di antara kulit ke kulit yang lain pula ular-ular, cengking-cengking daripada neraka, dan ulat-ulat daripada neraka di mana kepalanya seperti bukit besarnya, dua pahanya seperti bukit Warqan iaitu bukit di Madinah, belalainya adalah lebih panjang daripada belalai gajah yang dapat menariknya dengan kuat, dua telinganya merupakan telaga yang dalam, dan di antaranya api yang menyala,api menyelar dari duburnya kepada hatinya, diikat dengan tujuh puluh rantai, dan setiap rantai itu tujuh puluh hasta, jika diletakkan satu rantai kecil ke atas bumi, nescaya ia menjadi cair.
Beliau berkata: Di atasnya tujuh puluh pakaian daripada neraka menutupi muka-muka mereka dengan api neraka, di atasnya songkok daripada api neraka, tidak ada pada tubuhnya tempat kosong melainkan terkena api neraka, di atas kepalanya mahkota enam puluh hasta daripada api neraka. Kepalanya ditebok sebayak tiga ratus enam puluh lubang, dan setiap lubang akan mengeluarkan asap pada setiap penjuru, otaknya cair sehingga mengalir ke arah dua bahunya, dan seterusnya akan mengalirkan tiga ratus enam puluh sungai daripada nanah, tempat tinggalnya sempit seperti anak panah pada lubangnya.Ini membuatkan muka-muka mereka menjadi hitam. Badan mereka menjadi besar,kuku-kuku mereka tumbuh seperti kuku kucing, dan helang yang memakan dagingnya, menyakiti tulangnya, meminum darahnya di mana ia tiada makanan dan minuman selain daripadanya.
Kemudian dia menolak d dadanya dengan satu kali tolak, lalu dia terjatuh menjunam ke neraka al-Hatamah selama tujuh puluh tahun, dan apabila ia jatuh, lalu diketuk ke atasnya dan syaitannya, kemudian syaitannya menariknya dengan rantai besi, setiap kali ia terjatuh, dia melihat kepada mukanya yang buruk, beliau berkata’ dia berkata: Mudah-mudahan di antara aku dan anda sejauh dua masyrik, maka anda adakah sejahat-jahat sahabat, aduhai anda! Anda telah menggoda aku sehingga aku menanggung azab Allah, lalu dia berkata: Wahai si celaka, bagaimana aku membuatkan anda menanggung azab Allah sedang aku dan anda pada hari ini bersyarikat di dalam azab Allah.
Kemudian dia memukul di kepalanya dengan satu pukulan yang menjatuhkannya selama tujuh puluh tahun sehingga ke neraka ‘Ain dipanggil Aniyah sebagaimana firman-Nya di dalam Surah al-Ghasyiah (88):5 “Diberi minum dari sumber air yang sangat panas (aniyah )” Iaitu sumber air yang paling panas semenjak Allah menciptakan Jahanam, setiap lembah neraka tidur, tetapi mata Air itu tidak pernah tidur dari kepanasannya, malaikat berkata: Wahai golongan yang celaka, dekatilah, dan minumlah daripadanya, dan apabila mereka menentangnya, maka malaikat memukul mereka dengan tukul besi, dan dikatakan kepada mereka Rasailah azab yang membakar disebabkan apa yang dilakukan oleh tangan-tangan kamu dan sesungguhnya Allah tidaklah zalim kepada hamba-hamba-Nya.
Beliau berkata: Kemudian mereka dibawa datang dengan gelas daripada besi yang mengandungi minuman dari mata Air Aniyah, dan apabila ia didekatkan kepada mereka, lantas mulut-mulut mereka hangus, dan bertaburan daging muka mereka, dan apabila mereka meminumnya pula, maka perut dan kulit mereka terseksa.
Kemudian dia memukul di kepalanya dengan satu pukulan yang menjatuhkannya selama tujuh puluh ribu tahun sehingga sampai ke neraka al-Sa‘ir. Dan apabila ia sampai ke neraka al-Sa‘ir, maka ia menyelar muka-muka mereka dan ketika itu mata mereka menjadi buta
Kemudian dia memukulnya di kepalanya dengan satu pukulan yang menjatuhkannya selama tujuh puluh tahun sehingga berakhir ke pokok al-Zaqum iaitu pokok yang keluar dari neraka Jahim seperti kepala syaitan, di atasnya seribu dahan daripada api neraka, dan setiap dahan mempunyai tujuh puluh ribu buah daripada api, dan setiap buah seperti kepala syaitan dari segi keburukan, dan kebusukannya, terjuntai di atas batu yang licin seperti cermin, di antara tunjang batu dan pokok al-Zaqum adalah tujuh puluh tahun, dahan-dahannya meminum air daripada api, buah-buahnya daripada api dan cabang-cabangnya daripada api, lalu dikatakan kepadanya: Wahai si celaka, naiklah, dan setiap kali dia menaikinya, dia tergelincir, dan setiap kali dia tergelincir, dia menaikinya pula, maka keadaannya sedemikian selama tujuh puluh ribu tahun di dalam azab.
Dan apabila dia memakan buahnya, dia mendapatinya lebih pahit daripada kesabaran, lebih busuk daripada bangkai, lebih keras daripada besi, dan apabila jatuh ke dalam perutnya, maka ia akan menggelegak di dalam perutnya seperti menggelegaknya neraka Hamim, mereka mengingati makanan yang baik yang mereka telah makan di dunia, di dalam keadaan sedemikian, malaikat menarik mereka, lalu mereka berada di dalam kegelapan. Apabila mereka menetap di neraka, lalu diperdengarkan kepada mereka jeritan ikan di dalam kuali.
Kemudian dia mencampakkan dirinya dari pokok ke lembah api cair yang lebih panas, lalu mencampakkannya di pantainya, ia mempunyai pantai-pantai seperti pantai-pantai kamu ini, kemudian dibawa kepada mereka jenis binatang-binatang seperti ular, jengking, dan baghal hitam, setiap jengking mempunyai enam puluh sengatan, dan setiap sengatan mempunyai racun. Ada pun ular, maka ia berwarna hitam dan biru, tujuh puluh ribu ular, dan tujuh puluh ribu jengking bergantungan kepada seorang lelaki, kemudian dicampak ke neraka selama tujuh puluh ribu tahun, tidak membakarnya, kerana ia memadai dengan racunnya, kemudian tujuh puluh ribu lelaki bergantungan di dahan-dahan pokok al-Zaqum, tanpa cenderung ke bawah dan tidak pula pecah Badan-badan mereka dijilat api ke hati, lalu kulit menjadi masak dan daging menjadi cair.
Yang Maha Perkasa, dan Maha Hidup memarahi dan berfirman: Wahai Malik, katakan kepada mereka: Kamu rasailah, kami tidak menambah selain daripada azab, wahai Malik, seksa mereka, seksa mereka, kemarahan-Ku bertambah ke atas orang yang telah mencela-Ku di atas Arasy-Ku, dan meringan-ringankan tentang hak-Ku, Aku adalah Raja Yang Perkasa, lalu Malik menyeru: Wahai orang yang sesat, angkuh, menentang nikmat di dunia, bagaimana kamu dapati sentuhan Saqar?
Beliau berkata: Mereka berkata: Hati-hati kami telah masak, dan daging-daging kami telah dimakan, dan tulang-tulang kami telah dipecahkan, maka tiada bagi kami orang yang kami boleh meminta pertolongan, dan membantu kami, beliau berkata: Malik berkata: Demi kemuliaan Tuhan-Ku, aku tidak akan menambahkan kamu selain daripada azab, lalu mereka berkata: Jika Tuhan kami mengazabkan kami, maka Dia tidak menzalimi kami sedikit pun, beliau berkata: Malik berkata: “Mereka mengakui dengan dosa-dosa mereka, maka kebinasaanlah bagi penghuni-penghuni neraka yang menyala-nyala” Surah al-Mulk (67):11.
Kemudian Yang Maha Perkasa marah dan berfirman: Wahai Malik, seksalah, seksalah, lalu Malik mengutus ke atas mereka awan hitam yang meneduhi penghuni-penghuni neraka, kemudian menyeru mereka, lalu yang pertama mereka, yang akhir mereka, yang lebih baik mereka dan yang lebih buruk mereka mendengarnya, Malik berkata: Apakah yang kamu mahu jika aku menurunkan hujan ke atas kamu? Mereka berkata: Air sejuk, alangkah dahaganya! Alangkah lamanya kehinaan! Kemudian dia menurunkan hujan batu, besi ke atas mereka.
Lantas muka, dan dahi mereka menjadi masak, dan mata mereka buta serta tulang-tulang mereka pecah, mereka menyeru pada masa itu, celakalah kami! Apabila tulang-tulang tercerai daripada daging, Allah bertambah marah, dan berfirman: Wahai Malik, tambahkan kepanasan ke atas mereka seperti kayu api di neraka, kemudian pukulkan gelombang roh-roh mereka selama tujuh puluh musim panas di neraka, kemudian ditutup ke atas mereka beberapa pintu, dari pintu ke pintu jaraknya lima ratus tahun perjalanan,tebalnya pintu adalah lima ratus tahun perjalanan, kemudian setiap lelaki daripada mereka adalah di dalam tiga tabut (kotak besi) daripada besi neraka.
Mereka tidak mendengar sebarang percakapan selama-lamanya selain daripada tepikan baghal, jeritan keldai, dan salakan anjing, pekak, bisu, tiada percakapan bagi mereka selain daripada suara penderitaan, kemudian ditutup ke atas mereka beberapa pintu di mana roh tidak dapat memasuki mereka, dan penderitaan tidak akan keluar daripada mereka selama-lamanya, tiada bagi mereka malaikat yang memberi syafaat kepada mereka, dan juga mereka tidak mempunyai sahabat yang setia. Allah melupai mereka, dan memadamkan ingatan mereka daripada hati hamba-hamba-Nya, dan mereka tidak mengingati mereka selama-lamanya, maka kami memohon perlindungan daripada Allah Yang Maha Pengampun, dan Maha Pemurah daripada neraka dan apa yang ada di dalamnya, dan daripada amalan yang mendekati diri ke neraka, sesungguhnya Dia Maha Pengampun dan Maha Pemurah.
Apa pendapat anda tentang seorang lelaki yang telah memerdekakan seorang hambanya di waktu Isyak di ‘Arafah? Beliau berkata: Memadai bagi hamba tersebut haji Islam, dan diberikan kepada tuannya dua pahala: Pahala kemerdekaannya dan pahala haji.
SUMBER: AL IKHTISAS, SYAIKH MUFID.
SUMBER: AL IKHTISAS, SYAIKH MUFID.
No comments:
Post a Comment