Tuesday, July 5, 2011

Peringatan Ummu Salmah R.A Terhadap ‘Aisyah


       Muhammad bin Ali bin Syazan telah memberitahu aku dan berkata: Ahmad bin Yahya al-Nahwi Abu al-Abbas Tha‘lab memberitahu kami berkata: Ahmad bin Sahal Abu Abd al-Rahman memberitahu kami berkata: Yahya bin Muhammad bin Ishaq bin Musa memberitahu kami berkata: Ahmad bin Qutaibah Abu Bakr telah memberitahu kami daripada Abd al-Hakim al-Qutaibi daripada Abu Kisah dan Yazid bin Ruman mereka berdua berkata:  Ketika ‘Aisyah berkumpul untuk keluar ke Basrah, maka Ummu Salmah r.a  datang kepadanya dari Makkah. ‘Aisyah berkata kepadanya: Wahai Anak perempuan Abu Umayyah! Anda adalah Ummahat al-Mukminat yang tertua. Rasulullah s.a.w telah makan dan minum di rumah anda. Baginda s.a.w. telah memberi bahagian kami di rumah anda, wahyu telah turun di rumah anda.

       Ummu Salmah r.a berkata: Wahai anak perempuan Abu Bakr! Adakah dengan darah Uthman anda tuntut? Sedangkan anda adalah orang yang paling kuat menentangnya dan telah melepaskan diri anda daripadanya atau pemerintahan Ali bin Abu Talib yang anda tentang sedangkan mereka muhajirin dan ansar telah mengikutinya? Sesungguhnya anda adalah penyandar atau pintu  di antara Rasulullah s.a.w dan umatnya, dinding contoh di atas kehormatannya. Al-Qur’an dikumpulkan ekoran anda. Justeru janganlah bermegah dengannya. Bawa bertenang kedudukan anda. Janganlah mensia-siakannya. Allah adalah di belakang umat ini. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah mengetahui  kedudukan anda jika baginda s.a.w. mahu membuat perjanjian dengan anda, nescaya baginda s.a.w. telah melakukannya. 

       Sesungguhnya  Rasulullah s.a.w telah  melarang anda dari merayau-rayau di seluruh negeri. Sesungguhnya tiang Islam tidak boleh dibaiki oleh  wanita jika ia pecah. Kepujian seorang wanita adalah apabila dia tidak banyak bercakap dan merendahkan penglihatannya. Aku bukanlah  orang yang berkata jika Rasulullah s.a.w membentangkan kepada anda sebahagian padang pasir, anda akan segera menjelajah dari kawasan berpaya ke kawasan yang lain. Sesungguhnya Allah melihat perjalanan dan pergerakan anda.

       Dan kepada Rasulullah s.a.w  anda akan datang pada hari Kiamat. Sesungguhnya anda telah menghadapi kegelapannya dan anda telah meninggalkan janjinya. Aku bersumpah dengan nama Allah, jika aku berjalan dengan perjalanan anda ini, kemudian ada orang berkata kepada aku: Masuklah syurga Firdaus, nescaya aku menjadi malu berjumpa dengan Muhammad s.a.w dalam keadaan mengoyakkan  hijab yang dilakukan Ali. Jadikan rumah anda sebagai benteng, kubur anda dirahsiakan sehingga anda menemuinya, kerana itu adalah baik.

       Kemudian Ummu Salmah berkata: Jika aku mengingatkan anda lima perkara  tentang kelebihan Ali a.s daripada Rasulullah s.a.w, nescaya anda akan mematuk aku seperti seekor ular yang bisa. Adakah anda masih ingat ketika Rasulullah s.a.w membuat undian di antara isteri-isterinya (yaqra‘ baina nisa’i-hi)  apabila baginda s.a.w. ingin musafir, maka bahagian aku dan bahagian anda telah keluar di kala itu kita bersamanya. Baginda s.a.w. pada masa itu sedang turun dari Qudaid dan bersamanya Ali a.s bercakap-cakap dengannya. Lantas anda telah pergi untuk menyerangnya.

       Aku berkata kepada anda: Rasulullah s.a.w bersama sepupunya. Kemungkinan baginda s.a.w. memerlukannya tetapi anda  menderhaka aku dan kembali dalam keadaan menangis. Maka aku pun bertanya kepada anda, lalu anda berkata: Anda telah menyerangnya (Ali a.s) dan anda berkata kepadanya: Wahai Ali! Aku berhak bersama Rasulullah s.a.w satu hari daripada sembilan hari. Sesungguhnya anda telah menyibukkannya daripada aku. Anda juga telah memberitahu aku bahawa Rasulullah s.a.w  telah berkata kepada anda: Anda memarahinya (Ali). Tiada seorang pun daripada keluarga aku dan umat aku yang memarahi Ali melainkan terkeluar imannya? Aisyah menjawab: Ya.

       Pada hari Rasulullah s.a.w mahu musafir, aku telah menyediakan makanan untuknya, maka baginda s.a.w. bersabda kepada aku: Seorang di kalangan isteri-isteri aku akan menjadi pemilik unta betina dan akan disalak oleh anjing-anjing di Hau’ab. Maka aku mengangkat tangan aku dari menyediakan makanannya dan aku berkata: Aku memohon perlindungan Allah supaya ia tidak berlaku kepada aku. Maka baginda s.a.w. bersabda: Demi Tuhan, salah seorang daripada kamu berdua akan melakukannya, bertakwalah kepada Allah wahai Humaira’ supaya anda tidak melakukannya. Adakah anda masih mengingatinya wahai ‘Aisyah?  Aisyah menjawab: Ya.

       Pada hari kita bersiar-siar di hadapan  Rasulullah s.a.w, anda telah memakai pakaian aku dan aku telah memakai pakaian anda. Maka Rasulullah s.a.w datang, lalu duduk di sisi anda dan bersabda: Adakah anda menyangka wahai Humaira’ bahawa aku tidak mengenali anda? Sesungguhnya umat aku akan menghadapi anda pada suatu hari yang pahit atau pada hari yang  berdarah. Adakah anda masih mengingatinya wahai  ‘Aisyah?

       Pada hari aku dan anda berserta Rasulullah s.a.w, tiba-tiba datang bapa anda dan sahabatnya meminta izin. Maka aku pun memasuki bilik aku. Kemudian mereka berdua berkata: Wahai Rasulullah! Kami tidak mengetahui kadar kedudukan anda tentang kami, adalah lebih baik,jika anda jadikan untuk kami seorang yang boleh kami mendatanginya selepas anda (fa-lau ja‘al-ta lana insanan na’ti-hi ba‘da-ka). Baginda s.a.w. bersabda: Sesungguhnya aku mengenali kedudukannya dan aku mengetahui tempatnya, jika aku memberitahu kamu mengenainya, nescaya kamu akan berpecah sebagaimana berpecahnya Bani Israel daripada Isa bin Maryam (Lau akhbartu-kum bi-hi la-tafarraqt-um  ‘an-hu ka-ma tafarraqat Bani Israel). Apabila mereka berdua keluar, maka aku dan anda keluar kepadanya dan anda berdukacita ke atasnya sambil berkata: Siapakah yang anda akan melantiknya untuk mereka? Baginda s.a.w. bersabda: Tukang kasut(khasif al-Na‘al). Ali bin Abu Talib  membaiki kasut Rasulullah s.a.w apabila ia rosak, membasuh kainnya apabila ia kotor. Maka aku berkata: Aku tidak melihat melainkan Ali, maka baginda s.a.w bersabda: Beliaulah orangnya, adakah anda masih mengingatinya wahai ‘Aisyah?   Aisyah menjawab: Ya.

       Pada hari Rasulullah s.a.w mengumpulkan kita di rumah Maimunah dan bersabda: Wahai isteri-isteri aku! Bertakwalah kepada Allah dan janganlah seorang pun daripada kamu musafir. Adakah anda masih mengingatinya wahai ‘Aisyah?  Aisyah menjawab: Ya.
       Kemudian aku pun keluar dan utusannya juga keluar dan menyeru kepada orang ramai: Siapa yang ingin keluar, maka hendaklah dia keluar kerana Umm al-Mukminin akan keluar. Lantas Abdullah bin al-Zubair memasukinya dan membisikkan pada telinganya  dan hatinya yang belum membuat keputusan. Utusannya keluar dan menyeru: Siapa yang ingin berjalan, maka hendaklah beliau berjalan, kerana Ummu al-Mukminin akan keluar. Apabila ‘Aisyah menyesal, maka Ummu Salmah mengeluarkan bait-bait syair berikut:

                   Jika seorang yang berpegang masih tergelincir
                   Maka ‘Aisyah adalah seorang daripada mereka
                   Berapa tahun sahaja dia meninggalkan Rasulullah
                   Membaca ayat-ayat al-Qur’an dan mengkajinya
                   Kadang-kadang Allah mencabut akal manusia
                   Sehingga dengannya ia menghukum ke atas manusia
                   Allah merahmati Ummu al-Mukminin sesungguhnya
                   Dia telah bertukar dari keriuhan kepada ketenangan

1 comment: